Selasa, Ogos 10, 2010

Polis Tidak Buat Kerja Atau Pengadu Tidak Berusaha?

Jika berlaku kejadian jenayah, mangsa selaku pengadu boleh membuat laporan di balai polis berhampiran atau di balai polis lain di seluruh Malaysia.

Bagi setiap kes dilaporkan, pegawai penyiasat, investigation officer, IO akan ditugaskan menyiasat kes terbabit sekaligus membuka kertas siasatan.

Jika kes ringan, lazimnya Pembantu Pegawai Penyiasat, AIO, anggota polis berpangkat Sarjan akan mengendali kes manakala bagi kes lebih berat ditugaskan kepada Pegawai Penyiasat Kanan, SIO berpangkat ASP.

Rakaman percakapan pengadu juga akan dibuat IO antaranya bertujuan mendapatkan fakta kes berhubung kejadian jenayah dilaporkan sebelum kertas siasatan dibuka dan diserahkan kepada Timbalan Pendakwaraya, Deputy Public Prosecutor, DPP.

DPP kemudian meneliti dan menilai maklumat tercatat di kertas siasatan dan membuat keputusan samada siasatan harus dijalankan, Order To Investigate, OTI dikeluarkan kepada IO atau tiada tindakan dilaksanakan, No Futher Action, NFA.

“Laporan polis saya dah buat tetapi senyap begitu sahaja, tak ada tindakan. Polis tak buat kerja”

Itu antara komen sering dilontarkan pengadu kes jenayah.

Saya difahamkan untuk menjalankan siasatan secara efektif, IO sepatutnya menyiasat margin, 5 kes sahaja sebulan. Dengan bilangan kes dan tempoh waktu terbabit, IO terlatih dipercayai mampu menyelesaikan kes secara efisyen.

Namun, secara realistik, sebilangan AIO dan IO menyiasat di antara 10 dan 30 kes sebulan, purata 5 kes sehari dan bilangan itu bergantung kepada daerah mereka bertugas. Jika daerah ‘panas’, bebanan tugas mereka semakin bertambah dengan peningkatan jumlah kes jenayah berlaku.

Pada masa sama, IO juga diperlukan dalam proses mereman suspek, menghadirkan diri untuk sesi perbicaraan di mahkamah bagi perbicaraan kes terdahulu serta terbabit dalam operasi memberkas suspek.

Apapun, pengadu sebagai pelanggan Pasukan Polis Diraja Malaysia, PDRM berhak menghubungi atau bersemuka dengan IO untuk bertanya perkembangan tindakan IO terbabit dalam menangani kes diadukan.

Malangnya, kebanyakkan pengadu lebih gemar mencanang dakwaan polis, khususnya IO tidak melaksanakan tugas mereka sedang pengadu tidak langsung berusaha untuk membuat susulan, follow up terhadap kes diadukan.

Pada masa sama tidak dapat dinafikan, sebilangan pengadu mendakwa segelintir IO cuba mengelak bertemu ‘pelanggan’ mereka, barangkali akibat kesibukan tugas. Malah ada di kalangan pengadu berasa gentar sekiranya IO mengeluarkan kenyataan tidak disenangi.

“Kalau nak cepat, awak siasat sendiri”

Itu antara kenyataan didakwa pernah dilontarkan IO bertugas menyiasat kes samun dilaporkan sebelum ini. Akibatnya, dia dipindahkan bertugas ke daerah lain kerana pengadu membuat laporan kepada Ketua Polis Negeri. Pegawai sama menyiasat satu daripada kes ugutan bunuh saya laporkan.

Ringkasnya, sebagai pengadu dan pelanggan PDRM, mereka mempunyai hak. Jika tidak berpuas hati terhadap sikap segelintir IO, mereka boleh mengemukakan komplen kepada Ketua Polis Daerah, OCPD pada setiap hari Jumaat, hari OCPD bertemu pelanggan, orang ramai.

Hemat saya, tidak timbul soal polis tidak melaksanakan tugas mereka kerana sebagai pelanggan pengadu mempunyai hak tersendiri dan mereka boleh melaksanakan tindakan wajar agar kes diadukan mendapat perhatian.

Nota Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua pembaca beragama Islam. Semoga kita dapat melaksanalan ibadat berpuasa secara sempurna.

17 ulasan:

  1. selamat menyambut ramadhan. Semoga kita sama-sama mendapat keberkatan dariNya. Amin... :-)

    BalasPadam
  2. Selamat Berpuasa...kekadang bukan pengadu tak nak buat follow up, tapi jawapan yang diterima sama atau pun "biasa susah nak dapat kesan sebab kes ni memang dah biasa berlaku kat situ"....

    BalasPadam
  3. menjadi lumrah untuk pelanggan menyatakan rasa tidak puas hati apabila situasi tidak memihak kepada mereka..namun apabila mereka ini diberi keutamaan dan layanan jarang pula yang berterima kasih apatah lagi untuk memperbesarkannya..kadangkala kita menjadi pekerja dan kadangkala kita juga menjadi pelanggan..
    selamat berpuasa kepada semua..

    BalasPadam
  4. Terdapat kebenaran kenyataan anda bersabit cara perlaksanaan ke atas laporan polis yng di buat. Saolah-olah anda pernah menjadi part time I.O. tetapi itu cuma sebahagian sahaja proses perjalanan sesuatu kes.
    Dipendekkan kalau pelanggan asyik bertanyakan keputusan keterlaluan , itulah jawapan yang anda akan dapat. Bukan kes anda sahaja yang perlu diambil tindakan. Perlu juga anda mencari fakta di atas kelincinan IO menyiasat dan bergabung rapat dengan elanggan. Kenapa isu sebegini tidak di . highlight kan

    BalasPadam
  5. Salam angkel Mazidul,

    ai laik dis entri~
    SELAMAT BERPUASA JUGAK...('',)

    BalasPadam
  6. Isu PATI , rakyat tiada keselesaan tinggal di kawsan tempat tinggal Negara sendiri

    Perkara ini selalu sangat dipamirkan di media masa dan di beberapa blog.
    Seolah-olah suatu lagi lagu yang disukai ramai dan selalu dinyanyikan. Dalam blog Mazidul beberapa komen telah dimuatkan dan pandangan saya adalah seperti berikut:
    1. Pihak kerajaan ( yang mempunyai kuasa menangkap ) tidak bersungguh-sngguh bertindak untuk menangkapPATI. Pelbagai alasan diberi. Mungkin belum ada PATI bertindak ganas dan kena pada mereka atau keluarga / saudara sendiri.
    2. 2. Lebih baik menghalang kemasukkan dari tindakan pengusiran yang makan belanja berjuta-juta ringgit duit rakyat . Cadangan ATM membantu kawalan pantai adalah baik. Kalau tidak silap sekarang pun ATM ada menjalankan tugas ini. Tetapi jumlahnya berbanding panjang pantai barat yang ada. Ianya lebih baik dibuat dengan cara bersama lain ajensi dan kekerapan menukar anggota penguatkuasa sebelum mereka berkesempatan berkenalan dengan ‘ tekong darat ‘yang berkemungkinan orang tempatan. Lebih baik membayar elaun kepada penguatkuasa ini dari menanggong kos tahanan di depot.
    3. 3. Tindakasn serbuan ke tempat maksiat yang mana PATI / Langgar syarat patut diberi kepujian. TETAPI terdapat tempat yang diserbu dan tangkapan dibuat beroperasi semula beberapa hari kemudian kenapa ? Sebab PBT tidak mengambil tindakan membatakan lesen apa sahaja yang di keluarkan , kenapa ? Majikan tempat itu tidak dituduh kerana memberi perlindongan kapada PATI kenapa ? Berapa kes yang majikan dihukum penjara , kalau ada ? Kuasa kompoun keshendakalah di batalkan, kes mesti berakiri di mahkamah.
    4. 4. Kerajaan akhirnya bijiak membuat keputusan memberhentikan pengeluaran VOA. Boleh diberi tetapi ke atas Negara-negara yang tiada PATI dari Negara itu yang keterlaluan.
    5. 5. Membatalkan lesen perniagaan yang didapati telah di Ali babakan kepada PATI tanpa sebarang rayuan, PATI hanya pekerja, tindakan atas majikan.
    6. 6. Lain-lain tindakan rakyat fikirkan dan maklum kepada kerajaan. 11/8wp/maz

    BalasPadam
  7. Isu PATI , rakyat tiada keselesaan tinggal di kawsan tempat tinggal Negara sendiri

    Perkara ini selalu sangat dipamirkan di media masa dan di beberapa blog.
    Seolah-olah suatu lagi lagu yang disukai ramai dan selalu dinyanyikan. Dalam blog Mazidul beberapa komen telah dimuatkan dan pandangan saya adalah seperti berikut: seterusnya http:///www.walinongsari.wordpress.com

    BalasPadam
  8. Boleh rujuk ruangan soalan lazim di laman web Jabatan Peguam Negara berhubung perkara ini. Ini salah satu petikan.

    Sekiranya laporan polis telah dibuat dan tiada tindakan ataupun keterangan pengadu tidak diambil oleh pihak polis, maka aduan bertulis boleh dikemukakan kepada Ketua Polis Daerah/Ketua Polis Balai (OCPD/OCS) di mana laporan polis tersebut dibuat dan aduan tersebut juga bolehlah dibuat salinan kepada Bahagian Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara. Aduan bertulis juga boleh dibuat secara terus kepada Bahagian Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara (sama ada kepada Unit Pendakwaan Negeri ataupun kepada Ibu Pejabat di Putrajaya) di mana Bahagian Pendakwaan akan membuat tindakan susulan untuk mendapatkan maklumbalas daripada pihak polis berkenaan laporan yang diadukan.
    Menurut subseksyen 107A(1) Kanun Tatacara Jenayah, seseorang pengadu yang telah membuat laporan polis boleh memohon daripada OCPD/OCS di mana laporan polis tersebut dibuat, untuk mendapatkan laporan status siasatan terhadap laporan yang telah dibuat olehnya. Di bawah subseksyen 107A(2) pula, OCPD/OCS di mana laporan polis tersebut dibuat hendaklah mengemukakan laporan status siasatan sebagaimana dipohon kepada pengadu dalam tempoh 2 minggu daripada tarikh penerimaan permohonan tersebut. Namun begitu, peruntukan subseksyen 107A(2) di atas hanya terpakai sekiranya:

    •laporan yang dibuat adalah melibatkan kes yang boleh ditangkap tanpa waran;
    •tempoh 4 minggu daripada tarikh laporan polis tersebut dibuat telah tamat; dan
    •laporan status siasatan tersebut tidak mungkin melibatkan perkara-perkara yang boleh memberi kesan memudaratkan terhadap siasatan ataupun pendakwaan kes tersebut.
    Sekiranya kriteria-kriteria seperti di atas dipenuhi dan OCPD/OCS terbabit gagal mengemukakan laporan status siasatan sebagaimana dipohon mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan oleh undang-undang, maka pengadu bolehlah membuat aduan kepada Pendakwa Raya (Jabatan Peguam Negara) akan kegagalan pihak polis itu.

    BalasPadam
  9. Kadang2 IO tak suka kita kerap follow up, sebagai contoh IO yg handle kes pekerja vic, bila kita buat call untuk follow up case.. (seminggu sekali...) dia menjawab pada orang bawahannya yang nak passkan call, "Apalagi la majikan tu nak, letih le nak layan, tunggu je la kes selesai." Kita yang sedang tunggu di talian dapat dengar jelas.. Sungguh kecik hati. Kalau nak sebut nama balai dan nama IO tu pun vic boleh tp bulan puasa ni tak yah la nak aibkan orang. Kurang pahala... selamat berpuasa.

    BalasPadam
  10. setelah 4 tahun jadi IO kat bandaraya KL ni... bukan sebulan dapat 5 kes.. sehari dapat tak kurang 6 kes...
    dan saya faham kenapa IO selalu mengelak bila di hubungi.. bayangkan sepanjang hari telefon berbunyi lebih kurang 30minit sekali sampai jam 2-3 pagi... kalau ada orang rumah jenuh orang rumah mengeluh....
    1 kertas siasatan yang berkualiti pun kena ambil masa berhari hari, kalau 5 kertas siasatan sebulan memang kerja tip top.... tapi kalau dah satu hari pun dah cukup... bayangkan satu orang buat kerja 4-5 orang....
    pengalaman saya dulu masa tahun 07-09 dalam seminggu saya cuma balik rumah dalam 3 hari.. selebihnya tido di office....

    ps: hehehehheeh sekarang dah tukaq ke jawatan lain... dah tak pening kepala.. cuma kurang tido....

    BalasPadam
  11. pengadu perlu:-

    --banyak masa untuk cuti semasa buat Follow up..

    --pengadu kerja sendiri..

    --pengadu kena rajin..
    --pengadu juga perlu guna minyak sendiri..

    ini juga khidmat masyarakt??..
    sesiapa yang sanggup rela korban masa..????..sila sila..

    BalasPadam
  12. ..salam, dan selamat menyambut Ramadan Mubarak kepada anda saisi keluarga..:)

    BalasPadam
  13. Rasa macam dah 20 tahun tak komen kat blog yang dah berjuta manusia masuk ni.

    First, selamat berpuasa.

    Kedua, mengenai entry ini, rasanya PDRM sepatutnya letakkan poster carta bagaimana sesuatu kes dijalankan dan berapa hari/minggu/bulan/tahun/abad yang diperlukan untuk menyiapkan satu satu kes.

    Apapun, saya setuju, IO atau AIO sangat sangat beban. Ini jugak memerlukan kerjasama masyarakat iaitu: jangan dedahkan diri anda hingga menjadi mangsa kepada jenayah. Yelah, kalau pergi Jom Heboh bawak anak sarat dengan rantai Poh Kong, mau tak terbeliak mata manusia durjana.

    So, lets go to basic, itu peranan yang perlu dimainkan komuniti sambil, AIO dan IO dapat memfokuskan dengan kes yang lebih berat.

    BalasPadam
  14. saya penah buat laporan kes kcurian di samping berusaha sendiri menjejaki pencuri tersebut kerana yg mencuri tu adalah kenalan sendiri dan tidak mengharap 100% kepada pihak polis kerana paham dengan tugas dan bebanan pihak polis.Tugas saya memberi maklumat dan segala bukti kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan membantu kelicinan proses penyiasatan dan penangkapan.persoalannya,setiap kali follow up kes,jawapan nya sungguh menyedihkan..tiada apa2 perkembangan kes LANGSUNG!!!...
    Jadi apa guna semua bukti dan maklumat yang diberi..pembaca nilaikan sendiri adakah alasan bebanan kerja dan kurangnya kakitangan dpat diterima??..bukan sbln 2 kes ni..3 bln tanya pun xda perkembangan kes/maklumat..brp lama mau tggu??ni buat kerja/xbuat kerja??
    cth kita bagi no mobile pencuri tue,sekurang2nya kl dia x berjaya menyelesaikan kes tue,dia dpt bagi maklumat alamat berpandukan sim card registration..tak kisah la alamat yg didaftar tu tipu ke/daftar atas alamat org lain ke ect..janji dia dpt sediakan info tu.apa guna ada sim card registration??tu pun perlukan berbulan2 ke??agaknya kl kes bunuh,da mati kita dulu baru polis dtg.
    sbg org awam/pelanggan..kita ada hak utk mdptkan perkembangan kes.Sbg pelanggan adakah menjadi tanggungjawab kita mengambil berat soal kurang kakitangan nak buat keje/bebanan tugas pihak polis?soal kelemahan pihak polis jgn diletakkan kpd org awam sekiranya kes x dpt selsesaikan..perumpamaan mcm kita g kedai makan,perlu ke kita tau,kuali blum basuh,sayur x cukup,gas xde kat kedai...kita sbg pelanggan g kedai mkn nk makan bkn nak tau semua2 tue..mcm tu jgk kl kita guna perkhidmatan ni.

    BalasPadam
  15. Salam....

    Kalu sebut polis aku suka...ssb aku benci bad cop..jgn slh anggap BAD COP yg aku benci...polis ni kejenya mulia tapi tingkahlaku rasuah n salah guna kuasa 2 yng buat dorg makin byk dosa dari pahala dlm keje dorng..apa taknya, jangan suruh siasat kes bunuh ke, rompak ke,samun ke, lambt punya..dorg takut mati kena tembak...klu aku pn takut....skrg bkn main keris...tembak lg senang....yg cepatnya wat roadblok...cepat je dorg bt..siasat kes sush nk dapt duit...roadblock senang je....klu sekatn jalan mcm hantu...bukn main suka lagi....

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.