Isnin, Ogos 30, 2010

Gadis RM10,000 'Penjajah' Lelaki

Menjelang tengah malam ini, detik keramat negara mengekalkan kemerdekaan selama 53 tahun. Merdeka dari belenggu penjajah.

British menggugat perpaduan penduduk dengan kaedah 'pecah dan perintah', kaum Melayu di tinggal kampung, Cina di bandar manakala India di estet. Pada masa sama, penjajah British memastikan orang Cina menjadi pelombong dan peniaga, orang India menoreh getah dan orang Melayu kekal sebagai petani dan nelayan.

Itu dahulu.

Namun begitu kita tidak harus lupa, negara akan terus mendepani pelbagai 'penjajah' lain, cuma dalam bentuk berbeza.

Guru Besar dan Wee Meng Chee atau Namewee dari Johor didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman. Dua individu berbeza usia dikatakan melakukan perbuatan mampu menggugat perpaduan di antara 2 kaum di negara kita. Barangkali cuma 'kadar' promosi pandangan mereka diluahkan dengan kaedah berbeza. Namewee disiasat, tindakan guru terbabit tidak diketahui perkembangannya.

Sebelum ini, rumah ibadat 2 agama diganggu gugat. Dua individu berbangsa Melayu sabit kesalahan dan dijatuhkan hukuman. Individu lain dipercayai turut terbabit dalam insiden hampir sama, tidak diketahui entah ke mana.

Negara kita tanpa disedari juga dijajah dari aspek moral.

Terbaharu, wakil 999 di Johor, Zulhazri Abu Bakar menyertai operasi Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor. Pusat hiburan eksklusif 5 tingkat di Batu Pahat diserbu. 

"Liputan itu eksklusif untuk 999 sahaja. Tak ada reporter atau cameraman lain," ujar Hazri ketika saya hubungi.

45 gadis warga China dan 1 Vietnam berusia di antara 19 dan 27 tahun diberkas kerana melanggar syarat pas dan permit kerja.

"Dia orang menyanyi miming di pentas. Di selempang mereka pakai tertera harga diletakkan pelanggan, di antara RM500 dan RM10,000. Selepas itu gadis terbabit akan dibawa ke bilik karaoke dan dipercayai menawarkan khidmat seks," tambahnya lagi.

Dalam pelbagai bentuk penjajahan terkini, sukar sebilangan lelaki menangkis penjajahan 'perempuan' sebegitu. Kan?

Sanggup membayar RM10,000, barangkali kerana terlalu dibelenggu dan dikongkong dek isteri di rumah, sesekali bebas, wang sebegitu tiada nilainya berbanding kemerdekaan mengecapi kenikmatan sementara.

Apa pun, kepada semua pembaca blog ini, selamat menyambut ulang tahun kemerdekaan negara ke-53 dan semoga bersama kita berjaya mengekalkannya sebagai warisan anak cucu.

9 ulasan:

  1. Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan Bro Mazidul & semua rakan bloggers.

    Semoga kita tidak lagi dibelenggu "penjajahan sesama sendiri"...

    Take good care, folks.
    All the best :)

    BalasPadam
  2. tak ada kemerdekaan yang merdeka sepenuhnya, sama seperti bebas. tak ada kebebasan sepenuhnya, tapi manfaatkan kemerdekaan yang ada itu walaupun tak sepenuhnya dengan sebaik mungkin. jadilah rakyat yang tahu menghargai budi dan kesopanan. DAN SATU LAGI KALAU PATRIOTIK MESTILAH BOLEH BERBAHASA MELAYU YA..SELAMAT ULANG TAHUN KEMERDEKAAN KE 53

    BalasPadam
  3. BRO,
    saya menganggapkan kemerdekaan hari ini semakin perit bilamana dugaan semakin canggih, cabaran begitu getir.

    Mengaku diri patriotik semata, tidak bermakna jika diri masih dibelenggu kuasa luar yang mendominasi geraklaku kita yg tersimpang.

    Selamat Hari MERDEKA, BRO...!

    BalasPadam
  4. yang belum merdeka lagi adalah para petugas dan pembenteras maksiat masih diberi hadiah..


    cuma untuk mengorek bukti memerlukan umpan ,

    selamat bekerja.

    mengenal buaya di air,,kalau tiada umpan manakan tau ada ke tiada isinya dan gelodaknya..

    BalasPadam
  5. Salam,
    Selamat menyambut hari kebangsaan. Sesekali boleh renungkan semula erti merdeka itu bagaimana perlu ditambah pengisiannya...

    BalasPadam
  6. lelaki boleh mengagkat besi. lelaki boleh memecah kayu.
    tetapi sekuat lelaki, kalah dengan godaan wanita.

    wanita memang penjajah yang hebat!

    salam merdeka, by the way.

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum sdr,

    amat sedih sekali walaupun negara kita sudah merdeka tapi remaja kita masih lagi dijajah oleh budaya barat.. semoga kita tidak terus terlena dgn pembangunan yg kian pesat..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.