Saya mula mengenali nama Kasturi Syifa' sewaktu diperkenalkan oleh rakan, wartawan Mingguan Perdana, Zaini Zaa.
'Mereka berminat menaja 50 t-shirts untuk kru 666'
Zaini mencatatkan komennya di satu daripada tampalan di blog saya.
31 Julai lalu, saya dan kru 666 ke pejabat dan Pusat Rawatan Kasturi Syifa' di Gombak, Selangor.
Jam 10.30 malam, saya bertemu Ustaz Muhammad Hafiz Ahmad (kanan sekali) dan 2 perawat lain buat pertama kali.
Selepas pertemuan itu, kira-kira jam 5 pagi, saya berkongsi pengalaman dilalui di tampalan ini.
Ustaz Hafiz, graduan Universiti Islam Antarabangsa menubuhkan syarikat Cinta Aroma Enterprise bersama graduan Universiti Malaya, Ustaz Aznil Zulkifli, kini Pengarah Urusan syarikat sama.
Untuk rekod, mereka berdua hafiz Al-Quran.
"Pada awalnya kita tahu ilmu itu sudah ada tetapi tidak ada kaedah rawatan. Jadi kami berdua belajar sewaktu di Darul Syifa'," ujar Uztaz Aznil.
Pertama kali bersua muka, saya teruja dengan keterbukaan pemikiran kedua hafiz terbabit. Setahu saya, selama ini kelompok mengamalkan kaedah rawatan Islam atau tradisional amat jarang bekerjasama dengan kru terbabit melaksanakan tinjauan kes paranormal.
Jika ada sekalipun, hubungan dua kelompok itu barangkali tidak dipaparkan oleh media cetak dan elektronik.
Peralatan lazim digunakan untuk mengesan kehadiran entiti paranormal, Electronic Voice Phenomena, Electromagnetic Fields Meter dan Infrared Thermometer mungkin asing kepada Ustaz Aznil dan Hafiz sebelum ini seperti asingnya saya kepada produk keluaran syarikat mereka, minyak wangi Kasturi Syifa'.
"Jin masuk ke dalam tubuh manusia melalui saluran darah, sendi itu tempat mereka berhenti. Jin memang sukakan benda dan tempat kotor, bau wangi itu bercanggah dengan fitrah mereka," jelas Ustaz Hafiz ketika ditemubual.
14 Ogos lalu, saya dan kru 666 terpanggil untuk berkunjung sekali lagi ke pejabat mereka, bertujuan menyaksikan kaedah rawatan dipraktikkan. Pada masa sama, kru 666 turut berpeluang menjalankan pelbagai kajian berhubung entiti paranormal menggunakan peralatan elektronik.
Selama lebih 16 tahun bertugas di syarikat televisyen, kesibukan jadual bekerja tidak membuka ruang kepada saya untuk terbabit dalam dunia perniagaan.
Namun kini norma itu berubah secara tiba-tiba.
Namun kini norma itu berubah secara tiba-tiba.
"Tengok kawan kita Azwan (bukan nama sebenar), lebih sebulan dia tidak berapa sihat," kata kru 666, Razali Harun.
"Panggil dia turun, kita sapukan dia minyak Kasturi Syifa'. Manalah tahu dengan kuasa Allah, boleh membantu dia," celah kawan bersama kami.
Ketika itu kami minum malam di kedai mamak berhampiran rumah.
Cadangan itu dizahirkan.
Berlagak bak ilmuan, perlahan saya bacakan Ummul Kitab dan kemudian menyapukan minyak terbabit ke setiap sendi Azwan.
Berlagak bak ilmuan, perlahan saya bacakan Ummul Kitab dan kemudian menyapukan minyak terbabit ke setiap sendi Azwan.
Beberapa hari kemudian, saya difahamkan Azwan kelihatan semakin bertenaga.
"Terkejut apabila mendengar Azwan ke Kuala Lumpur, siap naik LRT lagi, selama ini dia bukan bertenaga sangat," ujar rakan.
Alhamdullillah.
Awal malam tadi, Azwan menghantar pesanan ringkas kepada saya.
'Alhamdulillah bang. Terima kasih fasal cubakan saya dengan minyak 30 juzuk tu'
3 jenis minyak Kasturi Syifa' diaurakan dengan ayat suci Al-Quran, itu antara keistimewaannya di samping bau wangi kekal lama sebaik disapu di tubuh.
Izinkan juga saya berkongsi sedikit maklumat peribadi. Saya mempunyai 2 anak anugerah Allah, kini berusia 13 dan 10 tahun.
"Ayah, tengoklah adik, asyik selalu mencari fasal sahaja," kata abang.
Luahan itu ratusan kali saya dengar.
Luahan itu ratusan kali saya dengar.
Pada masa sama, adik juga berkelakuan agak dingin terhadap saya. Setiap kali duduk bersama di sofa, dia pasti cuba mengelak untuk didakap sekaligus memalingkan wajahnya.
Untuk rekod, dia sebelum ini pernah menyertai tinjauan kes paranormal di Putrajaya, baca di sini jika sudi.
Rumusan saya, perlakuannya berkait rapat dengan kesan saya terlalu kerap tidak berpeluang mendampinginya akibat tuntutan tugas sejak lebih 10 tahun lalu.
I had to pay the price for those missing times with him since he was born. It hurts me every time.
Petang semalam, sewaktu dia tidur, adik disapukan minyak Kasturi Syifa' mengikut panduan disertakan di dalam kotak minyak wangi itu.
Sebaik bangun tidur sebelum berbuka puasa, saya memanggilnya duduk bersama.
Hanya Allah sahaja memahami betapa gembira dan teruja perasaan saya. Sebaik didakap, senyuman terpancar di wajahnya seolah-olah dia baru sahaja mengenali saya.
"Mesti orang bunian sudah keluar dari badan dia," gurau abangnya.
"Masih dia suka bergaduh?," soal saya kepada anak sulung.
"Bertambah baiklah ayah. Tak adalah asyik kacau dan bergaduh dengan abang," balasnya jujur.
Kenyataan itu bukan rekaan tetapi fakta.
Ringkasnya, saya hanya cuba berikhtiar untuk memperbaiki keadaan dan Allah mengizinkan kejadian itu berlaku.
"Adik, welcome back," ujar saya.
Dia tersenyum.
Sejak kisah minyak Kasturi Syifa' dipaparkan di blog ini, ramai kenalan bertanyakan cara untuk mendapatkan bekalan minyak terbabit samada kenalan menetap di Malaysia mahu pun di luar negara.
Kini saya menjadi ejen pemasaran minyak Kasturi Syifa'. Barangkali saya tidak berpeluang menjadi kaya raya kerana berniaga secara kecil-kecilan tetapi cukuplah jika saya mampu membantu kelompok memerlukan.
Harga setiap botol, RM35.90.
Jika ingin mendapatkan bekalan minyak terbabit sila berhubung terus dengan pembantu saya, Lin di talian 012 6277 300.
wah, macam teruja nak mencuba minyak wangi ni... ada masa saya pun nak order satu,,
BalasPadamsmti,
BalasPadampada saya menarik sungguh..
saya ada anak saudara yang agak degil & tak dengar cakap maknya (kakak saya).. jadi saya rasa nak cuba la minyak ni..
cik Mazidul, ada stokis area Parit Buntar tak?
Alhamdulillah. Semoga setiap pertolongan yang dihulurkan mendapat ganjaran daripada Allah SWT
BalasPadamSebaik bangun tidur sebelum berbuka puasa, saya memanggilnya duduk bersama.
BalasPadamHanya Allah sahaja memahami betapa gembira dan teruja perasaan saya. Sebaik didakap, senyuman terpancar di wajahnya seolah-olah dia baru sahaja mengenali saya.
Berair mata kakcik membacanya!
macam berminat jer...nanti saya calling-calling....terima kasih kerana berkongsi barang "baik" punya...
BalasPadamentah kenapa saya boleh rasa apa yang en MAS rasa. pasti ramai ibu bapa lain yang ada situasi sama macan en MAS. kalau ini adalah antara ikhtiar yang boleh diusahakan untuk merapatkan kembali hubungan antara ibu bapa dan anak2, why not mereka buat perkara yang sama?
BalasPadambesar faedahnya jika hubungan kekeluargaan kembali erat. bagai chain reaction, masalah sosial juga mungkin akan berkurangan.
insyaAllah~
Selepas bercakap dengan Ustaz Aznil berkaitan dgn beberapa perkara berkaitan perniagaan & kebaikan Minyak Aura Syifa' tempohari, kini saya telah ada sebotol - Niat utama utk Mak saya yg masih bersedih & terkenangkan arwah adik lelaki yg meninggal dunia pada 21/4/2011 - Air matanya masih belum kering... InsyaAllah, apabila jelas dgn sebarang perubahan Mak nanti, akan saya kongsikan.
BalasPadamBuat sahabat semua, Minyak itu hanyalah sebagai asbab - sebagai ikhtiar secara alami - Allah s.w.t yang maha mengetahui & maha berkuasa tidak akan menghampakan niat & kehendak2 yg baik, InsyaAllah.
En. Mazidul, saya nak cuba untuk anak2 saya pula malam nanti. Ya Uztaz Aznil, JZKK!
Memang teringin nak beli,tapi tak tahu dimana.Sekarang,dah senang.Boleh beli dgn Saudara Mazidul.
BalasPadamsalam tuan mazidul.
BalasPadamtahniah kerana bermula dengan cakap-cakap akhirnya menjadi realiti. terima kasih promote nama dan akhbar mingguan warta perdana.
semoga tuan menjadi ushasawan yang berjaya dengan sokongan teman-teman blogger dan jumpa peminat tuan berjumlah jutaan orang.
bantulah mereka yang memerlukan...agar allah memakbulkan doa tuan. amien.
Terima kasih kongsi kesah ini. Teringin jugak untuk membelinya. Untuk anak saya yang terlampau aktif.
BalasPadamBagus info ni. Kita hanya berikhtiar hanya Allah yang maha berkuasa. Lepas berusaha jangan lupa tawakal kepada Allah.
BalasPadamsms belum berbalas. nanti bila lapang minta terangkan di mana boleh beli
BalasPadamassalamualaikum encik mazidul
BalasPadamtahniah.
terbaik...
BalasPadamterima kasih atas info ini, saye pun nak cubalah..manalah tau boleh ubatkan perangai adik2 yang terlebih baik. sian kat mak...huhu
BalasPadamsalam.
BalasPadambaru saja beli dgn Kak Lin tadi..senang berurusan dgn akak lin, orangnya sangat ramah
smlm dah beli 3 kotak ngan akak.
BalasPadamsemoga kebenaran terus diceritakan
smti...tahniah...insyaAllah..saya juga akan mencuba...utk apa? biarlah rahsia.... :)
BalasPadamyang dah mencuba boleh tak kongsikan hasilnya...
BalasPadamBila la nak jumpa Kak Lin ni,belum ada masa yg sesuai.Insyaallah...akan ku ketemu jua.
BalasPadamInsyallah minyak wangi kasturi syifa hanya perantaraan kita berikhtiar mencari penawar dan rawatan. Allah jua yang selesaikan segala masalah kita :)
BalasPadamsaya nk beli tapi saya call no di atas x dapat
BalasPadamnk beli tp mcm mana caranya
BalasPadam