Ahad, November 14, 2010

Biar RABAK Asalkan Nikmat Dan Bergaya (Dikemas Kini) MESTI BACA

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata 270 kes penderaan kanak-kanak membabitkan teman lelaki ibu.

Sekaligus saya terbayang gambar mayat Aaliyah Ayman Hussin Abdullah, 3 tahun.


Di bawah, gambar Aaliyah ketika masih bernyawa.


Aaliyah maut setelah didakwa didera, diliwat dan dibunuh kekasih ibunya, warganegara Sudan, Mohannad Taha Ismail, 24 tahun pada 12 Oktober 2009.

Mohannad dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana secara sengaja menyebabkan kematian Aaliyah di kediaman bernombor 9/D3/9, Palazzo Tower, Venice Hill Condominium, Batu 9, Cheras, Hulu Langat, Selangor antara pukul 7.30 dan 8.30 malam.

Saya pernah menulis berhubung tertuduh di tamplan 22 Oktober 2009, 'Terjahan Awang Hitam'.



Menurut laporan akhbar, ibu Aaliyah, bekas setiausaha syarikat pembinaan, Ellina Maulad Mahather, 25 tahun mengaku tinggal serumah bersama Mohannad.  

Perbuatan Aaliyah kencing merata di rumah dikata mencetuskan kemarahan Mohannad mendorong tertuduh bertindak kejam terhadap mangsa. Walhal, Mohannad, lelaki dipanggilnya 'babah'.

Berikut antara kenyataan saksi pendakwaan kedua, Ellina ketika disoal Timbalan Pendakwaraya, Alfred Egin di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor.

“Tertuduh kata nak beri dia pengajaran. Saya beritahu tertuduh supaya biarkan kerana saya akan cuci air kencing selepas saya pulang”. 

Mohannad kemudian dilaporkan menjemput Ellina di pejabatnya menggunakan teksi.

“Kami sampai di rumah pada pukul 7.30 petang. Saya nampak Aaliyah terbaring di atas tilam dalam keadaan serius, sukar bernafas dan muka lebam, bengkak serta berdarah," kata ibu mangsa.

Kenyataan Ellina di mahkamah mampu dijangka.

"Saya cemas. Saya dan tertuduh menangis selama lebih kurang 15 minit. Saya tengok anak saya dah tak bernafas. Tertuduh memberi bantuan pernafasan kecemasan"

Kenyataan itu bercanggah dengan perwatakannya ketika dirakam jurugambar di mahkamah. Tersenyum lebar menampakkan gigi sambil melindungi wajahnya menggunakan majalah, biarpun anaknya dibunuh.

Lihat juga wajah Mohannad, sedikit tersenyum.


Panik, Ellina kemudian dilaporkan bersekongkol, mencadangkan kepada Mohannad kononnya Aaliyah dipukul orang gaji bertujuan mengelirukan pihak berkuasa, sedangkan hanya mereka bertiga tinggal di rumah terbabit.

Kenyataan akhbar berhubung ibu mangsa amat menarik perhatian saya.

'Hubungan mangsa dengan tertuduh baik pada awalnya, semasa dia (Ellina), ibu bapa dan dua rakan ayahnya berpindah masuk ke rumah sewa tertuduh'.

Baca kenyataan seterusnya.

'Hubungan itu berubah selepas dia (Ellina), tertuduh dan mangsa berpindah ke rumah lain ekoran wujud salah faham, timbul berkaitan masalah kewangan antara tertuduh dan ayah Ellina semasa itu tidak bekerja'.

Maksudnya, Ellina dan Mohannad tinggal bersama tanpa hubungan sah.

Mahkamah sivil tidak mendakwa Ellina kerana setelah disiasat, polis membebaskannya. Ellina hanya sekadar dipanggil sebagai saksi pendakwaan tetapi tidakkah Jabatan Agama Negeri wajar  menyiasat dan mengambil tindakan terhadap Ellina kerana secara jelas dia mengaku tinggal bersama lelaki tanpa hubungan sah? 

Selama ini penguatkuasa Jabatan Agana gigih memberkas pasangan berkhalwat di pelbagai lokasi tersembunyi sedangkan pengakuan berhubung perlakuan pasangan terbabit dipaparkan secara terbuka media cetak.

Barangkali mereka cerdik pandai dalam bidang perundangan mampu memberikan penjelasan.

Kemas Kini

Berikut komen dicatatkan Queenie di ruang komen tampalan, menarik perhatian saya.

'Salam TM

Arwah Aaliyah pernah berada dalam jagaan saya, Elli dtg dari keluarga yang hancur, kali terakhir saya bertemunya, saya beri semua yang diminta, senaskah alQuran, sehelai telekung, sejadah, beberapa helai tudung dan beberapa helai pakaian raya yang saya belikannya utknya dan Aaliyah.

Dia kata "terimakasih mak...." Elli tak pernah rasa kasih syg emak bahkan hanya tengok gambar saja.

Saya dengan airmata sgt berharap dia menjalani kehidupan yg diredhai Allah walaupun perlahan2...waktu itu dia sudah mula menutup kepala. Dia zero agama, dgn latarbelakang hidupnya, tak boleh nak salahkannya sepenuhnya, saya cuba apa yg terdaya.

Apa yg dpt saya simpulkan, nasibnya tidak mungkin sebegitu kalau 'org2 tertentu' tidak mementingkan diri, tp saya tak mungkin akan timbulkan soal ini lagi kerana perkara telah terjadi dan tak mau mengaibkan sesiapa. Elli pernah bersama saya dan saya ikuti segala kisah pedihnya, cuma saya tak tahu (tak sempat tahu) ttg lelaki kulit hitam tu kerana gembira dia telah kembali kpd bapanya, tapi..

Kalau lah saya tahu, saya sanggup jaga Aaliyah selagi saya bernyawa. Sampai kini saya menangisinya, baby yg pernah saya belai terpaksa mengakhiri hidupnya dgn begitu menyakitkan...bagai meletup semua deria bila dpt tahu gambar yg terpapar diakhbar itu Aaliyah, saya meraung hingga kebas seluruh badan namun sampai keluar airmata darah sekali pun Aaliyah tak mungkin dapat saya dakap kembali.

TM bayangkan, kali pertama saya ditemukan dgn Aaliya, dia baru berusia 2 minggu tapi dia menegur saya dgn bibir yg mongel sekali, pengalaman ini pasti menghantui perasaan saya hingga kini.

Sampai sekrg Elli tidak menghubungi saya dan saya tidak dpt menghubungi nya. Kali terakhir panggilan saya dijawab oleh seorg anggota polis dan berjanji utk saya jam 3ptg, sampai sekrg dia menyepi, apa tgjwb kita terhadap warga spt Elli?'

Kemas Kini

15 Ogos lalu saya menulis tampalan 'buang bayi'.


Petang tadi saya dimaklumkan,  ibu kepada bayi dibuang berjaya diberkas pihak polis sewaktu dalam perjalanan pulang ke kampungnya.

"Saya dengar, 'ayah' kepada anak itu, black (warga berkulit hitam)," ujar sumber saya.

"Mengapa gadis Melayu boleh terpikat dengan dia orang ni?," soal saya.

"Lelaki berkulit hitam selalunya bijak berkata-kata dan banyak duit. Gadis Melayu terpikat dan berpeluang mendapatkan wang untuk membeli pakaian mahal," tambahnya lagi.

Saya kemudian menghubungi polis dan cuba mendapatkan perkembangan sebenar kes untuk dikongsikan bersama pembaca semua.

Entahlah, biar rabak asalkan bergaya, barangkali.

Nota

'RABAK' bermaksud koyak keterlaluan. Itu istilah saya dan tidak pasti samada tercatat di dalam Kamus Dewan. 

Saya juga berharap blogger, Azieazah berpuas hati dengan saiz semua gambar dipaparkan di tanpalan ini. See, I do listen to my readers.

29 ulasan:

  1. kasihan adik kecil tu ;(
    sedih dengan sikap parents sekarang.haishh

    BalasPadam
  2. Salam TM...

    Arwah Aaliyah pernah berada dalam jagaan saya...Elli dtg dari keluarga yang hancur...kali terakhir saya bertemunya, saya beri semua yang diminta, senaskah alQuran, sehelai telekung, sejadah, beberapa helai tudung dan beberapa helai pakaian raya yang saya belikannya utknya dan Aaliyah....
    Dia kata "terimakasih mak...." Elli tak pernah rasa kasih syg emak bahkan hanya tengok gambar saja...

    saya dengan airmata sgt berharap dia menjalani kehidupan yg diredhai Allah walaupun perlahan2...waktu itu dia sudah mula menutup kepala. Dia zero agama....dgn latarbelakang hidupnya, tak boleh nak salahkannya sepenuhnya...saya cuba apa yg terdaya...

    Apa yg dpt saya simpulkan, nasibnya tidak mungkin sebegitu kalau 'org2 tertentu' tidak mementingkan diri, tp saya tak mungkin akan timbulkan soal ini lagi kerana perkara telah terjadi dan tak mau mengaibkan sesiapa....Elli pernah bersama saaya dan saya ikuti segala kisah pedihnya..cuma saya tak tahu (tak sempat tahu) ttg lelaki kulit hitam tu...kerana gembira dia telah kembali kpd bapanya, tapi....

    kalau lah saya tahu....saya sanggup jaga Aaliyah selagi saya bernyawa. Sampai kini saya menangisinya, baby yg pernah saya belai terpaksa mengakhiri hidupnya dgn begitu menyakitkan...bagai meletup semua deria bila dpt tahu gambar yg terpapar diakhbar itu aaliyah...saya meraung hingga kebas seluruh badan... namun sampai keluar airmata darah sekali pun Aaliyah tak mungkin dapat saya dakap kembali....

    TM bayangkan, kali pertama saya ditemukan dgn Aaliya, dia baru berusia 2 minggu tapi dia menegur saya dgn bibir yg mongel sekali... pengalaman ini pasti menghantui perasaan saya hingga kini....

    sampai sekrg Elli tidak menghubungi saya dan saya tidak dpt menghubungi nya. Kali terakhir panggilan saya dijawab oleh seorg anggota polis dan berjanji utk saya jam 3ptg.. sampai sekrg dia menyepi..apa tgjwb kita terhadap warga spt Elli?...

    BalasPadam
  3. dunia akhir zaman..banyak manusia yg berhati binatang......moga mereka mendapat hidayah dari Allah dan bertaubat...

    BalasPadam
  4. kesiannya anak tue... maybe mak dia langsung takde perasaan sedih kehilangan anak dengan cara yang begitu azab kot... [saya bubuh maybe ye... maybe saya silap]

    BalasPadam
  5. Ellina tu memang jahat..anak dah kena dera macam tu pun boleh nak bela orang yang bunuh anak dia. Bodoh!!!!

    BalasPadam
  6. Queenie, terima kasih atas catatan. Saya terharu membaca pengalaman dicoretkan di sini.

    BalasPadam
  7. saya tak sanggup tengok gambar mereka ni lama2..sangat sedih..
    pelik juga kenapa pasangan yg dah sah2 mengaku tinggal bersama tak didakwa seperti yang kena tangkap khalwat.

    BalasPadam
  8. sedih bila budak secomel tu menjadi mangsa nafsu serakah manusia...

    BalasPadam
  9. Queenie,
    Sebak membacanya.Betul kadangkala kita hanya menghukum dosa orang lain sahaja.Tanpa berbuat sesuatu.

    BalasPadam
  10. slm en.mazidul..
    mtk izin share di fb.. trima kasih.

    BalasPadam
  11. macam2 la skrg ni...yg aku herannya tengok laki 2 muka dah mcm apa ntah...idung xla mancung..xensem pn..ada jugak org melayu yang nak..kan dh jadi kes dah..ingt org kulit itam ni baik ke...jarang yang baik la...

    Bizz Runner

    BalasPadam
  12. Subhanallah..
    kejam sungguh manusia sekarang nih...
    hukum bunuh saja pd pompuan lahanat tu...grrr...

    BalasPadam
  13. queenie,
    coretan saudari amat menyentuh naluri saya.. sebagai bapa perasaan tu dapat saya rasa.. walau tak seperit saudari. Al Fatihah

    BalasPadam
  14. semoga pelaku ini menerima balasan setimpal....kalau terlepas didunia semoga allah balas mereka yg terlibat dengan kejamnya,

    saya setuju sgt melaka ada sekolah untuk pelajar mengandung,sekurgnya mereka ada tempat untuk mengadu , bayi mereka kalau tak nak pon ada tempat nak disalurkan..banyak pasangan yang nak anak tak dapat

    hu..hu,..hu...

    BalasPadam
  15. Boleh lagi tersengih mcm kerang busuk? Paling kejap pn 5 bulan patutnye muka tu nampak sedih. Heran, mmg sggh heran..terlalu byk dh kes dera anak ni, yg jenis mak bersekedudukan. Tp xpenah dgr pn pej. agama amik tindakan. Xcukup tenaga kerja gamoknye..

    BalasPadam
  16. Salam Saudara Mazidul,

    Tengoklah kelakuan anak melayu masa kini yang tanpa segan silu bercanda berasmara di khalayak ramai di bumi Malaysia. Amat memalukan dan menjijikan.

    http://www.facebook.com/video/video.php?v=169148946448063&comments

    Sekadar berkongsi dan minta saudara Mazidul beri pandangan mungkin ulasan. Rasanya tidak perlu disiarkan komen saya ini, nanti ramai pula tertarik dengan link ini.

    Wasalam.

    BalasPadam
  17. Zeme, maaf, saya tidak memiliki akaun Facebook. I have deactivated it.

    Biz Runner, cinta tak kenal siapa. Teringat lagi Aris Ariwatan :)

    Azeeda, boleh.

    BalasPadam
  18. Salam...

    Kes macam ni la...baru orang ramai akan setuju jika ada hukum hudud.....bunuh di balas bunuh....

    Wallahu'alam.

    BalasPadam
  19. bro maz,
    sy da tengok vidz yg saudara zeme sarankan 2.
    saya MALU!!!!
    klo jmpe due ketol ni, sy nk bg plempang kude itam naik minyak!
    kes aliyah ni, sgt menyayat.. xde pedoman, xde iman. sme2 lah kite beringat..

    BalasPadam
  20. Saudara Mazidul,

    Saya pernah membaca catatan seorang Forumer mengenai Elli dan Aaliyah di Forum Cari sewaktu hangatnya kes ini dulu. Mungkin Queenie dan forumer tersebut adalah orang yang sama memandangkan dia mengaku dia pernah menjaga Elli dan Aaliyah sewaktu masih bayi.

    Banyak maklumat menarik di situ. Mungkin fakta, mungkin auta.

    BalasPadam
  21. Jika saya tidak silap, saya sudah pernah baca tentang Kak Q menangisi Aliyah ini di sebuah email, lupa sapa yang forward..

    Apapun segalanya sudah terjadi. Kesal kerana utk kenikmatan dunia, ada nyawa kecil yg menjadi mangsa.


    *Terimakasih BRO, kerana memberikan respons yg baik kepada komen saya tempohari. Yeah... gambar lebih jelas kini.

    BalasPadam
  22. Salam TM..

    Maaf...mohon laluan utk Audra Sazreena...

    Saya rasa artikel yg awak pernah baca memang dari saya. FYI selain saya hanya ada seorang saja lagi wanita yg menyayangi Aaliya dan bersimpati sejujurnya kpd Elli.

    Saya katakan sekali lagi, saya tiada kaitan darah dgn Elli dn Aaliyah, mungkinkah anda bersaudara dgn bapak Aaliyah? Kalau ada di mana keadilan utk Aaliyah?

    Anda tak perlu pertikaikan derita org kiranya anda rasakan duit anda hanya utk poket anda sendiri... maaf ckp kalau anda kenal dan ada hubungan darah dgn siapa lelaki yg bertgjawab dgn kehaidran Aaliyah di dunia ini, sedikit pertanyaan dari saya:

    di mana anda di saat Elli dan anaknya kelaparan di pagi raya? sewaktu org lain mewah dgn makanan hingga terbuang2? Dimana anda sewaktu tin susu Aaliyah kering kontang? Di mana anda sewaktu Aaliyah kesejukan bila diapersnya habis dan dia lencun dgn airkencing tanpa selimut. DI MANA ANDA?

    Saya kira Elli lebih baik dari anda kerana dia memang zero. ZERO EVERYTHING! dan org2 spt anda (yg munkin tinggi ilmunya dan penuh poketnya)yg seronok mempertikaikan niat org lain inilah yg lebih membobrokkan masyarakat yg sedia pincang dan senget.

    Kalau ada budak cakap lapar kepada saya, saya akn terus beri dia makan sampai dia kenyang, saya samasekali tidak akan pertikaikan, ni anak siapa, mana mak bapak dia, kenapa mak bapak dia tak bertanggung jawab, pasal mempertikaikan "penyebab" tanpa menyelesaikan masalah didepan mata tidak akan membantu mana-mana pihak pun.

    Saya tidak marah tp perkataan auta membuatkan saya ingin mengenali siapa anda...mungkin anda ibu saudara pada Aaliyah, sebelah bapak Aaliyah? saya tahu cerita ini dan anda jawab diSANA nanti.

    terimakasih dan maaf sekali lagi pada TM.

    I REST MY CASE, terimakasih.

    BalasPadam
  23. Salam bro MAS. Ni bukan macam binatang, tapi setan yg terdiri dari manusia!

    BalasPadam
  24. Salam..
    Memang sedih ada latar belakang 'broken family'.
    memang sedih kelaparan di hari raya, kesejukan di kala malam, jadi ibu tunggal, 'ZERO' segala2nya.
    Tapi kita ada pilihan...
    kita boleh memilih untuk tidak hidup berhambakan nafsu, cari kerja halal dan hidup bersederhana. kalau sy kenal dan tahu penderitaan Elli dan anaknya, insyaallah.. sy akan bantu.sy akan ambil dia bekerja sebagai pengasuh atau pembantu rumah saya dan sekaligus beri dia perlindungan. ada dia datang ke rumah saya?? atau ke rumah sapa2??? oh tidak.. kerja x glamer.
    sy boleh bagi dia duit.
    untuk satu hari.
    untuk 2-3 hari, klu lah sy kenal dia..
    tapi lepas itu,smpai bila?
    orang lain pun perlu duit nak hidup,tp diorang cari kerja, berusaha.
    kita ada badan kebajikan, tp mgkin d cukup untuk menampung kehidupan ala mewah.
    dia nak jugak kehidupan mewah dan glamer tanpa berusaha.
    sy percaya, Elli adalah insan biasa spt kita semua. she made a bad decision, like we always do, but only on a greater scale... a life is lost.
    Tuan Mazidul, pertama kali sy lihat jenazah bayi yg dibuang kt sungai blkg kolej tu..sy kompem mmg ayahnya pak itam.besar dan gelap. sungguh mnyayat hati.. sy hrp mereka yg btanggungjawab mdapat hukuman setimpal dunia akhirat.. atau bertaubatlah mereka...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.