Ahad, Julai 12, 2009

Koleksi Gambar Mazidul

Antara hobi saya, merakamkan gambar pegun, still pictures. Sebahagian besar disimpan, sebilangan lagi hilang entah ke mana. Beberapa gambar pernah saya muatkan di sini sebelum ini.

Sila klik [di sini] untuk melihat koleksi gambar saya.

30 ulasan:

  1. trpegun, ngeri, geli hati, ...
    tmbh pics lg :)

    BalasPadam
  2. Azween, dalam proses bos! Baharu mula hari ini :)

    BalasPadam
  3. pelbagai gambar dlm pelbagai situasi memberi pelbagai maksud dan tafsiran.. dari gambar kita boleh berfikir apa dan kenapa sesuatu berlaku..

    BalasPadam
  4. comeiiii nyerr budak yg main kotak tu..

    hahahaah..kotak lg besar dr badan die yg comei tue..

    cute jer

    BalasPadam
  5. eheemm macam sejiwa jerr..

    imej pegun dari pelbagai sudut D..

    kemudian pilih yang terbaik..

    BalasPadam
  6. Biasa kalau simpan gambar, bila dah lama dia jadi nostalgia.. boleh mengimbau kenangan yang lepas-lepas. Apepun, menarik juga Bro.

    BalasPadam
  7. Bro, PERMINTAAN>>> kalau boleh buat koleksi gambar-gambar kematian/ pembunuhan/kemalangan. Banyak pun takpe, untuk renungan dan keinsafan.

    BalasPadam
  8. Salam
    Nak tanya bro sket. Camera yang bro gunakan jenis ape? guna lence ape? cantik la gambar yang dihasilkan. tq

    BalasPadam
  9. Hafeez, kamera saya Canon G9. Sekarang model baharu, G10. Warna memang cantik.

    BalasPadam
  10. Bazrul, ada banyak gambar macam itu, tetapi sukar dimuatkan untuk tatapan kerana berhubung kait dengan 'privacy' ramai manusia.

    BalasPadam
  11. bro mazidul: camner leh tega hati nak shoot gambar2 ngeri tu ek.. takut la tgk.. kalau saya nak shoot pun bergegar camera kot..

    BalasPadam
  12. sgt cantek2 gambo yg en mazidul tembak..saya pun suke gak ambek gambo tp gambo sendiri ekeke :p

    ............

    saya sgt gumbira pagi ini sbb black jadi juara mentor smlm..tp masih ralat sbb fira dapat tempat kedua..

    apapun semua suda tersurat diazali rezeki chaQ ditempat kedua.. :)

    en mazidul..ngape ajai pakai spec hitam mlm2 buta?? mesti dah kena virus ustaz rock kot.nak cover malu2 kamben kot sbb dia dah tahu mmg patut kalah :p

    mangsa pesen ler dorang nih :D

    BalasPadam
  13. Nyonya, kita, jika banyak kali 'ditakutkan' dalam hidup ini, akhirnya jadi berani :)

    Echah, saya keluar sewaktu Mentor disiarkan, pergi memancing ikan patin dekat rumah di Desa Temuan, Petaling Jaya, Selangor :)

    BalasPadam
  14. bro mazidul: betul la tu kan... antara putaran dlm hidup bak kata org tua2.. alah bisa tegal biasa.. dah selalu sgt ngadap benda2 seumpamakan..tp saya bila tgk jer pic ngeri.. laju jer jari scroll cepat.. tak leh nak tgk jugak.. huhuhu

    BalasPadam
  15. Hello Mazidul,

    Saya tgh surf2 internet cari maklumat, dan terserempak dgn blog Mazidul ni.

    Saya nak tanya kalau2 Mazidul tahu samada di Malaysia ini kita ada undang2/akta utk menangani masalah jiran bising (bermain alat muzik/jamming)? Saya sudah dua kali report polis, tapi mereka kata yg mereka hanya boleh nasihat sahaja. Manakala saya sudah cuba berbincang dgn jiran saya sebyk 3 kali tetapi mereka degil, tetap mahu jamming di rumah.

    Rumah saya tu jenis teres yg attached dgn jiran2, jadi bila mereka main muzik, memang tak tahan kuat bunyinya.

    Jiran saya dgn selamba beritahu yg mereka akan tetap main muzik pada setiap hari sabtu dan ahad (setiap minggu). Saya juga perasan yg mereka akan bermain muzik antara pukul 3ptg hingga 11.45 malam.

    BalasPadam
  16. A, sila buat aduan polis berkala. Untuk pengetahun, polis TIDAK boleh menolak sebarang aduan daripada masyarakat. Ciptakan tekanan untuk mereka memberikan 'nasihat' berulang kepada jiran awak.

    Boleh juga mencadang atau meminta jiran menggunakan dinding kedap bunyi bagi mengatasi masalah didepani.

    BalasPadam
  17. abg mazidul g mancing? ikan patin?

    hahahaahah..rumah areQue kat felda ada 2 koLam ikan..patin ada, keli ada, talapia pun ada..

    besar2 woaaa...tp ikan2 tu pnadai sgt, nk dpt tgkp pnye la susah..tp skali dpt ktorg blik mkn tu pun dh knyg..wa ikan bakar..

    fuh..meLeLehh..
    ahahahhaah

    BalasPadam
  18. saudara A.. saya juga menghadapi masalah serupa dgn jiran pejabat yang membuka restoran bersama persembahan live band.. setiap hari bermain alat muzik sehingga mengganggu pejabat2 berhampiran.. akhirnya saya membuat laporan kepada pihak DBKL melalui e-aduan di laman web DBKL. dua hari kemudian pihak DBKL terus menghantar wakil bagi menyiasat dan mengambil tindakan terhadap pemilik restoran tersebut.

    BalasPadam
  19. A dan Nurul, jika premis terbuka, saya tahu, pihak berkuasa tempatan boleh mengenakan tindakan.

    Jika di rumah, sukar.

    BalasPadam
  20. Bro Maz

    Bagus ada storage tu...

    Tapi sayanglah gambar yang dah hilang tu...

    BalasPadam
  21. Alid, selain daripada gambar banyak lagi benda hilang dalam hidup ini :)

    BalasPadam
  22. Terima kasih Mazidul kerana pantas menjawab soalan saya. Tapi, saya dah bagi mcm2 cadangan dekat jiran; dinding kedap bunyi, pergi jamming studio, main alat muzik kecuali drum, tapi semuanya ditolak mentah2 dan saya tahu pada masa itu mereka memang tidak mahu bertolak ansur langsung dan tetap dgn pendirian utk jamming.

    Antara jawapan yg saya terima; "How long we want to go to the jamming studio", dinding kedap bunyi; "That's not the purpose of jamming"; "My kids need to practice as they are having competition". Semuanya alasan yg tak logic dan nampak tak mahu bertolak ansur langsung.

    Buat pengetahuan Mazidul, saya duduk sendiri di rumah itu, dan mungkin sebab itu mereka memperkotak katikkan saya, lagipun pakcik jiran itu pula duduk di sebelah kiri rumah saya. Saya pula ditengah2 mereka.

    Kalau saya report ke MBPJ membantu tak? Rumah saya di petaling jaya. Pada mulanya saya pergi ke balai polis kelana jaya, mereka nampaknya lebih membantu, tetapi mereka kata saya kena pergi ke balai polis sg.way sbb rumah saya di kawasan mereka, tetapi semuanya tak membantu langsung.

    Yg terkini hari sabtu lepas, mereka polis peronda boleh inform mereka "Takpe jamming, cuma nak bgtau yg ada neighbour complain". Apa punya bantuan mcm ni. Ke nak saya rujuk ke Ketua Polis Daerah? Saya dah memang tak tahan, dah dua bulan saya bersabar....

    Jika Mazidul ada apa2 idea atau nasihat lagi, tolonglah beritahu saya ye.

    BalasPadam
  23. kesian dgn en A yer..

    mmg keras kepala betul jiran dia..

    combi pernah dgr cerita jiran mcm gini tp jeritan bunyi motor..

    jiran yg satu ni dah hilang sabo dia gi ngamuk bawa parang segala.mmg terkejut berok si jiran yg satu ni..

    pastu dia ugut nak bakar rumah kalo jiran tu masih buat bising.takut gak ler si keras kepala ni sbb dah kena buku dgn ruas :)


    *hantar surat warning pastu ckp nak saman..bole tak??

    hehe..pepandai jer combi :)

    BalasPadam
  24. A, pada pandangan saya, polis dan pihak berkuasa temptan hanya boleh menasihatkan sahaja. Apapun saya akan rujuk kepada kenalan polis.

    Nanti saya akan post kan di sini.

    BalasPadam
  25. Mazidul....terima kasih tak terhingga kerana nak tolong checkkan dkt kenalan polis Mazidul.

    Oh ye, pembetulan. Saya saudari, bukan saudara :p

    A @ Aisya.

    BalasPadam
  26. A, saya telah merujuk. Memang ada undang-undang kesalahan kecil kerana membuat bising dan mengganggu ketenteraman awam di bawah jurisdiction polis.

    Bagaimanapun, awak harus membuat laporan polis secara rasmi untuk tindakan dilakasanakan.

    BalasPadam
  27. encik mazidul,

    tambahan info, (utk housing area) kalau dorg memekak with permit ie. utk event kahwin ke, ape2 je..boleh until 12am. kalau exceed, peronda akan datang. just make a call to nearest police station.

    sy tgh tension ni, jiran x hormat neighbourhood. ada anak kecil, lagi la susah.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.