Ibu tunggal, Khatijah Hassan, 74 tahun ditemui di Projek Perumahan Rakyat Termiskin, PPRT di Sekyen 8, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor. Dia ditemubual wartawan 360, Harris Farok Alex.
“Dulu masa sewa rumah RM124, kita tak biasa hutang tetapi sekarang naik RM250 sebulan, kita memang tak mampu,” katanya.
Suami Khatijah meninggal dunia 25 tahun lalu. Kini warga emas kelahiran Selama, Perak itu tinggal bersama cucunya, anak kurang upaya.
“Anak saya ada seorang saja, kerja pengawal keselamatan, pendapatan dia pun bukan banyak. Tapi dialah tanggung perbelanjaan saya dengan cucu, anak dia," ujarnya.
“Dulu masa sewa rumah RM124, kita tak biasa hutang tetapi sekarang naik RM250 sebulan, kita memang tak mampu,” katanya.
Suami Khatijah meninggal dunia 25 tahun lalu. Kini warga emas kelahiran Selama, Perak itu tinggal bersama cucunya, anak kurang upaya.
“Anak saya ada seorang saja, kerja pengawal keselamatan, pendapatan dia pun bukan banyak. Tapi dialah tanggung perbelanjaan saya dengan cucu, anak dia," ujarnya.
Saya perhatikan kedutan seribu di wajahnya petanda dia dimamah usia.
“Makan minum mak cik macam mana, cukup ke?,” tanya Harris.
“Kita tak makan, tak minumpun, bukan orang tahu,” jawabnya sambil menundukkan kepala.
Khatijah ditemubual bertemankan lebih 20 ibu tunggal lain, Melayu dan India. Majlis Bandaraya Petaling Jaya, MBPJ, Selangor melalui notis dikeluarkan 2 minggu lalu mengarahkan penduduk mengosongkan rumah mereka kerana dikatakan gagal menyelesaikan tunggakan bayaran sewa.
“Makan minum mak cik macam mana, cukup ke?,” tanya Harris.
“Kita tak makan, tak minumpun, bukan orang tahu,” jawabnya sambil menundukkan kepala.
Khatijah ditemubual bertemankan lebih 20 ibu tunggal lain, Melayu dan India. Majlis Bandaraya Petaling Jaya, MBPJ, Selangor melalui notis dikeluarkan 2 minggu lalu mengarahkan penduduk mengosongkan rumah mereka kerana dikatakan gagal menyelesaikan tunggakan bayaran sewa.
“Masa sewa rumah RM124, memang tak ada tunggakan. Sejak Parti Keadilan Rakyat memerintah, sewa rumah naik RM126, sekarang dah jadi RM250. Kenaikan itu lebih 100% berbanding sebelumnya (RM124). Kebanyakan ibu tunggal di sini tak ada kerja, uzur dan ramai anak, mana nak mampu bayar,” ujar Siti Aishah Mohd Yusof.
Siti Aishah, 42 tahun, Pengerusi Persatuan Ibu Tunggal Seksyen 8, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
Sejurus mendengar aduan itu saya menghubungi pegawai perhubungan awam MBPJ.
“Meeting, meeting,” bisiknya.
Lalu, pada jam 4.37 petang tadi, saya menghantar pesanan ringkas, SMS kepadanya.
‘MBPJ mengarahkan lebih 50 ibu tunggal keluar rumah di Seksyen 8, Kota Damansara. Kalau habis meeting, minta call saya balik, urgent’
Hanya pada jam 8.55 malam dia menghubungi saya. Mungkin dia tidak faham maksud perkataan ‘urgent’ atau tidak menganggap kandungan SMS saya hantar penting.
Terlintas di hati, tanpa timbang rasa MBPJ pantas mengarahkan ibu tunggal mengosongkan rumah mereka diami, hairannya perkataan ‘urgent’ bagi mereka bererti 4 jam 22 minit!
360 akan membuat susulan berhubung kes ini.
Siti Aishah, 42 tahun, Pengerusi Persatuan Ibu Tunggal Seksyen 8, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
Sejurus mendengar aduan itu saya menghubungi pegawai perhubungan awam MBPJ.
“Meeting, meeting,” bisiknya.
Lalu, pada jam 4.37 petang tadi, saya menghantar pesanan ringkas, SMS kepadanya.
‘MBPJ mengarahkan lebih 50 ibu tunggal keluar rumah di Seksyen 8, Kota Damansara. Kalau habis meeting, minta call saya balik, urgent’
Hanya pada jam 8.55 malam dia menghubungi saya. Mungkin dia tidak faham maksud perkataan ‘urgent’ atau tidak menganggap kandungan SMS saya hantar penting.
Terlintas di hati, tanpa timbang rasa MBPJ pantas mengarahkan ibu tunggal mengosongkan rumah mereka diami, hairannya perkataan ‘urgent’ bagi mereka bererti 4 jam 22 minit!
360 akan membuat susulan berhubung kes ini.
MasyaAllah.. tergamak? kenapa apakah?? nak kosongkan rumah nak pergi mana? apa kejadahnye ni? ini dah jadi kes aniaya.. menganiaya rakyat sendiri..
BalasPadamalahai... dah lah sewa di naikkan.. tak bayar nak suruh kosong kan rumah..
harap Bro dapat hubungi orang MBPJ yg busyyyy gila tu...
klu betul la PKR wat cmni,mmg ak amat kecewa.tapi kdg2 geng majlis perbandaran ni org UMNO gak,kes sabotaj.hope ad pihak yg akan selesaikan mslh ni.amin.ni dh xkira politik dh.ni isu kemanusiaan.
BalasPadamish, mmg xde otak mereka tu, 50 org bkn jumlah yg terpencil, kat mana mrk nak tinggal setelah dihalau mcm anjing kurap... harap kes ni ada happy ending nya
BalasPadamIsk2...tak patut la buat macam tu...bertimbang rasa la skit kepada golongan yang serba kekurangan tu..
BalasPadamSdr Mazidul
BalasPadamYang empunya kuasa & memberikan arahan pindah di MBSJ itu tak kiralah di pihak parti mana bagi sy adalah orang yang sifar atau fakir kemanusiaannya.
Kalangan mereka tak pernah terkena musibah atau ujian kemiskinan & kalangan ibu tunggal itu bukan waris mereka; maka mana adanya sikap simpati & bertolak ansur dalam jiwa mereka.
Jika terlalu memikirkan wang ringgit dalam membantukan Rakyat Termiskin itu nama hanya musang berbulu ayam. Harapkan sokong sokong membawa rebah.
Seharusnya ada penyelesaian terbaik dalam membantu Rakyat Termiskin ini, mestilah ada jaringan semua pihak; Jika wang zakat kita yang berkepok tidak dapat membantu tentunya ada badan kebajikan lain yang sedia membantu.
Buat apa kita mendera orang yang memang telah derita. Maka itu sy sering menulis di penghujung zaman ini sikap manusia makin hilang kemanusiaannya. Jika kita ini boleh dijadikan batu loncatan tak kira siapa pasti akan mengambil kesempatan terhadap kelemahan kita.
Sikap keprihatinan sesama insan semakin pudar; sementelah itu perbagai perbuatan kejam dapat kita tatap dari ke hari ke hari. Semata-mata kita makin tak ingat mati, tamak, ego, rakus & perbagai lagi sikap naif pun keruntuhan moral yang kita temui.
Jatidiri, sopan santun, hormati rang tua... orang miskin, saling prihatin sesama insani & segala nilai murni perlulah dipupuk kembali dalam agenda Dasar Pembangunan Negara yang seimbang & Dasar Pendidikan Kebangsaan yang benar-benar utuh & jitu. Jika tidak kita sama sahaja dengan negara maju yang rakyatnya tidak bermoral malahan lagi teruk di mata Ilahi lantaran kita manusia beragama Islam tetapi bertindak seperti orang kafir lagi kejam.
Maka dunia barat akan pasti terusan menuduh kita ini adalah penjenayah atau pengganas yang bakal mereka tentang pun pijak-pijak.
Kita sesama bangsa kita pun tak boleh berunding & berlebih kurang... Apatah mahu bersatu dengan lain etnik & bangsa asing. Macam mana ini Sdr Mazidul ?.
Saya cuma simpati, ibu tunggal berhadapan pelbagai masalah. Sudah ditinggalkan suami, terpakasa menanggung dan membesarkan anak. Sebilangan anak caacat. Saya percaya ramai antara mereka tidak cukup makan pakai dan terpaksa bergantung kepada orang lain.
BalasPadamNamun, kesengsaraan mereka hadapi tidak tergambar di wajah. Tetapi apabila didekati, kita berkemampuan memahami beban ditanggung mereka.
Setiap isteri akan kematian suami atau suami akan 'hilang' jika berlaku perceraian. Cuma kita tahu berhubung bila kejadian itu akan berlaku.
Orang yang keluarkan arahan tu memang takde hati perut.. mentang2 makan gaji besar..duduk rumah besar..yang kecik halus nih..dia buat macam semut je..pijak mati.. itulah.. lain kali nak pilih pemerintah pastikan org yang buat kerja.. org kat bawah bertindak atas arahan yang diatas.. kalu orang PKR yang duduk atas, dia la yang suruh kot..
BalasPadamisk...x suke la tgk org2 tue susah...sedih giler.....
BalasPadamsama mcm kes buah pala..yg dikejar tak dpt ,yg dikendong berciciran :(
BalasPadamSemasa menonton berita ni kat buletin utama semalam, saya teringin nak tau apa rasional MBPJ menaikkan sewa rumah tu.
BalasPadamkalau dia naikkan saje2 je, memang orang MBPJ tu tak faham maksud perkataan PPRT. tak sekolah kot. dah namanya PPRT, dah sahlah orang tu kurang berkemampuan.
walaupun mungkin rate sewa rumah dikawasan tu tinggi, pihak MBPJ tu sepatutnya guna otak sikit. ingatla balik apa tujuan PPRT tu dibina.
Now you see...
BalasPadamkredibilti.makan gaji, metaliti, integriti,gergaji..telusi,,malasi,amanahi,,..entah sampai bila nak betul..
BalasPadambanyak kursus Modal insan..dihadiri..tapi tahap kecekapan..sama jerr
urgent bg kita bro.. tp tidak bagi mereka... sian tgk nasib ibu2 tunggal ni.. ibarat sudah jatuh ditimpa tangga
BalasPadamKesian dgn mereka... knp org kita yg ada syarikat tak nak ambil mereka bekerja, bagilah peluang pd mereka, ini asyik ambil org Indon je...jadi pengasuh kanak-kanak ke, kerja di warong, pencuci pejabat, tea lady, cleaning service ke... saya percaya kalau Indon tak de kat cni, org msia tak choice mereka akan cari golongan ini..
BalasPadamRenmarena, kekadang selepas bercerai, ibu tunggal jaga anak, mungkin 4 orang, masih kecil.
BalasPadamKos penjagaan anak barangkali lebih banyak berbanding gaji jika mereka bekerja.
Itu antara dilema didepani.
Kuasa memilih di tangan rakyat.. bila dah pilih, jangan menyesal dengan pilihan.. lagipun hidup adalah mengenai membuat pilihan (Life is about making choices).
BalasPadamOkay, dah pilih, dah tengok, sekarang baru kita tau kan. Manusia ni biasalah, belum dapat, belum rasa berada di tempat yang tinggi, takkan tau macam mana. Bila dah dapat, dah rasa macam mana berada di tempat yang tinggi, mana yang bagus tu, takkan lupa rumput di bumi, mana yang kurang tu, hanya nampak angkasa lepas aje..
Tindakan ini memang tidak wajar sekali. Tak kira la ada tok dalang ke takde tok dalang ke, kebajikan mereka yang duduk kat kawasan PPRT ni tak patut dipinggirkan atau dibuat sebegitu rupa. Mungkin pada sesetengah orang, RM250 tu macam RM2.50 tapi pada mereka seolah-olah RM2500.
Pegawai yang saudara Mazidul hubungi itu patut diterjah dan ditanya samada beliau faham maksud "urgent", hadiahkan dia kamus supaya dia faham maksud perkataan tu, dapatkan pandangan Baitulmal, ADUN, wakil rakyat kawasan tersebut, dapatkan pandangan Yang dipertua Majlis pasal perkara ni. Buat liputan eksklusif yang menyeluruh supaya seluruh negara tau apa rasanya ditadbir oleh orang-orang yang tak berhati perut macam ni.
Saya percaya, bukan mereka sahaja yang jadi mangsa, ramai lagi....
P/S: Saya sedang memujuk hati dari menyumpah menyeranah pihak yang membuat keputusan terbodoh itu, dan berusaha untuk berdoa banyak-banyak agar nasib ibu-ibu tunggal ini terbela..
politik punya hal... sejak selangor tukar pemerintah ni macam2 dah cerita kurang enak dah kita dengar... aku memang x bole dgr cerita2 mcm ni mmg hangin satu badan.. apa la nasib org2 tua tu.. masih tak cukup ke kuasa yang ada tu untuk melindungi golongan miskin? nak tunggu cerita ni masuk buletin utama dulu baru la YB-YB ni datang panggil wartawan kononnya nak membantu... YB pun kuat wayang...
BalasPadamkaum lelaki ambil iktibar sket kalau tgk kes2 ibu tunggal yang teraniaya begini... sian anak2.. sian lagik ibu yg terpaksa menjaga anak2 seorang diri dalam kepayahan....
BalasPadammgkin boleh dipertimbgkan isu ni
BalasPadamsemoga nasib ibu tunggal akan lebih terbela selepas ini..
BalasPadamsdr.mazidul,saya ingin berkongsi kisah saya mengenai ibu tunggal..maaf kalau ruangan ini tak sesuai..utk pngetahuan sdr, sya adalah seorang ibu tunggal(IT),berusia 30-an yg mmpnyai 4 org ank...kerap kita dengar kisah ibu tunggal yg agak malang dlm mengharungi kehidupan selepas berpisah hnggakan msyarakat menganggap seseorang wanita yg telah berpisah dgn suami akn mengalami nasib malang..tpi tidak bg sya..kebajikan sya dan ank2 terjaga,bekas suami sya bertanggung jawab dr segi nafkah ank2 dn apa saja.
BalasPadammungkin sdr bole berkata sya bernasib baik.,cuma sya begitu teringin berkongsi kehidupan saya sbgai IT dan ingin mengubah persepsi masyarakat terhadap ibu tunggal ..kerana tidak semua melalui kehidupan pahit..byk perkara ingin sya kongsikan..cuma ruang di sini agak terhad.
Ina, terima kasih kerana sudi memberikan respon.
BalasPadamSiaran berhubung topik IT akan dipaparkan pada 5 Ogos, Rabu. Sejak Rabu lalu saya menerima lebih 600 aduan melalui SMS daripada IT di seluruh negara.
Hanya catatan Puan sahaja memberikan gambaran positif mengenai kehidupan IT. Selainnya, hidup tersiksa.
Kita bersama tunggu kisah IT.
Projek Perumaha Rakyat Termiskin(PPRT) selalunya dibuat jauh dari jalan,jauh dari sekolah,jauh dari kedai.Nun dihujung kampung dekat hutan.Orang susah tentulah tak ada kenderaan,siksa saya tengok mereka nak keluar beli barang keperluan atau hantar anak kesekolah.Mungkin kerajaan negeri tak ada pilihan itu saja tanah yang ada atau tanah kerajaan yang berharga hanya untuk pemaju buat hartanah yang yang berharga mahal bagi menjana keuntungan yang maksimun.
BalasPadam