Jumaat, Ogos 19, 2011

Gajinya RM1000 Sebulan 'Bekerja' 5 Jam Sehari


Dia warga Kemboja mempunyai 4 anak berusia di antara 2 dan 13 tahun, beragama Buddha dan datang ke Malaysia menggunakan pas lawatan sosial. Kini dia mengaku tinggal di negara ini melebihi tempoh ditetapkan.

"Berapa kutipan sebulan?," soal saya.

"Seribu," jawabnya.

Sebelum ini dia mengemis di sekitar Kampung Melayu Subang dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.

Menurut pemandu teksi kenalan saya, kos tambang pergi balik dari Seksyen 7, Kota Damansara, Petaling Jaya ke Kubu Gajah, Paya Jaras, tidak kurang RM40.

Untuk rekod, gaji sebulan pengawal keselamatan warganegara Malaysia, bekerja 12 jam sehari, RM800, bersih.

20 ulasan:

  1. semakin ramai orang mintak sedekah sekarang.

    BalasPadam
  2. orang Malaysia memang pemurah. lebih2 lagi dengan kedatangan ramadhan. bertambah2 rezeki mereka.

    BalasPadam
  3. Salam Tuan Mazidul...

    Tuan masih ingat lagi tak kepada seorang pelajar berbangsa Cina yang hilang di sekolah ketika berusia 7 tahun dulu. Ayahnya seorang pembaik basikal kalau tak silap dan dia satu2nya anak tunggal...sampai sekarang tak diketahui nasibnya....

    entah mengapa bila terpandang wajah pengemis ini, ingatan saya kembali kpd kisah tragis itu.. di manakah dia? Dia seusia anak kedua saya, 23 thn sekarang...

    kan dulu khabarnya budak2 yg dicolek akan dikerat tgn atau kaki utk dijadikan pengemis....

    entahlah...wlp dia bukan anak saya tp sampai sekarang bila teringatkan kisahnya, bila ikuti derita usaha ayah ibunya dlm mencarinya hati ini akan terus-terusan menangis....

    BalasPadam
  4. senang je warga asing nak cari duit.. sebab orang malaysia memang pemurah.. agaknya akan ramai lah pengawal keselamatan nak ikut budaya meminta macam ni.. ehehe

    BalasPadam
  5. smti... penguatkuasa kena tegas... kenapa tidur di bulan ramadhan ni.... syabas tuan mazidul atas pendedahan ini....

    BalasPadam
  6. Teruskan usaha murni saudara..
    Dunia penuh sandiwara
    Dengan pendedahan sebegini
    Membolehkan orang berfikir & buat keputusan yang wajar

    BalasPadam
  7. smakin tenat isu ini..sabo je la..sape~sape nak buat sumbangan gi je le kat badan amal yg sepatotnye..mengelak dari tertipu..>_<

    BalasPadam
  8. yang lebih sedih...mereka yang bagi duit itu adalah terdiri daripada makcik dan pakcik tua yang juga miskin tetapi dek kerana kasihan, mereka beri juga duit dengan menolak duit belanja mereka yang tak seberapa ada dalam dompet mereka.

    BalasPadam
  9. Semua Pengemis tu nampak lebih kurang je modus operandi, datang dengan teksi, ade beg simpan barang, simpan tongkat dan kemudian buat muka sedih.
    Rasa macam semua ni ada yang mengajar ke? Atau memang ade kelas untuk mereka belajar mengemis?

    Kadang kadang rasa macam mereka ni saja je potong kaki atau cederakan diri sendiri untuk mengemis.
    Macam ni punya orang pun ade...

    BalasPadam
  10. yg pelik, apasal kebanyakan mereka ni kudung sebelah kaki? macam satu trend plak. atau memang sengaja dibuang sebelah kaki bagi memudahkan mencari rezeki (secara mengemis). Pastu, sorok kaki palsu/tongkat & jalan dengan tangan. Macam scam terancang je.

    BalasPadam
  11. memang tak boleh blah... sila hanto balik derang ke negara asal guna duit sedekah tu pleaseee... :|

    BalasPadam
  12. en.Mazidul, suami saya OKU mcm nie jugak... dari kecik... sebelah kaki kene potong... tp alhamdulillah bekerjaya n boleh survive tanpa minta simpati...

    BalasPadam
  13. JANGAN SALAHKAN MEREKA SALAHKAN PADA....TAHU2 LAH JAWAPANNYA.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.