Ahad, Ogos 15, 2010

To All International Beggers Welcome To Malaysia! It's Ramadhan

Hari ini masuk hari ke 4 umat Islam menjalani ibadah puasa.

Lazimnya, sebelum waktu berbuka, majoriti umat Islam berkunjung ke bazar Ramadhan di pelbagai lokasi di negara ini. Mereka membeli kuih, lauk dan aneka minuman untuk dijadikan hidangan berbuka samada bersendirian mahupun bersama keluarga.

Hari ini, jika pembaca berkunjung ke bazar Ramadhan, cuba perhatikan kelibat pengemis. Barangkali bukan di semua lokasi tetapi majoriti bazar dijadikan tempat mereka meminta sedekah.

Sebilangan mereka kudung kaki, cacat tangan dan penglihatan namun jika diteliti sebilangan lagi cukup sifat, tiada cacat cela pada tubuh badan namun tetap menampung tangan ataupun bekas plastik, memohon simpati dan sumbangan wang tunai daripada orang ramai di bulan mulia ini.

Sebagai umat Islam, diketahui menghulurkan sedekah itu perbuatan mulia dan dijanjikan ganjaran setimpal di akhirat kelak. Namun sedarkah kita siapa sebenarnya pengemis terbabit? Dari pengamatan saya, majoriti mereka warga asing dari Myanmar,  Vietnam, Thailand dan Kemboja. Jika ditanya soalan berhubung identiti mereka, sukar kita mendapatkan jawaban tepat kerana mereka tidak boleh berbahasa tempatan.

Menurut kenyataan bekas Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat, JKM Wilayah Persekutuan, Jamilah Mohamad, dipetik dari laman web Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat, kebanyakan pengemis dikesan turut menyalahgunakan status pelarian diberikan Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu Untuk Pelarian, UNHCR.  

Contohnya di Lembah Klang, sebelum ini pengemis asing dilapor menjadikan kawasan di sekitar Bukit Bintang, Chow Kit, Kompleks Puduraya, Kampung Baru, Masjid India dan Jalan Tunku Abdul Rahman sebagai lokasi meminta sedekah, tidak mustahil jika kini mereka tertumpu di bazar Ramadhan. Lebih kejam, sebahagian mereka menggunakan bayi dan anak kecil untuk meraih simpati masyarakat.

“Bila pengemis warga asing ditahan, kita hantar mereka pulang ke negara asal. Bagaimanapun, apabila operasi seterusnya dibuat mereka didapati sudah kembali dan menjalankan kegiatan sama. Kita syak mereka dibantu sindiket negara ini. Saya sendiri pernah nampak kumpulan pengemis ini diambil dan diturunkan di lokasi tertentu menggunakan kenderaan,” kata Jamilah. 

Saya amat yakin modus operandi sama dilaksanakan sindiket di bazar Ramadhan.

Namun kenyataan Jamilah, "Bila pengemis warga asing ditahan, kita hantar mereka pulang ke negara asal. Bagaimanapun, apabila operasi seterusnya dibuat mereka didapati sudah kembali" menarik perhatian saya.

Adakah kenyataan itu bermaksud tidak wujud koordinasi maklumat di antara JKM dan Jabatan Imigresen Malaysia, JIM? Logiknya, jika nama dan maklumat peribadi pengemis asing ditahan, bersama disenarai hitam JKM dan JIM, masakan kemasukan berulang boleh berlaku.

Pengemis ditahan dimasukkan ke pusat tahanan sementara sebelum dihantar pulang. Wang rakyat digunakan untuk menampung perbelanjaan makan minum mereka. Jika benar dakwaan Jamilah, sekaligus pengemis warga asing terbabit jelas memperkotak katikkan JIM.

Correct me if I am wrong.

Saya difahamkan pihak berkuasa juga mengalami masalah sama berhubung kemasukan berulang gadis warga asing bekerja sebagai pelacur dan pelayan pelanggan di negara ini. Namun mereka semua berkaki dan bertangan sempurna, tidak pula cacat penglihatan jadi barangkali alasan sukar diberkas itu boleh diterima. Jika cuba diberkas, mereka mampu lari bak lipas kudung dan menyembunyikan diri.

Berbeza berbanding pengemis warga asing giat menjalankan kegiatan secara terbuka, majoriti cacat, mustahil mereka mampu berlari pantas jika operasi pembanterasan dilaksanakan secara konsisten.

Saya tidak bertujuan menghalang umat Islam menghulurkan sedekah namun biar kena pada tempatnya. Disedari atau tidak, pengemis warga asing cuba mengambil kesempatan atas sifat murah hati umat Islam sempena bulan puasa, itu hemat saya. Ingat, kehadiran mereka juga berkemungkinan besar didalangi sindiket memperalatkan kelompok terbabit. Saya bimbang, jika wang dihulurkan itu, sebahagian besar akan mengembungkan dompet ahli sindiket terbabit.

Saya pernah menghubungi Balai Polis Sungai Buloh, Selangor berhubung kebanjiran pengemis warga asing di pasar malam di kawasan tempat saya menetap.

Jawaban saya terima ...

"Itu kerja Jabatan Imigresen"

Jawaban terbabit boleh diterima kerana pasukan polis mempunyai tugas lain antaranya menjalankan operasi mencegah jenayah di samping menerima laporan kes jenayah daripada orang ramai dan menjalankan siasatan.

Manakala kakitangan JIM pula sibuk menjalankan operasi membanteras pendatang tanpa izin, PATI.

Tetapi bukankah pengemis warga asing terbabit juga PATI? Mereka secara terang-terangan menyalahgunakan pas lawatan sosial, itu pun jika mempunyai dokumen.

Usahlah kita gembar gempurkan berita berhubung perlaksanaan operasi membanteras PATI di tapak pembinaan, ladang mahupun di kilang sedangkan PATI terduduk tanpa kaki, tangan dan buta begerak secara mengesut tidak mampu dibanteras.

To All international beggers, welcome to Malaysia! It's Ramadhan.

10 ulasan:

  1. Salam MAS..

    agaknya, kalau kakcik ambil cuti tanpa gaji dan jadi pengemis sepenuh masa di bulan Ramadhan ni.. lumayan kot! Tapi.. kenalah buat penyamaran - silap2 masuk lori JKM! ish...

    BalasPadam
  2. Kak Cik, kalau hendak menggalakkan tidak. Tetapi boleh dicubam saya kira 'gaji' Kak Cik pasti bertambah.

    Melalui pengalaman, pengemis di Lembah Klang 'diagihkan' ke kawasan elit. Orang kaya jarang bagi RM1, ada RM5, RM10.

    Average pendapatan kalau pengemis di pasar malam dalam RM150-RM300 dalam tempoh 6 jam.

    Bulan Ramadhan, umat Islam lebih generous. Kak Cik agaklah sendiri.

    BalasPadam
  3. Salam...

    Bagi saya JIM dan JKM boleh berganding bahu jika serius ingin membanteras permasalahan pengemis antarabangsa...Jika penguatkuasaan dibuat dengan serius dan konsisten lama kelamaan ianya akan berkurangan...tapi saya hairan sehingga kini belum ada satu tangkapan pun yang dibuat bagi dalang yang mengetuai kegiatan ini...mungkin kerana itu, tiada tindakan yang serius dan tegas meyebabkan mereka berani melakukannya kerana pendapatan mereka yang lumayan dari kita ynag bekerja makan gaji ni....

    p/s:suka bagi komen sebab topik kat sini sentiasa bagi peluang untuk kita rakyat malaysia at least bersuara dan meluahkan pendapat...

    BalasPadam
  4. Salam,mayb satu hari nnt mereka boleh buat "office" mereka sendiri...

    sy pernah terkena situsi adik2 pengemis di Sandakan:

    situasi 1-Sy trun dari hotel di sekitar bandar sandakan utk pergi mencari sarapan pagi belum sempat pg tempat lain...datg 2 org kanak2(si kakak- mendukung adik)tidak bercakap apa2 cuma menghulur tangan....disebabkan kesian bagi la sikit.....

    situasi 2-pada pg yg sama setelah smpai kedai mkn(area bistro sebelah jeti TLDM) datang 2 org kanak2,apa yg menarik adik yg dikendong adalah org yg sama dgn situasi-1 sy di atas...cuma kakak je org berbeza.....???

    sy jd kompius.....apakah???

    BalasPadam
  5. Elly, saya setuju dengan pandangan awak.

    Jarang benar kita dengar dalanag di sebalik sindiket pengemis diberkas. Apapun saya akan cuba untuk membuktikan senario itu berlaku. Give me one week to do that.

    Penari Laut, Sandakan? Biasa itu bah! Cuma ada orang concern dan ada orang ndak ambil peduli.

    BalasPadam
  6. Keluhan dari seorang kawan yang kebetulan bekerja di JKM..

    Kalau pendatang asing, bila dipanggil imigresen dan UNHCR, ada pemegang kad UNHCR. Paling2 kuat se pengemis akan diberi amaran oleh pegawai UNHCR untuk ditarik kad.

    Kalau pendatang asing takde kad UNHCR, imigresen akan tahan dalam depoh sebelum dihantar pulang. Tapi ada kes tak sempat hantar pulang dah keluar pasal ada "pelincir"..

    Kalau rakyat tempatan dan buta, bila ditahan persatuan orang buta pulak akan "merusuh"..

    Kalaulah pengemis2 asing dan PATI2 yang masuk M'sia ni umpama tentera Jepun ketika masuk Malaya, rasa2 terbarai negara kita ni..

    BalasPadam
  7. Orang tu semua gunakan pendekatan macam kalau kita menunaikan umrah. yeah, Malaysians memang terkenal dengan sifat pemurah.

    dan disebabkan itulah, berlumba2 orang asing ni datang ke sini, bukan setakat belajar dan sebagainya, tetapi juga meminta sedekah.

    Can it consider as crime as well?

    P/S : Bro Mazidul, thanks untuk sokongan kamu. Sudah berjaya memiliki 'dia'.

    :)

    BalasPadam
  8. Tangan yg diatas lebih baik drpd tangan yg dibawah..itu dulu.
    Sekarang tangan yg diatas kena waspada dgn tangan yg dibawah...

    BalasPadam
  9. Salam bro. Once upon a time, we did satu operasi pengemis kat bandaraya Johor Bahru dengan target di pasar malam. Remember the statement from JKM Johor Bahru? Ohh depa ni dah biasa kena tangkap dan diusir.

    Meh kita pikir sat. Depa kena usir kat sempadan Malaysia-Thailand, pastu apa susah, depa buat one sweet u-turn.

    Mana ada integration of information. Ada ke? Since when? Siapa buat? Bila buat? Kenapa nak buat? Banyak kerjalah nanti. Siapa nak key-in information tu semua?

    Meh, kita pi buat kat Johor ni. I bet we will meet the same pengemis yang kita pernah kejar dulu. Haha. Sahur minum redbull banyak sikit sebab kena lari lari sikit.

    BalasPadam
  10. bro maz: sy yg ndak biasa jd heran dan pelik....

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.