Ahad, Ogos 01, 2010

Berhentikan Monopoli Airport Limo

Pesawat Malaysian Airline System, MAS sepatutnya berlepas pada jam 10.15 malam dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Hamid, Alor Star, Kedah ke Kuala Lumpur, 25 Julai lalu.

"Delay, jam 11," ujar Ahli Parlimen Jerai, Datuk Badaruldin Amiruddin berdiri di sebelah saya.

Beberapa minit kemudian kami didatangi petugas di kaunter tiket MAS.

"Saya dengar staff tak cukup sebab itu delay," celahnya.

Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Datuk Mukriz Tun Mahathir bersama beberapa VIP lain juga menaiki pesawat sama.

Pengumuman berhubung kelawatan pesawat hanya dibuat selepas 15 minit berbanding waktu dijadualkan. Barangkali MAS memang gemar membiarkan penumpang pesawat menunggu sebelum dimaklumkan mengenai maklumat terkini. Kejadian sama pernah berlaku di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra dan di Jakarta, Indonesia sebelum ini, baca di sini dan di sini.

Lebih 40 minit menunggu, kami kemudian menaiki pesawat dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL, KLIA dalam tempoh kurang sejam.

Jam 11. 39 malam, saya beratur di kaunter tiket limo untuk ke Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

"Limo premier tak banyak, budget pun sama," ujar pekerja kaunter.

Saya kemudian membuat keputusan menaiki limo budget dengan tambang RM94.40.

Wow!

Berikut antara ambar saya rakamkan ketika mula beratur bersama ratusan penumpang. Setiap penumpang di kanan terpaksa beratur panjang sebelum ke barisan di kiri.


Kesemua mereka kemudian akan berbaris pula di kawasan disekat tali biru ( gambar di bawah ) bak maze menuju ke arah Pintu 3, lokasi menaiki limo.


Tiga pelancong dari Perancis beratur di hadapan saya berasa hairan. Itu kunjungan mereka kali pertama ke Malaysia.

"Is it always like this?," soal pelancong lelaki kepada saya.

"Not really. I don't even know what is happening because there is no announcement made," balas saya.


Mujur sewaktu menunggu, 2 pekerja syarikat limo mengedarkan air mineral kepada penumpang lenguh kaki berdiri.


"Jam 9 malam tadi, ada 5 pesawat tiba serentak, sebab itu jadi begini," kata pekerja menguruskan penumpang limo di luar.

Hampir sejam beratur, baharulah saya dan penumpang lain berpeluang menaiki limo dan bergerak ke lokasi tujuan.

Hemat saya, monopoli satu syarikat mengendalikan sistem pengangkutan dari KLIA perlu diberhentikan dengan segera. Tanpa persaingan, pengguna tidak mempunyai pilihan lain dan itu tidak adil.

10 ulasan:

  1. Salam...

    Kalau pesawat MAS dari Alor Setar memang boleh kata selalu dan pasti akan 'delay' lah... ;)

    * tanyalah juga pada orang yang selalu travel ke dengan MAS ke Alor Setar :p

    BalasPadam
  2. Salam BRO MAZ...

    nama pun saingan. Sebab itu persaingan itu membawa suatu suasana berlumba, yang sihat. Meningkatkan kualiti dan segala yang diperlukan dalam kategori terbaik kepada pengguna.

    Tanpa saingan... huhh si Monopoli jadi raja tanpa takhta.

    BalasPadam
  3. Salam Abg Mazidul,
    Saya selalu terkena bab beratur ni kalau pulang dr travel. Sekarang ni kalau travel sblm pesawat berlepas saya akan telefon awal-awal drver LIMO tu minta dia uruskan tiket2 dgn kaunter LIMO untuk naik teksi diorang. Bila sampai je. kereta dah ada dan bayar je pada pemandu teksi tu duit tiket. Lebih cepat dan murah....

    BalasPadam
  4. betul tu mazidul...
    d dalam system langit terbuka skang mana boleh ada monopoli lagi kerana monopoli menyebabkan lahirnya sorang lagi diktatur..timbang2kan lah

    BalasPadam
  5. Dulu banyak teksi biasa dan ulat di KLIA - pemandu teksi mengamuk, sebab penumpang lari ke teksi biasa kerana tambang lebih murah. Akhirnya pihak berkuasa membuat pantauan mengenai kes ulat dan teksi biasa....

    Masalahnya teksi limo sendiri tak bersedia dan tak mampu menanggani masalah kekurangan teksi sekiranya berlaku kejadian seperti ini... jadi salah siapa?

    BalasPadam
  6. Pesawat AA lagi teruk. Penerbangan tertunda lebih 3 jam.. air kosong pun tak bagi! :(

    BalasPadam
  7. Other company is not as EFFICIENT as limo.

    BalasPadam
  8. ya betul monopoli memang sial.. tiada persingan ..jadi suka mereka nak buat apa

    tengok apa jadi w.cup bila di manopoli..hiburan rakyat biasa pun kena rampas

    BalasPadam
  9. Ummie, how sure are you?

    We haven't tried, so no one can justify.

    BalasPadam
  10. Bro

    Kesian sungguh. Kenapa Macam tu ye? Sepanjang saya menaiki MAS, tak pernah pulak lambat, Cepat sampai lagi ada, mengikut kata pilot landing pukul 10 malam, tapi 9.20pm dah sampai.

    Jom kita buat syarikat Limosin nak? Dia orang suka main Monopoli kot????

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.