Isnin, November 22, 2010

Saya Tidak Pandai Menari Dan Menyanyi

Harris Farouk Alex, 28 dan Haizren Mohd Esa, 27 tahun, kedua mereka Penolong Penerbit di Primeworks Studios selamat diijab kabulkan pada jam 2 petang, 20 November di Klebang, Melaka.

Semalam mereka dipersandingkan di Dewan Bistari Asmavilla di Ayer Keroh, Melaka. Saya anggarkan lebih seribu tetamu jemputan hadir.


Sebelum ini Harris pernah bertugas sebagai wartawan penyiaran rancangan 360. Kini dia wartawan program Kes disiarkan pada setiap Rabu, jam 9 malam.

Tahniah kepada keduanya, semoga gerbang perkahwinan dibina berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Turut menyerikan majlis, Kumpulan Prisma Seni dipimpin Razif Zulkapli menarikan lagu Joget Melayu, Quando Quando dan Joget.


Manakala pasangan wartawan Majalah 3, Nurul Fariha On dan pengacara program bual bicara Wanita Hari Ini, Norazura Azizul Azman mendendangkan lagu 'Ayat ayat cinta'.


Untuk rekod, tiada rehearsal bagi acara tarian dan nyanyian.

Turut sama menyerikan majlis bermula jam 1 tengahari terbabit, pengacara, Intan Norsaina, kawan baik Harris. Intan mendendangkan lagu 'Because you love me' didedikasikan khusus untuk pasangan pengantin.


Saya? Insan tidak pandai menari dan janggal menyanyi diberikan kepercayaan menjadi pengacara majlis.


No rehearsal too tetapi Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Bulan Disember, banyak pasangan melamar saya menjadi pengacara majlis persandingan mereka, hanya sebilangan dapat saya penuhi.

Maaf.

9 ulasan:

  1. Salam ... waaaa dah jadi pengacara nampaknya .. jangan nanti ter PROMO lak dalam majlis ... :)

    BalasPadam
  2. Tahniah untuk pasangan pengantin. Semoga berpanjangan jodoh ke akhir hayat mereka.

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum
    Abg Mazidul,
    saya sangat suka mendengar cerita kewartawanan dan bidang pengacaraan ini. Saya juga diberi kepercayaan untuk mengacara majlis bersama Menteri beberapa kali. Pernah juga pergi ke stesen TV untuk menjadi Newscaster, tetapi tidak percaya. Mungkin belum cukup pengalaman dan skill lagi. InsyaAllah, suatu hari nanti akan mengikut juga jejak abang.

    BalasPadam
  4. buat mempelai TAHNIAH diucapkan....

    wahh,dah jd pengacara majlis kawen...
    nnt boleh ler kwn invite majlis kwn 5thn lagi...
    bape bayaran.. heheh..
    tahniah bro... rezeki Allah..

    BalasPadam
  5. Tahniah untuk pasagan pengantin. Semoga berkekalan hingga ke anak cucu dan bahagia di dunia dan akhirat. Wah! Rupa-rupanya banyak bakat yang terpendam orang TV3.

    BalasPadam
  6. salam,
    tahniah utk pasangan pengantin.
    unik betul nama en harris tu...(pan asia ke?)

    apa-apapun, sdr MAS memang berbakat jd pengacara. tak perlu rehearsal.. pengalaman yg ada boleh diaplikasikan..
    congrats!

    BalasPadam
  7. Salam zairah dan singgah ke blog ceria anda.
    Tahniah utk pasangan pengantin. Semoga kekal hingga ke ahir hayat.

    Jom Singgah Ke akuanakpahang "Segalanya disini suka duka sebuah kehidupan."

    BalasPadam
  8. salam...


    ada tgk rancangan KES hari tu..wartawan tu rupanya...xper la, moga bahagia sampai akhir hayat..aminn..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.