Semasa mencatatkan komen di entry ‘Melancholic’ blog [ Hazrey ] saya terfikir kata pujangga.
‘Sayang anak tangan-tangankan, sayang isteri tinggal-tinggalkan’
Kalau anak ‘ditangankan’, ditampar atau dipukul, ramai tidak gemar dan jarang menganggap perbuatan terbabit simbol kasih sayang.
Manakala, jika isteri ‘ditinggal-tingalkan’, contohnya apabila suami sibuk, terpaksa bekerja di luar daerah sekaligus tidak pulang ke rumah dalam tempoh agak lama, majoriti isteri komplen dan berleter.
Jika dilihat, agak sukar lelaki membuktikan ‘sayang’ kepada mereka tercinta.
‘Sayang anak tangan-tangankan, sayang isteri tinggal-tinggalkan’
Kalau anak ‘ditangankan’, ditampar atau dipukul, ramai tidak gemar dan jarang menganggap perbuatan terbabit simbol kasih sayang.
Manakala, jika isteri ‘ditinggal-tingalkan’, contohnya apabila suami sibuk, terpaksa bekerja di luar daerah sekaligus tidak pulang ke rumah dalam tempoh agak lama, majoriti isteri komplen dan berleter.
Jika dilihat, agak sukar lelaki membuktikan ‘sayang’ kepada mereka tercinta.
Hehe...memang sukar jugak la...biasanya lelaki nak buktikan 'sayang' diorang kepada pasangannya (isteri/makwe) berdasarkan perngorbanan mereka dari segi masa, harta benda ataupun mungkin nyawa..
BalasPadamdulu-dulu masa kita kecik atau remaja bila kena marah kita kecik hati sbb pikir parent tak syg kita.
BalasPadamtapi bila kita jadi 'orang'rasa sgt bersyukur sbb kena marah ler kita jadi apa yg kita jadi skrg.
pasal'sygkan isteri tinggal-tingalkan..'
kena tgk ler tinggal tu mcm mana.kalo tinggalkan seminggu tak kol,tak tanya kabo mmg melampau lah tu.
en mazidul..isteri berleter sbb dia ambil berat & sayang.kalo dia diam dan buat donno jer suke tak??
kdg2 isteri berleter sbb dia nak luahkan perasaan lelah seharian mengurus rumah tangga.teda niat yg lain.suami yg alert akan tadah jer telinga sbb bila dah puas berenti ler.paling lame pun 5 minit.kata syg kan kan kan..
5 minit jerr..?? * mcm upin & ipin
sabo jer aku!
ntah ek..yang saya tau...lelaki kalo tak sms ke tak kol ke..bukan beerti lupekan kite..cume perlu lebih mase utk diri sendiri jugak katenyer?btul ek?
BalasPadamnak buktikan kasih sayang?
BalasPadamhehehehe... persoalan yang kadang-kadang menjadi agak kejam kepada sesetengah lelaki. Ianya bergantung kepada persepsi serta pendekatan yang digunakan oleh lelaki untuk membuktikan kasih sayangnya.
Zaman dahulu (masa internet takdak, handphone cuma dalam buku Jules Verne) wajib bagi seorang lelaki meninggalkan anak isteri, merantau mencari rezeki. Malah ia dianggap sebagai pembuktian kasih sayang dengan ujian daya tahan kepada seorang suami atau lelaki. Berbeza pada zaman sekarang, rata-rata persoalan yang kerap diputarkan di telinga lelaki yang sibuk;
"Awak langsung takder masa untuk saya dan anak-anak."
Dan apabila irama kasih sayang didodoikan oleh pendidikan psikologi barat bahawa teguran dan disiplin perlu diterapkan kepada anak-anak wajar dilakukan secara lisan dan bukannya kekerasan yang dianggap mendera dan mencabuli hak kanak-kanak terbabit, maka hasilnya adalah seperti apa yang dilihat sekarang, generasi yang sangat manja dan sentiasa menganga mulut minta disuap.
Bagi yang berpengalaman berhadapan dengan 'budak-budak praktikal' di tempat kerja masing-masing, pastinya akan faham apa yang aku cakapkan nih... hehehe... tak semua, tapi majoritinya begitulah. Kalau sembang bab politik, depa memang jaguh, tapi kalau bab kerja, depalah yang paling terkebelakang.
Aku kekal berpegang kepada pendirian bahawa kasih sayang seorang lelaki kepada anak dan isterinya bukanlah dengan melapangkan masa seluas-luasnya untuk mereka, tetapi membuka masa hadapan yang lebih jelas dan terang menerusi kerja keras dan usaha yang bersungguh-sungguh.
Sorry ler, Mazidul... sekali lagi aku ambik ruang yang panjang dalam komen ini.
http://pkrpasdap.blogspot.com
BalasPadamalah, dok kat umah pun perempuan bukannya main dengan kucing. diaorang pun tengok akademik fantasia atau cerita karton..
tak timbul pasal kasih sayang kalau masing2 tahu kerja yang erlu dibuat setiap hari.
Hahaha.. I remembered the first time you met my wife kat Muar.. hahahah.. saya ingatkan isteri Hazrey ni.. bla bla bla yada yada yada.. hahah..
BalasPadamTulah kan, dulu dulu lelaki terpaksa keluar lebih sepurnama lamanya mencari sesuap nasi buat isteri dan anak, dan di rumah takder astro, takder PS3, takder handphone, takder segalanya. Kipas angin pun takder tau.
Sekarang semua dah ada, termasuklah handphone 3G untuk buat video call.
Maka bro, falsafah baru hari ini ialah: Sayang isteri tinggal-tinggalkan, pastu depa video call. Abang kat mana tuuuuuuuuuuuu... hahah.. not me.. not me..
itu simbolik pepatah kita.. tgn2 kan bukan sampai mencederakan.. ditinggalkan bukan sampai menyusahkan sang isteri pulak...
BalasPadamkalau yang faham peribahasa tu x de masalah.
BalasPadammasalah yang tak faham peribahasa tu..:)
lebih menjurus kepada dilema seorang suami yang bertanggungjawab..
BalasPadamkalo lelaki kekadang tak sempat fikir apa yg ia buat betul ker tak betul, tak sempat cerimin diri..sibuk 24jam,
Kalau anak ‘ditangankan’, ditampar atau dipukul, ramai tidak gemar dan jarang menganggap perbuatan terbabit simbol kasih sayang.
BalasPadam--------------------------
maaf, saya ada juga "babab" anak saya... bukan mendera tetapi mengajar... byk yang perlu di ajar...
cth:
berkongsi barang mainan/buku dengan adik... jangan sampai adik menangis... abg kena beralah... kalau adik menangis muka si ibu pasti macam harimau... si anak yang sulung terus memujuk dan menenangkan si adik...
letih lah ayah nak belikan satu sorang mainan/buku yang sama, kami bukan dari golongan yang berada/kaya raya...
--------------------------
Manakala, jika isteri ‘ditinggal-tingalkan’, contohnya apabila suami sibuk, terpaksa bekerja di luar daerah sekaligus tidak pulang ke rumah dalam tempoh agak lama, majoriti isteri komplen dan berleter.
---------------------
saya sedang ditinggalka... CINTAku di Shenzhen!!! ha ha ha...
----------------------
Jika dilihat, agak sukar lelaki membuktikan ‘sayang’ kepada mereka tercinta.
------------hurm... mmg sukar... smapai sekarang saya tak puas hati!!! ha ha ha... ----------
Lelaki akan buat apa sahaja untuk wanita yang di sayangi.
BalasPadamBiasanya bila seseorang perempuan itu telah di sayangi oleh seseorang lelaki, Nyamuk gigit pun nescaya nyamuk tu akan di marahinya.. haha
BalasPadamnak menangankan anak ada adabnya..
BalasPadamnak meninggal-ninggalkan isteri pun ada adabnya...
kalau asik terlebih sudahh tu mmg ler kene lessingg balik..
pandai-pandailah mencari keseimbangan alam..hehehehehe
sy sokong ninoz.. apapun yg kita buat mesti ada sebabnya.. anak buat salah, tangankan.. pastu tunjuk kan yang betul.. kalu tinggalkan isteri kerana bekerja, takde masalah..janji cukup belanja yang ditinggalkan untuk isteri dan anak2.. yang lain2.. kejujuran dan kesetiaan jadi ukuran..
BalasPadamsetuju dengan badrul. lelaki akan buat apa saja demi org yg di sayangi...
BalasPadamcuma kita sebagai orang yang disayangi, kena paham, terima pasangan kita seadanya, dan hargailah pengorbanan suami mencari rezeki.
sangat setuju dengan komen ringkas ninoz.
BalasPadamlagipun, dalam hadis pun benarkan kita hukum anak berdasarkan tahap umur dia. macam 7 tahun hingga 14 tahun, kita boleh rotan. itupun bersebab. kalau tak solat ke, tak puasa ke.
nak rotan pun hanya di telapak kaki je. bukan iron kat perut, tampar muka.
usia tu pun sesuai utk bentuk anak. kalau dah besar sangat, dah jadi buluh lak. bukan rebung lagi.
yang bab isteri tu, macam kata ninoz, carila keseimbangan alam. kalau kita takleh spend banyak masa dirumah, spend la masa yang sikit tu dengan cara yang berkualiti.
yang buat pempuan berleter tu rasanya sebab sikap lelaki kot. dahla balik lambat, pastu jadi tunggul je kat umah. sape tak marah. lagi2 sekarang ni dua2 kerja.
hmmm...kalau komen yang camni, tak sesuai kat blog mazidul. kena cari tempat lain. hahaha.sampai bila pun tak abis.
tuan rumah..sori, makan space banyak.
Agaknya kalau si isteri yang selalu keluar daerah bekerja untuk tempoh yang lama, si suami/bapa macam mana pulak ya?
BalasPadamaudra..lelaki takkan berleter macam perempuan. tapi tgkla camne keadaan rumah. mesti bersepah.sbb selama ni yang buat suma isteri.
BalasPadamkalau lelaki outstation, isteri kat umah buat keje umah,kemas rumah, jaga anak lagi.
hahaha...lelaki mesti tak puashati ni nanti.
Asilah,
BalasPadamTak semua lelaki begitu.. ada yang boleh buat kerja rumah dan jaga anak, tapi peratusannya amat kecillah.. hehehe... kalau ada isteri yang bersuamikan seorang lelaki yang mampu buat semua kerja itu, maka dia amat bertuah!
Soalnya, bukannya isteri tidak memahami kerja suami, tapi selalunya orang lelaki ni tak tau nak susun "priority".. anak demam, atau isteri kurang perhatian, atau dalam sebulan cuma 1 atau 2 kali dapat bercakap bertentang mata, isteri mana tidak bising? Ada suami, tapi macam tak ada..
Kalau dibagi lima pilihan ni, macam mana orang lelaki mengaturkan "priority"?
Cinta, Keluarga, Sahabat, Kerja, Wang
audra..
BalasPadamboleh tak kalau peratusan yang kecil tu kita bundarkan je jadi takde? hahaha.
encik mazidul, cuba atur priority yang audra bagi berdasarkan perspektif sendiri. teringin nak tau la.
nampak macam mudah tapi tidak rupanya.. pepatah lama sudah tidak relevan untuk sekarang??
BalasPadamsayang anak tangan2kan.. anak sekarang dah manja. cikgu rotan sikit esoknya dah keluar suratkhabar..
sayang isteri tinggal-tinggalkan.. sokong hazrey.. sekarang kemudahan dah canggih.... internet ade.. 3G ade.. dah boleh guna untuk intip suami.. apa yg depa dok buat tu.. ekekekekek
bazrul nazlan zainal berkata...
BalasPadam... Nyamuk gigit pun nescaya nyamuk tu akan di marahinya.. haha!!
Betul tu Bazrul itu masa bercinta tetapi bila sudah lama berkawin ini lain pula. Semua bidalan lama itu payah kita nak ikutkan terutama bab
"Sayangkan isteri tinggal-tinggalkan"
Zaman globalisasi ini. Bila asyik tinggalkan isteri perbagai musibah datang biarpun tiap ketika kita hantar SMS, MMS & tanda kasih sayang perbagai.
Bila isteri asyik ditinggal-tinggalkan lagi panjang langkahnya Sang Isteri. Malahan waktu senggang itu perbagai punca hasutan datang melanda rumahtangga kita. Ini memang pernah berlaku & kerap berlaku.
Kena berjaga-jaga dengan bidalan tinggal-meninggal ini!.
tidak salah untuk memukul kalo utk mndidik anak..
BalasPadamIslam pon bg..
tp brapa kerat je ibu bapa skrg yg sanggup pukul anak sndiri kalo anak buat jahat pown??????????
kalo kes anak kena rotan n denda kat sekolah ngn cikgu..
so what???
nape pulak pihak sekolah yg nak di saman kerana mndenda dan mmukul anak mereka sendiri???
n 1 more thing..
masih ada org kah yg memukul anak mereka kalo anak mreka tinggal solat zaman skrg ni???
bukankah dalm Islam..ibu bapa kna memukul anak apabila mreka enggan solat bile dah berumur 10 tahun???
ada lagi kah??
well~ its all depends to our culture n cara didikan ibu bapa..
no wonder la ramai skrg yg anggap remeh prkara ni sb jarang n sedih nk pukul anak2 sndiri..
bile jd hal..bru nk fikir ni salah sape..
huh..sengaLLLLL