Selasa, Ogos 03, 2010

Dia Tumbuk Cikgu

"Dia mesti akan tumbuk cikgu tu".

Itu detak hati saya ketika mula menyaksikan video dimuatkan di blog Syahirul.com. Namun tidak dinyatakan lokasi kejadian berlaku. Barangkali bukan di Semenanjung Malaysia, itu telahan saya.

Berikut linknya.

17 ulasan:

  1. mmg sangat melampauu...
    klau tau besar nak jd camni..picit2 je idung dlu..haihh

    BalasPadam
  2. Serius kurang ajar.
    Kalau cikgu rotan murid, pukul murid, mak bapak saman kan??

    Kalau murid pukul cikgu, apa plak tindakannya? Cikgu saman ke?
    ATAUPUN budak tu sekadar dihantar ke sekolah Henry Gurney?

    Penguatkuasaan yang lemah - tindakan tataterib yang tak menakutkan, mak bapak yg tak pandai jaga anak (terlampau manjakan sampai anak naik lemak) yg buat student zaman skang jadi mcm ni.

    Zaman dulu2 masa guru boleh rotan murid, tak pernah langsung dengar guru kena bantai ngan murid. Semua org takut dan hormat kepada guru.

    BalasPadam
  3. sungguh berani... walau pun zaman sy ada yg dh berani melawan cikgu.. tp ini lagi berani... sy dulu kalau x siap kerja rumah pun takut apatah lagi kalau melwan kata dgn cikgu. mungkin ketika itu zaman x sekritikal skrg, pelajar dah berani bertumbuk ngan cikgu. mmg bukan berlaku di semenanjung ni. mengikut bahasa yg di pertuturkan. ibu bapa perlu sedar perkara sebegini, rasanya pada zaman sy dulu, ibu bapa sy boleh menyuruh lg cikgu merotan sy kalau sy buat salah dan silap... jadi pada zaman skrg ada lg kah ibu bapa seperti itu?

    BalasPadam
  4. syukur saya mengajar di skolah rendah.. harap2 situasi macam ni tak ada laa melibatkan murid skolah rendah...

    pada saya memang biadap tindakan pelajar lelaki tu.. kalau mak bapak dia tgk video tu apa laa agaknya tindakan yang diambil?

    BalasPadam
  5. ntah lah...sye yg sebagai cikgu ni kadangkala kecewa yg ter amat kt jiwa ni...ari2 pegi sek mitak dpermudahkan dengan kerenah anak murid...siap da belajar teknik2 nk tenangkan jiwa.
    kita ni sbagai pendidik bukan nk berkira budak pandai ker bodoh ker..tp yg penting rasa hormat dalam diri depa ni...bila depa hormat kita ni pun sejuk nk mengajaq wlpun berpuluh kali ajaq x paham...kita ni pun tau lain budak lain penerimaan pembelajaran nya...klu budak yg pesen mcm ni..sye sndri da dpt agak dah mcm mana dia nnti bla da masuk dunia realiti...

    BalasPadam
  6. Ya Allah...

    sungguh biadap pelajar sebegini,
    inilah akibat dari terlalu memanjakan anak.

    teringat pulak filem allahyarham P Ramlee, ANAKKU SAZALI.
    apa yg digambarkan dlm filem itu,
    menggambarkan apa yg bakal berlaku jika anak terlalu dimanjakan.

    namun,itulah yg berlaku kini,
    apa yg anak ckp itu semuanya betul,
    apa yg anak buat semuanya betul,
    tanpa memeriksa kebenaran sebenar.

    BalasPadam
  7. huh.. budak2 skrg mana boleh kena tegur or kena rotan or kena marah dgn cikgu..nnt mak bapak saman.. :P .. time dulu2 saya cukup takut kalo kat sekolah dah kena denda..balik umah confirm tak kasik tau...takut nnt kena double..

    BalasPadam
  8. Salam hormat angkel mazidul & sume :

    Skadar nak share pngalaman ditampar guru. Kejadian berlaku masa ai berada di sekolah rendah darjah 3 pada tahun 1994. Guru matematik wanita berbangsa Cina tampar ai berkali-kali atas hukuman ai banyak salah dalam congak (guru baca soalan, kite tulis dibuku jawapannye, contoh 3x5=? ai pun tulis jawapannye)...balik umah ai mengadu kepada ma ai yam ketika tu sedam basuh kain di bilik mandi umah..ma ai hanya kata "xpe long, guru x salah, long yam salah sebab x menghafal sifir..." sampai skam ai masih ingat nasihat ma ai tu...hinggalah skam ai x penah salahkan guru tersebut dan ai belajar sungguh² hingga ke peringkat ini...hope anak ai nanti akan ikut jejak ai dan x melawan guru...

    Sekian...

    BalasPadam
  9. kuang ajor betol budak tu. ada ke nak tumbok cikgu dia..

    emo betul budak-budak zaman sekarang. dulu masa saya sekolah rendah/menengah kena rotan dikhalayak ramai tu perkara biasa. sekurang-kurangnya kita sedar kat mana silapnya kita dan rasa malu.

    video ini patut ditayangkan di semua TV!! tunjukkan realiti pelajar sekolah sekarang

    BalasPadam
  10. Saya sedih bila ada orang yang back up budak tu....sedih sebab macam menghalalkan budak tu bersikap biadap pada orang dewasa....dah takde sifat hormat dah ke zaman skang ni

    BalasPadam
  11. Mengajar sekolah rendah ke menengah ke,dah sama saja sekarang ni,ibu bapa sekarang terlampau memanjakan anak. Saya mengajar di sekolah rendah,baru baru ni kena serang dengan ibu seorang murid yang mendakwa saya memukul anaknya. Kenyataannya saya hanya menepuk bahu murid tersebut kerana menumbuk murid lain dalam kelas.( tak dinafikan agak kuat,tapi tak tinggalkan bekas langsung,tanda merah pun tak ada). Satu peristiwa lagi, seorang ibu mendakwa saya mendenda anaknya lewat pulang sehingga terlepas bas,padahal murid tersebut pulang dengan kawan lain sebab nak ponteng sekolah agama,main PS game sampai lima petang,dah tau perkara sebenar,tak pulak ibu murid tadi minta maaf..murid sekarang memang hancur...

    BalasPadam
  12. Saya lebih kasihkan pelajar tersebut. Saya percaya beliau boleh diajak berunding jika kena gayanya. Guru tidak menunjukkan empati, sebaliknya membuat provokasi. Sebagai guru yang lebih tinggi ilmunya dan lebih matang (andaian saya), seharusnya lebih bijak mengendalikan situasi. Tambah 'meyakitkan'hati, guru perempuan yg duduk kat kerusi tu boleh buat selamba je... mungkin dah terlalu biasa sehingga tiada lagi urat sensitif.

    Setiap kali berlaku kejadian sebegini, pelajar akan digantung/dibuang sekolah...satu jln keluar yg mudah menghukum kegagalan orang dewasa (baca ibubapa, guru, masyarakat) yg gagal mengajar. Sedih mengenangkan apakah nasib pelajar begini pd masa hadapan. Semakin meningkatlah kes2 jenayah.

    Sehinggi kini saya masih mengenangkan bgmkah nanti nasib pelajar ini. Kasihanilah dia. Dia memerlukan bantuan kita org dewasa.

    BalasPadam
  13. video tu x menggambarkn sepenuhnya keadaan yg sebenar... samada guru yg bersalah atau murid.

    cuma yg saya nmpak, guru trsebut adalah guru yg paling bersabar yang pernah sy jumpa bile keadaan ini trjadi.

    saya percaya sekolah sekarang masih mengamalkn kaunseling sebelum menghukum murid. guru-guru kaunseling juga bukanlah sebarang orang yang dilantik setahu saya.

    jd sy mrasakan murid ini telah melalui proses kaunseling trsebut tetapi mungkin ia kurang berkesan sbb ia brgantung pd murid pula untuk menyedarkn dri sendiri akan kesalahan yang dilakukan.

    BalasPadam
  14. dah lali mendengar kisah budak mcm gini...sabo jer lah ^.^

    "pemudi harapan bangsa,pemuda tiang agama" ~ masih relavan ke masakini :)

    BalasPadam
  15. dua2 hilang kawalan..
    ckgu patutnya fhami student..
    student patutnya tau nak hormati org yg lagi tua..

    BalasPadam
  16. Kepada yang kata cikgu salah, yang mengajar kat sekolah cikgu ke murid. Yang belajar cikgu ke murid. Memang masa depan negara kita hancur sebab semuanya cikgu salah. Nak mendidik salah, nak menegur salah, nak membetulkan salah. Xde apa yang cikgu boleh buat zaman sekarang kepada insan yang bernama murid. Adakah kita semasa di sekolah dulu berani melawan cikgu seperti ini? Kenapa zaman dulu cikgu tak perlu pening nak diplomasi lah kaunselinglah. Walaupun saya dulu kerap dilempang takda pula jadi seorang gila sekarang. Elok menjadi seorang manusia normal. Dulu nak harapkan mak ayah back up kalau kita dilempang cikgu jangan haraplah. Kena lempang dengan ayah lagi ada. Konsep saya senang je kalau dah susah kenapa nak bersusah payah kan. Kalau saya di tempat cikgu tu biarlah lantak apa nak jadi dengan murid tu. Sepatutnya semua sedar apa jugak tindakan sama ada kaunselingke merotanke marahke adalah untuk membetulkan kesalahan seorang manusia yang masih mentah pemikirannya. Kalau dah menyusahkan diri tak payahlah buat apa-apa kan senang. Betul tak boleh buat macam tu? Memang tak betul tapi kalau dah tengok video ni masih ada yang salahkan cikgu jadi cikgu tak perlulah lepas ni buat apa-apa. Lantaklah pegilah murid pilih apa yang dia nak buat. Tanggungjawab mengajar dalam kelas dah lebih dari cukup menghalalkan gaji seorang cikgu. Amat menakutkan generasi murid ini suatu hari nanti akan menjadi cikgu pula. Mesti sangat menyeronokkan bila mereka menjadi cikgu dan bertemu murid sama seperti mereka. Banyaklah lagi video seperti ini yang boleh kita tengok. Cuma bezanya cikgu pula yang akan lebih dulu belasah murid.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.