Sabtu, Ogos 28, 2010

Cubaan Membakar Bendera Indonesia

Jam 2.33 pagi tadi 2 lelaki Melayu diberkas polis sewaktu cuba membakar bendera Indonesia di hadapan Kedutaan Besar Republik Indonesia, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.


Seorang daripada mereka cuba menyalakan bendera namun pihak polis bertindak pantas menghalangnya.


Keduanya kemudian dimasukkan ke dalam kereta peronda polis dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk diambil keterangan.

Turut berada di lokasi kejadian, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zulkarnain Abd Rahman dan Pegawai Turus Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, DSP Razali Abu Samah.


Kejadian menunjukkan sebilangan rakyat Malaysia sudah mula terhakis kesabaran berikutan tindakan biadap kumpulan pemprotes di Indonesia membakar, memijak dan membaling najis ke Pejabat Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta.

Kejadian terbabit berulang, bukan kali pertama berlaku.

Tiga hari lagi, negara akan meraikan ulang tahun Hari Kemerdekaan ke-53. Jalur Gemilang akan berkibar megah, lambang kedaulatan Malaysia. Malangnya di negara jiran, bendera terbabit hanya layak dipijak dan dibakar sahaja. Itu hakikat tidak mampu dinafikan.

Saya melihat sendiri kepantasan pasukan polis menangani percubaan membakar bendera Indonesia terbabit. Mereka cekap mententeramkan situasi mungkin menjadi tegang.

Hairannya, dalam kejadian di Indonesia, pemprotes dirakamkan media memanjat pagar Pejabat Kedutaan Besar Malaysia dan menggoyangkannya. Jika bilangan mereka dilaporkan minoriti, mengapa pasukan polis Indonesia tidak bertindak pantas dan cekap agar situasi boleh ditangani dengan kadar segera? Bagaimana kumpulan terbabit berpeluang memijak, membakar Jalur Gemilang dan berkesempatan membaling najis?

Mungkinkah berlakunya kelewatan disengaja pihak berkuasa untuk membenarkan tindakan mereka dirakam media Indonesia, kini kelihatan semakin rancak mencurahkan minyak ke api sedang menyala? 

Dalam pada itu, kerajaan Malaysia dilihat mengambil tindakan tunggu dan lihat. Untuk berapa lama? Sedangkan tindakan pemprotes Indonesia tidak mampu dibendung dan semakin mencabar kesabaran rakyat Malaysia?

Mungkinkah bakal banyak lagi kumpulan akan mengambil tindakan sama dalam tempoh terdekat?

Kemungkinan itu wujud.

25 ulasan:

  1. Memang sungguh mendukacitakan, rasa terhina bila insiden sebegitu berlaku, bukan sekali..

    Tetapi, sebagai negara yang dikatakan serumpun (macam adik-abang), tidak pasti sapa nak beralah dulu, kerana isu ini tidak wajar dilihat sebagai perbalahan.

    Dan tidak wajar juga kita membuat dan membalasnya dengan perlakuan yg serupa.

    Ibarat kata orang, marahkan orang pecahkan pasu bunga kita, kita balas juga dengan ranapkan pasu depa juga.

    Orang buat tindakan bodoh, kita pun nak ikut bodoh juga?

    Yang pasti kita harus bertegas tanpa perlu dilihat bodoh...!

    BalasPadam
  2. Menyakitkan hati sebenarnya melihat golongan yang dangkal pemikiran sedemikian rupa. Untuk menjadikannya lebih teruk (dan menjijikkan), baling tahi?

    Urgh!
    Sanggup pegang tahi dan baling?
    Some of them are out of their minds.
    Setuju dengan pendapat Tun Dr. M dalam news malam tadi. Kita jangan jadi seperti mereka. Kalau kita nak protes, gunakan cara kita sendiri. Tak perlu sehingga serendah tahap mereka.

    BalasPadam
  3. Setuju sgt dgn comment azieazah....

    "Kita harus bertegas tanpa perlu dilihat bodoh...!".

    BalasPadam
  4. Rakyat Malaysia kan pandai belaka..
    xyah nak protes cam ni..
    brapa ramai org2 indonesia kat sini cari rezeki..
    itupun dia nak hina negara yg kawan2 diorang cari makan..
    pergi la kat kajang rasanya dah macam kat Jakarta..

    BalasPadam
  5. Salam

    saya kurang setuju apabila dikatakan "bodoh"..mereka ini kecewa dan marah melihat aksi2 membakar jalur gemilang dan menghina Malaysia..cuma mereka tak dapat kawal kemarahan mereka..janglah kata bodoh..harap kita bertenang,bukan semua rakyat Indonesia marahkan Malaysia,ada pihak2 tertentu di Indon yang ambil kesempatan pada rakyatnya yang tak berapa cerdik :-)

    BalasPadam
  6. sepertinya kerajaan mereka membenarkan rakyat mereka membakar bendera negara kita..
    tidak bijak menangani isu ..
    ahli parlimen mereka pun ..

    tak payah 'ber adik beradik' dgn negeri sebegini...

    BalasPadam
  7. Apa motifnya lebih-lebih Nak ganyang Malaysia. Ada sebab politik ke

    BalasPadam
  8. Jangan bakar, tapi boikot, boikot barangan indonesia, boikot tenaga kerja indonesia, boikot francais restoran indonesia, boikot melawat negara yang tak tahu mendidik rakyatnya itu.Boikot...boikot... dan boikot semua yang berkaitan dengan negara tersebut.

    BalasPadam
  9. dah agak mesti ada yg amik tindakan macam tu...kesabaran rakyat Malaysia ni dah ibarat bom jangka..

    BalasPadam
  10. setuju dengan azieazah juga. tegas tanpa kelihatan bodoh!

    banyak antara pekerja konrak di ofis saya dari indon. apabila terjadi perkara sedemikian saya terasa terancam kerana selalu datang awal dan pulang lewat sedangkan mereka ramai.

    walaupun mereka tidak pernah menunjukkan tanda-tanda mahu membahayakan saya, saya tetap rasa takut.

    terfikir, apa masalah mereka sehingga sanggup merendahkan taraf untuk memegang najis demi menunjukkan protes terhadap malaysia?

    BalasPadam
  11. menunjukkan anggota keselamatan Malaysia cekap dan suka keamanan

    BalasPadam
  12. ada jugak manusia nak melayan kemarahan Indonesia tu???sepatut nye jangan ikut seperti diaorang..kalau dilayan sama2 nampak bodoh...

    BalasPadam
  13. mana panglima-panglima yg bergelar abang long mahupun ayahanda pekida???
    kenapa senyap smpai sekarang??
    bukankah mereka menggelarkan diri mereka pembela bangsa, agama & negara??? maruah negara dipijak & dihina..kemana mereka semua pergi??
    mmg pekida berani bile tunjuk kuat dgn bangsa sendiri!!!
    hakikat mereka semua pengecut!! inilah masa nk tunjuk kehandalan masing2..

    BalasPadam
  14. Api nak lawan ngan api??? Buang masa jer!!

    BalasPadam
  15. ape dia tindakan tegas yang kita boleh buat tanpa dilihat macam bodoh?

    BalasPadam
  16. ringkasnya kita jagn jadi buduh hina cam mereka!!!

    BalasPadam
  17. Mazidul, cuba tengok laman web ni..

    http://www.kaskus.us/showthread.php?t=5127899

    Lamn web ni laman web orang indonesia. Cuba tengok kat entri dia. Penulis nyatakan dia mendapat tawaran dengan upah sebanyak 100,000rupiah untuk buat demo. Atau lebih kurang RM30.. maknanya betul demo tu didalangi oleh seseorang..

    Siapa tu? Jeng jeng..

    BalasPadam
  18. Saya setuju dengan "bukan semua rakyat Indonesia marahkan Malaysia,ada pihak2 tertentu yang ambil kesempatan pada rakyatnya yang tak berapa cerdik :-)" semua ni pemainan politik. demi rm10 dan nasi bungkus diorg sanggup pegang tahi n campak. Kena tau siapa di sebalik diorg.

    BalasPadam
  19. Siapa tak marah...rakyat kite nih dok sabar je...Polis Malaysia pown cekap...tak sempat nak bkr bendere indon dah kene cekup...Tp polis Idon????Goyang...ape polis indon pakai cota je ke??takde pistol??tak bulih lepaskan tembakan amaran?? itu naseb 2 org je..klu satu kl buat cam tuh...mau balik indon kedutaan dieworg...Kenapa kerajaan MALAYSIA perlu amek pendekatan tunggu dan lihat?? utk apa?? Ingat kes Lambang 1MALAYSIA di cetak atas JALUR GEMILANG...Bkn maen marah...nak carik sape dalang...Baru Cetak tuh...nih dah BAKAR DGN BANGGANYA...baling najis...adeh...sungguh sedih...

    BalasPadam
  20. Presiden Indonesia anta surat kat PM kita...meminta segala kemelut di selesaikan secara damai...kemelut apekah sampai rakyat diew sampai bakar JALUR GEMILANG kebanggan kita sebagai rakyat malaysia?? ke mmg rakyat indonesia suke berdemostrasi??

    BalasPadam
  21. Sdr AMRI,

    BOIKOT pun SALAH SATU tindakan tegas yg tidak bodoh...

    BalasPadam
  22. adik saya ade bertanya dgn sorang warga indonesia, kata maybee didalangi oleh pihak2 tertentu...

    Mereka sanggup buat ape saje demi duit katanyer. Tanya lagi adik saya, sanggup kakak pegang taik semata2 kerana duit... dia hanya diam membisu tanpa memberi ulasan...

    BalasPadam
  23. Kerajaan kita terlalu berlembut dengan Indonesia. Inilah yang mengakibatkan kita menjadi lemah.

    Tegas tak bermakna marah, keras tak bermakna kasar.

    BalasPadam
  24. setuju dgn statement al-marbawi.
    tak perlu lagi nk guna pendekatan tggu dan lihat kerana tindakan pedemonstrasi sgguh melampau melangkaui tahap kesabaran warga malaysia.Perlu ada tindakan segera dr pihak kerajaan malaysia.Jika benar kerjaan indon serius nk mengatasi kemelut yg berulang kali mencabar kesabaran warga malaysia,mengapa tidak tindakan pantauan dilakukan kerana perkara ini bukan skli dua.takkan takda pasukan perisikan indonesia tuk menghalang berlakunya demonstrasi yg sekaligus memncalarkan kredibiliti kerajaan indon yg lemah dlm mengambil tindkaan segera hinggakan kedutaan sempat di lempar najis dan dibakar jalur gemilang!SUNGGUH MELAMPAU!!!

    BalasPadam
  25. tapi pernah ada isu dgn amerika perarakan bantahan di kalangan rakyat malaysia disertai tokoh dan pemimpin tertentu berlaku pembakaran bendera amerika .. jadi apa bezanya bila rasa marah nak diluahkan..tahap sikap apa itu..?

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.