Khamis, Ogos 19, 2010

Tidak Semua Perempuan Sanggup Berkorban

Saya menerima emel berhubung Katie Kirkpatrick, 21 tahun, pesakit kanser mendapat rawatan chemotherapy. Gambar di bawah Katie bersama tunangnya, Nick, 23 tahun menunggu dia menamatkan sesi rawatan.


Katie ketika itu dilaporkan kritikal berhadapan masalah kegagalan organ utama dan terpaksa menahan kesakitan menggunakan morfine. Gambar di bawah dirakam sebelum majlis perkahwinan pasangan terbabit pada 11 Januari 2005. Katie dikatakan terpaksa mengubahsuai saiz pakaiannya beberapa kali berikutan penurunan berat badan secara drastik.


Majlis perkahwinan mereka berlangsung di hospital dihadiri ibu bapa Nick, merestui perkahwinan anak mereka dengan gadis dicintanya sejak remaja. Lihat, Katie terpaksa mendapatkan bantuan pernafasan menggunakan tong oksigen ketika mendampingi suaminya.


Saat gembira Katie, dihiburkan suami dan rakannya dengan dendangan lagu sewaktu majlis perkahwinan berlangsung.


Bagaimanapun, jodoh mereka tidak berpanjangan, Katie meninggal dunia 5 hari selepas majlis perkahwinan.


Besarnya pengorbanan Nick, sanggup mengahwini Katie biarpun dia tahu mereka hanya mampu bersama dalam tempoh terlalu singkat. Namun, saya percaya dia berpeluang menciptakan saat gembira buat insan dicintainya, Katie biarpun hanya buat seketika.

Terfikir, berapa ramai lelaki tabah menempuh detik sengsara sebegitu dalam meniti kehidupan bersama insan disayangi? Saat wanita itu dilanda musibah menanti saat kematian.

Untuk berlaku adil perlu juga saya ajukan persoalan, berapa ramai pula wanita sanggup mendampingi kekasih mahupun suami ketika mereka dirundang malang?

Sedangkan, bebanan masalah kewangan sahaja, cabaran mampu mendorong sebilangan wanita berpisah lalu meninggalkan pasangan mereka.

22 ulasan:

  1. Ohh macam cerita ' walk to remember ' pulak.. *touching*

    BalasPadam
  2. saya pernah dapat email tentang Katie..really touching...masih adakah lelaki yang begitu???...

    BalasPadam
  3. Sungguh terharu membaca kisah mereka ini. Pengorbanan dan kasih cinta yang sejati. Hingga hujung nyawa gitu.

    Ada juga lelaki yang sanggup berkorban begitu. Bukan tak ada.

    *Teringat arwah abang saya juga meninggal kerana kanser, rawatan guna morfin juga dan isteri di sisi sehingga akhir hayat, dan mereka tidak dikurniai anak sama sekali.

    BalasPadam
  4. quite tacing..huhu
    xsemua org snggup bkorban mcam tu

    BalasPadam
  5. saya harap saya akan menjadi seorang isteri yang sanggup berkorban demi suami yang bertanggungjawab. insyaAllah..

    BalasPadam
  6. Salam,
    Kita tak akan tahu upaya kita untuk berkorban untuk orang yang kita sayang sehinggalah tiba detik pengorbanan itu dituntut.
    Sebelum berlaku, mungkin kita akan kata "sanggup berkorban jiwa dan raga", namun bila saatnya sampai, belum tentu kita mampu untuk berkorban walaupun hanya "masa". Belum masuk wang ringgit dan tenaga lagi tu...

    BalasPadam
  7. Salam...

    Abah saya adalah contoh yang terbaik bagi saya yang sanggup menjaga mak saya yang ditimpa strok...

    Tidak dinafikan ada segilintir wanita yang beralih kasih bila suaminya ditimpa kesusahan...semuanya terletak kepada keikhlasan hati seseorang...kalau rasa cinta, rasa sayang memang lahir dari hati tulus ikhlas, InsyaAllah segala susah senang tetap diharungi bersama...

    p/s: Hehehe...suka komen pjg2...dah lama x komen kat sini...

    BalasPadam
  8. kagum ngan laki 2....sgup kahwini wanita yg smmgnya die tahu xdpt hidup lme....jarang dgr cite sebegini....sbb yg byk kedengaran pada halwa telinga....kes2 melibatkan lelaki tak jujur,,,,tp mgkin sebilangan sahaja....begitu juga dgn perempuan abg mazidul......kan....sebilangan baik budi...sebilangan hancur budi kerana mengejar sesuatu....seperti harta.....tp sm2 la kita berdoa agar kita terglong dikalangan mereka yg baik budi...xg2 abg mazidul....heee....

    BalasPadam
  9. Aaa~ bab duit memang jadi masalah utama. Sekarang semuanya duit.

    BalasPadam
  10. Salam
    Mungkin ada bang lelaki yang sebegini..dan mungkin ada wanita yang sebegini..cuma jumlahnya mungkin terhad..kalau saya, entahlah...tak berupaya saya menjawab persoalan abang Mazidul since saya tidak dan tak mahu melaluinya..

    BalasPadam
  11. Salam Saudara Mazidul....

    sy ada tips untuk upgrade Flag Counter (Pelawat Negara) saudara ...
    harap singgah di blog saya...
    salam perkenalan buat saudara...
    bukan apa, blog saudara hebat...
    kalau saudara gunakan tips saya tu...
    flag map saudara akan hebat...
    menampakkan lagi jumlah pelawat2 dari pelosok dunia yg datang melawat saudara...itu saja...
    terima kasih...
    sy follow saudara....

    BalasPadam
  12. Salam,

    kisah wook yg menjamin suaminya yang ditahan kerana dadah pun pengorbanan besar seorang isteri kepada suami. wook dikatakan sanggup mengeluar duit yang disimpanya semata mata utk menjamin suami.

    BalasPadam
  13. en mazidul...saya rasa mungkin dlm 10 org lelaki mungkin sorang jer kot yg mcm gini... ^.^

    tapi dlm 10 org isteri,saya percaya 9 org akan sanggup mendampingi suami walau apapun yg berlaku kpd suami mereka.cinta seorg isteri jarang pudar jika dia punyai seorg suami yg baik dan bertanggung jawab.insyaALLAH

    BalasPadam
  14. Lelaki itu adalah salah seorang lelaki sejati - Kasih & sayangnya terletak di dalam hatinya yg paling dalam - Tidak luntur dek segala permasalahan & kekurangan pasangannya. Wajib utk dicontohi!

    Wanita tidak tabah & sabar menangani kekasih/suami pabila ditimpa musibah? Ya, ada sebilangan. Tetapi percayalah, bilangan itu amat sedikit drp wanita berhati tulus yg sanggup bersengkang mata, tangan terpalit najis menyalin lampin pakai buang, menyuapkan suami makan bagikan menyuapkan bayinya & menyandang tugas mencari rezeki menggantikan suami yang terlantar... ramai, memang ramai... Bersamamu di TV3 membuktikannya.

    Yang muntah darah, bengkak serata badan & dihadiahi sepak terajang hinggakan ada yg patah riuk kerana suami mabuk todi/penagih dadah pun ramai... dan ramai yg masih bertahan... Surat khabar kerap merekodkannya, bacalah... jadikan iktibar.

    Ar-Rahman, Ar-Rahim : Maha Pengasih & Penyayang itu sifat Allah S.W.T. dan itulah sifat yg amat dimahukanNYA drp setiap makhlukNYA - Buat diriku & anda semua, kita ada sifat itu - Jauh di dasar hati kita yg paling dalam, usah biarkan ia sirna.

    BalasPadam
  15. tak ramai kut lelaki sebegini sekarang.... belum lg sakit, takat badan dah out of shape pon dah cari lain..

    bg diri sendiri plak.. tiada janji ditabur untuk sehidup semati tetapi sedaya upaya berdoa agar akan terus bersama sewaktu susah atau senang...amin

    BalasPadam
  16. Emak saya antara wanita yang sanggup berkorban untuk bapa saya. :) bukan setakat bapa, tapi anak-anaknya. :) :) ini bukan kerana lelaki atau wanita, tetapi diri individu. Saya sendiri mempunyaI seorang suami yang menyebabkan saya rasa sangat bersyukur kerana di temukan dengan beliau.

    BalasPadam
  17. insyaAllah kalau saya, hingga ke akhir nyawa akan tetap bersama suami..kecuali kalau ada kecurangan yang beliau lakukan kelak..hehhehehe...

    BalasPadam
  18. encik mazidul, boleh tak saya nak copy cerita ini ke blog saya?

    BalasPadam
  19. pernah berjumpe situasi di mana suami tinggal isteri bile tahu isteri sakit kronik.. anak2 la yg menjaga.. pernah juga jumpe perempuan yg dahulunya bersumpah setia sehidup semati dgn boifren alih2 lari bile tahu boifren die cancer paru2..

    bak kate hider.. semua terletak pada sifat individu itu sendiri.. bukan pada jantina..

    BalasPadam
  20. mmg menyentuh hati apabila membaca kisah ini.... saya juga bakal berkahwin kelak dgn bakal suami yg mengidap kanser perut.... saya terima beliau seadanya...kadang2,saya juga penah berfikir,adakah lelaki utk saya akan berkorban sebegini jika saya berada ditempat yg senasib dgn mereka?..... semoga jodoh kami berpanjangan... amin...hanya 1 perkongsian kisah kehidupan...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.