Saya sering mendengar komen berikut diluahkan.
"Sorry, saya dah tak percaya lelaki, lelaki penipu!," ujar perempuan.
"Samalah, aku pun dah tak percaya perempuan, kaki 'kencing'," kata lelaki.
Apa sudah terjadi? Siapa harus percayai?
Hakikatnya tidak semua lelaki dan perempuan pernah berkata begitu. Saya yakin masih ramai antara kita berhati mulia, jujur dan penyayang.
Sebilangan perempuan tidak mempercayai lelaki kerana sebab tertentu, pengalaman lalu mengajar mereka. Begitu juga sebilangan lelaki, hilang kepercayaan kepada perempuan barangkali kerana pernah terpedaya dengan kata-kata dan perbuatan insan berbeza jantina itu.
Kesannya kepada mereka?
Antaranya, sanggup menjadi andartu atau bujang terlajak. Namun itu keputusan mereka, keputusan lazimnya amat sukar diubah dek teman mahupun rakan.
Saya terfikir, jika perempuan ditipu lelaki atau sebaliknya berlaku, mengakibatkan dia hilang 100 peratus kepercayaan, adakah itu tindakan bijak? Atau sekadar tindakan mengikut perasaan cuma?
Ingat, perempuan juga menipu perempuan, lelaki menipu lelaki dalam pelbagai hal demi kepentingan diri.
Dan itu benar.
BalasPadamAda kelamahan dan kelebihan di kedua2 belah pihak.
Tidak boleh judge semua orang sama just because hal yang berlaku pada kita. Berhati2 itu perlu, tetapi untuk jumud pemikirannya rasa itu tidak perlu.
=)
Kesimpulannya.. kejujuran sudah lama hilang dalam diri kebanyakan dari kita.
BalasPadamAduhai.. kalau semua perempuan tak percayakan lelaki.. tak bermenantulah kakcik! dan kempunanlah nak jadi nenek.. (^_^)
BalasPadamSalam...Selamat Berpuasa..
BalasPadamAbang Mazidul...Berkaitan artikel abg tentang tawaran duit berjuta-juta yang ditawarkan tapi kena bayar untuk wang proses nak dapat duit tu saya selalu terima. Alhamdulillah tuhan tak bagi saya duit banyak . Takut saya rambang mata jadi tamak. Dari dulu lagi saya terima . Dari nigeri , hong kong. Skrg pun masih sy terima dan terbaru saya telah terima pada 20/b/2010. ada saya simpan. Saya jugak nak cadang kat abg supaya apa-apa barang yang diharamkan kerana ada babi , kimis bahaya dll maklumkan la nama barang tu supaya kami semua takkan beli...Tq..
setiap orang yang kite jumpa banyak ragamnya.
BalasPadamuntuk tidak mempercayai semua orang adalah tidak adil.
yang p[enting, berhati-hati dan jangan leka (^_^)
Semoga yang dibenci menjadi rindu pula selepas itu. Dalam berhati-hati mudah pula kita terkena. Pengajaran sering buat orang serik.
BalasPadamJodoh di tangan NYA. Menolak pun tidak upaya menghalang jika jodoh sampai, dan jodoh sudah tentu berlainan jantina.
Terima seadanya, segala kelebihan dan keburukan. Kerana kita pun ada kelemahan masing-masing. POSITIF.
Betul, pengalaman menjadikan kita lebih waspada. Saya tidak pernah percaya seratus peratus pada mana-mana lelaki. Tapi saya tetap memilih untuk berkahwin jugak walaupun hakikatnya tiada kepercayaan seratus peratus... hahaha... life must goes on what...
BalasPadamHilang kepercayaan 100%, tidak jugak tapi Percaya 100% pun tak jugak...sentiasa simpan beberapa peratus untuk diri sendiri agar kalau terluka tak lah parah sangat terasa....
BalasPadamkata je taknak,
BalasPadamtapi dalam hati tu masih lagi terbuka pintu!
sekian,
orang yang pernah mengalami.
ahaha
salam ramadhan,
BalasPadam50% 50% cukuplah yang baki tu kepada sang pencipta..
aku kenal isteri aku ... pattern dia cam cerita novel "budak setan" ... memang ada perbezaan yang amat sangat ... aku seorang yg agak liar pada zaman muda, tetapi bini aku ... seorang wanita yang sangat baik ... sederhana .. at the end ... aku bernikah pada tahun 2002 dan ada 2 orang anak ... :)
BalasPadampada awal perhubungan ... aku tak pernah jumpa dia .. selama hampir beberapa tahun 1992 -1996, berutus surat sahaja tanpa meletakkan nama, id yang digunakan ialah "widuri", dan pada masa itu .. aku ini agak liar, pd tahun 1996 ... pada masa dia dpt belajar di itm segamat ... baru aku tahu siapa wanita itu !!!, kawan dia pecah rahsia !! dia duduk depan flet rumah aku jee ... di flet seri terengganu (dah kena roboh pun .....), dalam novel "budak setan" tuh .. ada satu sajak ayatnya lebih kurang gini .. "aku memerhatikan kau dari jauh", benda ini byk suspen kan aku .. kerana antara byk byk laki ... kenapa aku jd mangsa ??. Pada masa aku yg sedang "liar" .. ada juga aku terpk, kenapa mesti aku terus jadi begini ?? aku secara perlahan berubah ... sehinggalah kini, berubah bukan secara ekstrem ... tetapi mengambil masa, sudah tentu pada awal perkahwinan .. dugaan + cabaran byk ... tetapi begitulah kehidupan .. sentiasa diuji kerana kita mampu lagi mengatasinya ...
Jadi .. bila nak kata tak percayakan lelaki atau sebaliknya ... ini smua atas diri sendiri, kita lebih mudah percaya pada lelaki atau wanita berbanding dengan kepercayaan kita kepada ibu dan bapa, kita juga lebih suka membaca majalah hiburan yg melampau berbanding dengan buku ilmiah akademik ataupun agama ....
Aku berpendapat .. kalau seseorang itu sudah baligh atau dewasa, maka dia boleh tahu halal atau haram, buruk atau baik sesuatu perkara, sudah tentu melalui informasi dr ibubapa/kawan/majalah. Jika kenal seseorang lelaki atau wanita, lalu terus mempercayai nya .. salah siapa ?? Hakikatnya ... otak dikurniakan untuk berfikir, tetapi telah disalahgunakan ....
aku tak kata aku ni bijak, tetapi aku juga belajar dari pengamatan dan pengalaman .... selagi kita hidup .. selagi itulah kita sedang "belajar " .....
biasa la dunia...pasal nila setitik...rosak susu sebelanga...
BalasPadam