Isnin, Ogos 16, 2010

Split The Doctor Into Two? Three? Four? Damansara Specialist?

Selepas berbuka malam semalam saya membawa pesakit ke Damansara Specialist Hospital, di Petaling Jaya, Selangor berikutan masalah kesukaran bernafas  akibat secara tidak sengaja terhidu wap cecair pencuci ketika membersihkan lantai bilik air.

Kurang 20 minit pesakit menjalani x-ray dan ujian darah.

Jam 12 malam saya menjelaskan bayaran deposit RM500 di kaunter kewangan sebelum pesakit disorong ke katil. Ketika di katil, jururawat bertugas mengambil keputusan memberikan pesakit bantuan pernafasan oksigen kerana pada waktu itu mesin di bawah merekodkan bacaan di sebelah kiri, kurang 80, normal 100. Terima kasih kepada jururawat bertindak pantas membantu memudahkan pesakit bernafas.


Pada masa sama, pesakit tidak berhenti mengadu mengalami sakit dada, chest pain teramat.

Jam 4.15 pagi saya kembali melawat pesakit terbabit dan dimaklumkan sakit dada dialami tidak berkurangan setiap kali menarik nafas. Lima belas minit kemudian, dia mula batuk teruk tanpa henti. Jam 5.30 pagi saya membuat keputusan menekan butang merah di katil untuk meminta bantuan segera jururawat di kaunter luar. Namun selepas kira-kira seminit berlalu,  tiada kelihatan kelibat kakitangan hospital masuk ke bilik. Pesakit hampir muntah di atas katil, terpaksa menanggalkan bantuan pernafasan, berjalan dan muntah di singki bilik air sambil mengurut dada kesakitan.

'butang merah'

Selepas pesakit kembali berbaring di katil, saya sekali lagi menekan butang merah sama. Kali ini jururawat muncul di pintu bilik dan membantu pesakit muntah di bilik air kali kedua.

"Saya dah call doktor, dia di bawah," ujarnya.

Selepas pesakit berasa sedikit lega jururawat keluar dan kemudian saya bertembung dengannya sekali lagi.

"Saya dah call doktor. Dah dua kali. Doktor di bawah," katanya.

Kenyataan itu dibuat setelah lebih lebih 25 minit saya menunggu. Tanpa berlengah saya menaiki lif ke ground floor dan berjalan pantas menuju ke kaunter di Bahagian Kecemasan. Suasana di persekitaran sunyi, tidak kelihatan stretcher di tolak mahupun pesakit menjerit mahupun meraung menahan sakit.

Medical Officer, doktor, kelihatan berdiri di belakang kaunter sambil berpeluk tubuh manakala kakitangan lain duduk memerhatikan pesakit wanita sedang mendaftar, tenang.

"The nurse called the Medical Officer twice and I waited almost half and hour, nobody came to see the patient," ujar saya.

"Doktor merawat kes kecemasan di sini," balas kakitangan wanita bertugas pantas.

Doktor merawat pesakit berdiri di bahagian belakang kaunter? Namun siapa saya mahu mempersoalkan hal itu, bukan orang kenamaan.

Apapun, saya berasa amat hairan apabila difahamkan kakitangan kaunter, pusat perubatan terkemuka itu hanya mempunyai SEORANG doktor bertugas di antara jam 10 malam dan 8 pagi. Jika berlaku 2 atau lebih kes kecemasan serentak, di wad dan di wad kecemasan, apa bakal berlaku? Split the doctor into two? There? Four?

This is Damansara Specialist which is in focus not any other hospital. Pusat perubatan bernaung di bawah Kumpulan Perubatan Johor, KPJ directly under Johor Corporation dianugerahkan Pensijilan ISO MAJU telah 1996 .

"Kita ikut prosedur," celah lelaki bertubuh kurus berjaket di kaunter.

"Saya pun bukan nak melanggar prosedur. Cuma ingin bertanya, mengapa saya sebagai pelanggan tidak dimaklumkan fakta sebenar, hospital tidak mempunyai cukup doktor? Kalau saya tahu lebih awal, boleh saya bawa pesakit ke hospital lain. Lagi pun saya bukan membayar RM1 untuk rawatan di sini," balas saya kepada lelaki kelihatan seperti Managing Director, GM apabila berhujah.

Saya kemudian difahamkan rakan setugasnya, dia bukan GM tetapi GW, general worker. Bukan memandang rendah, tidak sesekali. Namun terfikir, barangkali tidak wajar GW menjadi spoke person kepada hospital terbabit dalam situasi sebegitu. Kenyataannya boleh disalah tafsir dek pelanggan.

Malah saya nyatakan secara jelas kepadanya, setiap patah perkataan diluahkan akan saya quote di sini.

Kecewa, saya naik semula ke bilik di wad. Berikut gambar saya rakamkan di tingkat 2 pada jam 6 pagi tadi. Suasana lengang, tiada kelihatan kakitangan, barangkali mereka sibuk.


Saya kemudian menulis laporan, fakta berhubung kejadian itu dan menghantar emel ke pr@kpjhealth.com.my pada jam 7.33 minit pagi menggunakan net book dan wi-fi hospital.

Di samping itu saya juga menghubungi wakil TV3 di Johor, Zulhazri Abu Bakar dan rakan baik, kini Pengarah Urusan Syarikat Perumahan Negara Berhad, Prof Dr Kamarul Rashdan Salleh, sekadar 'berkongsi cerita' bersama mereka.

Difahamkan, pesakit kemudian diberikan drip untuk memasukkan air ketubuhnya. Saya sempat membaca instruction di botol cecair pencuci, menyatakan jika tertelan, mangsa digalakkan meminum banyak air. Kes ini terhidu wap, barangkali tindakan sama wajar dilaksanakan dengan kadar segera bukan selepas 9 jam pesakit dimasukkan ke wad. Barangkali pihak hospital 'specialist' mempunyai penjelasan tersendiri berhubung hal ini. 


Lebih menghairankan lagi sehingga tampalan ini ditulis, tiada wakil pihak hospital menghubungi saya dan memohon maaf atas kejadian berlaku biarpun pada jam 11.07 pagi tadi saya menerima pesanan ringkas, SMS dihantar pesakit.

'Ok sikit tetapi tak boleh lepas oksigen lagi. Ramainya orang hospital lawat I'

Pada jam 11.11 saya menerima satu lagi SMS.

'Dia orang minta maaf fasal semalam'

Alhamdulillah, semoga kejadian berlaku menjadi satu pengajaran berguna kepada hospital swasta terkemuka itu. Saya tetap akan terus menjadi pelanggan mereka kerana saya percaya setiap kelemahan boleh diperbaiki sekiranya diberikan peluang untuk berubah. Terima kasih kepada semua pihak sudi membantu samada di hadapan atau di belakang tabir termasuk KPJ dan Johor Corporation.

17 ulasan:

  1. Well, ini nyawa. Kalau hospital being ignorant on patients, ini satu kejadian yang sangat memalukan. They apologise for their wrong and that shows their liability. Kalau sue boleh menang ni. But, the truth is, this is a good lesson to Johor Corp, to buck up and revamp their service.

    Saya malas nak cerita of our experience masa pi cover kat Johor Specialist Hospital, seorang yang takde pangkat tetiba halang my cameraman walhal PR personnel depa dah bagi green light to shoot. Pelik tak?

    And when you wrote about the GW, I am not surprised at all. Tahniahlah, kerana menggunakan khidmat Damansara Sepesel-list.

    And now you have it, so special !!

    BalasPadam
  2. Ada satu kes beberapa tahun dahulu, di Hospital Swasta berhampiran rumah kakcik menerima satu kes remaja ditikam tetapi pihak hospital tak mahu berbuat apa2 sehingga menerima wang deposit (tak silap berjumlah RM1000) dan kerana ajalnya pun sudah tiba, remaja itu meninggal dunia. :(

    BalasPadam
  3. Hurmmm....ini kalau menggunakan khidmat hospital berbayar...bagaimana pula hopital subsidi ya....seorang patient saya datang ke klinik dengan tujuan untuk check demam kami dapati plateletnya 68 (paras normal 180)...refer ke casualty hospital berdekatan (hosp besar) boleh di discaj keesokan harinya dengan platelet 60! patient tersebut kami periksa sekali lagi dengan bacaan drop ke 23 dan skali lagi kami refer ke sana....menurut kata isterinya...suaminya dibiarkan tanpa rawatan susulan dari pihak hospital di casualty itu dengan drip (istilah bagi air yang dipasang pada tubuh pesakit) dari klinik tidak ditukar2 sehingga darah mengalir keluar mengikut salur drip....mengikut prosedur patient dengan platelet rendah akan sentiasa dimasukkan air supaya tidak berlakunya pendarahan dalaman....setelah darah diambil untuk diperiksa (setelah dimaki oleh isteri pesakit kerana melihat suaminya lama terbiar menunggu padahal tiada kes besar lain yang berlaku ) bacaan platelet drop ke angka belasan....situasi yang sangat2 bahaya....pesakit saya disahkan sebagai HDF ( haemorragic dengue fever- denggi berdarah)....mengapa ini berlaku...renung2 kan....kadang kala manusia suka ambil lewa atas nyawa manusia selagi tak terkena atas batang hidung sendiri

    BalasPadam
  4. Scott, ada rupanya kisah sebegitu. Sebelum ini saya rungkaikan kes di hospital kerajaan. Ramai kakitangan marah.

    SO, untuk berlaku adil, saya sentuh keduanya sekali.

    Thanks kerana sudi berkongsi pengalaman, amat dihargai.

    Kak Cik, duit punya hal sampai sebegitu sekali. Dahsyat!

    BalasPadam
  5. Saya merupakan "pelanggan" tetap KPJ Selangor Specialist Hospital dan setakat ni perkhidmatan mereka sangat memuaskan, baik dari segi sebagai pesakit luar, mahupun dimasukkan ke dalam wad.

    Tak tau la kalau-kalau lain hospital lain cara pengurusan atau ada lain pengkelasan.

    BalasPadam
  6. actually tak berapa setuju dengan 'procedure first'
    doctors are dealing with people's life
    boleh pulak buat macam endah tak endah..
    of course we normal people don't know much about the disease but at least show your concern, doctors.!!!

    BalasPadam
  7. actually tak berapa setuju dengan 'procedure first'
    doctors are dealing with people's life
    boleh pulak buat macam endah tak endah..
    of course we normal people don't know much about the disease but at least show your concern, doctors.!!!

    BalasPadam
  8. Perbuatan sambil lewa macam ni memang sangat terkenal berlaku di hospital kerajaan, walaupun bukan itu yang tercatat pada papan tanda piagam pelanggan mereka, namun itulah yang terjadi pada sepanjang masa dan di mana-mana hospital kerajaan. Dan itu sedia diketahui di hospital kerajaan, bila perkara yang sama juga berlaku di hospital swasta nampaknya penyakit sambil lewa tu dah mula berjangkit ke hospital swasta berbayar penuh pulak.....itu dah memang polisi atau prosedur kesihatan di Malaysia gamaknya!?!?!....Bertuah kerana saudara Mazidul mengenali orang-orang yang dapat di channelkan perkara seperti itu, kalau terjadi pada orang biasa pulak, entah-entah sampaikan mati terbongkang pun tak siapa peduli. Selain statistik kes-kes membuang bayi yang mencanak-canak meningkat, agak-agaknya berapa lah pulak kematian di Malaysia disebabkan oleh kecuaian dan sikap sambil lewa mereka yang berkenaan agaknya, ada statistik tak?!?!?!....

    BalasPadam
  9. Audra, syukur. Bukan semua hospital swasta tidak efisyen.

    Mungkin tarikh, masa dan takdir menentukan juga :)

    Syah, di hospital doktor dihormati. Mereka membantu menyelamatkan nyawa dan merawat pesakit.

    Terkilan, kekadang bagi sebilangan mereka, raungan pesakit tidak begitu menarik perhatian. Barangkali kerana hampir setiap hari mereka dengari berbanding keluarga pesakit, jarang mendengarnya.

    Amira, saya lihat sewaktu membayar deposit, kakitangan laju menerima bayaran tetapi apabila saya meminta bantuan pelbagai hal terjadi.

    Saya selalu mengikut prosedur. Sebelum meminta bantuan puncak bukit, saya daki lerengnya, saya turuni cerunnya terlebih dahulu.

    Ingat menarik sangat ke menulis emel awal pagi semata-mata untuk membuat aduan? Tambahan pula di bulan Ramadhan Al-Mubarak, tidak sempat bersahur.

    BalasPadam
  10. En Mazidul kes sedemikian bukan kes terpencil....banyak kali berlaku even among staff sendiri layanan diberikan sangat2 mendukacitakan hanya kerana staff tersebut dari Public Health dan tukang merawat pula dari pihak hospital....its all about sikap...jika sikap bertanggungjawab itu tidak disemat didalam hati maka terjadilah hal2 sebegini....saya kecewa sebab rata2 orabg zaman moden ni lebih suka jadi enau dalam belukar...melepaskan tanggungjawab pada orabg lain...tapi kredit mahu pula diberikan pada diri sendiri....insan yang jujur dalam pekerjaannya pula dapat zero....

    BalasPadam
  11. Inilah masalahnya kalau nyawa orang lain dianggap remeh bagi sesetangah orang. Lebih2 lagi orang yang bertanggung jawab dalam bidang perubatan sendiri. Nanti bila dah jadi kes, saman-menyaman baru nak sediakan 1001 alasan. Sebelum kena tak beringat..

    Alhamdulillah... sepanjang vic dan ahli keluarga menggunakan khidmat hospital swasta, tak pernah pulak berlaku kejadian begini. Bila tekan je butang merah... seminit je nurse dah berdiri depan mata... "Ada yang boleh saya tolong," kata muka manis jururawat.

    BalasPadam
  12. skrg ni di hospital kerajaan atau swasta sama saja en mazidul jika manusia semakin mementingkan diri sendiri.

    bayar mahal atau pun free bukan lagi ukuran kerana nilai kasih sayang semakin pudar.

    BalasPadam
  13. Setakat hari ini, I cuma mampu dapatkan rawatan di klinik/hospital kerajaan, bayar RM1 saja masa daftar.

    In case, jika terjadi sesuatu sebegitu, I terpaksa redha ler kot, maklum bayor pun RM1 takkan nak bising2 plak. Yer tak?

    BalasPadam
  14. Nyawa salah seorang anak kembar saya melayang di tangan MO Putrajaya Hospital 6 tahun lalu. Saya nak beranak, saya tau la sakit dia mcm mana. Tapi diorang tak percaya yang saya sakit nak beranak. Diaorang ingat saya main2? Akibatnya - inilah.

    BalasPadam
  15. siapa yg saudara maksudkan?..isteri saudara ker?...kita hidup jgn sangat nak salahkan org lain...belajar dari kesilapan....

    BalasPadam
  16. Haziq, sebagai pengguna saya berhak untuk meluahkan perkara tidak sepatutnya berlaku agar tidak berlaku kepada pesakit lain.

    Saya tidak akan menyalahkan mana pihak, jika tiada bukti sah. I have been trained to do that. Therefore, tidak perlu berlagak bijak, seandainya menulis dengan menggunakan otak kosong.

    Hakikatnya, pihak hospital telah mengakui kesilapan berlaku biarpun sisatan belum dilaksanakan sepenuhnya.

    Sebagai blogger bersembunyi hanya di sebalik nama SAHAJA, saya tidak menganggap komen awak penting.

    But let me tell you, if you were the one who encountered the problem, and the patient is your mother, still I will help you, incase if you come to me for assistance.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.