Sabtu, Ogos 14, 2010

Welcome To All International Criminals!

Saya membaca semua akhbar elektronik sebelum bersahur pagi ini. Berikut antara berita menarik perhatian saya.

1. Polis Temerloh, Pahang dilaporkan memburu tiga penjenayah warga Colombia dipercayai cuba merompak rumah taukeh kilang papan di Taman Setia, Mentakab Rabu lalu.

2. Di Lumut, Perak, polis menahan 7 suspek berhubung kes pembunuhan Anggota Majlis Perbandaran Manjung, Changkat Keruing pada 31 Julai lalu. Suspek utama, Nyi Aung, 22 tahun, warga Myanmar.

3. Di Seremban, Negeri Sembilan, warga Kemboja tinggal melebihi tempoh ditetapkan dipenjara 4 bulan dan didenda RM10,000 kerana cuba merasuha anggota polis Isnin lalu.

4. Warga Lubnan, Elie Youssef Najem, 50, dihukum penjara tiga tahun bagi 2 tuduhan menipu dan lima bulan bagi tuduhan menyalahguna pas lawatan sosial.

5. 8 lelaki dan 2 wanita warga Taiwan, Singapura dan Indonesia antara 22 suspek ditahan bersama pelbagai jenis dadah bernilai RM10 juta disembunyikan di dalam kontena di Pasir Gudang, Johor, semalam.

Welcome to Malaysia to all international criminals!

12 ulasan:

  1. Hebat juga, mungkin bagi mereka nak buat jenayah kat Malaysia murah kut :P

    paling lawak Elie Youssef tu..nak derma 1Billion..sembang kencang, tapi hapak pun tarakk

    BalasPadam
  2. Faizal, itu belum lagi warga Iran, Nigeria, Thailand, India, Bangladesh etc.

    Elie memang bermasalah sejak dari awal. Hairannya ada perempuan Melayu terpedaya dan sanggup kahwin dengan dia.

    BalasPadam
  3. bro. mazidul, ingat kes penipuan melalui penyamaran sebagai pegawai kastam oleh warga antarabangsa ni? i have latest info kalau bro nak korek. nama samaran: hussein mohd tel:0193184716/447031850798, perempuan tua: 447548412344, perempuan tempatan nama Dalilah Abdullah: 0166271694, acc. CIMB: 13060016346520.

    saya dah beritau polis tapi mereka dah tak suka kot nak layan kes gagak hitam putih coklat ni. hope this will lead to something else and helps many other. setakat ni no money has been transfer sbb i nak photostat ic dan akaun bank dalilah tu. so, they either dah tukar no. atau dah lari

    BalasPadam
  4. Sungguh malang bila kita warganegara sejati terpaksa berhadapan keadaan sebegini. kan?

    Nak salahkan siapa? Kerajaan? Pihak berkuasa (kerajaan gak ler tu)?

    Siapa pula kita nak mengawal gerak geri atau sejauh mana kita handal untuk menduga “kejahatan” orang yang tersembunyi?

    Menangani atau mencegah? >pilihan sapa agaknya...

    Yang lebih malang lagi, sudah lah datang ke sini buat jenayah, perdaya pula orang tempatan kita untuk berbuat jenayah bersama...

    BalasPadam
  5. Apa dah jadi ni,semua pakat mari kerumun kat negara kita ni..kalau yg baik tak apa lah jugak..kita ni terlampau baik sangat sehingga semua org ambil kesempatan...

    BalasPadam
  6. Adakah peraturan di Malaysia terlalu longgar atau kerajaan terlampau memberi kelonggaran kepada mereka yang asing masuk ke Malaysia...

    refer to goliath: bukan setakat menyamar sebagai kastam saje, tapi membuat cerita kononnya kawan baik dirompak dan polis melarang beliau untuk menceritakan kepada orang lain, tapi pelik tidak kepada saya, mungkin saudara juga boleh menyiasat siapa empunya nama dan no akaun ini : Norhana Binti Lop; CIMB:14360061457528; No tel:0169680195 (milik seorg lelaki yg mendakwa namanya John berasal dari UK)...saya hanya menyuruh dia minta pertolongan kedutaan negara...

    Dah selalu sangat baca ramai yang terpedaya, tapi masih ada segilintir yang percaya...

    BalasPadam
  7. I Like! Ajak la mereka masuk lagi Malaysia. Tak de visa? Takde hal... Kat airport boleh kasi.. Tak de rumah? Takde hal..Boleh beli je rumah kat sini...

    BalasPadam
  8. Baru diorang sedar sikit masuk sini jangan wat juru hara. Buang bayi tu pun entah2 diorang slaah satu penyumbangnya.

    Lagi satu..sempena bulan puasa ni ada satu link. Budak2 bangang tinggal puasa..saya dulu kaki ponteng gak..siap lalu drive thru kat Mcd tapi xada la bangang nak heboh mcm ni.

    http://www.necstudio.com/download/bincangkan.jpg

    BalasPadam
  9. Barangkali, mereka suka 'menginap' di penjara Malaysia sebab cukup makan..

    Ini termasuklah PATI yang tidak pernah serik untuk ditangkap imigresen, suka duduk penjara Malaysia yang bagi cukup makan dalam penjara..

    Dari mana datangnya 'makanan' mereka itu? Salah satunya, cukai yang kita bayar..

    BalasPadam
  10. En Mazidul,
    Melihat hal-hal tersebut menunjukkan bahawa
    gelaran Semenanjung Emas akan berkekalan sampai ke akhir zaman.

    BalasPadam
  11. salam bro,

    t kasih kerana melawat blog saya dan meninggalkan komen yang 'bisa' juga. the last we met was at a new french restaurant (bungkus selepas setahun beroperasi) in ampang a few years ago.

    i like your headline, tapi kita juga patut 'bangga' kerana penjenayah malaysia juga berselerak di pentas dunia. bermula dengan pembunuhan pegawai bank bumiputera, jalil ibrahim (orang tg keling, melaka) pada awal 80an, ahli 'mafia' malaysia ada di mana2.

    ketika saya membuat liputan perang iraq-iran pada 1982, ada rakyat malaysia di sana terbabit menyeludup wang amerika. di sri lanka, punjab dan sudan, ada rakyat malaysia terbabit dengan kegiatan militan di sana.

    rakyat malaysia juga makin terkenal sebagai penyeludup dadah di australia, new zealand, singapura, jepun dan sebagainya. ada yang sudah dihukum mati dan ada yang dipenjara.

    lain kali kita boleb buat berita - malaysian 'mafia' conquers the world!

    harap dapat jumpa lagi. banyak perkara boleh kita bincang untuk faedah bersama

    BalasPadam
  12. Bujai, what an honour when a blogger like you have time to drop by.

    Thanks bro. I have been following your blog tetapi segan untuk meninggalkan komen di top blog.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.