Bahan lucah dalam bentuk cakera optik, VCD dan DVD dikatakan antara punca berlakunya kes rogol dan gejala sumbang mahram di negara ini.
Remaja khususnya tidak akan mampu memperolehi bahan terbabit jika tidak dipasarkan. Betul?
Fakta, bertahun saya mengikuti operasi pihak berkuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, KPDNKK, polis dan Kementerian Dalam Negeri, KDN menggempur stor dan premis menjual barangan cetak rompak dan lucah di seluruh negara. Namun sindiket dan peniaga masih terus menjalankan kegiatan mereka tanpa gentar berhadapan tindakan diambil.
Mereka memang berani malah boleh saya katakan terlalu berani.
2 malam lalu saya dan krew 999 memasuki premis menjual bahan lucah di Up Town Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
4 kedai di kawasan terbabit beroperasi sehingga jam 5 pagi. Ya, LIMA pagi. Di setiap premis wartawan saya membeli bahan lucah, DVD sebagai bahan bukti serta merakamkan kenyataan pekerja menggunakan spy camera.
Menariknya, semua premis terbabit terletak kurang 300 meter dari Balai Polis Damansara.
Proses rakaman memakan masa hampir 2 jam. Sejurus selepas wartawan bertugas membeli bahan lucah di premis ke empat, saya masuk ke premis sama bersama bahan bukti sambil dirakamkan jurukamera.
"Orang komplen, kedai buka sampai pukul 5 pagi. Lagi jual DVD lucah. Bos, jangan macam inilah, orang lain pun berniaga juga," kata saya.
Saya tunjukkan 4 DVD lucah dibeli kurang 5 minit sebelum saya masuk ke premis terbabit. Pelanggan tercegat berdiri di sebelah saya kelihatan binggung melihat jurukamera merakamkan setiap gerak geri dan kenyataan pekerja terbabit.
"Nanti saya bagi tahu sama bos," katanya tenang.
Malam tadi, jam 3 pagi sekali lagi saya meninjau premis sama. Ya, masih beroperasi seperti biasa.
Hebatkan?
Terfikir, siapalah saya? Bukan pegawai KPDNKK, polis atau KDN, kumpulan memiliki kuasa membanteras kegiatan sebegitu. Hanya wartawan cabuk menerima aduan orang ramai dan melaksanakan tugas dipertanggungjawabkan kepada saya dan krew.
Gaji kami tidak bertambah sesen pun jika membongkar kegiatan melanggar undang-undang berlaku di hadapan mata. Itu kenyataan.Tersilap langkah, nyawa dan keselamatan keluarga menjadi taruhannya.
Saya tidak berhasrat menyalahkan pihak berkuasa kerana selama ini premis sama berulang kali diserbu. Malah KPDNKK Putrajaya juga beberapa kali merampas ribuan bahan cetak rompak dan lucah di premis sama. Barangkali hanya pasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman mampu mengambil tindakan lebih tegas dan berkesan kepada peniaga terbabit.
Apapun, rakaman intipan 999, akan disiarkan pada hari Khamis, 2 September ini. Sebagai pembaca, jika berpeluang, kami harap anda semua sudi menontonnya.
Bila mereka begitu berani, natijahnya apa? Apakah mungkin WANG mengatasi UNDANG2?
BalasPadamHaaaa...Btol kata kakcik...
BalasPadamBetul jugak kata Bro Maz...mungkin sbb ini la berlakunya gejala sumbang mahram dan rogol. Tp kdai cam ni sekarang ibarat cendawan tumbuh selepas hujan...makin di serbu, makin berani..heran jugak tuh..
Saya tabik dengan usaha dan kerja pihak berkuasa dan pihak media yg tidak gentar bertugas.
BalasPadamWow! spy camera? Hmmm kalu jumpa dgn BRO kat mana mana harus saya lari jauh2 sebab nanti tiba2 jer termasuk dlm "candid camera show" hahahaha
...kenapa mereka semakin berani?
BalasPadamkerana undang-undang semakin takut kepada mereka..
Mereka tak lah berani sangat pun, tapi udang-undang mungkin menjadi semakin pengecut..!
Biasalah tu mazidul. Di Johor Bahru pun banyak VCD dan DVD lucah tu. Saja jer saya taknak sebut tempat, nanti lagi ramai orang beli.
BalasPadamSekarang lagi bahaya, jual video lucah melalui telefon bimibt. yang jual ni kedai, telefon. Dengar bayar RM 50 dapat 100 video yang dimasukkan ke telefon terus. Bayak tempat ada, Johor Bahru banyak.
www.kadikluang.blogspot.com
Bukan sekadar CD atau DVD, sumber² dari internet pun bole didapati dgn mudah tanpa perlu mengeluarkan wang ringgit.
BalasPadamteruskan usaha anda.rasanya better baca blog ni for latest news sebab sokabar bukan tulis semua pon..thanks for all of ur good works..
BalasPadam