Ahad, Ogos 07, 2011

Bukan Kepala Kami

Jam 5.30 petang tadi, 4 kru 666, saya, Farid, Rahmat dan Razali tiba di pekan Batu 18, Hulu Langat, Selangor untuk membeli juadah berbuka puasa.


Kira-kira 2 jam sebelum berbuka, langkah mereka laju menuju gerai menjual pelbagai juadah beroperasi di tepi jalan.


Selesai membeli makanan, mereka berdiri di tepi jalan, memerhatikan kejadian dianggap menarik.

"Memang pekan cowboy," bisik Razali.


Saya meminta mereka mengira bilangan penunggang motosikal lalu-lalang tanpa memakai topi keledar dalam tempoh seminit.

"Hendak kata bukan jalan diwartakan, bas pun lalu," komen Razali lagi.


"Dalam tempoh seminit, 13 dari 19 penunggang motosikal lalu tak pakai topi keledar, 6 pakai," lapor Razali.

"Walhal Balai Polis kat depan tu sahaja," celah Farid.

Bak orang mengantuk disorong bantal, tiba-tiba kami terlihat kelibat anggota polis bermotosikal di laluan sama.


Sewaktu dia turun berhampiran kami untuk membeli juadah, saya menegurnya.

"Balai apa paling dekat dari sini?," soal saya.

"Balai Polis Batu 18," balasnya ringkas.


"Kita memang selalu panggil dia orang masuk balai, bagi peringatan. Di surau pun kita nasihatkan supaya memakai topi keledar. Memang selalu sangat buat, tanya kakak jual kuih itu," jelasnya.

Hemat kami, nasihat pihak berkuasa itu bak mencurahkan air ke daun keladi sekaligus pengguna jalanraya terbabit melanggar Akta Pengangkutan Jalan 1985.

Sewaktu beredar, kurang 100 meter dari lokasi kami berdiri sebelumnya, tersergam Balai Polis dimaksudkan.


"Rahmat, berhenti sekejap," pinta saya.

"Di sini ramai pakai topi bro," celah Razali.

Apapun, kami membuat keputusan untuk berhenti seketika dan merakamkan gambar. Berikutan ketinggian hampir 6 kaki, Rahmat terpaksa menundukkan kepala untuk memerhati lebih teliti.


Farid duduk di sebelahnya turut memantau.


"Standby, satu datang dari belakang," kata Farid.


Bukan satu, ramai penunggang tanpa topi keledar melintasi jalan utama di hadapan balai.

Tepat jam 6 petang kami meneruskan perjalanan pulang, sejam waktu diperlukan untuk tiba di Kota Damansara.

Terlintas di fikiran saya, jika penunggang motosikal tidak memakai topi keledar di Damansara, pasti perbuatan itu dianggap ganjil.

"Hilang akal ke apa?"

Itu antara komen barangkali dilontarkan mereka melihat.

Namun, dari pengamatan kru 666, perbuatan sama dianggap biasa di sekitar pekan Batu 18, Hulu Langat.

Apapun, kami bukan pihak berkuasa. Kami kru penyingkap fakta berhubung kes paranormal. Lagipun kepala diperjudikan jika berlaku kemalangan jalanraya, bukan kepala kami.

Perlukah kami menyibuk? Sedangkan itu kepala mereka.

Sila ke blog terbaharu, Penyingkap Fakta 666 untuk mengetahui hasil tinjauan awal kru 666 di lokasi, 5 kilometer dari kaki Gunung Nuang.

12 ulasan:

  1. Fenomena tak pakai helmet tu biasa la di kampung-kampung. Polis luar kawasan boleh la wat road block sbb dorang tak tinggal area situ.

    Kalau ada masa lagi hari tu, krew 666 further up sampai ke Pangsoon. Nak cari yang pakai helmet memang payah sekali.

    BalasPadam
  2. kalau kat depan balai polis pun tak pakai topi keledar tak tau lah nak cakap apa.. mmg curah air ke daun keladi ni.. x makan nasihat.. agaknya kalau accident baru sedar kot -.-'

    BalasPadam
  3. kat kg kita slim village x berani dia orang x pakai topi keledar.. masih hormati ikut undang undang..

    BalasPadam
  4. SMTI..., pakai topi keledar kerana takutkan polis atau kerana sayangkan nyawa?

    BalasPadam
  5. Ini pula perangai org kt situ x pakai topi keledar..cuba pula bro mazidul ke jalan besar seri kembangan iaitu sekitar kampung baru seri kembangan tu. Pekan ni berdekatan dengan south city plaza, stesen minyak petronas dan mobil. Orang2 kat sini suka sangat parking di tepi jalan sesuka hati untuk ke pasar seri kembangan dan hari ini pula sanggup berhentikan kereta di tepi jalan semata2 nak beli no ekor..tension betul kalau lalu jalan tu..dah le 2 lorong je..balai polis serdang baru pun dekat je..xnak amik tindakan saman ke..menyusahkan pengguna jalan raya yg lain.

    BalasPadam
  6. rule of thumb orang2 ni: "kalau jauh, pakai, kalau dekat, tak pakai." kemalasan adalah pembunuh nombor satu, bukan sakit jantung.

    BalasPadam
  7. Banyak tempat lagi macam 'Bandar Cowboy' - Boleh bebas tak ada lesen dan topi keledar naik motosikal -
    sepanjang Pekan Meru, Klang....
    Polis buat tak tau saja....Takut kot?

    BalasPadam
  8. biasa ler tuh kalau kat pinggir-pinggir bandar.itupun mau kecoh maa,

    BalasPadam
  9. cadangan saya: polis saman semua penunggang motorsikal yang tak pakai topi keledar ni. Dapat gak duit saman tu pada kerajaan untuk tambah2 buat pembangunan. kena sekali dua saman, serik la diaorang. yang takde lesen tu, lock je motor diaorang kat balai. nak keluar motor, sila tebus dengan saman RM300. mudah2 je kerajaan dapat duit untuk membiayai pembangunan Msia.

    BalasPadam
  10. jangan berfikir macam orang takde akal.PEMBANGUNAN konon,masuk poket diorang ada ler.heh.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.