Ahad, Ogos 15, 2010

Buang Bayi (Latest! STILL Not In The News) - Pictures Updated


Mayat bayi perempuan dipercayai cukup sifat ditemui di tebing sungai berhampiran asrama Kolej Segi, Jalan Teknologi, Kota Damansara, PJU 5, Petaling Jaya, Selangor.


Asrama pelajar di kiri manakala mayat di dalam beg berwarna hitam berbalut tuala ditemui penjala ikan kira-kira 20 meter dari pagar tembok simen pada jam 10.30 pagi tadi di tebing sungai di sebelah kanan.


"Ada orang buang dari dalam pagar tetapi tak lepas ke dalam sungai, sangkut di tebing," bisik lelaki berdiri di sebelah saya.

Apapun, sebelum siasatan sepenuhnya dijalankan polis, saya menganggap kenyataan itu, satu spekulasi.

Mari bersama kita lihat gambar mayat terbabit.


Melihatkan tubuhnya, barangkali mayat terbabit telah dibersihkan terlebih dahulu, dibalut menggunbakan 2 tuala dan dimasukkan ke dalam beg sebelum dicampakkan. Mungkinkah ketika dibaling ke tebing sungai, bayi terbabit masih hidup, terhentak ke tanah sehingga terkeluar najisnya sebelum mati?

Itu satu kebarangkalian.

55 ulasan:

  1. MasyaAllah..apalah nak jadi dengan manusia yang langsung tiada akal fikiran..melihat keadaan fizikal baby yang sihat,tersentuh hati dibuatnya...eloknya kalau dapat tangkap siapa empunya baby tu campakkan je macam mana dia campak baby tu...biar dia rasa macam mana seksanya....

    BalasPadam
  2. ya rabbi.. kenapa laa makin menjadi2 gejala buang bayi ni??

    pegi belajar kat Kolej tapi tak ada otak.. mengabiskan duit mak bapak je.. hish!!

    BalasPadam
  3. Semesti nyer orang yang buat bayi ni dah mati hati, akal dan perasaan nyer. Saya sokong kerajaan nak kenakan hukuman mati kepada pesalah buang bayi.

    BalasPadam
  4. kesian nya kat baby tu :(

    memang wajar lah dikenakan hukuman mati kepada yang membuang baby tak berdosa ni

    BalasPadam
  5. ya Allah. apa nak jadi ni. semakin hari semakin menjadi jadi isu buang bayi ni. tak ada ke sekelumit pun perasaan sayu bila lihat bayi tu lahir. tak ada ke rasa sedih bila masa si pembuang nak membuang bayi tersebut. ya Allah. :'(

    BalasPadam
  6. Bayi saya anggarkan seberat lebih 3 kilogram. Mungkin dibuang malam tadi.

    Mujur beg terbabit tidak tercampak masuk ke dalam sungai, jika tidak mayat sudah pasti kembung.

    Jika pelajar kolej berhampiran terbabit, ibu kepada anak itu, dia pasti sedang berdebar menanti jejaknya diburu polis.

    Segi Kolej, kolej mempunyai pelajar antarabangsa namun melihat secara kasar mayat terbabit dari jarak dekat, saya percaya dia anak warga tempatan.

    BalasPadam
  7. Astaghfirullah.

    Buang bayi dah macam buang sampah dah. -_-"

    Adakah kempen2 yang kita buat setakat ini semakin menggalakkan perbuatan tersebut?

    BalasPadam
  8. salam encik mazidul,

    syahdu saya lihat foto bayi itu.

    tergamak betul manusia itu!!!

    saya dah 5tahun kwen blm dikurniakan zuriat hari2 mohon diberikan kesempatan utk menjadi seorang ibu.

    orang itu sangat berhati binatang. semoga dia sedar dan bertaubat serta dikenakan hukuman setimpal.

    BalasPadam
  9. tangkap dan hukum..
    sedih dengan kejadian buang bayi yg berleluasa sekarang nie..
    ape diorg nie xbaca paper/tgk berita ker? huhu

    BalasPadam
  10. Makin banyak kempen, makin menjadi-jadi pula gejala ini. Haiwan pun sayang anak. Tapi 'manusia' ini sanggup bunuh anak....

    BalasPadam
  11. dah menjadi trend remaja malaysia sekarang. rasa sedap suka mahu tanggung tak mahu.. buang je ,

    Brader Mazidul. i dah copy pic ini untuk di weblog i. Credit to you bro.

    BalasPadam
  12. ya allah, sedihnya hati..

    saya rase masalah ni semakin nak dibendung, semakin menjadi.
    kite dah tak mampu nk betulkan yang dah termengandung, apa kate masyarakat luar sane ubah pikiran.

    maksud saya, jangan di hina, di buang keluarga, dibelasah sampai lembik mereke yang dah termengandung ni, ambik jalan selamat, pujuk mereka, lahirkan anak dengan baik, jaga mereka, beri perlindungan.. kalau taknak bayi yang dilahirkan mungkin boleh bagi pada mereka yang inginkan anak.. kalau kita terusan membenci, menyalahkan mereke yang dah termengandung, mungkin ini la jalan si mengandung akan pilih.

    sekadar memberi pendapat.

    BalasPadam
  13. Ya Allah.. apa nak jadi dengan dunia kita sekarang? Mmg patut undang2 digubal agar mereka yg membuang bayi dihukum mati.. atau mungkin kita boleh rejam ramai2.. klu warga asing hukuman lebih berat patut dilaksanakan...

    hampir setiap hari kejadian berlaku.. tu yg kita jumpa yg kita x jumpa?

    BalasPadam
  14. maafkan saya jika kasar bahasa. yg buang bayi ini tidak layak digelar manusia malah tidak layak lagi digelar babi ataupun khinzir sedangkan binatang tersebut pun sayangkan anak. itu manusia syaitan. iskk geram betullah.

    BalasPadam
  15. memang patut hukuman mati dikenakan kpd mereka yg buang bayi.nyawa dibayar ngan nyawa.

    lg 1,Internet censorship perlu dikuatkuasakan.ramai remaja terpengaruh & terpengaruh ngan video2 lucah.bila dh terpengaruh,mula terbit rs nk cuba2.dr ringan2 jd zina..bl dh panik,buang bayi yg xberdosa.

    BalasPadam
  16. ya Allah.....mudah2an penjenyah ni dihukum sehebat2nya....

    BalasPadam
  17. harap-harap mereka jumpa pelajar yang buang (kalau benar pelajar). konfem hukuman gantung terus. ni bukan setakat buang bayi..memang buang(baling) bayi. Kesian membayangkan keadaan bayi masa dia dicampak tu

    BalasPadam
  18. My godness me !!! I was like ................ tak terkata2 upon reading this post. Then, tengok gambar lagi. How cud a "mom" buat benda macam ni after jaga the baby for 9 months? Perempuan jenis apa mcm tu? Why dun she just letak baby tu elok2, bungkus elok kat depan rumah orang or any masjid/surau/gereja/kuil etc ... Dia pi campak dari dlm pagar pastu terlekat pulak dekat longkang. Cukup sifat lagi tu .... In Bahasa Sarawak --> Aduhhh aduhhhh pening palak aku mikir !!!

    Post more on this case Abang Mazidul. This is a gud one. Thanks for this.

    BalasPadam
  19. Ya Allah Ya Tuhanku.. semoga pelaku tidak berperikemanusiaan ini dihukum selayaknya penderitaan bayi itu....... Amin.. semoga ke tali gantung hendaknya!!

    BalasPadam
  20. Ya Allah Ya Rabbi... Hukuman gantung smp mati patut dijalankan. Atau sebat dikhalayak ramai. Skrg ni org dah takut dah azab neraka, sb mereka rasa mereka lepas di dunia. Oklah kalau tak pk pasal dosa pun at least xpnh dgr Pasal Playsafe ke? Malu nk beli kondom?

    BalasPadam
  21. astaghfirullah...ya allah ku mohon berilah petunjukmu kepada mereka...insaflah..

    wajar hukuman gantung di segerakan

    BalasPadam
  22. Tersayat hati melihat foto bayi itu, kenapalah dangkalnya akal pelaku, terlalu singkat fikiran sehingga tergamak melakukan perbuatan yang teramat kejam. Ya Allah..., sakitnya hatiku ini.. oh..

    BalasPadam
  23. Terkedu. Terkaku. Tersedu.

    di mana perasaan si ibu tersebut?

    BalasPadam
  24. tak mungkin mereka yg buang baby ini akan hidup dgn aman dan tenang dibumi ALLAH ini~hukum karma itu pasti! ^.^

    BalasPadam
  25. terpana dengan 'syurga' dunia sementara.,
    tak sedarkah dua2 (mak bapak bayi yang dibuang) sudah ada tiket kat neraka..
    serius.. tak tahu mana hati perut diorang ni..

    BalasPadam
  26. sgt marah bila tau pasal cerita bayi dibuang. kenapa perlu buang? ramai yg mahukan baby tapi tak dapat. derang bole buang sesuka hati. cam buang sampah!

    sila jgn buang anak yg anda kandungkan selama 9 bulan dgn bersusah payah, kalo ye pun tak mau, hantar kat kebajikan, ramai lagik yang nak. sakit ati baca kes buang bayi ni.
    aku yg berusaha ni blm ade rezeki lagik, kowang da dpt buang, mcm plastik tak berguna je. bodoh!
    btul la org kate, kalo mende haram tu, senang je nk menjadi, kalo halal, kene berusaha utk dptkan. erm, ujian Allah.

    meh shopping kat sini meh Awe's Little Shop

    takpun, meh jalan2 kat sini meh My So Called Life

    BalasPadam
  27. sungguh kejam.. sakit mental ke agaknya mak bapak bayi ni.. binatang pon sayangkan anak.. diorg ni martabat lebih rendah dari binatang..

    BalasPadam
  28. malu mengendong bayi lebih besar dari malu membuang bayi.

    bak kata mereka la.

    p.s. tgh tunggu budak2 kolej segi datang blog ni dan mempertahan diri...

    BalasPadam
  29. Tergamak betul buat macam ni. Manusia jenis apa macam ni?
    Manusia buang manusia..aduhai..

    Anak2 kecil langsung tak bersalah..

    Tak boleh nak bayangkan jika bayi itu dicampak ketika masih hidup..kesian.

    BalasPadam
  30. Sayu nye hati bile tgk gambar ni..bayi tu cukup sifat dan gebu(lihat pahanya)..memang berhati setan betul ibu yg buang bayi(bukan berhati binatang sebab binatang pon syg anaknye..semoga dapat hukuman yg setimpal..kat akhirat memang dh konfem dapat..jgn risau ye sipembunuh!

    BalasPadam
  31. :((

    Tak penat ke mengandung, susah payah meneran utk melahirkan, tub-tub dibuang ke situ...?

    :((

    NB: Itu najis asal (bahan buangan bayi selama 9 bulan di rahim ibu), dipanggil mekonium.

    BalasPadam
  32. dlm banyak2 kes buang bayi, inilah yg paling menyedihkan kerana bayi masih elok keadaan, dan kasihan, sampai terkencet, mungkin terperanjat waktu dibaling. Dan keadaannya masih elok walaupun sudah tidak bernyawa (seperti sedang tidur).

    Alangkah baiknya jika bayi ini diberikan kepada pasangan seperti saya yg masih menanti walaupun telah 17 tahun lamanya. haizzz....

    BalasPadam
  33. sy letih dah menangis baca bayi dibuang. sakit dada menahan sebak..macam2 pikir bila kita akan temui kesudahannya? bila nk laksana hukum bunuh? cepat la pihak berkuasa malaysia. apa ditunggu lagi????

    BalasPadam
  34. salam,

    Bagi pendapat saya.. menghukum mati org yg membuang bayi adalah patut.. tetapi adalah lebih baik sekira nya hukuman penzina di kaji balik dan di beri hukuman yg lebih berat sebelum berlakunye kandungan anak luar nikah.. bagi saya x salah sekiranya hukum zina ini sama seperti hukum hudud...

    BalasPadam
  35. Ya Allah.....
    sedihnya hati saya tengok gambar2 tu.. :(

    BalasPadam
  36. boleh tak fahami maksud "masyallah" ? sekian.

    BalasPadam
  37. bayi ni dari benih awang hitam ke? saiz dan warna kulitnya tk macam bayi melayu. nampak mcm dah umur sebulan. kesian, sampai terkeluar najisnya. zalim sungguh manusia ni.

    BalasPadam
  38. Pihak berkuasa tolong la siasat sampai jumpa mak ayah bayi malang ni. Tolong la..berikan hukuman yang setimpal!

    BalasPadam
  39. berzina..no protection..mengandung...panik..tkt mak ayah marah..beranak..buang tepi longkang..kurang ajar btol org mcm ni..melayu dan islam plak tu.due kali dosa.yang peliknye non muslim tkde plak bt macam ni.tk malu ke?

    BalasPadam
  40. kalau x nak pun bagi la pada orang yang nak anak..ramai yang belum dapat anak tau dalam malaysia nih...buat kerja nak..time beranak..buang2 plak..jadi trend lak sekarang ni...

    BalasPadam
  41. ya allah kejam nya org yang terlibat dalam kes buang bayi... sampai terberak baby tu.. rasa nye masa dia buang hidup lagi tuh....

    patut kena kaji bebetul hukuman orang berzina...

    BalasPadam
  42. Salam abg Mazidul.. leh tak abg Mazidul watkan pamplet ke ape ke utk inform kan dorang ni yg kalo dah taknak sgt baby tu, bg je kat sy personally.. bukan wat lawak tp mmg serious. sendiri cari mmg taknak tp kalo nak bg mmg nak..kesian tau tak? pada pandangan saya, baby tak haram pn.. yg haramnye mak bapak baby tu. so kalo ade org nak bg baby, call je. nnt saya ambik buat anak angkat. dont worry family sy besar.. 11 org satu rumah.

    amin-0196951043

    BalasPadam
  43. siannyer kan...manusia dh lebih teruk dari binatang dah skrg ni....

    The Dajjal Crimes

    BalasPadam
  44. Salam semua, dalam berita semlm bayi itu disahkan masih hidup semasa dilahirkan dan meninggal sbb lemas slps dibuang...

    harap sgt pihak kerajaan mengambil langkah proaktif utk membendung gejala buang bayi yg dah makin parah ni..

    Kalau sy, sy syorkan hukuman rejam sampai mati kepada pelaku.. ats kesalahan berzina dan membunuh... Ataupun, pihak berkuasa diberi kuasa utk tangkap semua gadis yg mengandung luar nikah dan letak di satu tempat (perlindungan) hingga bersalin..

    BalasPadam
  45. astaghfirullahalaziimm..
    mengucap panjang...nak saja saya jerit pada mereka ni..tolongla bagi saya bayi itu..bayangkan perasaan orang yang sekian lama tidak punya anak seperti ini.saya tak tahan untuk menangis lagi setiap kali gambar spt ini saya lihat...tolongla jangan buat lagi...subhanallah...

    BalasPadam
  46. hi. i featured you in my blog and took few pics from ur site. sorry didnt ask ur permission 1st :(

    http://zocalofa.blogspot.com/2010/09/babies.html

    BalasPadam
  47. Ish..ish...dahsyat nya perangai bangsa Melayu ni....
    Agama je Islam melarang perbuatan zina, tapi nafsu dalam seluar tu asyik tak terkawal selalu. Asyik nak silap tembak saja....Gatal ! Gedik !
    Inilah akibat bergaul bebas - jantan betina, nak ikut barat le konon....
    Sepatutnya keluarga mesti ambil berat pergaulan remaja2 samada luar maupun dalam rumah...kena tegas!

    BalasPadam
  48. Layakkah makhluk yg membuang bayi ini dipanggil orang / manusia ...?? Tak de perasaan lansung ...

    BalasPadam
  49. dulu masa blm bergelar ibu.. saya cuma mampu mendengar je tanpa komen2 ape2.. tp bila sudah bergelar ibu dan bile dopt tau berita ni.. ya allah!!! x rasa ke masa kandungkan dia selama 9 bulan? kalau sampai nak dibuang dan bunuh baiklah abortion je.. ni dah cukup sifat jadi orang.. nauzubillah..

    next time buang depan rumah saya!

    BalasPadam
  50. kejam!!! Tambah DOSA BESAR satu lagi selepas dosa berzina!!!
    Mau kalau saya lihat wajah bayi itu, lagilah saya menangis sebab sedih....
    Ya Allah, amankanlah roh bayi itu. Amin....

    BalasPadam
  51. Sayu Hati Bila Nampak Bayi Yang Tak Kenal Dunia Diperlakukan Sebegini...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.