Sabtu, Ogos 28, 2010

Dey! Ravi! Siva! Stop it lah! Orang Tanjung Malim Sudah Bising

2 premis menjual bahan cakera optik, CD, VCD dan DVD  cetak rompak dan lucah beroperasi di Tanjung Malim, Perak. 

Dilaporkan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, KPDNKK Perak dihubungi wartawan 999 menyatakan premis terbabit diserbu lebih 30 kali sebelum ini. 

Namun premis terus beroperasi. Lebih mengejutkan, semalam Jabatan Kastam menyerbu premis sama, hari ini pengusaha masih memasarkan bahan sama.

Bagaimana saya tahu?

Semalam saya meminta wartawan 999 ke lokasi terbabit dan jam 10 malam tadi saya menerima laporan daripada mereka.

"Saya tanya, blue films ada? Dia kata ada. Sekarang tambah satu bisnes baharu, menjual  mercun tetapi menggunakan katalog. Pelanggan order dan kemudian beli. Bila tanya dia, mercun meletup kuat punya ada? Dia kata ada. Kami rakamkan gambar katalog dan membeli mercun sebagai bukti"

Pada jam 9.45 malam semalam 4 pekerja bertugas di premis pertama manakala pelanggan dilayan 5 pekerja di premis bersebelahan.

DVD lucah dipasarkan dengan harga di antara RM15 dan RM20 mengikut bilangan cerita.

Di Tanjung Malim, jarang benar penduduk tidak mengetahui kegiatan 2 kedai terbabit. Namun mereka bukan pihak berkuasa, hanya orang biasa. Kampung saya terletak hanya 15 kilometer dari kedai itu, saya juga tahu. Sebelum ini program 360 pernah membuat liputan kegiatan premis sama tetapi mereka ini terlalu kebal. Sebaik dipaparkan, polis mengambil tindakan, selang beberapa hari, mereka berniaga seperti biasa. Pelbagai kisah saya dengar berhubung 'kehebatan' mereka namun semua itu sekadar dengar cakap, hearsay.

Kali ini kami paparkan kisah sebenar beserta bukti.

"Mercun berharga RM200, besar dan meletup kuat pun ada di dalam katalog selain lebih 20 jenis bunga api dan mercun lain. Bila order, mereka pakai walkie-talkie, immediately ada India tua akan hantar mercun," tambah wartawan bertugas.

2 minggu lalu krew saya membeli cakera optik lucah dari kedai sama sebagai bahan bukti.

Jika tiada visual bahan bukti dan rakaman kenyataan pengusaha, barangkali sebilangan penonton mungkin menyangka kami hanya membuat laporan berlandaskan tanggapan. Itu bukan prinsip kami praktikkan sebagai pengamal media membuat liputan kes jenayah.

Fakta adalah fakta.

Bahan liputan terbabit akan disiarkan pada 2 September akan datang.

Dey! Ravi, Siva. Stop it lah! Orang Tanjung Malim, ramai hantar SMS suruh kasi stop sama lu.

8 ulasan:

  1. saya duduk tg malim dah 2 tahun.. budak2 ade cakap pasal kedai ravi tuh.. tapi tak tau lak kat mane lokasinya.. hoho.. grand union saya tau lah.. :P

    BalasPadam
  2. aishh..kedai ravi tu..tumpuan ramai di tanjung malim. tambah-tambah musim dekat raya ni.

    tapi berani juga Ravi tu, jual CD pirate secara terang-terangan. Pernah lihat pasukan beruniform kita pun beli lagu raya di situ.

    BalasPadam
  3. Salam Bro,

    Yg peliknya camne boleh beroperasi balik kalau barang dirampas dan disita... ada udang disebalik batu yg buat mereka kebal?! Wallahualam...

    BalasPadam
  4. BRO.. cemana depa leh jadi sebegitu kebal dan kental boleh berulang operasi lagi dan lagi...?

    Nampaknya mereka tidak pernah takut kepada sesiapa dan undang-undang.

    BalasPadam
  5. kedai ravi tuh..area depan ambank tuh kew?
    memang rmai pun org beli cd kat sini...
    xtahu plak ade jual benda2 cm tuh

    BalasPadam
  6. dulu salu tengok kedai tu cam kedai bese jer.. hahaha., pas dah masuk tv br tau dia jual cd cetak rompak siap cd blue sekali.. hahaha.. sgt memalukan.. tanjung malim.. kota ilmu~~ huh!

    BalasPadam
  7. Kat nih pown same...penah nak masuk satu kdai nih kat arena danau kota...pekerja diew tahan cakap.."abg...ade rush...lg setengah jam lu mari..kita bukak balik.."Yg heran...sampai ade rush pown tau nih...dasyat btol...klu kene pown...tutup paling lama seminggu...pastuh penuh balik....wakakaka...

    BalasPadam
  8. ada udang sekor dua dlm mee.tu yg sedap tue..ble berulang kali beroperasi wlpun beberapa kali digempur.undang2 bli dibli dgn wang ringgit skang ni

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.