Semalam jam 1 tengahari, dia meminta saya menjemputnya di kampung dan membawanya ke Kuala Lumpur.
"Bawa abah ke rumah Icah," katanya melalui telefon bimbit.
Icah, adik perempuan saya.
Jam 3 petang, saya tiba di kampung dan menunaikan permintaannya. Namun melihatkan keadaan fizikalnya, saya membuat keputusan membawanya ke Hospital Sungai Buloh, Selangor untuk mendapatkan rawatan.
"Hulu hati sakit," katanya.
Dia dirawat sebagai pesakit luar dan jam 10 pagi tadi saya terbang ke Kuching, Sarawak untuk menjalankan tugas dirancang sejak minggu lalu. Lewat petang tadi, saya kemudian dimaklumkan abah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi, ICU.
'Dia makan 45 biji makjun. Hati rosak'
Itu antara pesanan ringkas dihantar adik lelaki dan perempuan saya. Semalam sewaktu dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, abah tidak memaklumkan saya berhubung hal itu.
Menurut doktor merawatnya, makjun berjenama 'Petani' dimakan sejak 2 bulan lalu mungkin mengandungi steroid, merosakkan hati berikutan hempedunya telah dibuang dalam pembedahan awal tahun ini.
Saya akan kembali ke Kuala Lumpur menaiki pesawat pertama berlepas dari Kuching awal pagi esok. Saya difahamkan, semua ahli keluarga kini berkumpul di luar bilik ICU.
Ya Allah, jika abah ditakdir meninggalkan dunia fana ini, ku pohon, ambillah nyawa insan menyayangi aku sejak dilahirkan secara tenang. Namun ku panjatkan doa, agar Kau maha berkuasa memanjangkan hayatnya agar kami sekeluarga berpeluang menyambut ketibaan Ramadhan bersama.
Amin.
amin...
BalasPadambawak bersabar ye encik mazidul...
setiap kejadian ade hikmah yang menanti..
salam bro...
BalasPadambanyakkan berdoa supaya ayahanda kembali pulih...
insyaAllah, everything's gonna be fine.. leave it to Allah.
BalasPadamsemoga semuanya dipermudahkan ALLAH swt.amin
BalasPadamSaya mendoakan semoga Allah memberi yang terbaik kepada Abah Sdr Mazidul..sama2 kita mendoakanya.
BalasPadamsesuatu berita yg memberikan tekanan buat seorang ANAK..utk bekerja..
BalasPadamAbang Mazidul,
BalasPadamI was shocked reading this entry. Saya dan juga pembaca2 blog akan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Abang sekeluarga ... Be strong always.
semoga ayah en mazidul kuat dan cepat sembuh... buat en mazidul seisi keluarga... semoga tabah menghadapi situasi ini.
BalasPadamInsyaAllah...jangan berhenti berdoa moga Allah memberi peluang saudara sekeluarga menyambut ramadhan bersama...amin...
BalasPadamSalam keredhaan
BalasPadamMohon Allah SWT mempermudahkan segala urusan ayahanda saudara
Bersabar seraya berzikir adalah ubat jiwa yang terbaik.
Semoga ayahanda Sdr diberi kesembuhan olehNya. Amin.
BalasPadamMoga beliau segera sembuh. Bawa bersabar.
BalasPadam(Teringat arwah AYAH saya pergi pada 5 Ramadhan beberapa tahun dulu, tanpa sempat saya jumpa)
semoga ayahanda cik Mazidul sihat dan kembali pulih .. aminn..
BalasPadamSalam,
BalasPadamSama-sama kita doakan semoga semuanya akan baik. Moga-moga Bro Mazidul juga tabah berdepan dengan semua ini.
Tn.. makjun tu tak hadzam .. tersilap cara ke...?
BalasPadam... semoga tabah menghadapi dugaan...berat mata memandang berat lg bahu yg memikul,kan
BalasPadamsalam..
BalasPadambetul ke pasal makan majun petani dia meninggal dunia?
iklan majun ni dah ada dlm iklan tv. jika benar patut diberitahu kepada semua dan aku mahu sharekan link brother ke blog aku pasal majun ni.. bertindak sebelum yg lain terkena
Mohon Allah SWT menyembuhkan ayahanda bro, dan semoga mempermudahkan segala urusan.
BalasPadam@ NUR : Silap faham tu. Ayahandanya gering, belum lagi menutup mata...
@ NUR : Sorry for comment. I've missed the train.
BalasPadam