Jumaat, Ogos 05, 2011

Huh! Papa Jahat!

Bukan mudah untuk menulis.

Itu kenyataan berbentuk fakta.

Kekadang hasil tulisan kita dipuji, kekadang ditempelak tetapi saya percaya, selagi kita menulis berlandaskan fakta tepat, selagi itu kita tidak akan terpesong dari kiblat sebenar.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih tidak terhingga kepada semua pengunjung blog ini samada bersetuju atau tidak dengan fakta saya persembahkan.

Berikut screen shot saya rakamkan sebentar tadi. Sila klik untuk membesarkan imej.


Sejak tampalan berhubung pendedahan perilaku pengemis di Bazar Ramadhan, Seksyen 7, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor saya dedahkan, blog ini tanpa henti dikunjungi puluhan ribu pembaca.

Lihat data terkini berikut.


Ringkasnya, hampir 30,000 pembaca berkunjung ke blog ini semalam dan majoriti membaca tampalan berhubung pengemis terbabit.

Membaca itu mudah tetapi menganalisa fakta terkandung di dalam kes pembongkaran itu memerlukan kita semua berfikir secara rasional. 

Semalam bukan julung kali saya menulis berhubung kisah pengemis di negara kita, cuma sebelum ini barangkali tidak ramai menyedari situasi tersurat dan tersirat di sebalik setiap kisah dicatatkan.

Berikut antara tampalan mengenai pengemis warga tempatan dan asing pernah saya nukilkan sejak 3 tahun lalu.


Ramadhan tahun lalu saya kerap berkunjung ke Bazar Ramadhan di pelbagai lokasi. Berikut hasil tinjauan saya, klik di sini, di sini dan di sini,

Biarpun tampalan ini memilki maklumat ringkas berhubung pengemis di Kuala Lumpur, tingkah lakunya perlu diketahui untuk mengelakkan orang ramai terus ditipu.

Melalui pengalaman, saya rumuskan bukan sahaja lelaki warga Kemboja terbabit mengemis secara bebas di Malaysia, perempuan juga sama, baca di sini.

Pengemis bukan sahaja boleh dilihat di Semenanjung Malaysia malah di Sabah. Berikut bukti nyata saya rakamkan, klik di sini.

Untuk rekod, tidak semua laporan dicatatkan di blog ini dimuatkan di dalam program televisyen. Saya melaksanakan tugasan itu sekadar menunaikan tanggungjawab sosial sebagai warga negara Malaysia. 

Beberapa kali sewaktu merakamkan gambar, sebilangan pengemis tempatan bertindak agresif dan memaki-hamun saya. Kata-kata nista turut mereka lontarkan sesuka hati, biarpun selama ini mereka dianggap kelompok lemah.  

Hakikatnya, pengemis warga tempatan atau asing tidak gemar jika gambar kegiatan mereka direkodkan. Itu kesimpulan mampu saya rumuskan setelah bertahun bergelumang memerhatikan tingah-laku mereka dari jarak dekat. Lazimnya, sebaik melihat kamera, mereka pantas beredar.

"Kalau pengemis warga asing, Penguatkuasa Bahagian Warga Tua dan Keluarga, Jabatan Kebajikan Masyarakat, JKM akan tahan dia, rekodkan data dan dia didakwa di mahkamah mengikut Akta Orang Papa 1977 sebelum diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut. Manakala jika pengemis warga tempatan, kita cuba mencari waris dia terlebih dahulu. Kalau ada waris, kita minta waris untuk membawa dia balik. Jika tidak, kita berikan perlindungan mengikut kesesuaian," ujar kakitangan JKM saya hubungi.

Saya difahamkan, JKM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menjalankan operasi menahan pengemis pada setiap hari Jumaat dengan kerjasama penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan polis.

Masjid antara lokasi sasaran kerana kebanyakan warga asing, lelaki, perempuan dan kanak-kanak berkumpul di sekitar masjid untuk meraih simpati jemaah.

Barangkali timbul persoalan, mengapa penguatkuasa Jabatan Imigeresn tidak pernah kedengaran melaksanakan operasi memberkas pengemis warga asing? Sedangkan ternyata mereka melanggar Akta Imigresen 1959/63 kerana menyalahgunakan permit (jika ada) atau tidak langsung memiliki dokumen perjalanan diri sah, pendatang tanpa izin, PATI.

Menahan pengemis bukan terlalu sukar berbanding melaksanakan operasi memberkas PATI tinggal di dalam hutan atau di tapak pembinaan.

Dari aspek perlaksanaan, saya melihat jabatan terbabit bertindak terlalu berlembut biarpun majoriti pengemis warga asing ternyata berselindung di sebalik tipu muslihat sukar dikesan jika tidak diteliti.

Melalui pengamatan saya, pengemis warga asing membanjiri negara kita terdiri daripada warga China, Myanmar, Kemboja, Rohingya dan Thailand.

Saya kongsikan sebilangan gambar pengemis diambil dari koleksi peribadi.



Antara ramai pengemis warga asing, saya ingin berkongsi fakta menarik berhubung lelaki di bawah ini.


Saya terserempak dengan pengemis warga Thalland itu di Bazar Ramadhan 3 tahun lalu di Kelana Jaya, Selangor. Sebaik melihat kelibat saya, dia cuba menyembunyikan diri di kawasan perumahan berhampiran. Namun gambarnya berjaya saya rakamkan.

Setahun selepas itu, ketika berkunjung ke pasar malam di Kota Damansara, saya terlihat 4 anak kecil, dianggarkan berusia di antara 8 dan 10 tahun, cacat kaki tangan, sedang mengemis.

"Where is papa?," soal saya.

Mereka hanya membisu, barangkali tidak memahami maksud soalan itu.

"Papa? Papa?," tanya saya lagi.

Setelah didesak berulang kali, akhirnya seorang daripada mereka menunjukkan saya lelaki berdiri di celah lori tidak jauh dari lokasi mereka duduk.

Perlahan saya menghampiri lelaki itu dan menepuk belakangnya.

"Wah! Sudah jadi bos sekarang?," soal saya.

Dia terkedu tetapi sempat mengukirkan senyuman hambar. Pengemis itu, lelaki sama saya temui di Kelana Jaya.


"Huh! Papa jahat!," teriak saya.

Saya kemudian mengarahkannya untuk membawa kesemua anak kecil itu pulang. Dia berjanji tidak akan mengeksploitasikan mereka untuk kepentingan diri. Untuk rekod, ketika ditemui, bekas pengemis itu lengkap berpakaian kemas dan berkaki palsu, menunggu hasil kutipan 'pekerjanya', anak di bawah umur terbabit.

Sebelum beredar saya sempat menghadiahkan 'buah tangan' sebagai kenangan. Sejak itu dia tidak lagi kelihatan.

Di Batam, Indonesia, saya bertemu wanita berikut.


Biarpun setiap hari terpaksa membanting tulang empat kerat bekerja di tempat pelupusan sampah untuk menyara keluarga, dia kelihatan gigih.

Saya kagum melihatnya  kerana tidak memilih untuk menjadi pengemis.

"Biarpun kerja ini kotor tetapi tetap lebih mulai daripada meminta-minta," ujarnya.


Sesungguhnya, tiada siapa berhak untuk menghalang anggota masyarakat untuk bersedekah terutama di bulan Ramadhan Al Mubarak. Namun biarlah sedekah kita itu dihulurkan kepada golongan layak menerimanya, tidak disumbangkan secara semberono kepada pengemis warga asing cuba mencari wang secara mudah.

Kepada pembaca, di masa hadapan, jika berada di lokasi sama dan berfikir saya melakukan tindakan salah, tegurlah. InsyaAllah, saya mampu memperjelaskan fakta. Melontarkan komen tanpa usul periksa, tiada gunanya.

Usah mencipta tanggapan sendiri tanpa memastikan fakta sebenar dan pada masa sama tanyakan kepada diri, apakah aku lakukan untuk bersama membanteras kegiatan memperdaya masyarakat sendiri?

27 ulasan:

  1. lelaki dalam gambar 12 selalu ada di pasar malam isnin & jumaat di pasar malam kerinchi seberang stesen LRT Universiti.

    sebulan puasa Ramadhan, setiap hari ada bazaar, so...

    BalasPadam
  2. pengemis..di mana2 ada.. tak pernah surut.

    BalasPadam
  3. Lelaki gemuk berbaju biru itu sebelum bulan puasa ini setiap minggu akan mengemis di pasar malam hari rabu di Taman Equin,Seri Kembangan berhampiran rumah saya.

    BalasPadam
  4. En Mazidul,

    saya adalah 6 dari 3,088,719 tuh smlm. habis kat kwn 1 opis ni saya tunjuk entry pengemis smlm.

    Anywhere, congrats bro

    BalasPadam
  5. ksiannye budak kecik tue...btol ker mak dia...kasar jer dia tarik tgn budak tu

    BalasPadam
  6. Salam bro, selamat melaksanakan ibadah puasa dan ibadah. Teringat kita sesama cover Pasukan Gerakan Am dulu, sampai duduk belakang lori.

    Gambar Batam - terbaekkk!! Haha, teringat Ezreen nak muntah, harapkan macho jek. Hahahahhaha. A good memory indeed.

    Salam to your family and wonderful wife.

    BalasPadam
  7. assalamu'alaikum. sy selalu jumpa pakcik dlm gmbar ke-12. di pasar malam kerinci. sy pernah jumpe beberapa kali pengemis dlm gmbar ke 15. behampiran times square. ramai pengemis yg saya jumpe keadaannya mcm die. ad satu perkara yg sy selalu tertanya2, pengemis yg macam gmbar ke 15 tu, kaki mereka banyak parut. macam kene dera. mereka ni dihantar sindiket2 tertentu ke?

    BalasPadam
  8. walau busuk, tapi makcik bawah tu lagi mulia!

    BalasPadam
  9. SMTI.
    Saya ingin berkongsi maklumat tentang perkara ini. Di tempat saya tinggal, bandar baru bangi. Ada seorang muallaf (saya rasa berbangsa cina) sering kelihatan meminta derma di dalam surau selepas solat (maghrib dan isyak). Biasanya beliau datang 2 atau 3 bulan sekali ke surau. Walaubagaimana pun, saya pernah terserempak dengan lelaki yang sama di surau berdekatan dan membuat perkara yang sama. Mungkinkah ada syndicate yang menyamar sebagai muaalaf untuk tujuan mengemis?

    BalasPadam
  10. kisah pengemis kat KD tu sampai kawan ofis tepek kat emel tadi. saya pun senyum2..sebab sampai mcm tu sekali penangan entry tu, tak pernah2 kwn saya nak emel dari blog org..congrats!

    BalasPadam
  11. bro, aku baru balik pasar ramadhan kat umah mak aku kat taman ehsan kepong. aku jumpa pengemis yang sama ko post kat entry sebelum nih... nasib la aku takde kuasa.. klau tak aku tangkap je..

    BalasPadam
  12. smti...
    smlm lmbt buka blog...
    buka email dulu...
    pergh...dah penuh email dgn cerita pasal pengemis smlm...
    bazar tu depan rmh jer..
    *tak pernah miss murtabak doraemon..

    BalasPadam
  13. saya tertarik dengan tampalan sebelum ini kerana isu sebegini sudah lama bermain di minda saya terutamanya apabila saya sering melihat sekumpulan pengemis yang semuanya cacat anggota (cacat yang agak aneh - seperti dibuat/dicacatkan) beroperasi di pasar malam di Bandar Baru Bangi.
    Hati jatuh kasihan, tapi ada suara yang mengatakan, ada sindiket yang menghantar mereka.
    mereka terdiri drp kanak2, wanita dan remaja.. ada yang mengemis sambil tertiarap dan ada yg matanya seperti dicungkil.. Kalau bolehlah saudara buat liputan tentang hal ini dan mendedahkan apakah 'misteri' di sebalik semua ini alangkah bagusnya...

    BalasPadam
  14. SMTI. Terkesima tgk anak2 kecil petah berbicara tak mkn dh seminggu la. bla.bla.bla .. xsampai hati tu kasi jugak la..

    jenguk saya http://way2healthynbeauty.blogspot.com/2011/08/di-antara-fatwa-dan-takwa.html

    BalasPadam
  15. En Mazidul..

    saya merasa kagum dan terharu dgn wajah sang pengemis yg dari mula hingga ke akhir drama..masih mampu dan tetap tersenyum.dimanakah beliau mndpt kesabaran dan kekuatan utk menempuh ujian Allah yg sebegitu rupa..

    BalasPadam
  16. saya ingat lg waktu tu saya pergi pasar tani kat Muar. ade sorang makcik mintak kat mak saya seringgit. waktu tu saya dan mak saya tak de duit kecik, yang ade cume 50 sen. pastu mak saya pun bagi la kat mak cik tu. yg buat saya marah lepas dah diberi duit tu, kat blakang saya dia baling duit tu, macam la saya tak nampak. orang dah bagi terima je la kan, ni nak memilih lak. sejak tu, bila saya rase nak bersedekah, saya hanya bagi duit kat org yang ade tisu atau cotton bud atas niat nak beli barang dia

    BalasPadam
  17. Macam-macam gelagak dan cara pengemis sekarang, di tempat saya Kota Bharu ramai anak2 kecil yang mengemis dengan cara seolah-olah menjual surah Yasin dan sticker ayat-ayat al-Quran. Pernah saya menemui seorang kanak-kanak perempuan merayu-rayu agar saya membeli salah satu sticker tersebut dan meminta derma, melihat pada gayanya seperti tidak biasa buat kerja seperti itu atau mungkin masih baru, katanya kalau tak bawa balik duit dia akan dimarahi, dimarahi siapa saya tak terdetik bertanya, barangkali dia pun ada 'papa' dia sendiri kut...

    BalasPadam
  18. Traffic naik sebab Oh Media! di facebook promote blog ni :D

    Apa2 pun, SMTI and well said bro Mazidul.

    BalasPadam
  19. Bukan mudah memuaskan hati semua orang - Ini fakta.

    Yang penting apa yg kita buat biar beretika & berintergriti - Dapat pula mengubah sesuatu perkara yang jelik menjadi perkara yang baik kadangkala nisbahnya hanya Satu dalam Sejuta.

    T E R U S K A N!

    BalasPadam
  20. Salam Ramadhan buat Bro Mazidul , syabas atas usaha anda...

    BalasPadam
  21. Salam, terkejut saya tgk "papa jahat" yg dimaksudkan. Kalau tak silap saya, dia selalu ada di Pasar Malam TTDI Jaya, Sek U8 Shah alam. Saya igt sbb sy slalu sedekah pada dia setiap kali pegi. huhu sedih lah kalau dia dah jadi "bos" kepada budak bawah umur. Dah buat bisnes pengemis. Semoga Allah SWT memberi petunjuk kepadanya.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.