Selasa, Ogos 24, 2010

Saya Call Bukit Aman!

Jam 3 pagi, 23 Ogos, kecoh.

Saya dimaklumkan sekumpulan lelaki India pelanggan pub bergaduh di kawasan Kompleks Bebas Cukai, Stulang Laut, Johor Bahru, Johor.

"Ya, saya gengster! Lu orang gengter tak guna kalau tak ada wang!," jerit lelaki berdiri kurang 5 meter dari lokasi saya berdiri.

Saya perhatikan, beberapa lelaki terbabit memandu kereta mewah.

Mereka kemudian saling bertolakan secara ganas, memaki hamun dan tindakan itu menarik perhatian ramai termasuk pengawal keselamatan bertugas di kawasan sama. Malangnya kekecohan terbabit berterusan dalam tempoh lebih 30 minit tanpa dapat dikawal.

Motif pergaduhan tidak saya ketahui kerana majoriti mereka terbabit bertuur dalam bahasa Tamil.

"You, jangan main. Saya boleh call (polis) Bukit Aman!," jerit lelaki lain.

Terfikir, ada kah pegawai atasan polis di Ibu Pejabat Polis di Bukit Aman sanggup bersekongkol dengan individu mahupun kumpulan melabelkan diri 'gengster'?

Saya percaya kenyataan itu dikeluarkan semata-mata untuk menunjukkan betapa berkuasa dan berpengaruhnya kumpulan mendakwa gengster itu.

Terus terang, saya sudah meluat mendengar kenyataan sama diungkapkan individu berbeza selama ini.

Saya kemudian mencapai kamera digital di dalam beg dan merakamkan kejadian.

"Siapa ambil gambar? Siapa ambil gambar?," jerit mereka.

Namun tiada antara mereka datang menghampiri saya, lalu rakaman diteruskan.

"Ini kumpulan berani punya, ganas, geng Taman Yu," bisik lelaki Cina tidak dikenali.


Saya percaya kejadian terbabit menjadi lebih 'panas' berikutan sebilangan mereka terbabit berada di bawah pengaruh alkohol. Jadi, tidak hairan jika lagak hero bagai karektor di dalam filem Tamil dan Hindustan ditampilkan, kononnya terlalu hebat sehingga berani mencabar pengawal keselamatan bertugas.


Saya dimaklumkan, pergaduhan seperti itu, kejadian berulang.  Terkilan, kebanyakkan pengawal keselamatan, berbaju biru di dalam gambar, hanya berdiri tanpa berusaha meleraikan pergaduhan terbabit. Mereka takut? Barangkali.

Pada jam 3.37 pagi, ketua pengawal keselamatan tanpa pakaian seragam tiba dan berjaya meleraikan pergaduhan. Mujur tiada kemalangan jiwa berlaku.

Saya difahamkan, majoriti bouncers menjaga pusat hiburan di kawasan sama terdiri daripada ahli Pekida, hebat belaka.

Kekadang jika timbul masalah atau salah faham sesama Melayu mereka menyeringaikan taring, malangnya dalam kejadian itu hanya beberapa kerat sahaja berani campur tangan.

Mungkin kerana mereka tidak berkumpulan.

Hairan.

15 ulasan:

  1. inilah budaya yang telah menjadi trend puak itu yang kadang-kala menimbulkan loya di kalangan orang tertentu. Kalau ramai beranilah! Mazidul, saya oernah berparang dengan enam orang macam ini tahun 1999 disem di Bukit Kemuning Klag, ketika dia nak larikan kereta saya lepas menyamun. Tapi ditunjukkan Tuhan saya daoat rampas satu parang yang digunakan untuk menetak saya. semuanya cabut lari bila saya cabar tunggu untuk sama berparang!

    Tapi jangan telalu over confident berdepan situasi begini sebab kebanyakan mereka sama ada mabuk mahu pun mengambil syabu! kalau terdesak, bagi saya lawan! itu saja peluang kita ada. Kalah menang nombor dua. sekurang-kurangnya kita kena tunjukkan siapa gengster tulen!

    BalasPadam
  2. Kadang-kadang kerana kata-kata menggunakan perkataan kononnya mengenali pihak berkuasa yang menyebabkan mereka berani bertindak...

    Dalam keadaan macam ni, apa selalunya tindakan yang diambil? Mengharapkan semata-mata kepada pengawal keselamatan atau kita patut terus melaporkan menerusi Rakan Cop atau direct ke Bilik Gerakan yang berdekatan?

    BalasPadam
  3. Macam adegan filem Tamil agaknya, ya?

    BalasPadam
  4. Guard memang takut. tu kan tmpt die cari makan, silap ari bulan, kalau die masuk campur.. esok luse jumpe mayat die tepi longkang.

    7 tahun lepas, ada satu kes, Tamil nadhu ni suke buat kacau dekat Stulang. sekali amik kau, pemuda Melayu mengamuk serang mereka dan terbalikkan kereta diorang. hehe. pengalaman yg indah mase tu.

    BalasPadam
  5. di kawasan rumah sy pun slalu jadi mcm ni..

    mabuk teruk dan bergaduh... kami tak boleh buat apa2 sbb pernah dlu ada yg menegur habis cermin kereta dipecahkannya...

    tu yg menyedihkan.. kawasan perumahan jd tak aman...

    BalasPadam
  6. Ayoyo..! Mengaku gangster? Apa lagi tangkapppp....! Siasat!

    BalasPadam
  7. Kalu masa kecik dulu pun, nak jadi samseng or kacang hantu kena ada geng, BRO. Baru berani dan nampak handal.

    Cittt...! poooorrraaahhh!

    BalasPadam
  8. en mazidul...combi teringat satu cerita lama tapi dah lupa sapa yg sampaikan.

    bila en mazidul kata bouncers yg menjaga pusat terdiri dari ahli pekida..betul lah cerita yg combi dengar~bila bangsa ***** ni mabuk dan mengamuk,belasah org kita ahli pekida ni larik sbb takut.tapi bila org kita bergaduh sesama sendiri dorang pun masuk jarum bergadoh mcm filem tamil hohoho :p

    adedeh kisah benar rupanya. *ini hanya utk yg mkn cili jer ye*

    BalasPadam
  9. mereka ni tak baca internet,sbab tu dia tak paham

    BalasPadam
  10. kekadang orang MABUK boleh buka rahsia heee

    BalasPadam
  11. Entahlah perkara ni dah terjadi bertahun2 yang lalu, bila agaknya akan berakhir ya......
    saya harap polis akan bertindak keatas dia orang...ingat handal sangat tu....

    BalasPadam
  12. kenapa ahli pekida tu jaga Pub? tak de tempat lain ke nak keje?

    BalasPadam
  13. Baek gangster dgn ilmu agama... lg ade faedah...knape ramai ahli pekida jaga club ek??heran jugak tuh...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.