Sabtu, Julai 04, 2009

Video Lucah Farawahida?

Saya masih ingat ketika komposer, Zulfekar Ahmad membawa anak didiknya, artis, Farawahida Razali membuat persembahan di program Malaysia Hari Ini pada 1 Mei 2008. Mereka kelihatan mesra berbual ketika minum pagi sebelum Farawahida ditemubual.

Kini kisahnya jauh berbeza.

Farawahida, 24 tahun, membuat 3 laporan polis terhadap Julfekar. Polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan, ugutan jenayah menyebabkan kecederaan dan kematian. Pertelingkahan tercetus apabila Farawahida dikatakan enggan menyambung kontrak dengan syarikat milik komposer berusia 45 itu, tamat 9 Februari lalu.

Menurut laporan Harian Metro, Zulfekar menuntut bayaran ganti rugi RM231,000 untuk keseluruhan produksi dan promosi album terbaru Farawahida. Dia juga meminta bayaran RM200,000 atas segala kepayahan menaikkan nama artis sama sepanjang tempoh 7 tahun.

Bagi saya, kejadian ugutan biasa berlaku apabila dua pihak bertelagah.

Lebih menarik, Zulfekar turut didakwa mengugut untuk mengedar gambar dan video lucah Farawahida. Jika benar gambar dan video lucah wujud, polis harus pantas bertindak merampas bukti terbabit sebelum tersebar ke dunia maya.

Soalan saya, siapa krew penerbitan dan ‘pelakon’ lain terbabit dalam rakaman video lucah itu?

Kesan El Nino belum terasa, panas kisah dunia artis membara.

18 ulasan:

  1. sudut kemanusiaan;

    Bagi lelaki RASA tercabar oleh teman yang CURANG/menipu/ berbelit2 (contoh dating dgn org lain tapi memberi alasan kerja atau shoping dgn sesama kerja ) mengatasi pelaburan WANG...

    sebab itu ada lelaki yang sanggup MenBUNUH , alang2 sama2 melepas.

    sudut Agama;

    macam ada sesuatu dari arah perempuan....INSAF...bila insaf sanggup tanggung risiko..(tetapi jika insaf sekejap masuk mulut NAGA kemudian lompat mulut JAWS tak guna juga)..

    Entah2 saya (pengomen lebih teruk lagi ahakss makan diri ) hhee

    BalasPadam
  2. ini la masalah dunia hiburan kite nih....klu taknak sambung contract tu hak artis la....
    tp kenape pilak perlu di libatkan peribadi seseorang yg bulih menjatuhkan maruah artis itu sendiri dan keluarganya??itu yg menjadi masalahnye sekarang nih...

    BalasPadam
  3. bagi saya golongan atis ni jarang memberi kesan positif pada masyarakat.. ada memang ada tapi 80% tu hancur dengan gossip2 dan kes2 panas yang melibatkan golongan ni.

    Dalam kes ni bagi saya kita tak tau sapa yang betul dan salah.. tunggu dan lihat jer la..

    apa la nak jadi dengan dunia artis skrg...

    BalasPadam
  4. MASA SUKA..ENGKAULAH MADU
    MASA BENCI...ENGKAULAH RACUN

    TETAPI ADA KE VIDEO LUCAH TU ATAU MEMANG UNTUK MENONJOL DLM INDUSTRI, MEREKA PERLU SERAHKAN DIRI KEPADA PENGARAH ATAU PENERBIT????

    BalasPadam
  5. huhh panas panas..kesian anak-anak remaja ni sbb kurang kasih syg dan bimbingan dari parent..

    saya rasa kurang perhatian dari famili membuat remaja cpt jatuh hati pada org lain dgn niat utk menumpang kasih atau kesenangan.

    sebelum ni fazura skrg farahwahida pulak.kesian parent dorang terpaksa menanggung malu.. :(

    apapun selepas ini harap dorang insaf dan perbaiki diri sbb masa dpn dorang masih pnjg.

    BalasPadam
  6. Takkanlah FARAWAHIDA ada video lucah? Hai, dunia-dunia.. Kalau betul ada, macamana ianya boleh terjadi. Hanya pihak yang berkenaan sahaja yang tahu.

    BalasPadam
  7. Dalam kes ni siapa yang menganiaya dan siapa yang teraniaya ek? Konpius gak ni..

    BalasPadam
  8. wah...satu berita yang panas ni....farawaahida ada video lucah?? aiii....macam2 la dunia artis Malaysia sekarang ni....

    BalasPadam
  9. kalu tak ada video tu ngape buat laporan polis? kalu kita dipihak yang benar kenapa takut? ini bukan asam garam kehidupan artis tetapi sendiri cari pasal jadi sendiri mau ingat la. Ini la akibat nak cari glamour dan cari duit cara senang, sanggup gadai body. Semua artis macam tu ke? Kena bersosial untuk hidup cara artis. Bila jadi macam ni dah tak tahu dah artis mana yang bersih..

    BalasPadam
  10. tak paham la..nape wat laporan polis...maksudnye ade video/gambar lucah ke?gambar sape? kenape ade pulak?tak paham la...

    BalasPadam
  11. Cuba fikir betul2, bila perempuan tu kata dia kena ugut pasal video lucah, tak ke mcm meludah ke langit?

    Mcm bukak pekung di dada.

    No respect to her AT ALL.

    BalasPadam
  12. ada lagi masalah video lucah ni..sedar2 lah bile nanti tersebar kat dunia luar masa tu lah tak mengaku, bukan muka sendiri..buat ape lah nak rakam2 ni..layan sendiri je lah..kalo die betul2 buatlah kan..

    BalasPadam
  13. bukan nama artis kalau tiada kontroversi sebegini

    BalasPadam
  14. maaf kalau terkasar.
    tetapi betul, jika ada perkara sebegini berlaku pada artis, tiada rasa belas kasihan dalam diri.
    hanya mentertawakan mereka..
    padan muka dengan apa yang mereka lakukan.
    bila berlaku baru mereka sedr.
    kalau tidak mereka tidak sedar.
    seakrang ni pun,
    ramai mana yang masih lagi tidak sedar.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.