Ahad, Julai 05, 2009

Pelacur Remaja Chow Kit

“Lorong Haji Taib ada lima orang India buat bisnes pelacuran, Cina ada sikit, Melayu pun ada sikit, di lorong berlainan”

Ujar lelaki berusia 39 tahun, Awe, saya temui di Pasar Malam Chow Kit, Kuala Lumpur.

“Saya rasa ramai orang takut nak datang sini sebab banyak kes jenayah,” celah saya.

“Dia orang ni dah terlalu melampau. Bila nampak orang asing dari Bangladesh, Pakistan datang sini, siap paksa melanggan pelacur. Kalau tak nak dia orang tarik dan ‘pikul’ naik ke bilik. Di bilik bapa ayam ‘pau’, samun duit dan barang berharga. Pelacur tak ada pun. Kalau dapat kunci kereta, dia baling ke bawah, nanti ada pula geng dia akan selongkar kereta mangsa, ambil barang berharga macam laptop,” sambungnya.

Saya pernah terbaca kes sama dilaporkan akhbar tempatan tetapi bukan daripada sumber primer seperti Awe.

“Polis jarang buat operasi ke?,” soal saya.

Chow Kit, kawasan di bawah pemantauan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

“Operasi ada. Bila keluar kisah pelacuran dalam 360 dulu, sehari kemudian polis buat operasi,” katanya.

“Tetapi masalah pelacuran masih berterusan?,” soal saya lagi.

“Sekarang, pelacur remaja Melayu, muda, pun dah ada. Dia orang sewa hotel murah RM25 sejam. Bayaran ‘servis’ bincang dengan pelanggan,” tambahnya.

Selepas bertemu Awe, saya memandu ke Lorong Sultan Sulaiman I dan memasuki satu daripada lorong gelap berhampiran. Gambar pelacur tua dan sekumpulan lelaki disyaki bapa ayam dan pelanggan ‘bersidai’ saya rakamkan. Cuma satu gambar, jika dirakam berulangkali, tersilap langkah, saya menjadi arwah.

24 ulasan:

  1. Sedih juga melihat keadaan sebegini terus berleluasa dan bermaharalela di negara Malaysia yang dikatakan maju dan merdeka ini. Susah sangat ke untuk pihak berwajib untuk menangani masalah ini? Kemajuan insfraktruktur yang dikagumi...Tetapi, sebenarnya...keruntuhan nilai akhlak dan jati diri sebegini menampakkan ada pihak yang tertentu berkepentingan kerana gajah di depan mata buat-buat tidak nampak.

    BalasPadam
  2. Bro..awak ni jenis orang yang berani..tabik spring saya hulurkan.

    BalasPadam
  3. Bro, di chow kkit ni bukan setakat pelacur je. boleh dikatakan macam-macam perkara pun ada.. 'Pau' duit, jual 'ice', Kaki penipu pun ada. kalau nak pergi Chow kit kena berhati-hati.

    BalasPadam
  4. perkara ini sama seperti api, masa kecil jadi kawan tetapi bila dah besar, silap-silap kita jadi korban.

    Selalunya bila dah keluar TV baru nak diambil tindakan, padahal benda tu sudah jadi barah, silap-silap usahkan orang ramai takut, polis pun boleh kecut dibuatnya.

    Bila Menteri bising baru penguatkuasa nak buat kerja, tetapi masa itu keadaan sudah tidak terkawal lagi.

    Oleh itu jenayah dan salahlaku mesti dibenteras dari awal, jangan dah terantuk baru nak terngadah.

    BalasPadam
  5. Bisnes pelacuran sebegini sering dijalankan secara 'underground' dan penuh langkah berjaga-jaga..siap dengan samseng-samsengnya sekali..

    Rasanya ramai di antara pelacur-pelacur tersebut dipaksa dan diugut untuk terus melacur oleh tauke dan bapak ayam..

    Kesian..


    http://manis18.blogspot.com

    BalasPadam
  6. Kembali kepada konsep wujud kedai dan wujud jalanraya...

    kalau kita bina jalanraya kereta tiada tak guna juga, jika bina jalanraya kemudian kereta dan treler banyak, lepas tu bila rosak tak nak baiki, wajar tak payah bina jalanraya.

    Bila ada bangunan ada bisnes nak bagi orang berkunjung,
    bila tak BOLEH KAWAL, orang takut nak bersiar-siar, BAIK TuTuP sahaja...tutup dengan tali kuning ker??perintah berkurung pun OK juga.

    BalasPadam
  7. Kawasan ini dan Bukit Bintang adalah berprofail tinggi.

    Jika sesiapa yang boleh selesaikan/bersihkan menjadi PUTIH memang WIRA.

    BalasPadam
  8. Zeq, Menteri Wilayah pernah bersuara nak membangun semula Chow Kit, Datuk Bandar dah bercakap, recently Menteri Dalam Negeri dah melawat, kata peniaga, setakat ini habuk pun tarak dari aspek tindakan, kecuali nak membina balai polis baharu.

    BalasPadam
  9. Lorong Haji Taib memang 'black area'..sesiapa yang nak ke sana elok la berhati-hati...dulu kawan saya pernah kena 'pau' kat area situ..

    harap kawasan tu nanti dapat dipulihkan semula dari kegiatan jenayah...

    BalasPadam
  10. sampai bila nak selesai???

    BalasPadam
  11. Don't judge please. I know prostitution is bad but maybe instead of judging them, we can guide them to the right path. With punishment of course. Because I'm sure there's a valid reason behind their way of life. Until we, the society, know that reason, we are in no place to pass judgement. It's so sad on how many people look at them in disgust, call them names when they don't know what these prostitutes went through. Seriously.

    BalasPadam
  12. Bagus keberanian bro mendedahkan semua ini..masalah sosial yang susah yang dihapuskan kerana sentiasa terdapat permintaan...

    BalasPadam
  13. Yela, kawasan-kawasan yang dilabel 'black area' ni perlu di pulihkan. Ada idea ke bro bagaimana nak pulihkan?

    BalasPadam
  14. en mazidul..saya sgt tak puas hati keputusan mentor mlm ni.

    mcm ade konpirasi jer nak kasi chaQ & ajai ke final..

    nyanyi hampeh masa konsert last week pun bole juri awam kasi 20 markah..adehh biar bonar!

    minggu ni pun juri awam kasi 17 markah sama dgn markah black..huhh lawak sungguh depa :p

    btw tv3 pun sama mcm astro buat gimik tak masuk akal.. :D

    nama pun realiti..so wat to do!

    saja nak reles tensi kat sini..tak yah publish pun takpe hehehh

    tahu..out of topic :D
    ............

    pelacur remaja..?? ade penawaran ade ler bisnes..betul tak :)

    dulu saya tak pernah nmpk remaja seksi giler dipekan kecik tempat tinggal saya tp skrg adehh..

    baju sendat nmpk lurah,bukit,gunung dgn seluar pendek smpi nmpk ape yg tak patut nmpk..saya yg malu sendiri :p

    BalasPadam
  15. Echah, macam Mentor, pelacur pun gemar buat perkara mengejutkan :)

    BalasPadam
  16. bende ni mmg sentiasa ada. tapi mmg sy tapik ngan abang. slumber je amik gambar. sy nak lalu kat cni mmg malas..bukannya takut pada dieorang nanti silap2 time operasi kene cekup sekali hahaha

    BalasPadam
  17. kena operasi besar2an. hari2 kasi gempur.. mungkin tak leh hapus semua tp boleh dikurangkan..

    BalasPadam
  18. pelacuran kalau dh bertapak memang susah nak buang, lorong hj taib tu akan kekal begitu kalau tidak ada perubahan secara berterusan

    BalasPadam
  19. klu kite tgk petaling street ngan chow kit tu dulu lebih kurang same je...tp kenape petaling street sekarang dah berubah?? chow kit tetap same...saya ade pengalaman bergaduh ngan bapak ayam india...diew nak amek segala barang yg ada pada saya...naseb saya dapat lari...
    dieworg nih aktif pau org nih time nak dekat musim perayaan...sbb org akan keluar shopping..so kepada semua, berjaga² la..

    BalasPadam
  20. sukar dibendung bukan.?
    penguatkuasaan cukup atau tidak.
    tetapi kalau ikut penguatkuasaan, mereka tidak mempunyai anggota yang ramai.
    oleh itu, dan sebab itu.
    undang2 perlu diperketat.
    sedih bila dengar pelacur melayu.
    sedih dengan nasib melayu..
    sedih..
    tak sedar lagi.?

    BalasPadam
  21. kita ada pemimpin2 dari pelbagai parti politik bukan.
    majoritynya adalah mereka yg beragama islam kan?

    kita renung dan fikirkankan seketika.
    dimana perjuangan utk membela bangsa & agama yg sering mereka laung2kan itu.

    hanya yg kita sering dengar hanyalah tuduh menuduh & menyalahkan antara satu sama lain.

    utk apa?
    sedang bangsa melayu terus layu.

    BalasPadam
  22. Saya dulu berniaga dengan sebuah syarikat yg memng terkenal dimalaysia, bos saya cina, dia punya hobi main perempuan, saya memang gemor nak tahu cerita, so saya ikut kan jer mne tempat die bawak, saya dtg kt chow kit tu saya buat order minum air coke jer,pastu datang nak tengok jer, realiti sebenar di kuala lumpur.... bila duk kt situ saya dok pikir camne nak banteras benda cenggina, sebab saya x de kuasa ape2 pun nk banteras benda ni, bos saya memang datang nak cari perempuan, so saya biarkan jer la, saya datang ikut niat nak tengok perjalanan orang yg x de pegangan hidup camgini jer,fuh banyaknye bende yang saya nak cerita....

    BalasPadam
  23. BETUL KATA ZEQZEQ PEMBANGUNAN YANG TIDAK TERKAWAL...BANYAK SANGAT PIHAK BERTANGGUNGJAWAB TAPI TIDAK LEPAS TANGAN UNTUK URUSKAN...INILAH PEMBANGUNAN YANG TUDAK BERLANDASKAN HUKUM ISLAM.. SENANGNYA ROBOHKAN PENEMPATAN YANG TIDAK DIPERLUKAN, USANG, TERPENCIL, MAKSIAT DAN YANG TIDAK MEMBERI MANFAAT PADA RAKYAT SEBELUM MEMBERI BARAH LAGI. SO BOELEH TUMPUKAN KEPADA MASALAH SOSIAL LAIN SEPERTI PEMBUANGAN SAMPAH DAN LAIN2

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.