Khamis, Julai 30, 2009

Dihalau Macam Anjing

Saya menerima lebih daripada 300 pesanan ringkas, SMS ibu tunggal sudi ditemubual untuk episod 360 siaran 5 Ogos 2009 berhubung tajuk ‘Derita ibu tunggal’. Tidak mungkin dapat saya menunaikan hasrat mereka semua.

Apapun, saya membaca setiap SMS dihantar secara teliti dan mendapati majoriti mereka mempunyai bilangan anak di antara 2 dan 8, majoriti mendakwa bekas suami gagal membayar nafkah anak berjumlah di antara RM200 dan RM300 sebulan seperti mana diputuskan Mahkamah Syariah.

Lebih malang sebahagian mereka berdepan cabaran membesarkan anak istimewa, cacat secara bersendirian.

Ibu tunggal menetap di Batu Pahat, Johor, Ina, bercerai dengan suami sejak tahun 2005.

“Suami saya orang Indonesia, lepas bercerai dia menghilangkan diri pulang ke negara asal. Nasib baik saya mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Agama. Untuk membesarkan dua anak, saya bekerja pembantu warung dengan pendapatan hanya RM12 sehari. Anak sulung saya berusia 14 tahun terpaksa berhenti sekolah dan bekerja sebagai pembantu mekanik untuk menyara kehidupan kami sekeluarga,” keluh Ina.

Berikut SMS dihantar Ila, ibu tunggal dari Kg Felda Cahaya, Masai, Johor.

“Saya tidak menerima sebarang bantuan membesarkan 4 anak, kini menumpang di rumah nenek hampir roboh. Berikutan masalah pengangkutan, saya tidak mempunyai pekerjaan sejak berpisah dengan suami 6 tahun lalu”

“Saya dibenci mertua kerana gemuk. Sewaktu diceraikan saya mengandung anak kembar. Kerana tiada nafkah dibayar bekas suami, anak saya terpaksa berhenti sekolah, kami juga dihalau dari rumah macam anjing. Bila tidak makan seminggu, saya dan anak hanya minum air paip untuk mengisi perut,” rintih ibu tunggal, Ema melalui SMS dihantar.

Terfikir mengapa keputusan Mahkamah Syariah menetapkan bekas suami membayar nafkah anak selepas perceraian dipandang lekeh ramai lelaki?

Atau mereka dayus? Membiarkan darah daging sendiri teraniaya lalu sengsara.

37 ulasan:

  1. Terfikir juga betapa rapuhnya fungsi Baitulmal di setiap negeri dalam 'MENGOSONGKAN' perbendaharaan mereka bagi golongan ibu tunggal yang tergolong antara 8 asnaf yang berhak menerima wang zakat.

    Terfikir juga betapa tidak berfungsinya ketua kampung atau jiran tetangga.

    Apabila pihak media, khususnya TV3 menyiarkan rancangan seperti BERSAMAMU, kerap kali singgah di benak aku ialah, DI MANA PUSAT ZAKAT DAN BAITULMAL? Apakah mereka yang makan duit zakat di dalam badan tersebut, diam tidur dan memekakkan telinga, membutakan mata dan membekukan otak? Bukankah golongan ibu tunggal merupakan antara asnaf yang wajib diberikan bantuan? Apakah pusat zakat dan baitulmal di Malaysia ini fungsi mereka menjadikan wang zakat sebagai modal perniagaan dan pembelian aset?

    Sudah beberapa kali aku menyergah kaunter Pusat Zakat, bahkan pernah juga memanjat tangga baitulmal yang disebelahnya terpacak megah sebuah hotel dan pusat rawatan yang harganya sama mahal dengan hospital swasta lain, sambil membawa beberapa orang anak yatim piatu serta mereka yang sedang dalam keperluan untuk membayar kos perubatan... malangnya, protokol dan birokrasi renyah yang dipamerkan menunjukkan betapa zulmatnya mereka dengan agihan wang zakat....

    Hang tak mahu test dengan Pusat Zakat dan Baitulmal ker, Mazidul?

    BalasPadam
  2. Saya pernah berbual dengan seorang Hakim Mahkamah Syariah..

    Dia bagitahu bahawa andai si bekas suami tidak membayar nafkah yang telah ditetapkan oleh Mahkamah, itu ialah amat salah...dan wanita tersebut sepatutnya membawa perkara tersebut semula ke Mahkamah Syariah, dan pihak Mahkamah akan memeutuskan supaya gaji lelaki tersebut terus dipotong dan masuk ke akaun isteri atau anak-anak (menurutnya pernah dibuat sebegini)...

    Malangnya tak ramai yang mengetahui hak mereka...lalu mendiamkan diri saja bila tak dibayar...

    BalasPadam
  3. hina sangat ke kalau gemok??
    orang gemuk perasaannya lagi mudah terguris~~

    BalasPadam
  4. kebanyakkan suami memang suka lupa diri...maaf bukan semua..

    BalasPadam
  5. off topik jab...Mazidul kenapa jam kamu lambat sejam?? heheh..

    BalasPadam
  6. sungguh kasihan bila melihat nasib2 kaum ibu yang terpaksa menyara anak2 tanpa belas ihsan dari kaum bapa..seringkali mendengar kisah bila ada bekas suami abaikan tanggungjawab terhadap anak2.. sepatutnya kita perlu ada satu garis panduan atau akta yang lebih ketat yang mesti dipatuhi oleh kaum lelaki.. ada juga dgr rintihan kawan2 yang mengalami nasib seperti ini... kat mahkamah janji nak bg nafkah.. tp sebetulnya tak bg...

    BalasPadam
  7. en mazidul..semua berkaitan dgn ilmu agama.niat kawin kerana ape.setakat nak memuaskan nafsu begini ler jadinyer..

    anak berderet mcm ketapi,bapa hilang entah kemana.kena muhasabah diri ngape takdir sbegini rupe.

    apapun kpd para suami HUKUM KARMA ITU PASTI cuma masa menentukannyer.bila dah tua nnt tido kat dlm longkang atau bawah kolong maka disitu tempat anda kerana perbuatan anda sendiri.

    so lu pikir ler sendiri..!

    BalasPadam
  8. saya juga terfikir perkara yang sama. kadang2 geram dengan lelaki yang macam ni. kalau dah benci sangat dengan isteri, kenapa mesti anak jd mangsa.

    kesian budak2 tu.

    tapi yang saya tersentuh sekali bila baca sms pasal mertua dia halau tu. sampai terpaksa minum air paip? saya tak faham kenapa ada orang yang ada tahap kebencian sampai camtu sekali.

    saya pun kadang2 ada benci orang. tapi takla sampai kejam sangat camtu. agak2nya diorang ni terlebih tengok cerita indon kot..

    BalasPadam
  9. hesh,..

    pelik btol la,..
    cmne boleh terabai lak org2 cmnih??
    dorg xmintak tolong baitulmal ke,..
    baitulmal yg xsedar ade org cenggini,..

    adoi,...
    smoga khidupan dorg lebih baik lepas nehh,..

    bgus gk keje wartawan neh,.. dpt bantu ringankan beban org cenggini,..

    BalasPadam
  10. Kata Azhar,'pihak Mahkamah akan memutuskan supaya gaji lelaki tersebut terus dipotong dan masuk ke akaun isteri atau anak-anak (menurutnya pernah dibuat sebegini)' - Bagaimana jika suami tidak memunyai pekerjaan atau hilang entah ke mana?

    Masalah akan berpanjangan.

    BalasPadam
  11. Nyonya, perlukan Akta lebih ketat? Maksudnya, tindakan Mahkamah Syariah tidak mencukupi?

    BalasPadam
  12. saya tak mahir sgt bab perundangan.

    cuma saya tgk kuasa mahkamah syariah ni terhad. pastu kadang2 masa yang diambil utk satu kes tu lama sangat. tapi saya faham, mgkn ada prosedur yang kena diikuti. tapi kesian kepada yang menjadi mangsa.

    azhar, kalau lelaki yang takde keje tetap, camne lak nak potong gaji?? ada alternatif lain tak??

    hmm..perempuan skrg kena establish. bahaya kalau bertemu jodoh dgn lelaki tak bertanggungjawab. kesian anak2.

    BalasPadam
  13. Ini lah realiti hidup... mintak2 kalau aku mati sok jangan la anak bini aku merempat sampai tak makan.. kebanyakkan kisah ni menginsafkan diri.. thanks bro..

    BalasPadam
  14. Saudara Mazidul kena siasat juga berapa banyak kes tuntut nafkah di mahkamah syariah yang masih aktif tak tidak "berjalan" ..

    Dan kenapa ramai ibu tunggal malas nak naik turun mahkamah pasal nak tuntut nafkah.. (setiap kali ke mahkamah, ada kos tu dan selalunya ibu tunggallah yang menanggung)

    Kenapa lelaki berbuat macam tu? Alasan utama yang saya selalu dengar dari kawan-kawan ibu tunggal, tidak mempunyai pekerjaan tetap, tanggungan keluarga baru.. dan yang selebihnya, senyap terus.. seolah-olah bila bercerai, status ayah itu juga hilang seperti hilangnya status suami itu..

    Saudara Mazidul cuba selidik undang-undang keluarga Islam di Singapura dan bandingkan dengan apa yang dipraktikkan di sini.

    BalasPadam
  15. mak saye x tuntut ape2 dari ayah..since cerai die pon jarang bagi duit...
    sebab mak x tuntut?? sebab die tau buang mase jer...selame kawin pon mak yang sapot famili...so buat ape buang mase turun naik mahkamah? tapi dalam pade tuh...kami nih sebagai anak...harap die tau la erti tanggung jawab!! xde la lepas tangan..at least kalo beduit tuh ingat2 la...bagi anak2...kite kesian kan die da skit bagai kan..tapi bile sehat lupe anak2!
    kalo boleh...hukuman di perketatkan...


    kes ida dri johor tuh...hurmm masih ade lagi diorang telepas pandang ek?? macam org2 kat atas nih sbot..pasal baitumal...
    staf baitumal layan mak saye macam peminte sedekah!teringat saye waktu tuh kakak amat memerlukan duit untuk masuk ke u...boleh plak staf yg di panggil USTAZ cakap...
    dah takde duit nak masuk u plak...
    kemane org islam nak mengadu macam ni? tuh pasal ade kes org islam mengadu pasal kesusahan di rumah ibadat kristian dan buddha! sepatutnyer..diorang pk..kalo kami nih senang... buat ape nak MINTE SEDEKAH kat baitumal? buat ape naik bas jauh2..daki bukit... jalan kaki..semate mate nak mohon bantuan kalo x memerlukan?
    kalo tanye sume orang yang penah mohon bantuan di baitumal pon akan kate mende yang same.....mereke layan orang macam peminte sedekah...moge selamat dunie akhirat mereke2 yang menganiaya saudare islam mereke...

    BalasPadam
  16. afiq, sorry to hear your story.

    nampaknye encik mazidul kena korek berita pasal baitulmal plak ni..

    baitulmal kena amik berat pasal ni. sbb duit tu ialah duit zakat orang. sedih lak bila baca org yang kesusahan ni tak dapat pertolongan.

    BalasPadam
  17. pada pendapat saya, mungkin govt atau badan2 berkenaan boleh memberi lebih info + kemudahan untuk menjarakkan anak.

    Perasan x selalunya golongan yang mempunyai very limited resources seperti ini mempunyai anak yg ramai, lepas tu apa lagi kebajikan anak bini campak ke longkang lah

    BalasPadam
  18. betul juga cakap kitket tu. kalau kita tengok rancangan bersamamu tu pun dah nampak kan.

    memang la anak tu rezeki dari Allah.kalau dah takdir, jadi juga.

    tapi dalam keadaan camni, rasanya education tentang family planning tu perlu.

    lagi2 untuk kes2 pelik macam sorg motivator tu cakap, time pagi pinggan mangkuk asyik terbang2 je. tau2 ada anak baru!

    BalasPadam
  19. Kalau macam tu layanan Baitulmal, saya geleng kepala yang amat sangat. Sedangkan fungsi Baitulmal itu adalah... ? (jawab la sendiri..)

    Kita membayar zakat itu untuk apa sebenarnya kalau bukan untuk golongan yang susah seperti ini? Memang patut saudara Mazidul siasat perkara ni.

    Setiap hari saya baca akhbar pasal orang mengadu tentang kesusahan hidup mereka, mengadu pada TV3 - ada rancangan Bersamamu, semua tu terjadi kenapa? Kita bila menderma, dapat juta-juta, tapi duit tu mana hasilnya? Tak nampak!

    Saya tengok rancangan Oprah's Big Give, peserta Big Give tu bertungkus lumus untuk membantu keluarga yang susah, ramai yang membantu dari segala aspek, dan akhirnya hasilnya nampak jelas.

    Kat negara kita, apa dah jadi? Tabung Kesihatan yang ditubuhkan kerajaan, ada berjuta-juta RM dalam tu, tapi hampir tiap hari kita baca pasal keluarga pesakit merayu minta bantuan sebab tak mampu nak bayar kos rawatan, kita baca pasal keluarga hidupnya dhaif, tapi mana dia Baitulmal atau pihak-pihak yang berkaitan datang membantu?

    Bila ada "red tape" inilah jadinya. Ini satu fakta ya, kalau keluarga itu beragama Kristian atau Buddha dan mereka mengadu kepada gereja atau kuil masing-masing, mereka akan dibantu tanpa soal. Dan ditambah lagi dengan gotong-royong pihak masyarakat setempat.

    Saya pernah dipanggil untuk menyertai gotong-royong sebuah "nursing home" dan "orphanage" - mengecat dinding, menanam pokok bunga, mengagihkan barangan permainan, kain baju, makanan dan sebagainya, tapi saya tolak sebab saya dapat tau sumber-sumbernya dari mana. Betapa persatuan mereka ini teguh dan kuat dalam membuat kerja-kerja kebajikan tanpa mengharap kerajaan.

    Sudah sepatutnya kita begitu, tambahan pulak dengan sokongan kerajaan... tapi... ???

    BalasPadam
  20. Audra Sazreena
    btol tuu!!
    kalo ikutkan..x payah kutip derme dah!! duit zakat da cukup untuk tolong rakyat miskin nih!!!

    BalasPadam
  21. salamm..

    inilah hasil hukum manusia..

    cetek benar ilmunya..

    jika ambil hukum islam secara total kan senang?

    lebih terjamin..

    salam ;)

    BalasPadam
  22. Kes perceraian ini pernah berlaku dalam keluarga sy!

    Memang benar apa yang Sdr Mazidul katakan jika makan gaji boleh Pihak Mahkamah Syariah buat potongan gaji, jika tiada kerja tetap memang payah.

    Abg kandung sy yang sulong anak 7 orang sentiasa memberi nafkah kpd kebas isterinya malahan dipotong gaji & pihak Mahkamah Syariah pun sering datang ke rumah bekas isterinya jika ada aduan. Sekarang bila mereka semakin tua nampaknya mereka telah baik semula biar pun tidak rujuk semula.

    Abg kandung sy yang lagi seorang anaknya ada seramai 21 orang; isterinya yang sah ada lima orang. Seorang meninggal 3 anak, seorang lagi nikah senyap2 & bercerai ketika baru beranak seorang. Seorang lagi bercerai 3 anak, keempat bercerai 7 anak & isteri paling muda kekal 7 anak.

    Arwah abg saya ini meninggal ketika usia 45 tahun. Kemalangan di Tangkak Johor. Ketika dia meninggal dunia dia hanya tinggal seorang isteri setelah bercerai berai. Pernah dia punyai serentak tiga orang isteri tinggal sebumbung. Memang hebat abg sy ini mungkin dia menuntut ilmu dari arwah apak yang punyai 3 isteri kekal. Rasanya kes sebegini sudah dikira luar biasa.

    Sdr Mazidul fikirkanlah bagaimana mahu membesarkan 21 orang anak dengan perkerjaan sendiri?. Mahkamah Syariah nak tuntut duit macam mana kpd arwah Abg saya ini!!?.

    Pihak Mahkamah Syariah tak boleh bertindak apa pun. Cumanya semua bekasnya isterinya berkahwin lain, suami yang muda yang membesarkan kebanyakan anak2 saudara 21 orang ini.

    Sy sudah naik jelak dengan kes cerai berai ini,sebab sepanjang hayat memang kes cerai berai berlaku depan mata & membelenggu kehidupan kita.

    Mahkamah Syariah sebenarnya boleh bertindak hanya atas aduan & desakan Si pengadu. Jika ibu tunggal sendiri mencari jalan selesai di luar mahkamah sememangnya penderitaan ibu tunggal ini akan berpanjangan.

    Hanya jodoh setelah bercerai atau kekuatan diri sahaja yang dapat merubah keadaan.

    BalasPadam
  23. Org pompuan yg teraniaya ni memang gelap masa depan, kerajaan tolonglah ambil mereka, bagi jawatan kontrak pun tak pe ikut kelulusan, saya ada kawan & sepupu yg teraniaya begini, dulu elok kerja dgn swasta syarikat terkenal, tapi berenti kerja sbb berpindah ikut suami, now hidup menumpang rmh adik beradik, nasib anak sorang, tapi kedua-dua able to speak fluent english, rupa pun lawa walaupun umur mereka dah 40an..ini asyik ambil org muda je kerja, yg tua ni tak yah hidup ke?????????

    BalasPadam
  24. di benci ibu mertua kerana gemuk OMG!! ada jaga zaman2 skarang ni berfikiran macam tu...

    BalasPadam
  25. Abg Marzidul... saya ada soalan, tlg sy ye

    mcm mana klu bkn ibu tunggal, ada laki yg xnak bela, sy ada kwn yg kakaknya yg telah berkhawin msh dok menumpang umah maknya bersama laki serta anaknya seramai 5 org.
    setiap bulan semua perbejanjaan termasuk belanja dapur, makan pakai anak-anaknya serta bil2 ditanggung sepenuhnya oleh kwn saya 2 sebab abg iparnya enggan memberi nafkah, duit dia dia yg punya, smpikan susu anak dia sendiri pun adik iparnya yg tanggung.
    mcm mana pulak tu, ni puasa dah nak dekat, jadi raya pun x lama je lagi, sah sgt sprti tahun sebelum2nya semua bj raya termasuk bj mak bapak serta kakak dan anak2nya kwn saya yg kena supply kan, kwn sy sering merungut apa nak buat... saya cuba bagi ideal halaukan aje abg iparnya itu, tapi diugut akan membawa lari semua anak2nya yg menyebabkan mak kwn sy terpaksa msuk campur... hai entahlah... kwn sy 2 x sanggup berpindah meninggalkan mak bapaknya yg makin tua, terutama bapaknya yg susah nak ke bilik air, nak harapkan abg ipar, x mungkin, dia pernah kata, "itu bkn bapak sy"... apa nak buat ye?

    BalasPadam
  26. Ingin memberi cadangan. apa kata ibu tunggal yang teraniaya ni (tidak di beri nafkah) melaporkan perkara kepada pihak yang berwajib supaya tindakan dapat di ambil terhadap sang suami yang lepas tangan begitu sahaja. Biar dia tahu apabila di kenakan hukuman setimpal dengannya.

    BalasPadam
  27. Gelas Biru Muda, nama saya BUKAN Marzidul, it's Mazidul, tq.

    BalasPadam
  28. Bro Mazidul, let me answer Gelas Biru Muda please.

    Gelas Biru Muda, masalah di sini ialah akhlak lelaki itu sendiri, dan kalau kita takut untuk mengambil tindakan mengikut lunas undang undang yang sedia ada, sesaper pun tak boleh nak tolong termasuk apa jua program TV yang ada.

    Buat apa menyiksa diri kalau dah tahu masalah itu semua? Kenapa dah anak lima masih tiada tindakan dari keluarga si isteri? Kenalah buangkan sikap tak apa tu.

    BalasPadam
  29. terkagum dengan kisah saudara iDAN. sampai baca 2-3 kali untuk fahamkan diri sendiri.

    yang paling menarik, ayat di baris terakhir.

    BalasPadam
  30. teringat kisah seorang wanita yg saya kenali. saya bahasakan dia as 'A' ye.

    A ni anak tunggal, parents bercerai masa umur dia 4-5 tahun, so dia tinggal dgn mak. si bapak A ni awal2 mmg tiap2 bulan bagi nafkah utk anak. tp lama2 makin jarang, last2 tak bagi apa2 langsung.

    tinggallah si ibu A sorang menanggung A sampai habis belajar. si bapak pulak dah tatau hilang ke mana...

    sampai la satu hari ni, masa tu si A dah nak kawen, tiba2 sorang family member si bapak ni call kata bapaknya sakit. (pelik lak saya cemana dia dapat detect si A ni walhal lama gila dah tak contact).

    tau kenapa dia call? sebab dia nak suruh si A byr medical cost si bapak. aikk??? mana si isteri baru? mana anak2 dgn si isteri baru? takkan semua lupakan bapak kot? pelik sungguh!

    si A bagitau pada si ibu. si ibu terus panas hati dengar pasal tu. mana taknya, dulu masa si A kecik lagi, takde pulak si bapak tu bertanya khabar kot2 si A tu tak makan ke, takde duit beli buku ke... alih2 call nak mintak duit.

    inilah dia kisah bapak yg baru nak teringat kat anak bila dah askit. time sihat, buat2 tak wujud je si anak tu.

    bengang!

    BalasPadam
  31. nak salahkan siapa kalo bnda ni jadi???

    bukankah lelaki
    2 yg mcm ni sndiri yg mangkuk hayun krana jahil ..

    kawin pandai..tp apakah natijahnya kawin tanpa dibekalkan dgn mentaL dan ilmu yg jitu...

    paTuTlah pompuan zaman skrg dah ramai yg rela mmbujang dr kawin..

    kejadahnya sbb bmbg lelaki bongok dan dayus mcm nilah..

    jgn tau nak salahkan akta..tapi fikir lah kesalahan siapa..

    kalo ada akta berbakuL2 pon..people still doesnt aware about it..

    akta ponn tak prnh sntuh..of course main langgar jerrrrrrr

    BalasPadam
  32. keselamatan pompuan skrg dah tak secure lg..

    rq kalo kawin...rq lbih rela buat pre-nuptial agreement berhelai-helai..

    senang..nak tima ke tak sudah..

    masalh nye..pompuan skrg tu lah..
    dorg tak tahu hak dorg dlm undang2..

    suami buat pe pun..wat tak tahu jew..

    plzz la..protect ur self women!!!

    jgn bg lelaki2 jahanam mcm tu mnginjak2 injakkan u all punye rights..

    BalasPadam
  33. rata2 kes..mmg bgitu lah..

    at last...dah terhantuk bru nak pi mengadah

    BalasPadam
  34. wahhh areque... garangnya.. apa pun sebuah rumahtangga memerlukan kerjasama dan tolak ansur dari kedua pihak.. suami dan isteri.. proses penyesuaian di awal perkahwinan amat penting... amat mustahil utk kita mendapat pasangan yang sebetul dan sebenar2 menepati citarasa dan kehendak kita.. atas dasar itu suami dan isteri perlu ada rasa timbang rasa dan tolak ansur.. sedikit perbezaan cuba disesuaikan dan kelamaan akan menjadi serasi.. insyaallah.. selebihnya bertawakal dan berdoa mohon keredhaan dan restu dari Ilahi..

    BalasPadam
  35. al-qamar, kalau saya, saya akan tanya mak dulu. kalau mak tak redha, biar je.

    lelaki tak tau malu. meminta hak pandai. menunaikan hak tak pandai.

    BalasPadam
  36. Alqamar..

    tak elok dendam..
    yang lepas tu lepas ayah itu dah taubat kan...

    dari pada sedekahkan kepada orang yang tak kenal baik sedekah kepada ayah atau jiran..

    rezeki wang dan pangkat anak adalah ANUGERAH..

    ada orang kerja puluh2 tahun tak juga senang..

    ada orang memBALUN nak anak siang malam tak juga dapat..
    oleh itu bila senang ingat2 la man tau ditarik balik kesenangan dalam sekelip mata..lupakan dendam..ayah tetap ayah..dosa dia bukan kerja anak untuk membalasnya..

    DIA yang membalas.

    BalasPadam
  37. @asilah memang ibunya tak redha, so dia bagi sikiiititttt je kat bapak dia, tu pun tanpa pengetahuan ibunya.

    @zeqzeq kisah itu bukan kisah saya, cuma kisah seseorang yg saya pernah kenal dulu :)

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.