Selasa, Ogos 03, 2010

2 Mayat Di Dalam Kereta (Updated)

Lihat kereta Toyota Caldina di bawah, terbabas di KM 455.7 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran susur keluar ke Hospital Sungai Buloh pada kira-kira jam 11 pagi tadi.


Berikut gambar jarak dekat saya rakamkan.


Jika mengikut logik akal, ini bukan kejadian kemalangan maut. Saya menemubual pekerja menebas rumput di kawasan berhampiran.

"Kereta tu tadi bergerak perlahan sebelum terbabas," ujarnya.

Lebih menghairankan, air bag tidak terkeluar dan hanya sisi kanan depan kereta sedikit rosak. Melalui gambar dirakamkan, tiada kelihatan kecederaan dikesan di dahi kedua mangsa.

Dua mayat ditemui di dalam kenderaan terbabit, pemandu, Datuk Abdul Aziz Mohd Nor, 64 tahun, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri, ADUN Permatang dan Siti Rohani Issamat, 43, Naib Ketua Wanita UMNO Tanjung Karang juga pembantu peribadi datuk terbabit.


Difahamkan pistol Revolver .38 milik sah datuk terbabit ditemui di dalam kenderaan sama. Laporan mengatakan kedua mangsa cedera di bahagian kepala dan melalui pengamatan awal tiada kesan tembakan dilihat di bahagian luar kenderaan.

Ketika tampalan ini ditulis dua mayat terbabit sedang dibedah siasat di Hospital Sungai Buloh, Selangor.

Tunggu.

Update

Hasil bedah siasat dijalankan, dikesan satu das tembakan di setiap kepala mangsa.

Berikut kenyataan Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar.

"We have not ruled out the possibility of this being a murder-cum-suicide case. Follow-up investigation is still ongoing"

37 ulasan:

  1. Vic tak sabar nak tau kisah sebenar kemalangan ni. Nampak macam sangat mencurigakan, namun tak berani nak buat spekulasi... kita tunggu....

    BalasPadam
  2. Salam hormat angkel mazidul dan sume,

    SPEKULASI LIAR bisa tertulis jika kita baca artikel sebegini umum..
    pada pandangan ai, nampak macam "yu tembak ai, n then yu tembak lah diri yu sendiri" x pun "ai tembak yu, n then ai tembak diri ai sendiri"...
    anyway salam takziah kepada keluarga kedua-dua mangsa...
    ai ada baca gak kat entri abam ondscene tadi...x sabar jugak nak tau info sebenar...

    BalasPadam
  3. penuh tanda tanya kemalangan ini..kes aniaya atau apa?? Apa pun al Fatihah utk arwah..

    BalasPadam
  4. Kita nantikan sahaja cerita sebenarnya 'jika tiada yang disembunyikan'. Semoga roh mereka damai di sana.

    BalasPadam
  5. jika ada yang terlibat elok lari keluar negeri...hee..
    banyak kos Polis nak siasat nanti...

    alangkah bahagia jika ada yang mengaku bersalah tampil ..buat report..

    bila suratkhabar laris susah saya nak cari..dek kerana bangun tidor lewat..

    BalasPadam
  6. Ahfatihah untuk kedua2 nyer.Namun begitu ingin tahu kisah selanjutnya

    BalasPadam
  7. mintak jauh kes bunuh diri sebab sejak akhir-akhir ni ramai pulak orang islam pilih jalan bunuh diri seolah dah lupa pada agama yang sangat menegah membuat tindakan tersebut. takziah dan al-fatihah

    BalasPadam
  8. Sekadar menyambung ulasan cemomoi...orang Islam sekarang bukan sekadar bunuh diri,tetapi macam-macam 'berani' lagi yang ditegah agama,berani dibuat. Semoga arwah berdua tidak tergolong dalam golongan tersebut. Al-Fatihah....

    BalasPadam
  9. atau ada pelibatan kes Pejenayah Kolar Putih?

    BalasPadam
  10. alfatihah.. mudah2an kes ni dapat diselesaikan... mcm2 dunia skang..

    BalasPadam
  11. Ajal sudah sampai. Kejadian hanya penyebab.

    Samada mangsa, pemangsa.

    Takziah buat keluarga mangsa.

    BalasPadam
  12. satu kejutan.. satu persoalan yg penuh tanda tanya...
    kenapa? apa? mengapa?

    bila di beritahu kesah ini. sy gambarkan bahawasanya kereta itu diparking di tepi jalan. dan x sangka pula ia berakhir dgn kemalangan, sungguh memeranjatkan, apa pun kita nantikan kesah selanjutnya... berharap agar elok2 berlaka.. al fatihah utk kedua2 nya. dan salam takziah pada family mereka

    BalasPadam
  13. Salam.
    al-Fatihah untuk keduanya..

    moga siasatan telus dijalankan...

    BalasPadam
  14. Niamah, it is hard for me to answer but the Datuk has 3 children, all grown up.

    BalasPadam
  15. spt kes bunuh diri..
    semoga tiada yg terselindung di sebalik siasatan ini...

    al fatihah utk kedua2 nya..
    moga2 diampunkan dosa dan kesilapannya.

    BalasPadam
  16. Based on the news today, the lady was a divorcee. And the Datuk had a wife and 3 grown up children.

    It was a tragedy indeed. What transpired it? Only them and Allah knew.

    BalasPadam
  17. Suami saya sebuk tanya saya ,sebb dia dengan teori komspirasinya...tapi saya kata ini teori orang kaya laa kalau jenis beriman insyaalah tidak ada kes bunuh diri kerana cinta dan cemburu ...tapi kalau jenis kurang iman,hanya berlandaskan wang ,perempuan dan nafsu ...mungkin teori saya benar.

    BalasPadam
  18. teringat pesanan arwah ayahanda kepada anaknya

    " ZZ tiada harta yang dapat ayah tinggalkan buatmu, hanya pesanan jangan tinggalkan solat jangan abaikan solat, buatlah solat walaupun letih jika nak ikutkan rasa memang malas..(AYAT YANG PALING NYAMPAH SUATU TIKA DULU TIAP KALI MENZIARAHI AYAH..BORING).
    insyaALLAH ku tidakkan memalukan dirimu sekeluarga..''

    kini pesanan itu adalah azimat dan harta yang tak ternilai..airmata mula menitis..
    sekian skesta sayang papa

    BalasPadam
  19. salam takziah...(maaf lupa)alfatihah sesama insan..pada masa depan,saya belum tau amalan saya diterima atau tak, untuk mengata amalan org lain ).

    BalasPadam
  20. Salam,
    husband & wife...
    dlm berita x sebut...

    BalasPadam
  21. Kisah yg trajis...

    Saya pernah mendpt kemalangan yang sama spt kes di atas. Kereta terbabas krn terlelap sebenornya. Hanya tersedar bila kereta terlanggar rel besi di tepi l/raya. Melihat kerosakan kecil pd kereta, saya berteori mungkin semasa terlelap kaki tak tekan pedal minyak dan kereta bergerak perlahan ke kiri.

    Dalam kes di atas, pemandunya mungkin dh tak sedar lagi sebelum kereta terbabas.

    BalasPadam
  22. mungkin ada org ke3..jarang org melayu bunuh diri cara begini.jarak tembakan dekat,tembus kepala?.

    BalasPadam
  23. Anuar, pihak polis mengesahkan tiada pihak ketiga terbabit dalam tragedi terbabit.

    Siti, no they are not married.

    BalasPadam
  24. Salam Mazizul,

    Kita hanya boleh berharap siasatan cepat dan mudah sebagaimana CSI Miami.

    BalasPadam
  25. zz >> nak booking buat menantu...bole?teheheeee (*_*)


    .........

    tak boleh nak bayangkan betapa sakitnya ketika roh dicabut oleh malaikat maut :(

    innalillah...

    BalasPadam
  26. tembakan dari arah mana? kiri atau kanan kepala mangsa?

    BalasPadam
  27. i've watched an almost similar case dekat Discovery Investigation...

    hmmmm...menarik kisah ini. ape2pon..RIP.

    BalasPadam
  28. mana p iman sampai sanggup bunuh diri?
    macam ni nak jadi pemimpin rakyat?

    BalasPadam
  29. Kes membunuh dan bunuh diri ketika memandu...
    1) Mula2 Datuk Abdul Aziz tembak 2 das dikepala Siti Rohani semasa Datuk itu sedang memandu kereta.
    2) Kemudian Datuk itu menembak mati diri sendiri sebanyak 1 das tepat dikepala menyebabkan kereta itu terbabas melanggar divider...
    3) Tiada orang ketiga yang terlibat disamping kes ini. Mungkin berpunca dari masalah cinta kedua-duanya....

    BalasPadam
  30. Salam

    susah betul nak jangka apa yang berlaku.Hanya kedua arwah n Tuhan saja yang tahu.kita tunggu dan lihat hasil siasatan

    BalasPadam
  31. masih tertanya2 kenapa, mengapa, siapa dan bagaimana...??? tunggu siasatan menyeluruh...

    BalasPadam
  32. Kalau le betul membunuh & bunuh diri alamat mati katak le nih...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.