Jumaat, Ogos 20, 2010

Johor Corporation Again? What A Coincidence!

Saya mendarat di Johor Bahru, Johor jam 8.20 pagi semalam. Pihak syarikat menempatkan saya di Puteri Pacific Hotel Johor Bahru di Jalan Abdullah Ibrahim.

Masuk melalui pintu utama hotel, saya terus berjalan menuju ke reception. Tiga pekerja lelaki bertugas langsung tidak menyedari kehadiran pelanggan di kaunter kerana sibuk bersembang sesama mereka.

"Assalamualaikum, selamat pagi," ucap saya.

Baharulah mereka berpaling dan tercenggang sekaligus terasa diri bak halimunan menjelma tanpa dijangka.

"Lazimnya kakitangan hotel mengucapkan greeting kepada pelanggan, bukan sebaliknya tetapi tak apalah," sambung saya.

Mereka hanya membisu. Namun itu bukan kejadian pertama, segelintir kakitangan beberapa hotel, lokasi saya menginap sebelum ini juga bersikap sama. Barangkali mereka terlupa, pelanggan menentukan occupancy rate hotel mereka dan mungkin juga tidak menyedari hakikat pelanggan sebagai pengguna memiliki kuasa memilih.

Sepanjang 15 tahun bertugas sebagai wartawan, saya berpeluang menetap di pelbagai hotel di dalam dan di luar negara sewaktu bertugas. Hemat saya, sebagai pekerja di barisan hadapan dan bertanggungjawab berurusan dengan pelanggan, mereka sepatutnya tidak cuai sewaktu menjalankan tugas. Namun, tanpa greeting itu, saya tidak mati, it was just a small matter, hanya standard operation procedure.

Namun kecuaian  berlaku mengingatkan saya kepada kejadian di tampalan sebelum ini, sila baca di sini dan di sini.

"Di hotel ni ada Wi-fi?," soal saya sebelum check in.

"Wi-fi kita tak ada, cable internet ada di bilik tetapi kena bayar," balas pekerja di kaunter.

Wi-fi kini antara keperluan asas di negara kita sejajar dengan kemajuan bidang teknologi maklumat. Apapun, barangkali setiap hotel mempunyai pendekatan tersendiri dalam menyediakan kemudahan terbabit kepada pelanggan mereka. Sebilangan pengusaha hotel menawarkan Wi-fi secara percuma manakala sebilangan lagi masih megenakan caj kepada pelanggan menginap di hotel mereka. Malangnya, Puteri Pacific Hotel Johor Bahru tidak dilengkapi Wi-fi.

Saya kemudian memohon bantuan kakitangan TV3 di Sri Pentas memindahkan saya ke hotel lain. Saya memerlukan Wi-fi untuk memeriksa skrip dihantar wartawan 999 di pejabat secara lebih selesa sebelum bersiaran malam semalam. Lalu saya melangkah keluar dari hotel terbabit dan secara kebetulan berdiri di luar bersama beberapa kakitangan hotel sementara menunggu teksi.

"Ke mana bang?," tanya seorang daripada mereka.

"Pindah ke hotel lain, di sini tak ada wi-fi," jawab saya.

"Itulah, ada masalah pengurusan," balasnya.

Saya enggan mengambil tahu berhubung dakwaan 'masalah pengurusan' itu, cuma saya tahu Puteri Pacific Hotel Johor Bahru tidak dilengkapi Wi-fi untuk memudahkan saya melaksanakan tugas.

What a coincidence!

Saya kemudian dimaklumkan blogger Hazrey, hotel terbabit berada di bawah Johor Corporation sama seperti Damansara Specialist Hospital di Petaling Jaya,  Selangor.

Jadi, ada aku hairan?

Berikut petikan NST, 30 Julai 2010.

'JOHOR Corp's president and chief executive officer, Tan Sri Muhammad Ali Hashim surprised the Johor corporate community yesterday when he walked out of the company's board meeting after announcing his immediate resignation from the post'

Laporan terbabit turut mencatat perenggan berikut.

'Muhammad Ali had recently brushed aside news reports saying he was retiring due to the corporations's debt which amounted to approximately RM3.58 billion'

Seterusnya berita berikut diterbitkan.

'Kamaruzzaman Abu Kassim, senior vice-president (finance) and corporate services of Johor Corporation was appointed the diversified conglomerate's acting president and chief executive today following the resignation of Tan Sri Muhammad Ali Hashim effective today'

Sehubungan itu, saya berharap Kamaruzzaman melalui kakitangan beliau akan gigih berusaha meneliti sekaligus menegur sikap 'cuai' segelintir kakitangan Damansara Specialist Hospital dan Puteri Pacific Hotel Johor Bahru.

WI-fi? Ya, lengkapkan juga Puteri Pacific Hotel Johor Bahru dengan kemudahan itu, semoga hotel kelihatan semakin hambar akan bersinar kembali dan dikunjungi ramai pelanggan di masa akan datang.

12 ulasan:

  1. What? Hotel takda wifi? Come onnnnn...!

    Sedangkan dewan penduduk rumah flat (yg pernah saya buat program) 2 dewan depa ada wifi. Mudah nak buat presentation.

    Johor Corp. berada di situasi kemelut. Harap2 pasni tidak muncul pulak isu pekerja-pekerja dia yg akan dedahkan segala kepincangan lain..

    Do something sebelum everything getting more worst...

    BalasPadam
  2. Salam Sdr MAS..

    kebetulan pagi tadi dalam perjalanan ke pejabat, kakcik melalui SAB, Kg. Pandan. Kakcik tiba2 terfikir, Sekolah ini adalah anatar sekolah yang melahirkan pelajar2 cemerlang.

    Mengikut keputusan SPM yang keluar kebelakangan ini, sekolah2 yang dulunya begitu gah seperti MCKK, seolah2 telah jauh ketinggalan dari segi kelulusan 100%nya. Kakcik juga terfikir, rupa2nya, nama yang gah itu tak akan ke mana andainya sekadar berharap pada 'nama' tapi tiada usaha untuk terus mempertahankan dan melonjakkan nama itu tapi hanya setakat 'bersandar' sahaja. Lama-lama bersandar, dinding pun akan roboh!

    BalasPadam
  3. lawak sungguh hotel yg 'hebat' mcm gitu takde wifi?

    sedangkan hotel kat kawasan pedalaman~keningau dan kudat pun ada wifi hohoho :D

    kesian sungguh!

    *mungkin jugak sbb org yg datang menginap hanya org 'kaya' so bayarlah service internet sendiri.bole gitu?

    BalasPadam
  4. Patut adakan segmen tentang mutu perkhidmatan di negara kita...kebanyakan yang melakukan kerja mereka hanya untuk mengejar pulangan setiap bulan tanpa ada rasa tanggung jawab...mungkin dengan adanya pendedahan seperti ini akan menjana ekonomi negara kearah yang lebih positif

    BalasPadam
  5. If You Don't Take Care of Your Customers, Someone Else Will..

    ... barangkali Johor Corporation dah kaya sangat. Setahu saya yang cuma makan gaji aja ni, business is all about risk. Nak revenue tinggi, kenalah berani invest. Ini invest tak mahu, revenue nak tinggi.

    You pay a peanut, you got a monkey.
    ... barangkali. Agak aja...

    BalasPadam
  6. hahahahaha..
    keluar jugak dia nie..

    bagi orang yg tau cara kerja dia nie cmne, mmg berharap sngt² dia keluar..

    BalasPadam
  7. menurut kawan saya ..backpackers hotel di korea pon ada service wifi..hotel pan pac yg bertaraf berbintang2 ni pn xde..sungguh memalukan

    BalasPadam
  8. we can take it as a joke now...
    "hotel without wifi"

    BalasPadam
  9. saya ada pengalaman berurusan dgn JCorp dan sememangnya kebanyakan mereka incompetence dlm menjalankan tugasan.. KFC pun makin kucar kacir.. siap buat iklan tipu saiz udang! kat tv besar je.. bila beli bebetul.. besar kelingking pun tak ade.. huh..

    BalasPadam
  10. Well the hotel is a bit rundown although their status is 5 star. I don;t know tapi apa ntah masalah diaorang ni kan???

    Im glad you changed the hotel. Grand Paragon is far much better. Service is equal to 5 star although they are not. Best tak? Like my experience masa stay kat Sibu Island Resort (which is under Jcorp), I suggested - choose other resort.

    BalasPadam
  11. adoi...sekarang kedai makan yang cikai pun ade wifi..

    BalasPadam
  12. Amboi Tan Sri...

    Hari tu dia datang UIAM utk bagi talk pasal jihad ekonomi. Cara cakap, memang tak nak kalah. Alih2, resign. Apecer ni Tan Sri????

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.