Selasa, Julai 14, 2009

Cuba Nasib Di Hospital

“Di kawasan hospital tak boleh ambil gambar,” tegur pengawal keselamatan garang.

Tahun 1999 saya membuat liputan kes Japanese Encephalitis, JE di Pusat Perubatan Universiti Malaya, dulu University Hospital, Petaling Jaya, Selangor.

“Encik, membawa kamera dan merakamkan gambar, dua perbuatan berbeza. Cameraman saya membawa kamera, bukan merakamkan gambar,” jelas saya.

Kami berjalan pantas menuju Unit Rawatan Rapi, ICU. Dimaklumkan lelaki India mendapat rawatan di hospital sama, diminta pulang doktor bertugas kerana dikatakan hanya demam biasa. Kurang 24 jam, mangsa, pekerja kandang babi di Shah Alam, Selangor, pengsan dan kemudian koma di rumah.

"Dia cakap, itu nyamuk gigit sama dia, banyak sakit," jelas isteri mangsa duduk di sebelah saya.

Sewaktu saya bertemu keluarga mangsa berhampiran ICU, sekali lagi saya ditegur pengawal keselamatan.

“Kita tak benarkan wartawan ada di kawasan ini,” katanya.

Perlahan saya tanggalkan vest TV3 dan meletakkannya di atas kerusi.

“Ok, sekarang saya bukan wartawan. Saya datang ke sini melawat mangsa JE, aci ini dengan anak dia. Tak boleh ke?,” tanya saya.

Pengawal keselamatan bermisai tebal itu terdiam.

“Dia orang ada di mana? Roger,” kedengaran suara dari walkie-talkie digenggan erat pengawal terbabit.

“Ada sini lagi, roger,” lapornya kembali.

Kurang lima minit, 3 lagi pengawal keselamatan datang menghampiri saya.

“Pihak pengurusan tak benarkan wartawan interview di sini,” kata pegawai mereka.

Isteri mangsa terpinga mendengar kenyataan itu.

“Aci, macam inilah, kita keluar sekejap, I interview you fasal your husband dekat luar,” bisik saya.

Perlahan kami berjalan keluar dan berhenti, kurang 1 meter dari pintu pagar utama hospital.

“Tak apa kan? Saya interview aci ni di sini, sebab kawasan ini di luar hospital,” kata saya.

Pengawal terbabit terpaksa mendiamkan diri. Saya tahu mereka geram dalam diam.

Kesimpulannya, bukan mudah menjadi wartawan, biarpun dilengkapi vest dan tanda nama, tidak bererti kita mampu melaksanakan tugasan jika tidak berfikir panjang.

Dua hari lalu, lelaki berusia 31 tahun, Zulkafli Atan, dijatuhi hukuman penjara 3 tahun kerana bersalah menyamar wartawan NTV7 semasa memasuki Rumah Anak-Anak Yatim Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Tg. Keling, Melaka. Tujuannya tidak dijelaskan media secara terperinci. Selepas tamat tempoh hukuman kelak, jika dia berhasrat menyamar lagi, saranan saya cuba nasib di hospital.

18 ulasan:

  1. bukan mudah utk mencari sebuah berita.. pelbagai strategi terpaksa digunakan.. tahniah kerana anda benar2 kreatif mencipta strategi demi sebuah berita utk tatapan seluruh penonton tv3... teruskan usaha dlm mengenengahkan berita2 terkini dan penting utk kami semua..

    BalasPadam
  2. Membaca pengalaman saudara berhadapan dengan pengawal keselamatan tu, saya teringat kepada tulisan Saniboey dalam blognya mengenai sikap dan etika wartawan hiburan sekarang.

    Saudara Mazidul ada baca blog Saniboey (http://akubimbo.blogspot.com)? Kalau belum baca, sila la baca.. tulisannya agak keras tapi fakta belaka.. kebanyakannya mengenai wartawan hiburan.

    Zaman Mama Juwie dulu taklah macam sekarang. Masih lagi ada unsur hormat dan beretika, pada pendapat peribadi saya lah.

    P/S: Agaknya Zulkafli tu teringin sangat nak jadi wartawan tak?

    BalasPadam
  3. Memang mencabar la jadi wartawan ni...salute kat bro Mazidul :)

    BalasPadam
  4. Dari apa yang telah dikongsikan oleh En. Mazidul, memang bukan mudah menjadi seorang wartawan, tp berkat kesabaran dan kesungguhan En. Mazidul dalam bidang ini....kini boleh berbangga dengan nama sendiri....sapa tak kenal Mazidul Akmal Sidik....warga asing pun tau :) Taniah...

    BalasPadam
  5. sayang jika Zul.. tu masuk wartawan Politik kan kenyang..

    atau masuk mana2 Yayasan yang menjual Pingat DATO'..mana tau Masyukk,,,sambil dapat tumpang sekaki..

    *..wartawan Hiburan tak nak komen sensitif..
    *.oppss Periuk nasi lagi...

    BalasPadam
  6. teruk btol pak guard tu...
    pape pown saya respect keje bro mazidul...bkn senang nak dapatkan cerita dan berita...memacam dugaan terpakse hadapi....
    Syabas Bro Mazidul...

    BalasPadam
  7. Saya tidak terbaca media menyentuh sebab Zul pergi ke lokasi itu. Bagaimanapun, kalau dia mendakwa wartawan NTV7, dia seharusnya mempunyai jurukamera bersamanya.

    Ramai terkeliru, bertanya soalan sama.

    "Encik Mazidul datang nak ambil gambar ke ni?"

    Saya TIDAK mengambil/merakamkan gambar/visual. Itu tugas jurukamera. Saya wartawan penyiaran, tugas saya menulis berita.

    Dalam kes Zul ini tidak dinyatakan sebarang fakta berhubung kehadiran jurukamera. Vest dan kad tanda nama mudah dicetak tetapi kamera bukan semudah itu dibeli. Harga kamera bagi standard penyiaran ribuan ringgit. Contohnya kamera video jenis Panasonic DVX 102 berharga RM8,500.

    Jika seseorang itu merakamkan gambar dan menjadi wartawan pada msa sama, kita panggil photo journalis.

    BalasPadam
  8. Bro Maz

    1. Saya memang hargai dan 'Respect' kerja wartawan ni...

    Susah wooo... Lebih susah dari kerja 'sambung ekor beruang'...

    Yang Bro Maz tulis ni baru sikit je tu....itu baru sehari punya cerita,

    Kalau 13 tahun...???

    Saya awal awal lagi...angkat Bendera Putih... saya memang tak mampu tak tidak ada tenaga batin untuk jadi wartawan.

    Tabik Tuan!!!!

    2. Menyamar jadi wartawan NTV7... pelik juga ye... tak boleh fikir la,

    kenapa dia menyamar jadi wartawan, minat tapi hajat tak sampai agaknya....

    hmmmm...

    BalasPadam
  9. tahniah bro...
    kekadang mmg sukar nk menajlankan tggjwab as wartawan.. pe2 pun perlu la berhemah semasa menjalankan tugas

    pe2 pun sy respek bro coz pandai memainkan peranan tanpa melanggar undang2 atau larangan yg diberikan.. kekdg perlu professional sikit kan bro

    BalasPadam
  10. Jika ada rasa:
    1) MALU
    2) TAKUT
    3) SEGAN
    4) TIDAK YAKIN
    5) PEMALAS
    6) TIDAK PEKA
    7) LAMBAT BERTINDAK
    Usahlah menjadi wartawan. 24 hours kena stanby. haha..

    BalasPadam
  11. begitulah asam garam kehidupan seorang manusia yang bergelar wartawan..

    BalasPadam
  12. Salam..

    Begitu juga menjadi pengawal keselamatan... susah gak bro... diorg nie ikut arahan pihak pengurusan jer... kekadang org jer yg tak paham mereka... gaji dpt tak seberapa... pressure keje tak ingat... boss marah... org ramai marah... sian diorg...

    moral of the story... semua kerja mesti ada job hazard... yg penting ikhlas.... thumbs up to u pasal ikhlas carik berita... n thumbs up to the pak guard pasal determine with their job...

    BalasPadam
  13. Mazidul..biarlah saya terangkan sikit tentangkejaian diRAYSS Melaka tempohari.Zul penyangaktu sebenarnya bkn mengaku wartawan NTV7 tapi mengaku wakil NTV7 kononnya ada seorang dermawan ingin menyumbang RM70 tiap2 anak yatim melalui CIMB tiap2 bulan.Mereka dibenarkan tinggal diRAYSS 4hari untuk melatih anak yatim untuk membuat persembahan.Saya musykil kerana mereka hanya pakai baju berlambang NTV7,keretanya takde lambang pun.Saya check dgn media prima,mereka kata takdepun wakil mereka dihantar ke MLK.En Alwi,you punya security pun datang dan mengesahkan mereka bukan dari NTV7.Yang jadi masaalahnya seorg petugas kita mempercayainya.Bila polis rush dia seolah2 marah dgn saya,tapi bila berita ini heboh dimedia dia paling glamour sekali,sehingga media tersalah lapor yang diani pegetuakat RAYSS.Wartawanpun kadang2 lapor tak tepat...

    BalasPadam
  14. RAYSS Melaka, saya terlihat post 'Kisah Anjing Dan Bayang-Bayang' tulisan saya dimuatkan di dalam blog awak.

    Hemat saya, lebih manis, jika awak sekurang-kurangnya meminta kebenaran atau memaklumkan saya sebelum 'cut anda paste' post terbabit :)

    BalasPadam
  15. ok,ok,sorry sebab saya seronok baca artikel you...lainkali saya mintak izin dengan you...sorry ya

    BalasPadam
  16. RAYSS Melaka, it's ok, tq. Selamat membaca.

    BalasPadam
  17. betul tu..
    adalah lebih manis kalau kita amik apa2 dari blog orang lain dan diberitahu..
    lagi melibatkan penulisan dari penulis sendiri..:).
    .
    pasal wartawan.
    ada yang baik.
    ada yang buruk..
    kalau yang mendedahkan perkara/isu, itu memang baik.
    kalau setakat buat cerita hendak lariskan majalah/akhbar, lagi merosakan.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.