Saya mula menjadi blogger pada April 2008. Dalam tempoh hampir 2 tahun 7 bulan, bilangan nukilan saya mencecah lebih 1, 360 tampalan.
Pengamatan saya, semakin hari bilangan pengunjung blog ini semakin bertambah. Justeru, di kesempatan ini buat kesekian kali, saya merakamkan penghargaan kepada semua pembaca tidak jemu menjengah blog ini.
Ramai pelawat setia telah lama menjadikan ribuan tampalan blog ini sebagai bahan bacaan mereka. Fakta sukar disanggah, barangkali sebilangan pelawat pernah menjenguk blog ini buat kali pertama dan kemudian terus tidak membacanya lagi.
Saya yakin majoriti pelawat tidak membaca blog ini hanya kerana nama saya, Mazidul Akmal Sidik, berkebetulan bertugas sebagai pengacara dan wartawan penyiaran syarikat televisyen swasta. Banyak lagi, blog milik golongan tersohor, lebih dikenali berbanding identiti saya.
Sebagai blogger, saya sentiasa menanamkan keinginan konsisten untuk mengenali diri anda semua.
Sebagai langkah permulaan ke arah itu, barangkali pembaca sudi menyalurkan maklumat secara menjawab soalan di bawah secara jujur, saya amat menghargainya.
Mengapa anda membaca blog ini? Kerjaya, usia dan berasal dari mana? Itu sahaja.
Berpeluang mengetahui jawaban kepada soalan di atas, satu kepuasan tidak terhingga kepada diri saya.
Apa salahnya, jika sesekali silent readers bersuara.
Salam En. Mazidul,
BalasPadam1. Perkongsian cerita en. Mazidul kadang2 lambat nak kuar paper...so kalu baca blog en. Boss ni dapat more details dari luo.
2. X de sembunyi2 fakta cam kat luo (off spoken I mean)
3. Bahasa pengantar in BM. saya fail BI....
4. Last but not least, sebab saya 1 tpt kerja ngan suri en. boss... (gurau je)
Apa2 pun saya suka baca blog ni sebab santai tapi penuh dengan facts. I luv it
Sy baca blog nie sbb blog nie membuatkn sy membuka minda dengan lebih jauh dlm isu2 di negara kita nie. Lagipun sy akan mendapat berita yang lebih mendalam dgn membaca blog Abg Mazidul.
BalasPadamPem. Peg Teknik,
24, Kelantan.
Salam MAS...
BalasPadamkakcik membaca blog ini kerana kakcik suka membaca. Dan tentunya kakcik juga mahu mendapatkan berita-berita terbaru dan dan ingin mengetahui pandangan-pandangan Sdr. terhadap sesuatu isu sebagai seorang wartawan. Tentang popular? Ramai juga rasanya blogger popular - tapi, kakcik tak berminat untuk terus 'singgah' kerana tiada yang menarik minat pembacaan kakcik di dalam blognya!
Blog kakcik juga tergolong dalam blog yang agak sunyi dari kunjungan. Tak mengapa, yang penting kakcik akan terus menulis mengikut kemampuan sendiri. :)
Salam BRO...
BalasPadamwah entri ini sangat santai... friendly.
Why?
Saya baca blog Sdr ini setelah diperkenalkan oleh rakan blogger ZEQZEQ. Dan saya sentiasa ikuti kerana content yang berlandaskan fakta dan ianya lebih cepat dari suratkhabar/tv. Terimakasih.
Saya seorang DTP (bidang publishing), so jaga-jaga dengan ejaan yaaaa...
Age? Kita sebaya, remember?
Asal? Pun sama dengan U, Perak juga, remember?
salam tuan, orangkasai sekali-sekala jengah jugak ke sini. tapi tidaklah sebagai pengunjung tegar. untuk pengetahuan tuan, di tempat kerja ramai juga kenalan yang memanggil orangkasai dgn nama MAZIDUL. lagi satu kalau sudi tolong senaraikan sgkasai di blog tuan. ok tima kasih..
BalasPadamhmmm wajah baru...en. Mazidul , saya silent reader yg saya rasa en mazidul x recognize pun.saya suka baca blog ni sbb;
BalasPadam1.ihklas, tak bermotifkan komersil dan keuntungan
2.pengisian yg brfaedah especially on jenayah
3.x byk blog yang isinya mcm ni.lain2 byk hal politik,meniaga lah DLL.
4.blog ini tidak pura-pura mcm kebanyakan blog lain
saya azizah
BalasPadamkerja di PROPEL, tmn desa jln klang lama KL
sy suka memba blog en mazidul sbb byk informasi yang berguna, nak tgk TV tak sempat bila kat ada rumah, so layan blog en mazidul utk dapatkan maklumat secara segera
lagipun en mazidul selalu update info terkini, isu semasa
sangat membantu org seperti sy utk tambahkan maklumat dan yg dahagakan informasi.
teruskan perjuangan harmoni ini.
p/s : oh ya, sebut je tmn desa jalan klang lama, sini sangat famous dengan kes kecurian kereta. begitu berleluasa, hampir setiap hari ada saja kereta staff di sini yang hilang, walhal suasana jalan sini sentiasa sibuk, tak pernah sunyi.
Sebelum ini kereta yang selalu hilang kereta msia, sekarang kereta luar negara seperti kereta rush pun dah hilang. laporan dah selalu sangat dibuat kpd pihak polis, tapi tahun dah makan tahun, situasi ni tak pernah berubah, barangkali en mazidul boleh membantu. kesian mereka yang hilang kereta.
sebab paparan lebih eksklusif dari 999.
BalasPadampegawai khidmat pelanggan
26 tahun
klang.
Vic bukan silent reader, bekerja sebagai HR, asal dari Klang. Tinggal kat Shah Alam. Ecececeh... buat2 tatau plak bro ni. :P
BalasPadamSaya terbaca blog bro masa tu melalui blog Azrul. Kebetulan dia link kan blog dia ngan blog bro...
Sekali masuk... start baca current posting dan previous postings, terus melekat dengan blog ni sbb banyak fakta dan true hidden story bleh didapati dari setiap entry.
Thats' all terima kasih. Kang tulis panjang2 kena perli nak bagi password blog plak mcm Hazrey selalu buat.
Salam Abg Mazidul..
BalasPadamLayout yang menarik.. lebih kemas.. haha...
untuk menjawab soalan Abg Mazidul...
1.Mengapa anda membaca blog ini?
Saya membaca blog ini kerana saya mahukan informasi yang telus dan betul. Bukan hanya copy/paste dari blog lain dan elaborate ke ayat sendiri lalu mengubah info tersebut atau entri yang berunsur ... politik kotor...
2.Kerjaya
Operation Executive
3.Usia
31 tahun... Semalam.. hahaha
4.berasal dari mana?
Orang Kuching kamek tok...
wahhh ada sessi perkenalan plak yer?
BalasPadamkenapa baca blog ini? informative dan kekadang something yg tak pernah tahu ada dipaparkan/ditulis disini
Kerjaya? Accountant
Usia? whoops muda lg.. 34
Living at KL
Salam
BalasPadamsy memang ske bce blog abg ni. saya suka gaya penulisan, dan jalan penceritaan kepada sesuatu topik. kire cm routine la bce blog ni. nma spt yg tertera, umur 25. kerjaya masih melompat2. skang pegawai kontrak n nk lompat jd ckgu plk klo de rezki. intrvw TV xdpt plk nk jdk newscaster, (pnhla jd emcee utk minister)..tp ckup pglmn lagi ni..heh, sekian
Salam,
BalasPadamPertamanya, saya tertarik membaca blog ini kerana mendapat berita terus dari lapangan. Ini menjadikan maklumat yang disampaikan bukan dari orang kedua atau ketiga.
Keduanya, saya memang banyak membaca blog tertentu bagi mendapat idea baru serta idea serta pendekatan yang menarik.
Semoga terus menulis dengan berita terkini serta cerita masyarakat.
tahniah kerana terus menulis serta komited dengan blog ini.
Mengapa anda membaca blog ini?
BalasPadam-Sebab utama adalah kerana saya berminat dgn cara penulisan saudara Mazidul. Cara olahan bahasa & ayat menarik minat saya untuk membaca.
Kerjaya?
-Salah seorang dari kumpulan Projek Landasan Keretapi Elektrik Berkembar. Ipoh ke Padang Besar.
Usia?
30
Berasal dari mana?
Asal Melaka, kini menetap dia KL.
saya suka membaca blog ini kerana hari-hari dikemaskini
BalasPadamsalam, gaya penulisan yg kreatif en.mazidul & sudut pandangan yg kadang2 saya tak dapat nak melihat... baik utk saya meluaskan pembacaan... saya penjawat awam, umur lewat 20-an & anak jati kuala lumpur... salam perkenalan...
BalasPadamSebab menarik isinya...saya suka.
BalasPadam29 tahun,
port klang
En. Mazidul nak kenal saya? Ok, mari kita berpantun (pantun panjang-lebar):-
BalasPadamDari kaca TV mengantara topik semasa,
Tiap hari blog dibaca walaupun sesekali tempek komen,
Cukup faktanya, banyak pula pengisiannya;
Semua aspek disuluh byk yg dijolok, dari bab keluarga, sosial, swasta sampailah ke Gomen.
Teman ni Tukang Urus kpd diri sendiri,
Teman ni Tukang Urus Ibu & permata hati kesayangan,
Teman ni Tukang Urus hal ehwal Suami;
Teman ni Tukang Urus di Pejabat Swasta dan berniaga kecil-kecilan.
Usia Teman tidak le muda, belum le kategori berusia,
Asal negeri tdk le jauh tidak le dekat,
Kata org putih "age is only a number" 17+18+1+1+1+1+1 sahaja;
Perak Darul Ridzuan tempat dilahirkan, kini di Shah Alam Teman melekat...
Teruskan penulisan anda!
Saya, Hizan Wahed, berasal daripada Pulau Pinang. Seorang Pegawai Kerajaan.
BalasPadamSaya suka membaca blog Encik Mazidul kerana catatannya menarik dan mudah difahami.
Salam En Mazidul,
BalasPadamsaya suka membaca blog ini , informasi yang cepat.
31 tahun,
j.b
nur de wat entry pasal ni...
BalasPadamteruskan usaha..nur suke bace pe yg en.mazidul tulis..
http://nureimi.blogspot.com/2010/11/mengapa-bace-blog-mazidul.html
keje kat shah alam as plastic product designer..
banyak informasi..
BalasPadampelajar
20-an,
tangkak
... 'berdosa' kalau tak reply sebab saya pun bukan aktif komen. :)
BalasPadam1. Mengapa anda membaca blog ini?
Awalnya - kerana anda Mazidul. Hakikatnya anda ada nama. Itu yang mendorong saya ke blog ini.
Tak lama lepas tu kerana kandungannya. Terkini. Kemudian beralih kepada pengisiannya. Cermin minda tuan.
Akhirnya - Suka. Kerana intinya jujur. Orang kata, kalau perkara yang datangnya dari hati, justeru itu mesejnya akan sampai ke hati juga. Kalau asal dari akal, berhenti penerimaannya setakat akal juga. Saya percaya isi blog tuan adalah dari hati. Salam tuan.
2. Kerjaya
Penolong Pengurus - Syarikat Swasta.
3. usia
39. Tapi saya selalu kata inner age saya 27. :)
4. dan berasal dari mana?
Jasin Melaka, tuan.
Salam Bro...
BalasPadamsaya suka blog bro sbb ada byk info yg terkini yg mana ada gak yg saya x tau..hehehe..jgn marah...
saya technician kilang jer...
skrg dok kat penang...
umur 30...
teman ni org perak...kejo yob kejo..hehehe
Saiful Nizam,Pengurus Teknikal,32 tahun, Kulaijaya.
BalasPadamSaya suka membaca blog saudara Mazidul kerana ianya penuh dengan informasi berguna mengenai isu semasa. Saya dapat menambah pengetahuan dan meningkatkan kesedaran melalui posting yang saudara Mazidul berikan.
Salam bro,
BalasPadamSaya baca sebab kita sama kacak. Hahaha, sila muntah darah.
Kalau tak baca, macam mana nak tau Afif dapat 5A? Bagus Afif tu, dia ikut Uncle Hazrey dia tu. Nanti dah besau, ikut keja dengan Uncle Hazrey ya, tapi jangan buat 999 sebab boss 999 garang. Hahahah..
salam,
BalasPadamsaya suka baca blog ini untuk paparan isu semasa .
terima kasih.
Salam,
BalasPadamSaya suka melayari blog ini kerana ia memberi banyak input tentang dunia semasa yang tidak disiarkan oleh media cetak dan siaran..terima kasih abang kerana sering memberi input yang boleh saya share dengan orang lain pula
salam.
BalasPadamJawapan utk soklan bro:
1-sbb anda adalah mazidul akmal.sedangkan penjenayah pun kenal anda kannnnn.heh
2-account admin
3-30an LOL
4-cek mai kedah
sekian.teruskan usaha murni
Blog anda telah mewujudkan kesedaran ttg byk perkara yang jadi nanah untuk bangsa, agama dan negara kita. Perlukan tanggungjawab semua pihak untuk memelihara kedaulatan negara kita, keamanan rakyat kita...
BalasPadamsenior lecturer,35,sh alm
Mengapa anda membaca blog ini? untuk mengetahui isu semasa & bertukar-tukar pendapat - dalam konteks "agree to disagree".
BalasPadamKerjaya, usia dan berasal dari mana?
Timbalan Pengurus, 39 tahun, asal Pulau Pinang; besar di KL; sekrang tinggal di Antara Gapi, Serendah; kerja di Batu Caves.
Salam semua
BalasPadamSaya suka baca blog abg Maz kerana (1) Tak berapa nak ada unsur politik yang memualkan..
(2) Bahasa yang mudah
(3) Infromasi terkini dan sensasi
(4) Banyak pertanyaan yang membuatkan kita terfikir dan berfikir
Saya sekarang bekerja di salah sebuah kilang automotif di Rawang..
Usia baru 33 tahun
Asal..Ipoh mali talak sombong..:)
Teruskan menulis bang..semoga tulisan abang boleh membawa kebaikan kepada pembaca di luar sana..
Salam encik mazidul.
BalasPadam1. Nama ku melor follower blog ini yg tak dikenali oleh encik mazidul.
Seorang surirumah.Saya juga pembaca tegar blog ini.
Berusia dalam 30-an.
Berasal dari pantai timur tapi bermastautin kat kl
2. Saya suka baca blog ini sebab byk info dunia luar dari rumah saya yang saya boleh tahu. Biasalah srt- rumah itu duniaku.
3.Bahasa pengantarnya BM, santai
Salam Bro Mazidul
BalasPadamSaya silent reader saudara.
Saya baca blog ini untuk mendapatkan info terkini dan dari sumber pertama yang lebih dipercayai.
Saya editor buku sejarah, oleh itu lebih percaya sumber pertama.
X nak cite banyak.
BalasPadamCuma saya ni org gomen bidang it. Dok di utara Semenanjung.
Berita yg mempunyai fakta, tidak bias keterlaluan dan mudah faham. Ini yg menjadiakan blog roy(org gemuk selalu depa panggil roy. Mesra)ni blog wajib dikunjungi saya.
Teruskan berblogging. Hidup Roy(boroi? hehehe)!
salam abg MAZIDUL AKMAL SIDiK....
BalasPadamSaya ni hanyalah silent reader....
baru tergerak hati untuk memberi sedikit ulasan....hehehe
setiap kali on9 blog abg ni adalah antara blog yang wajib menjadi kunjungan saya....
knp???
1- dulu masa kecik2 lagi suka tgk abg kat TV dan bila tahu abg ada blog lagila best....
2- suka baca tampalan2 abg...informasi yg menarik dan lain dari yg lain...
3- saya juga bakal wartawan dan melalui blog abg ni saya blh timba pengalaman....
4- ni yang paling sy suka...abg ni berani....berani kerana benar....harap sy pun boleh menjadi seperti abg bila jadi wartawan nanti....
land below the wind
pelajar kewartawanan USM
21
.: Jujur, saya baca sbb nama Encik Mazidul. tau je link blog nih, terus follow. kdg2 belek2 balik tampalan lama, rajin nak tahu kisah2 dulu. haha. Semasa follow, baru perasan blog ini selalu update "pekerjaan" Encik MAS hari2. Walaupun ada tampalan yg kureng siket, tp blog ni memang unik dan layan~~ :-D
BalasPadamSaya mamdoh skrg kerja di cyber cafe sementara menanti kerja tetap disamping berusaha untuk modal perniagaan sendiri. part time blogger utk pendapatan dari internet. berumur 25 tahun ini walau dgn muka yg sedikit muda, alamak, haha X-D :.
byk info menarik kat sini
BalasPadamkalau dalam paper lebih kepada besifat umum.. tapi kalau kat blog sini lebih kepada pengalaman dan pandangan peribadi...
kerjaya: setiausaha
usia: 40
asal: somewhere from east cost tapi tinggal di subang jaya
Salam.
BalasPadamboleh dikatakan 'wajib' singgah setiap hari (kalau update laa)
Sebab?
Informasi dan isu-isu semasa yang dibincangkan
Kerjaya: Admin staff
Usia : 32
ASal : Kelantan
salam semua,
BalasPadamsy suka blog ni sbb informasi terkini, kemas, bahasa selamba, terus terang, no holds barred & tidak cut & paste (mcm sy punya). pertama kali jumpa blog ni terus sy buat link dlm blog sy. syabas mazidul teruskan usaha.
Saya silent reader blog ini...
BalasPadamMengapa saya baca blog ini?
1. suka membaca pengalaman dan cabaran kerjaya sebagai seorang wartawan - pernah bercita cita menjadi wartawan,tak kesampaian ( Mazlin Nordin ada membaca kisah ini di blog saya..)
2.blog ini menarik. Sangat telus...
3. Saya memang suka membaca...
Usia?
44...he he he..dah otai...
Kerjaya?
Guru di Selangor..Daerah Hulu Langat - cantik sungai di sini..
Asal?
Ipoh, Perak...
Salam semua, terima kasih banyak kerana sudi berkongsi informasi berhubung diri anda.
BalasPadam"Orang selalu pandang saya, apa salahnya jika saya pandang orang lain"
Saya selalu berkata begitu kepada rakan rakan berjalan bersama saya di luar.
So far, saya lihat majoriti pembaca berusia di antara 20 dan 40tahun dan terbabit di dalam pelbagai kerjaya.
Seriously, terasa seperti meminta anda semua melengkapkan slogan.
"Saya suka blog ini kerana ...". Lengkapkan slogan di atas dengan tidak lebih 100 patah perkataan.
Ring a bell?
Ha! Ha! Ha!
Namun ini adalah antara kaedah terbaik untuk pembaca memperkenalkan diri secara ringkas di dunia maya.
Saya percaya ramai lagi, terutama silent readers belum memperkenalkan diri mereka. Melalui data saya perolehi, blog ini juga dibaca pelawat tinggal di luar negara, barangkali pekerja dan pelajar Malaysia menetap di negara orang.
Ada?
Suka mengunjungi blog ini:
BalasPadam1. Dapat mengesan setakat mana kecekapan pentadbiran kerajaan sebagaimana diwar-warkan.
2. Lari dari memikirkan hal2 politik yang semakin hari semakin jauh dari hala tuju memakmurkan rakyat
Pesara, 45, Kuala Kangsar Perak.
sebab kita suka baca blog ni.. antaranya :
BalasPadam1. blog ni sangat best..
2. banyak kes2 berlaku di persekitaran boleh tau di sini dulu
3. susah dan senang kerjaya wartawan
4. nilai2 kemanusiaan..
ape lagik ye? hmm.. byklah..
Kerjaya : setiausaha
Usia : baruuuuuu jek 35 tahun
Asal : Kuala Lumpur
kenapa baca? :tulisan en mazidul amat bersahaja, dan direct to the point..
BalasPadamkerjaya? : jurutera paip
usia? : 26 tahun
asal?: selangor
saya suka baca blog mazidul sebab :
BalasPadam- entry yang menarik dan berinformasi
- penulisan tak ada shortform2..so xpening..:)
- blog yg kemas dan cepat loading..
dari saya:
housewife
KL
Saya menyelusuri blog tuan kerana ingin mendapatkan maklumat sebagai first hand not as a sacond hand.... sebagai seorang guru bimbingan banyak fakta yang signifikan dengan kerjaya saya..... mendidik.... teruskan usaha tuan.......
BalasPadamhttp://aspirasidiri.blogspot.com ...
salam abg mazidul.
BalasPadamSaya umur 30 an..berkerjaya dalam bidang IT dan pernah belajar di negara matahari terbit.
sekarang berkhidmat di sebuah syarikat multinational berteraskan IT di cyberjaya.
Asal dari Pahang.Sekarang menetap di seri kembangan.
Dah lama jadi silent reader..saya masuk sini sebab maklumat di sini fresh..tanpa tapisan editor yang lazim kita baca di akhbar dan tenguk di media cetak.
Saya pernah terjumpa abg mazidul masa abg mazidul sebuk sebuk cari barang komputer di salah sebuah kedai komputer di One Utama.Abg mazidul berdiri betul betul belakang saya..saya buat buat tenguk mouse,speaker dan terus blah.tak biasa dgn orang orang terkenal ni.hahaha minta maaf.
salam.
Is.
Cara ulasan blog M.A.S best, terang, takde selindung-selindung, tak meleweh-leweh, berita yang nak di cakap pun menarik. lagi-lagi pasal arwah datuk sosilawati.
BalasPadam*personal asisstant, 22, johor bahru.
salam
BalasPadamWah panggilan bro maziduk utk silent readers bersuara menjadi di netry ini..ramai nama2 yg tak pernah tengok tinggal msg pun terpanggil menulis...tahniah bro
Sy suka baca blog ini sebab gaya penulis bersahaja dan bernas. Ulasan yang telus walaupun kekadang sy sendiri tdak setuju dgn pendapat bro.. tp sy suka bro ada pendirian. Ada yg berita tak kaur paper/TV lagi tp dlm blog ini sudah ada maklumat...
juga terimakasih sebab linkkan blog sy di sini...pengunjung dr blog ini ke blog sy sangat ramai..
salam en mazidul..
BalasPadamsebab apa saya membaca blog ini?
saya membaca blog ini sebab saya suka dengan tulisan blog en mazidul, pandangan yang disampaikan oleh en mazidul dan isu-isu yang dipaparkan oleh en mazidul. :)
**azman, 34, drebar lori, kota damansara
saya baca blog en mazidul kerana beberapa sebab :
BalasPadam1>isu yg diutarakan sgt up tp dated.kdg2 xkuar tv, majalah atau surat khabar lg.
2>tulisan anda sgt jujur.jika anda marah, perasaan itu sampai kepada saya.begitu juga dgn emosi lain.
3>kdg2 karya anda sgt kelakar, membuka minda dan membuat saya berfikir.
4>saya memang meminati anda dari dulu.(hehe).
saya buka blog anda 3 kali sehari.dan xmustahil jika lebih dari itu.
hr manager
25
perak.
Bungacahaya
BalasPadam30/F/BBbangi
Sbb 1. Mazidul Akmal 2. Tampalannya menarik 3. Hint paparan 999.
Saya suka membaca kerana banyak informasi dan yang paling menarik ialah catatan perjalanan seharian Abg Maz tu.
BalasPadamAsst Manager / 31 / Kuala Kubu Bharu
salam,
BalasPadamSebab utam saya baca blog ni:
1. info yang sah, sahih dan boleh dipercayai. Tanpa prejudis.
2. sdr. mempunyai sisi yang tersendiri buatkan saya perlu keluar dari kota berfikir sendiri.
3. Tiada agenda tersembunyi
4. maklumat lebih tepat, menyeluruh terus dari tempat kejadian.
Tahniah. Saya akan terus membaca blog ini, insyaAllah.
Mewayang di Estet Sempena Deepavali
Salam
BalasPadamsaya silent reader blog ni.
1. mengapa saya membaca blog ini?
banyak dapat info dunia luar yang x boleh dapat dalam berita/tv/paper dsb.bahasa yang mudah difahami dan bersahaja dan yang penting dalam bm...sebab x bape pandai bi..huk huk huk
2. kerjaya-salah seorang penjawat awam
3. usia- 31 tahun
4. asal - n.s. menetap di subang jaya
Salam...
BalasPadamKenapa blog ini??
1 - berani
2 - telus
3 - fakta
4 - menarik
5 - ilmu
kerja sendiri
27 thn
kuala kangsar
salam bro,
BalasPadamsaya membaca blog ini bukan sebab awak mazidul..tetapi sebab isi kandungan nya yang cukup mantap,terkini dan olehan kata yang cukup padu..
Dari segi isu pulak yang diketengahkan tak memilih bulu..cukup dari segala aspek..
Mula-mula kenal blog ni waktu-waktu ada minat nak berblog..yang pasti setiap malam blog ni mesti saya baca dan ternanti-nanti update terkini.
teruskan berblog..
saya disini adalah
rusmidi(papaitam)/31/rawang
salam,
BalasPadamsaya mengikuti blog ini apa bila ia dipautkan ke house of PK
berkerja sendiri
berasal dari kedah
menetap di Pulau pinang
umur 34 tahun
yang menarik blog saudara
Terkini
telus
Penulisan yang baik
berkongsi idea serta pendapat
terima kasih kerana blog ini telah dipautkan ke blog saya.
Salam..
BalasPadamBanyak info boleh dikongsi dari blog ni..Isu2 semasa kadang2 lagi cepat dari tv/paper.
Teruskan menulis ya.
Engineer
26
JB
Nickname:Chibidibonbon
BalasPadamAsal: Klate
Menetap: Mlake
Usia: 39
Kerjaya: Mengajar
Kenapa baca blog ni??
1- Mengetahui isu2 yg smakin berleluasa....tp tak diketengahkn oleh media massa....
2- Isu2 PATI... masalah moral....isu2 terkini....diulas secara terbuka....
3- Tak berapa minat pd blog2 yg hanya hidangkan hiburan yg tiada manafaat.
Kenapa baca blog ini ?
BalasPadamKerana isi kandungannya :)
salam
BalasPadamsy baca blog ni psl byk membincangkan isu2 semasa secara telus, bernas dan berhemah. byk gak pengetahuan ttg undang2 yg sy dpt dri sini.
instructor
25
lumut, perak
teruskan berkarya, dan selamat maju jaya
Salam,
BalasPadamIsu yg dipaparkan lebih terkini, telus dan berlandaskan fakta.
Client Support Engineer
30
Puchong, Sgor.
Salam Sdr MAS,
BalasPadamMemang sy dh lama jd silent reader blog ni tp skrg nk jgk puaskan hati Sdr MAS krn mmg dh byk isi blog ni dpt membuka minda sy..
1- Sy suka baca blog U ni krn boleh dikatakan semua yg U tulis adalah realiti, bukan semua org berani nak tulis psl tu, terkini, berasas kn fakta & yg paling sy 'salute'kat U bila U dgn berani dedahkan sesuatu yg mungkin boleh mengancam keselamatan U or your family TAPI memang perkara tu patut pun rakyat Malaysia tahu.
2- Kerja sy sbg Asst. Manager sebuah syarikat swasta.
3- Age 40, Marang. Terengganu Darul Iman.
Memang setiap kali sy on internet sy akn lawat blog ni. Akhir kata dari sy..teruskan menulis segala apa yg difikirkan baik untuk semua. Kata pepatah "Tidak semua yang baik itu manis". Tq..
salam Abang Dul...
BalasPadamacu tau kewujudan blog Abang Dul nie melalui MHI...ada sekali tu abang Dul sebut nama blog Abang Dul..sejak dari situ acu terus "jatuh chenta"...banyak info menarik...dulu acu kerap meninggal kan jejak di ruangan komen setiap entry Abang Dul tapi lately nie kebizian dengan keja membatas kan waktu untuk mengomen...tapi acu tak penah miss setiap entry yang Abang Dul updet...
dan melalui blog Abang Dul nie lah acu dapat ramai kenalan seperti VIC, Kak Azie, Kakcik Seroja, Azrul dan ramai lagi (sekadar menyebut beberapa nama)...berkenalan di alam cyber terus di bawa ke alam nyata...
walau pun kita dah 2 kali berjumpa tapi acu tau Abang Dul tak tau lagi kerjaya acu...acu seorang programmer di salah sebuah IPTA...umo acu 32tahun...ehem..ehem..masih bujang lagi...heheheee
Salam.
BalasPadamSaya suka membaca blog En Mazidul sbb banyak info terbaru dan perkara yang berlaku disekeliling kita yang tak dapat kita kita temui dalam akhbar. Coretan anda mudah difahami dan terus dari seorang pemberita yang tak disunting oleh org lain. Tu yang asli.
Boleh kata setiap hari kene bukak blog anda.
Saya tinggal di Johor Bahru tapi berkerja di Singapura. Jadi selalu baca semasa di pejabat.
Mungkin saya org pertama dari luar Malaysia He He He.
45 tahun
Mechanical Inspector for FPSO Project.
Nak tahu lebih lanjut email saya.
Wassalam.
abang memang best.... dan rasanya akan ada ramai lagi follower...
BalasPadamsaya pembaca dari selatan tanahair...
berusia 32 dan suka cara abg menggarap kisah suka duka kehidupandi Malaysia.. gud job
1. Saya memang peminat Mazidul Akmal. Walaupun kita tidak pernah bersua, namun saya kenali saudara menerusi rakan yang selalu bercerita tentang saudara yang saya anggap berani bertindak. Bagi saya, BERANI KERANA BENAR dan bukan berani membuta tuli. saudara berani membongkar cerita yang selama ini cuba disembunyikan kerana beberapa perkara tertentu.
BalasPadam2.Blog saudara dipenuhi dengan fakta dan bukan sekadar cerita semata-mata.
Minta saudara sampaikan salam saya kepada Mazlin Nordin, katakan Orang dari Kelantan kirim salam dan maaf kerana tidak menghubungi beliau. Sebenarnya saya kehilangan no telefon beliau.
pembaca senyap
BalasPadamsuka baca blog MAS sebab boleh tahu hal2 yang tiada di media lain
masih lagi belajar
23 tahun
kelantan
salam,
BalasPadamsaya suka baca blog ni sebab very informative memandangkan saya bukannya hari2 tengok berita di TV atau baca newspaper. hehe..
juga suka pada pandangan en mazidul, tak terlalu berteraskan politik. lebih kepada kebajikan, kemakmuran dan keselamatan rakyat malaysia khususnya. saya terasa bagai disuntik satu semangat untuk menjadi rakyat yang lebih patriotik. :)
saya, 26 tahun, berasal dari ipoh, perak dan kini menetap di shah alam, selangor. bekerja di bangsar sebagai eksekutif di sebuah syarikat telekomunikasi.
saya silent readers.....dan saya mula nak bersuara....haha...SAYA SUKA BLOG NI!!!!....yang paling saya suka setiap entri deselitkan sekali dengan ganbar...baru REAL!!!
BalasPadamSalam.
BalasPadam1.Saya suka baca blog mazidul sbb gaya bahasanya dan pastinya bahan berita yg disampaikan.
melalui blog ni jugak saya kenal rapat beberapa kawan blogger spt dj epoi, naz dan hysman..
2.Saya guru matematik dan pengaturcaraan komputer
3.Berusia 43 tahun... InsyaAllah tahun depan
4.Asal saya Gopeng, menetap di Seri Manjung.
**kadang-kadang saya suka jd silent reader
sy suka bc sbb:
BalasPadam1) mazidul akmal sidek
2) saudara berani kupas isu2 semasa
3) nk tau psl 360 atau 999 dengan details :)
sy loyer gomen :)
Salam Bro...
BalasPadamSaya suka baca blog saudara kerana info dan fakta disampaikan simple dan mudah difahami... dan sentiasa konsisten dengan berita2 terkini yg hangat, panas serta berinfomasi...
saya bekerja sbg design engineer di salah sebuah syarikat swasta...
usia 33 tahun... asal selangor...
Saya mengikuti blog saudara secara silent reader... dan kadangkala melontarkan komen jika ingin berbuat demikian...
semoga blog saudara terus memberikan informasi2 yg menyengat... teruskan menulis...
blog ni memang best.. saya sebagai student utm skudai minat baca blog ni. padat dengan info yang kadang-kadang tidak ada dalam surat khabar.. keep in digging...
BalasPadamdisini saya kenal mr alid,miss acu,mr dj epoi,mr eelobor,mr bapak gegula,mr zeqzeq dan ramai lagi.dan yang paling baru saya nampak ada link chik inn disini dan terus i follow... :)
BalasPadamhari-hari mesti nak masuk ke sini macam ketagih teh LIPTON O panas pulak hohoho... :p
caiyokler en mazidul!
Saya suka baca blog nih sebab cara penceritaan yang boleh saya bayangkan di kepala ketika membacanya. cerita yang terkini, gambar yang menarik dan kisah yang slamber.
BalasPadamsaya antara silent reader blog en.mazidul..
BalasPadamsaya mula tahu blog ni masa tengok MHI tahun lepas,ada orang puji blog encik..then saya terus cari..
saya student syariah law di sebuah IPTS tempatan..blog ini banyak membantu saya, kadang2 saya terfikir en.mazidul sibuk tp dapat update selalu..sy punya blog lambat update :( saya masih lemah dalam mengurus masa..
jempulah singgah blog saya bila free..
Salam.. Harap tak terlambat untuk memperkenalkan diri ( baru berkesempatan ) Saya Fadzli Amir.
BalasPadamdi lahirkan di Pahang( bapak tentera)Kampung asal, Beruas Perak. Menetap di Pulau Pinang. Bekerja sebagai ID cabuk...Saya suka melawat blog ini sebab, cerita yang bersahaja tapi bersandarkan fakta ( bukan macam blog saya, macam syok sendiri je...heheheh..tak mampu lagi rasanya untuk saya menulis macam Bro Mazidul )apa2 pun saya dapat banyak pengetahuan kat sini...Bro, memang best
Saya Yati.. Kerja dalam bidang IT.
BalasPadamSuka baca blog yang berilmiah..
untuk dapatkan ilmu semasa..
dan nak tahu perkembangan dalam malaysia..
dan apa jadi kat dunia luar..
supaya boleh alert pada keadaan sekeliling..
sebab jenayah memang tak diduga..
Teruskan berblog..
Saya Walter, dari Saratok, Sarawak berusia 30 thn.. Saya baca blog ini sejak awal 2009 lagi.. Kalau tak silap saya saya adalah follower yang ke 812.
BalasPadamBlog ini best, hobi saya membaca bukan tengok tv sebab tu saya suka baca blog ini.. Membaca kita dapat meneliti, memahami dan merenungkan peristiwa yang dicacat.. Tengok tv dengar jer.. kadang2 keluar dari telinga sebelah..
Namun, lama juga saya miss cerita sensasi blog ini kerana saya kerja di luar bandar, skrg dapat ekses internet senanglah sikit... Tak perlu habiskan 2-3 jam untuk blog ini.. maksudnya.. ada entry terbaru terus baca...
Anyway, harap terus sukses! Good luck Bro...