Di Gurun, Kedah pemandu mendakwa terserempak perempuan berkebaya merah. Dia dikatakan sering muncul, melintas lebuhraya pada waktu malam mengejutkan pemandu sekaligus mengakibatkan kemalangan jalanraya.
Di Lebuhraya Karak, kelibat Volkswagen kuning tanpa pemandu dilapor sering dilihat berada di jalanraya.
Di Bukit Putus, Kuala Pilah, Negeri Sembilan, pemandu sering mendakwa kenderaan mereka berat akibat ‘ditumpang’ entiti tidak dikenalpasti.
Di selekoh Tai Kong, Kelana Jaya, Selangor, ramai terkorban akibat kemalangan. Majoriti mangsa mendakwa terlihat lembaga hitam melintas jalan secara tiba-tiba.
“Macamana kalau perempuan berkebaya merah, naik Volkswagen kuning ditemui di Bukit Putus, bila tanya nak kemana? Dia jawab nak ‘layan’ selekoh Tai Kong?," usik wartawan saya.
Saya tertawa tanpa jawaban.
Minggu hadapan wartawan 360 akan ke lokasi terbabit, meninjau samada kemalangan berlaku akibat kondisi jalan berbahaya, kelalaian manusia atau benar wujud entiti menganggu pemandu.
Biar mereka jawab sendiri.
Di Lebuhraya Karak, kelibat Volkswagen kuning tanpa pemandu dilapor sering dilihat berada di jalanraya.
Di Bukit Putus, Kuala Pilah, Negeri Sembilan, pemandu sering mendakwa kenderaan mereka berat akibat ‘ditumpang’ entiti tidak dikenalpasti.
Di selekoh Tai Kong, Kelana Jaya, Selangor, ramai terkorban akibat kemalangan. Majoriti mangsa mendakwa terlihat lembaga hitam melintas jalan secara tiba-tiba.
“Macamana kalau perempuan berkebaya merah, naik Volkswagen kuning ditemui di Bukit Putus, bila tanya nak kemana? Dia jawab nak ‘layan’ selekoh Tai Kong?," usik wartawan saya.
Saya tertawa tanpa jawaban.
Minggu hadapan wartawan 360 akan ke lokasi terbabit, meninjau samada kemalangan berlaku akibat kondisi jalan berbahaya, kelalaian manusia atau benar wujud entiti menganggu pemandu.
Biar mereka jawab sendiri.
* Malam ini saksikan kisah penjual cakera digital cetak rompak 'kebal' di Tg. Malim. Diserbu polis termasuk pasukan Bukit Aman sebanyak 9 kali, masih terus beroperasi.
dgr cerita uncle, bustop kat jln ke putrajaya pon ade yg menunggu
BalasPadamSama-sama lah kita tunggu ... ini cerita menarik Bro Mazidul...Pelik tp benar.. ha ha ha
BalasPadamwah..sekarang 360 dah mcm misteri nusantara.. :)
BalasPadamcaya lah bro..isu yg menarik utk dikupas..misteri mmg misteri..Kalo bab volkwagen kuning tue kira dah jadi cerita lagend di highway..bab kena 'tumpang' pun mmg slalu org kena..tapi sume citer org..citer sajakan..blum ada bukti kukuh mcm rakaman video ker..tul tak???...
BalasPadamsaya percaya kepada syaitan dan jin, tapi saya tak percaya kepada entiti tersebut melainkan mereka memang manusia btul. mana tahu orang asli melintas jalan.
BalasPadamSaya berani dan saya lelaki. hehe...
ALAMAK .... NAK JOIN SEEKER LA PULAK....APA APAPUN SAYA UCAPKAN TAHNIAH
BalasPadamBENDA MACAM NI MEMANG WUJUD
Bro Maz
BalasPadamItulah sikap orang kita MELAYU atau MALAYSIA amnya...
Memandu laju secara cuai,
Tidak mahu mengikut peraturan jalanraya
Tidak mematuhi had laju yang dibenarkan
Tidak memeriksa kondisi kenderaan agar sentiasa selamat dari segi teknikal, terutamanya tayar dan brek
Tunjuk 'hebat' atas jalan...
Dan sebagainya
Bila berlaku kemalangan
Mulalah salahkan lembagalah, hantu, bayangan kucing, binatang, melintas... tak pula di sebut keretapi melintas, UFO singgah, Alien, Extra Trestrial mencangkong, Harry Potter tengah kona lipat dengan Penyapu Terbang atau sayap AirAsia tercabut...
Saya memang TAK SETUJU dengan alasan demikian...TAK MASUK DEK AQAL...
Pada hemat saya mereka adalah BERBOHONG dan CUBA MELINDUNGI KESALAHAN DIRI SENDIRI...
Memandu dengan berhemah, mengikut peraturan, tidak terlalu laju atau bijak dalam 'road-handling' adalah yang paling utama...
Siapa makan Chilli dia teras pedasnya kan Bro,
mesti ramai di antara pembaca setia dan tidak setia blog ini ada sikap dan sifat demikian seperti di atas... hentikanlah... Cuba memandu secara professional, Insya Allah keselamatan terjamin.
Sekian dari 'Very damn slow driver...' you know me Bro, you experienced it... he he he
Nota: Ni pasal banyak sangat baca surat khabar tu ke??? Hantu forever!
alidyangon,
BalasPadamsaya sokong corak pemikiran anda. Vote untuk anda.
360 akan membawa pegawai Majlis Keselamatan Jalanraya atau trafik untuk menilai keadaan jalanraya terbabit.
BalasPadamYela.. Sama-sama kita saksikan kupasan 360 minggu depan. Satu topik yang memang menarik.
BalasPadamAntara yang Bro paparkan, kisah Volkswagen kuning tu paling lama di dengari. kira macam 'otai' segala misteri la. haha..
BalasPadamKalau boleh, bawa orang yang tahu hal-hal berkaitan paranormal dan entiti ni sekali Bro.
BalasPadamiish WAN ni..nak cari hantu buat apa, macam tak der kerja, lain la insan yg memang periuk nasi memburu hantu heeee..atau tujuan penyelidikan, depan mata U pun ada hantu... tak payah jauh jauh.
BalasPadamkawan pun kawan, tak baik kawn kawan..dengan hantu..bermusuh dengan hantu lagi membuang masa.
adakah itu satu kebetulan.. tapi kalau dah ramai yang terkena.. bolehkan di sebut kebetulan lagi.
BalasPadamBro MAs, lepas ke lokasi tu boleh lah pula mengejar Pochong yang sempat di rakam tu.. heheheheh..
waduh tg malim jugak ek.. mmg xpernah lut dorg nie..kebal
BalasPadamhemat saya enttiti dan ilusi bercampur, lihat lokasi dan peribadi pemandu.entiti muncul walapun peribadi bersih , ilusi boleh muncul bila peribadi 'MABUK'.
BalasPadamala,
BalasPadamalidyangon boleh cakap macam tu sebab belum terkena lagi.
walaupun ada yang memang salahkan benda lain, tapi percaya lah perkara berkaitan makhluk halus ini wujud.
takkan bila kena baru hendak mengakui kewujudan makhluk halus.?
Sudah takdirnye accident di situ...kalu nak cek kondisi jalan, itu bolehlah terima. silakan encik mazidul...
BalasPadamNi mesti menarik segmen minggu depan...penuh misteri....hehe
BalasPadamtake care abg dol
BalasPadammasih ada 1 lg tempat yg tegar menjual cd cetak rompak, di Komplex Yik Foong Ipoh, Perak, rata2 di semua perimis menjual alatan komputer dan menjual CD-R ada menjual cd cetak rompak (games/software), mrk mejual secara terang2, x takut langsung sb tempat itew "dilindung" oleh pihak berkuasa krn mrk juga adalah pembeli yg setia.
BalasPadamapa yg rq tahu seLaku org pahang..karak mmg tmpt 'keras'...
BalasPadamSalam, En. Mazidul,
BalasPadamkadang-kadang cerita-cerita misteri macam ni ada betulnya, tapi kadang-kadang hanya rekaan saje.
salam..
BalasPadamsetakat ni, walaupun pernah alami kes2 makhluk halus ni, rasanya belum sampai ke tahap eksiden kat jalanraya la.
kalau drive tempat yg pelik2, takyah tengok sesuatu benda tu lama2. nnti mula la fikir yang bukan2. bila fikir yang bukan2, mulala kita tak focus on driving. bila tak fokus, senang la berlaku eksiden.
so, salah hantu la ni ye??
areQue.. jln raya semuanya keras kot.. hehehe tp secara peribadi bg saya.. kemalangan berlaku disebabkan kecuaian manusia.. walau apa kondisi sekalipun.. ianya berpunca dari manusia.. apa2 pun.. sebelum memulakan pemanduan.. berdoa elok2 minta diselamatkan perjalanan pergi dan balik.. nawaitu kena betul.. :p
BalasPadambukan ilusi, siapa yang kerap bertugas malam & terpaksa memintas embun dinihari pasti sesekali terserempak imbasan makhluk Allah ini... dia memang suka menyakat kita...
BalasPadamtapikan kat bukit putus tu mmg ramai jumpe la... seriau kalau lalu situ
BalasPadamsokong Nyonya memang jalanraya KERAS..
BalasPadamcuma insan jer yang lemah semangat..
Bro Maz
BalasPadamTumpang sat nak jawab unwanted berkata...
ala,
alidyangon boleh cakap macam tu sebab belum terkena lagi.
Saya pernah juga masa memandu di Highway PLUS dari KL ke Johor Bharu berhampiran R & R MACAP, di kawasan Dusun Damai, bayangkan dengan kelajuan 178km/jam, ada lembaga melayang di sebelah mengekori kita...syukur tidak terjadi apa apa.
Lahhh cerita Volkswagen kuning tu dah sampai Karak pulak. Yang saya dengar keta kuning tu kat PLUS highway KL - Penang, di kawasan terowong Menara tu.
BalasPadamApa-apa pun, jangan lupa panggil Pemburu Hantu dengan Uncle Seekers.. hehehehehehe...
salam..
BalasPadamdi lebuhraya karak (specific place jln kuala lipis-merapoh) banyak dengar kes2 macam ni n ade juga kemalangan disebabkan dengki khianat manusia..pemandu2 bas memang byk pengalaman...
dan..pada hemat saya,bila kita menaiki kenderaan atau sebelum kita memulakan perjalanan,eloklah dimulakan dengan berzikir atau baca doa..insyaALLAh selamat dengan izin-NYA...:)
p/s: yg saya dengar Volkswagen merah..kalau potong je kereta tu(sebab kereta tu slow sgt),mmg lepas tu terus...selamat.....
subjek yg sangat bagus untuk dikongsi
BalasPadamEsok saya ke Bukit Putus bersama wartawan Harris arok Alex. Dua respondan setuju ditemubual.
BalasPadamSeorang daripada mereka mendakwa bertemu wanita muda dengan bunga di telinga datang menghampirinya ketika kereta kehabisan minyak. Dia tidak mengendahkan kehadiran wanita itu dan akhirnya dia masuk ke hutan berhampiran.
Macam best ceritanya.
Pegawai trafik dari Ibu Pejabat Polis Kuala Pilah akan dibawa ke lokasi bagi melihat kondisi jalan, satu daripada faktor mendorong berlakunya kemalangan jalanraya di kawasan sama.
ngeh3x kak nyonya
BalasPadamBerhenti sejenak untuk berkursus...
BalasPadamKursus Rawatan Terapi al-Quran (Rawatan Sihir, Makhluk Halus, Santau) Klik di alamat di bawah:
http://ibanmuslim.blogspot.com/2009/07/kursus-rawatan-terapi-al-quran-santau_3198.html
bagus tu bro.. rungkaikan apa yg patut utk tatapan penonton 360.. syabas!
BalasPadamRakan kerja sy pernah kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan Bhd (PLUS) berhampiran Gua Tempurung.
BalasPadamYang pelik dia bercerita semasa menuruni curam di hadapan Gua Tempurung; tetiba sahaja ada Orang Tua bawa sebaldi air mencurah air ke cermin hadapan keretanya. Dia tak nampak jalan lantaran curahan air tersebut. Putih sahaja cermin kereta... dia panik keretanya bagaikan terangkat & tercampak ke lurah di bahu jalan.
Sedar-sedar katanya nampak pucuk pokok sahaja. Bunyi kereta lalu-lalang setinggi pokok kepala. Hampir 10 meter dalamnya lurah tersebut.
Peliknya barangan nak beraya ke kampung dalam keretanya okey! saja, anak-anak & isteri masih tidur lena. Kereta terpaksa ditarik ke Balai Polis Gopeng, tak boleh jalan lagi patah sana sini. Terpaksa balik Penang naik teksi.
Kes kejadian; waktu Asar menjelang maghrib bulan Ramadhan, siapa si gerladangan Orang Tua bawa baldi di Gua Tempurung itu iyer?.
Bro Maz
BalasPadamTumpang jap...
"iDAN wrote:
Kes kejadian; waktu Asar menjelang maghrib bulan Ramadhan, siapa si gerladangan Orang Tua bawa baldi di Gua Tempurung itu iyer?."
Orang tu tu hantu cuci kereta kot????
Afdlin Sauki mesti nak ambik dia bila ak buat filem CUCI 2 nanti... he he he he...
yg area situ memang kebal... masih operasi seperti biasa.... pizza hut akan dibuka... jom nerai.....
BalasPadam:) alidyangon kelakar Sdr ini, sy memang pernah terlibat dalam kajian kemalangan ini.
BalasPadamPernah buat kajian laporan kemalangan di Balai Polis Trafik Kuala Lumpur, Jalan Bandar. Masa itu sy ditugaskan mengutip data punca kemalangan untuk Pensyarah sy buat PhDnya.
Memang banyak laporan yang berpunca dengan bebenda pelik lagi kelakar ini. Lembaga Hitam selalu sahaja dijadikan penyebab kemalangan. Tertulis dalam Laporan Polis. Lembaga Hitam.
Ingatan sy berjaga-jaga ketika memandu waktu ini selain cuaca hujan, ribut & sebagainya.
Subuh ketika mentari nak terbit (terang-terang tanah), tengah hari terik ketika nak masuk waktu Zuhur & senja ketika beransur gelap.
Memang ini 3 waktu puncak kemalangan maut.
Tengah malam itu biasalah. Selain pemandu mengantuk & mabuk bukan mustahil ada gangguan Lembaga Hitam yang dilaporkan. Jika Sdr Alidyangon suka baca cerita misteri waktu2 ini juga syaitan memang aktif gila!.
Satu lagi awas!! mereka yang pakai kereta warna hitam. Itu adalah warna kereta yang paling tinggi bersabit dengan kemalangan.
Bro MAs.. aku ada tgk episod ini malam td..
BalasPadamdr org2 yg di temubual.. semua mempunyai pengalaman pahit di tempat kejadian..
aku rasa apa yg derang nampak tu mmg wujud. takkan derang nak reka cerita pulakkan..
tp aku terima juga apa yg pakcik janggut.. lupa nama dia. dr JKJr ke.. dia cakap.. kadang2 pemandu buat helah untuk tidak di saman dgn mengatakan nampak sesuatu di tgh jalan..
tp.. benda ghaib kita wajib percaya :)