Ahad, Ogos 22, 2010

Ops 9MM

Jam 2 pagi tadi, saya terserempak dengan 5 lelaki berperawakan perempuan di pusat hiburan berhampiran hotel The Zon, Johor Bahru, Johor, 9MM.

Mereka berusia di antara 22 dan 30 tahun diarahkan pasukan Jabatan Siasatan Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor.

"Kami ni mak andam dari Kota Tinggi, 2 orang dari Sarawak. Datang sini berhibur," ujar pondan di sebelah kanan.

Pondan di sebelahnya berbuah dada.

"Operate dah ke?," soal saya.

"Esok baharu nak operate," katanya bergurau.


Tercatat di MyKad mereka, nama lelaki maka mereka mengikut prosedur saringan ujian air kencing seperti lelaki. Bagaimanapun mereka dibebaskan setelah disahkan bebas dadah pada jam 3.30 pagi.

"Bagaimana kalau pondan dah operate, tiada alat kelamin lelaki?," soal saya.

Difahamkan, dia harus dipantau konstabel polis wanita sewaktu pengambilan sampel air kencing ditandas.

Ops Pusat Hiburan terbabit diketui Superintendan Giam Kar Hoon dibantu 40 pegawai dan anggota. 9 pelanggan lelaki dan perempuan didapati positif dadah.

Turut berada di lokasi, Ketua Jabatan Narkotik Johor, ACP Kamarudin A. Aziz. Operasi dibantu 4 kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat, JKM Johor dan 4 penguatkuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Cawangan Johor.

Remaja di bawah umur 17 tahun, masih menuntut di kolej, sepatutnya tidak dibenarkan mengunjungi pusat hiburan disiasat kakitangan JKM.

"Saya datang sini lepas berbuka puasa," katanya.

Manakala pengunjung Melayu berusia 35 tahun, pekerja bengkel membaiki kenderaan di Pontian ditemubual anggota polis.

"Awak minum (arak) ke?," soalan dikemukan.

"Ya. Minum sikit sebab sebelum ini pun saya minum juga," jawabnya selamba.

Setelah maklumat tercatat di lesen perniagaan diperiksa, premis diserbu sepatutnya berhenti beroperasi pada jam 12 tengah malam, tidak lebih daripada itu.

Namun difahamkan pusat sama kerap ditutup pada jam 3 pagi. Jelas pengusaha tidak menghormati peraturan ditetapkan Pejabat Daerah Johor Bahru atau pejabat terbabit bersikap sambil lewa menguatkuasakan syarat ditetapkan?

Berikut antara gambar saya rakamkan sepanjang operasi berakhir pada jam 4 pagi itu.

11 ulasan:

  1. hehehe~

    ada encik hazrey juga tu.

    err, kalau dah operate bagai, kalau dipenjara macam mana?

    kena duduk penjara perempuan ke?

    BalasPadam
  2. Mcm gampang pun ade gak dorg ni. Haha. Apa2pun smoga Allah beri hidayah kepada kita supaya tak terjebak dlm kancah seperti ini. Amin.

    Warkah,

    Maduz

    BalasPadam
  3. Mintak dijauhkan perkara macam ni berlaku...

    Haah la, kalau masuk penjara diaorang ni akan ikut identiti dalam my kad atau penampilan fizikal? (refer to soklan Zara)

    BalasPadam
  4. kne wujudkan Pusat Pemulihan Keliru Identiti ni.. hihi..

    BalasPadam
  5. Maduz, doa awak semoga mereka (pondan) diberikan hidayah Allah saya sokong benar.

    Namun, ayat sebelumnya,
    "Mcm gampang pun ade gak dorg ni" saya kurang setuju.

    Gampang? Terlalu kasar bunyinya. Ekspresikanlah amarah/sindiran anda secara lebih berhemah. Bukankah bahasa jiwa bangsa?
    Teguran ikhlas..

    BalasPadam
  6. wakakaka....kat kl pown rasenye bersepah kot...nak tau la...prosedur kelab malam nih mmg tutup kowl 12 ke??slalu ronda memalam tgk kelab kat kl nih sampai 3.30pg...ade tuh, dah la mabuk...bergaduh pulak...pelik²...

    BalasPadam
  7. huh..buat malu kaum la. apa nak jd dgn org kita..

    BalasPadam
  8. apalagi ? yg minum arak sikit je tu tak disebat?

    BalasPadam
  9. Nasib baik dia tak cakap...
    "Abg Mazidul pegang la mana2 nak... janji jangan tangkap...."

    BalasPadam
  10. buka puasa dengan minum arak.
    CEMERLANGGGG gitu.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.