Isnin, Ogos 16, 2010

Indon Usah Tunjuk Belang!

2 hari lalu wanita tempatan dan anak ditetak suami kurang waras akhirnya mati ditembak polis di Perak. Takziah kepada semua ahli keluarga pasti trauma tambahan pula kejadian berlaku di bulan Ramadhan.

Semalam wanita warga Indonesia berusia sekitar 30 an dipercayai mati akibat dijerut suaminya sendiri di Salak Selatan, Kuala Lumpur. Polis kini memburu suspek melarikan diri bersama anak pasangan terbabit berusia 6 bulan.

Warga Indonesia berhijrah ke negara ini kerana memburu hujan emas di Malaysia. Mereka ingin bekerja dan mengecapi kehidupan lebih selesa. Malangnya segelintir menunjukkan belang dan bertindak menggunakan fikiran singkat, terbabit dalam kancah jenayah sekaligus menyusahkan pihak berkuasa.

Setiap hari saya menerima maklumat melalui pesanan ringkas berhubung kes warga Indonesia tinggal di negara ini secara haram.

Siapa antara penghantar maklumat terbabit? Warga Indonesia.

Jelasnya, sebilangan warga Indonesia bermastautin secara sah di Malaysia juga tidak senang dengan kehadiran warga senegara mereka menetap di sini tanpa memiliki dokumen perjalanan sah.

Maksudnya, warga Indonesia juga jelek melihat telatah dan gelagat pendatang haram dari negara mereka sendiri.

Inikan pula rakyat tempatan.

11 ulasan:

  1. Sememangnya mereka itu umpama ulat makan daun hijau. Malaysia ini umpama daun hijau yang senantiasa tumbuh dengan tunas yang baru. Sebab itulah, jalan singkat untuk mereka jadi kaya ialah dengan bekerja di Malaysia dan ada diantara mereka mengambil kesempatan terhadap orang2 yang lemah di Malaysia. Especially perempuan.

    BalasPadam
  2. Salam MAS..

    kakcik pernah berjumpa dengan warga Indon (yang datang ke rumah) yang mengaku telah tinggal di Malaysia selama lebih 30 tahun. Dengan bangganya dia mengaku konon kenal dengan Ketua Polis IPK sana sini. Tapi dari gaya pertuturannya, macam baru semalam sajahaja sampai!

    Apa dia ingat kita hairan kalau dia kenal Ketua Polis Negara sekali pun. Masalahnya orang yang dia akui kenal tu, kenalkah dengan dia? Dah datang merempat ke sini, tunjuk lagak pulak tu..

    BalasPadam
  3. Ternyata mereka juga tidak suka andai terpalit lumpur sama.

    Dalam kelompok baik pasti ada yang jahat, begitulah sebaliknya.

    Yang pasti, yg jahat tu tak sedar langit mana depa junjung, bumi mana depa pijak.

    Dasar brengsek..

    BalasPadam
  4. Mereka lah penyumbang paling besar bagi jenayah yang berlaku....

    BalasPadam
  5. en mazidul...combi pernah kenal beberapa org warga indonesia yg datang ke rumah memotong rumput.mereka ini sebenarnya ada kena mengena dan kait mengait dgn setiap seorg rakan mereka yg datang ke sini.

    samada abg,adik,sepupu atau jiran sekampung.tapi dikalangan mereka ini memang ada yg baik mencari rezeki secara halal dan ada jugak sebaliknya.

    apapun mereka jugak tidak bersetuju dgn rakan-rakan yg datang ke sini membuat onar sebab menyusahkan mereka yg lain.

    BalasPadam
  6. kes pukau , and pecah umah. semua nya dorang. haih

    BalasPadam
  7. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga...

    BalasPadam
  8. Dalam setandan pisang memang bukan semuanya busuk...

    Tapi biasanya kalau sekor kerbau bawak lumpur, semua pun terpalit sama...

    Lain kali kalau masuk kandang kambing mengembek... jangan menyondol mcm babi... heheheheh

    BalasPadam
  9. Mereka ( penjenayah2 Indon ) berani buat onar kat sini sebab :-

    1) Rakyat Malaysia terlalu baik, suka diorang datang - beri kerja lepas tu melayan, terutama gadis2.
    2) Rupa diorang macam muka Melayu dan Islam pula tu, jadi boleh masuk campur dan diterima oleh orang melayu (mudah nak menyamar).
    3) Kawalan keatas imigran masuk agak longgar kerana perairan luas dan mereka boleh masuk dengan gitu mudah dan balik dengan sesuka hati.
    4) Diorang mudah menyusup masuk rumah2 sebab dah arif kerana ada pengalaman buat rumah di sebelah siang, bila malam dah tahu selok belok rumah yang dibuat tadi.
    5) Mudah buat jenayah dekat sini sebab hidup berjiran di Malaysia agak rapuh dan ramai orang senang2 kat Malaysia ni - ada harta buruan
    6) Bangsa Melayu mudah leka dan mudah terpedaya dengan helah dan janji manis walaupun dgn orang luar
    7) Kita mudah sangat kasihan konon diorang tu susah, tapi tak fikir dalam pada itu ada berniat jahat.

    BalasPadam
  10. salam..

    Sebenarnya orang kita dah muak dengan perangai indon ni sebenarnya...dorang datang sini n buat perangai sama macam tmpat dorang...klu ikut dari sejarah...negara kita sendiri mmg tmpt orang asing dari dulu lagi..keturunan yang ada kt Malaysia cth Jawa, Boyan, Banjar, Bugis...n sbagainya...bukan penduduk asal Malaysia...dari sinilah timbulny pengaruh xbetul...penduduk dari seberang perangai mmg xbetul semua...kt tempat aku tinggal pan ada sorg keturunan indon...mak i/c merah lg...bapak i/c merah...dia je yg i/c biru....tapi berlagak lebih dari org tempatan...benci betul aku perangai mcm ni...

    The Dajjal Crimes

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.