Isnin, Ogos 01, 2011

Lanun Bermata Satu!

Sebelum ini saya menulis di blog Journalis Maya berhubung kecuaian kontraktor Majlis Bandaraya Petaling Jaya, MBPJ.

Baca di sini dan di sini.

Awal malam tadi, saya dan kru 666, Razali Harun, 40 tahun, meninjau kawasan sama terletak berhampiran Carrefour Kota Damansara.


Selepas kira-kira 2 minggu komplen terakhir diutarakan, kerja dijalankan untuk menutup lubang tidak ubah seperti melepaskan batuk di mangga.

Lihat gambar di bawah.


"Tengok ini putih, simen kurang kalau dibandingkan dengan simen ruang pejalan kaki, gelap sikit," ujar Razali.


Razali kemudian mencapai pancang kayu sebelum ini dipacakkan di lubang sama untuk mengelakkan kenderaan melaui jalan utama itu terperosok.

Terfikir, masakan pihak berkuasa tidak dapat menjangka, jika puluhan lubang ditutup dengan besi, besi terbabit lazimnya akan dicuri golongan tidak bertanggungjawab untuk meraih wang secara mudah.

Namun itulah tindakan mereka laksanakan. Perumpamaannya, sudah tahu buaya makan bangkai, bangkai juga mereka persembahkan. Hairankah jika bangkai itu hilang dibaham dek buaya?

Soalan itu mampu dijawab anak kecil belum akhil baligh dalam sekelip mata.


"Rasanya ada dalam 10 kaki kedalaman lubang ini," katanya kelihatan tidak ubah seperti jurutera.

Sebelum ini saya telah berulang kali mengutarakan masalah mampu menggugat keselamatan orang ramai samada pemandu kenderaan atau pejalan kaki.

Lihat lubang masih ternganga, bagai menunggu mangsa.


Pengunjung sedang membaca tampalan ketiga saya nukilkan berhubung masalah ini tetapi nampaknya masih dipandang remeh oleh pihak bertanggungjawab.

Bertanggungjawab? Itu bukan perkataan tepat. Jika mereka bertanggungjawab pasti masalah dikemukakan berulang kali ini dapat diselesaikan secara sempurna.

Andai kata malang menimpa, kanak-kanak terperosok ke dalam lebih 10 lubang terbuka, ketika itu pasti isu ini akan dipandang dua belah mata.

Setakat ini saya memandang tindakan MBPJ tidak ubah seperti lanun bermata satu!

11 ulasan:

  1. Sebelah mata...???
    ermmm.....
    kalau orang yang berjalan sebelah mata, rasanya mereka lebih berhati-hati..
    mungkin ada perkataan lain yang lebih sesuai untuk "pihak bertanggungjawab" ini...

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum,
    Kalau sdr mazidul yang dikenali ramai ni buat aduanpun "lanun mata satu" buat tak peduli, apalagilah aduan kami yang tak terpandang ini, lagilah tak ada mata mereka nak pandang. Itu realiti di negara kita...payah b etul nak ubah sikap

    BalasPadam
  3. smti..


    'lanun bermata satu?' tepat sekali...

    BalasPadam
  4. SMTI.


    lanun tak bermata pun boleh jugak tu!!

    BalasPadam
  5. rasanya klau dh berlaku kemalangan jiwa baru la lanun tu buka mata luas2

    BalasPadam
  6. Konkrit yang digunakan tidak berkualiti dan bagi melepas batuk di tepi tangga. Memang membahayakan pengguna.

    BalasPadam
  7. Mungkin bagi mereka, selagi belum ada yang mati, selagi itu lubang tersebut tidak membahayakan sesiapa!

    BalasPadam
  8. Maz,

    Tu le namanya kerja ala kadar jek..ada komplen, ganti asal buat je...

    BalasPadam
  9. keja kalau tak ikhlas gitu la gayanya... kalau anak beranak diorang yang terperosok kat dalam lubang tu cmne?

    BalasPadam
  10. Bro, MBPJ memang bodoh,
    mereka bodoh sebab belum kena batang hidung sendiri, bodoh sebab YB Kota Damansara memang bodoh dan cuma pandai buat perhimpunan tepi jalan, Dr Nasir memang bodoh sebab orang yang undi dia memang bodoh (saya mengundi di kampung saya, bukan di Kota Damansara), YB Kota Damansara dan MBPJ bodoh kerana mereka takut kepada CINA DAP. Sepatutnya mereka buat hump banyak banyak dan tutup lubang longkang tu dengan baik, tapi kerana DAP kata jangan bazirkan wang rakyat, YB bodoh terpaksa akur dengan CINA lahanat. Dulu ada roadsign 30km/j, tapi kerana Cina cina ni semua nak memandu laju, MBPJ yang bodoh dah bongok ini ubah kepada 50km/j, logik ke kalau memandu 50km di kawasan sekolah? nak bunuh Melayu ke?

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.