Sabtu, Ogos 21, 2010

Sahur RM5 Di Restoran Banafe

Semalam saya berbuka puasa bersama rakan ketika menuntut di College of Prepatory Studies, KPP Seksyen 17, Shah Alam, Selangor, pada tahun 1986, Zaimi Zaidin. 


Zaimi, Pengurus Teknologi Maklumat di Sime Darby Engineering Sdn. Bhd di Pasir Gudang, Johor.

Berbuka di mana?

Restoran Banafe di Jalan Abdullah Tahir, Johor Bahru. Buffet berharga RM38 seorang. Menurut seorang daripada rakan kongsi, Shakib Abu Bakar Banafe, 33 tahun, restoran terbabit dibuka pada 28 Ogos 2009. Maksudnya, dalam tempoh seminggu lagi genap setahun usia premis itu. Semoga terus menyajikan makanan berkualiti, bersih dan dengan harga berpatutan.

Saya makan siput sedut masak lemak, udang goreng dan kebab, enak. Itu antara 60 hidangan disajikan kepada pelanggan.


Kanak-kanak di bawah usia 12 tahun dikenakan bayaran RM17 sahaja. Maklumat terbabit dimaklumkan kepada saya pekerja di kaunter bayaran di laluan masuk utama ke Restoran Banafe.


"Setiap orang makan purata 400 gram sahaja, jarang lebih. So makanan banyak, ambillah," ujar Shakib.

Shakib, adik kepada penyanyi dan pelakon Betty Banafe mengusahakan restoran terbabit dibantu lebih 70 pekerja.

"Untuk sahur, dari jam 12 malam, pelanggan hanya bayar RM5. Itu kita ambil bayaran kos sahaja, selain itu kira amal," sambung Shakib lagi.

Sebelum meninggalkan restoran terbabit saya merakamkan gambar bersamanya dan rakan kongsi Munsyi Fabrito, di sebelah kiri.


Ya! Ya! Ya! Saya kelihatan sedikit 'kecil'. Barangkali berkat berpuasa atau kerana diapit dua usahawan 10 tahun lebih muda berbanding usia saya.

9 ulasan:

  1. RM5? Thanks for the info.
    Selalu makan ayam penyet saja kat sana.
    The best in town.

    BalasPadam
  2. Salam Sdr Mazidul,
    Patut Sdr MAzidul cuba ayam penyet di sana,
    Masa perlawanan Badmintan ABC di Johor Bahru, ramai pemain badminton negara dan luar negara (indonesia terutamanya) menginap di New York Hotel, berhadapan Restoran Banafe.
    You know what?
    Most of them 'tapau' Nasi Ayam Penyet untuk di bawa ke hotel masing2.
    Hahaha.

    BalasPadam
  3. To answer that question : Nope. That one is personally dedicated to female friend, bestfriend. =)

    Hope can meet U some other time.

    Dan selamat terbang pulang.

    BalasPadam
  4. Author dan Ummie, banyak kali di kedai lama.

    Zara, Hazrey belanja makan sahur. Dia kata duitnya berkepok.

    BalasPadam
  5. BRO... best jer tengok. Dan best bila ramai yg sudi beramal dgn konsep jualan begitu.

    Orang Yang Duit Berkepuk tu bila nak mai belanja orang di KL lak bersahur? Sempat lagi niiii...:)

    BalasPadam
  6. Bestnyer la siput sedut tuh...kat shah alam mana nak cari sahur RM5...

    BalasPadam
  7. siput sedt tu nampak sdap nye! boleh la kami dtg nnti, kami suka jln2 cari makan :)

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.