Selasa, Ogos 10, 2010

Kebanjiran PATI : Sampai Bila?

Operasi membanteras pendatang tanpa izin, PATI sentiasa dijalankan.

Jabatan Imigresen Malaysia membuat operasi dan memberkas PATI.

Polis membuat operasi dan memberkas PATI.

RELA membuat operasi dan memberkas PATI.

PATI diberkas di pelbagai lokasi, antaranya dalam hutan, di pinggir bandar, bandar dan di bandaraya. Mereka tinggal di pondok, rumah papan, rumah batu dan kondominium.

Namun setakat ini majoriti rakyat Malaysia tidak berpuas hati dengan PATI didakwa masih terus bermaharajalela di negara kita.

PATI bekerja di kilang, ladang, kawasan pembinaan dan di pasaraya ternama. Rakyat tempatan berputih mata kerana peluang pekerjaan direbut dek PATI. Sekaligus rakyat kita diketepikan, PATI didahulukan kerana sikap majikan meraih keuntungan berlipat ganda. Pekerja PATI tidak perlu dicarum KWSP dan tidak memerlukan perlindungan insuran sekaligus menjimatkan wang majikan haloba.

Setakat ini usaha membanteras kebanjiran PATI dilihat tidak mendatangkan impak mengurangkan bilangan mereka di Malaysia.

Sampai bila?

Sebelum ini kedengaran ura-ura pihak kerajaan berhasrat menjalankan operasi besar-besaran membanteras PATI di seluruh negara. Malangnya sehingga kini perancangan itu masih belum dilaksanakan.

Mengapa? Mengapa? Mengapa?

Selain penguatkuasa Jabatan Imigresen, polis dan RELA, mengapa negara tidak menggunakan khidmat Angkatan Tentera Malaysia?

Mengapa? Mengapa? Mengapa?

Sedangkan saya yakin, bantuan mereka akan memberikan impak besar kepada usaha membanteras PATI membanjiri negara sekiranya dibenarkan.

14 ulasan:

  1. setuju 200% penggunaan ATM dalam benteras PATi.

    --selagi ujud ALI Baba dalam bisnes restoren

    --selagi sikap bersekonggkol warga tempatan.

    --selagi majikan ingin untung besar.

    --PATI melariskan hiburan import serta berita import.

    BalasPadam
  2. bosanle kebanjiran ni.. jenayah pun berleluasa... takut duk negara sendiri ni... mmmmm..rakyat sendiri ketakutan... ape kes...

    BalasPadam
  3. salam kepada abg mazidul...

    sebenarnya yang dapat saya kaji masalah kebanjiran PATI ini bkan terletak kepada penguatkuasaan imigresen... sebagai seorang pegawai imigresen(saya) melihat dari perspektif lain... persoalannya(seperti) bagaimana boleh banjir sesuatu tempat yang rendah??mestilah sbb air bah datang... atau hujan mencurah2...

    begitu juga dengan kes ini... kalau ciri2.. peraturan2.. kebenaran.. kebebasan.. (semua diatas) tidak dibendung.....

    maka jadi lah banjir(kebanjiran PATI)

    contohnya kebebasan untuk pengambilan pekerja yang banyak... peraturan yang longgar(bukan daripada imigresen sahaja) bigitu juga bahagian pekerja asing di KDN... cuba abg mazidul perhatikan dulu prosedur untuk mengambil pekerja asing(non-profesional)seperti pekerja ladang, kilang dan sebagainya... prosedur dapatkan PLS,PERMIT dan lain2 lagi... bukan saya nak menuding jari kepada sesiapa... tapi tolonglah... berkenaan pas pelajar dan lain2(ada juga) memerlukan kelulusan jabatan lain... kami hanya seperti sarung hadapan...

    sekiranya komen saya keterlaluan atau meraban x tentu hala... saya minta maaf... semoga jabatan imigresen unggul setaraf dengan kastam dan polis...

    saya yang kecil dalam jabatan tapi berhati besar demi (kemajuan)nama jabatan

    my blog: http://inihilmi.blogspot.com/

    BalasPadam
  4. Bosan dah dgn isu ini.. Harap peraturan kelulusan kemasukan orang asing diketatkan lagi. Pas lawatan, visa, pas pelajar harap diketatkan tapisan dan sukarkan permohonan. Jgn hanya tengok kepada kesan kepada industri perlancongan sahaja, tapi fikirkan keselesaan rakyat sendiri. Umpama mempelawa orang masuk ke rumah, janganlah sampai tuan rumah tidak selesa dan ketakutan pula..

    BalasPadam
  5. PATI hanya boleh dihapuskan sekiranya rakyat negara kita mengambil sikap ambil tahu dan ambil berat akan akibat kebanjiiran mereka, punca sebenar ada didepan mata...Semoga kita tidak menjadi asing di negara sendiri

    BalasPadam
  6. saya selalu dgr org yg kononya berfikiran positif bercakap"eleh..korang dok kutuk2 org luar kerja..tapi korang bukan nak buat kerja tu..org kita ni malas..nak gaji mahal je."

    Eh mmg la kita hidup dlm negara kita sendiri..mesti kita nak hidup selesa..gaji mestilah nak demand sikit..diorang takpelah ..merantau..makan magi hari2 pon sanggup..bagi gaji sehari 10 ringgit pon ok..nak hantar duit balik..kita pon akan jadi camtu jgk kalau kat negara luar..takkan nak expect kita org malaysia macam tu jugak.

    Bukannya nak dengki dgn diorang ni cari makan kat sini..memandangkan org2 kita sendiri pon mmg tak nak megisi jawatan2 such as pegawal keselamatan, pencuci dekat kompleks membeli belah & sebagainya

    Tapi yg membuatkan suasana jadi tak sihat tu ialah bila hampir semua jenis pekerjaan diorang ada..sepatutnya dihadkan kepada beberapa jenis pekerjaan sahaja utk mereka ini

    Jgnlah sampai kerja disco, kerja hotel pon ada(dulu senang nak cari duit lebih.pegi hotel memana buat part time..mmg anytime diorang ambik..sekarang itu dah tak berlaku lagi..org bangla dgn org nepal banyak kongker banquet..pastu diorang bayar murah..kalau org kita mahal..biasalah la beb memndangklan kerja banquet mmg ala2 kerja kontrak tapi ada aircond..hehe..jarang dah nak ambik org kita kerja banquet)

    Kerja restoran ada, jual kueh pasar malam ada,kelindan lori, pembantu kedai,urut spa, jual burger pon dah ada sekang, pemandu bas awam..sya pernah cari satu kedai dekat midvalley(ikea pon sama)..tanya guard..semua tak pandai ckp melayu & english..kita tanya sorang 10 org dok keliling kita..faham2 ajelah budaya diorang tu..kelam kabut & kecoh.

    Tu belum masuk bab org afrika dah mula kerja kilang pastu lepak2 kat chow kit dah macam kampung diorang sendiri..sama jugak dgn pasar selayang..mmg dah tak pegi dah sekarang.gangsterism menjadi2 dah kat sana.

    Kita nak membeli sambil nak tawar menawar pon takut..tak jadi beli kang kena bunuh(istilah ni terpaksa digunakan sbb diorang ni tak reti nak pukul2 or belasah..kalau ada masalah bunuh)

    haha sori bro mazidul..panjang lebar aku meluahkan perasaan

    BalasPadam
  7. Salam Abang Mazidul..

    Saya pergi membanci kawasan Subang Jaya, 60% jumlah penduduk di kawasan banci saya adalah warga asing.

    Kalu warga asing tu kedatangan nya sah, memang mereka x de masalah nak bagi maklumat. Yang masalah nya ialah PATI ni semua.
    Paling susah nak membanci PATI nih.. susah betul nak bagi maklumat. Tanya umur suami sendiri pun x nak cakap. Ada tu cakap tinggal dlm rumah 5 orang je. Padahal macam 15 org tinggal kat situ.

    Itu yg kita tahu berapa jumlah nya.. yang kita x tahu?? Wallahu alam..

    BalasPadam
  8. Salam..Terima kasih abg kerana sehingga kini masih lagi membangkitkan isu ini..
    Yang paling merisaukan sekarang ialah anak-anak malaysia sekarang.
    Kita dah ada anak myanmar, ada indonesia..anak bangla takdak sebab depa tak bwk bini mai sini..

    Tak mustahil anak-anak ini akan jadi rakyat malaysia yang akan membawa lagi banyak masalah dan penyakit.Kalau boleh biar la lelaki ja yang bekerja.yang perempuan jangan sesekali bawak masuk...

    BalasPadam
  9. Mengapa? Mengapa? Mengapa? Banyak sebabnya. Sikap kita yg tamak & nk cepat kaya mencadi puncanya. Bukan sekarang kebanjiran mereka di sini, telenovela2 yg ntah apa2 yg mcm sampahpun banyak diTV kita...termasuklah di TV3. Naik tak paham dibuatnya. Balik kpd jawapan di atas...sikap tamak & nak cepat kaya.

    BalasPadam
  10. setuju sgt dgn pandangan en shirigami86.ni pandangan saya plak,penguatkuasaan je x berapa efisyen kl peraturan yg dok bwak masuk org luar tidak disatukan kepada satu pihak dan diperketatkan.cth pihak A&B&C bagi masuk,pihak D buat penguatkuasaan.bukan kah itu satu kerja sia2 pada pihak D??

    buat la brp kali pun penguatkuasaan tp masih cmtu gak..
    kat dlm media massa tak kira la tv/surat khabar pun tunjuk operasi sana sini sbg bukti adanya penguatkuasaan undang2..tp masalah x selesai.sbbnya isu telah dipolitikkan.jual org cpt kaya oo

    BalasPadam
  11. kita ni mcm melukut tepi gantang...mcm anjing menyalak bukit langsung tak memberi kesan kpd topik PATI selagi 'mereka' yg berkuasa tutup mulut,pekakkan telinga dan butakan mata.

    so kita tunggu dan lihat ajelah sehingga negara kita dijajah oleh mereka dan kita pulak jadi PATI dinegara sendiri!

    *cerita LIWAT lebih penting dari cerita PATI ^.^

    BalasPadam
  12. Patut tanya sama itu 'hud hud' (Datuk yang sering TERKEJUT) yang berada di KDN...

    Itu hari kan ada kata nak buat mekanisma baru, modal pun berjuta-juta. Itu hari punya cerita sudah masuk setengah tahun.

    Patut ada wartawan follow up dengan KDN, apa perlembangan terkini mekanisma yg dibehoh-hebohkan....

    BalasPadam
  13. salam puasa dan berbuka semua....

    itukah yang perlu dibayar oleh negara dikata menuju taraf negara maju? apa silapnya... industri terpaksa bergantung kpd tenaga kerja asing.. anak tempatan fikirlah jgn hanya fikir dgn lulus akedamik atau tahap terampil tinggi (tapi yuran dah bayar luluslah ujian)tapi tak upaya tak dan mampu terima syarat tekanan kerja memang hak memilih kerja tapi jgn merungut tak de kerja berbagai songel oleh mereka..

    majikan pula tak bersedia bayar gaji sesuai dgn taraf hidup sekarang tak setimpal spr takde semangat kebangsaan langsung patutlah sedara mara sendiri pun taknak kerja..

    kerajaan umum pendapatan rakyat malaysia kearah berpendapatan tinggi takkan tercapai kalau pembabitan dan komitmen yg terbabit hanya bertepuk pada majlis pelancaran sahaja.. bila sudah mereka hanya fikir bgamana nak kekal kemewahan dan kumpul kekayaan sendiri atas angin pulak tu ... buatlah gimik simpati dgn majlis berbuka kpd anak yatim atau derma rumah orang tua sebagai syarat tanggungjawab sosial... dan tolak cukai tentunya..

    maka tak terjawablah persoalan ini... tapi fikirlah dalam-dalammmmm hai bangsa malaysia ... populasi di malaysia bertambah tetapi kelahiran tak seberapa.. dibuang-buang pulak tu...(ini satu lagi hal..) apakah merempat dinegara sendiri akan jadi kenyataan..?

    BalasPadam
  14. Ibu saya bercerita satu sebab adalah kebocoran maklumat semasa 'raid'. Tidak pula diulas siapa yang 'kobocoran' - RELA atau PDRM. Hasilnya kebun kenalan ibu saya, pasti dipijak seperti padang jarak kerana mereka sanggup bersembunyi di situ semasa serbuan. Kenapa ayatku seperti Mazidul?

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.