Isnin, Julai 06, 2009

Selsema Babi : Yakin Selamat?

Bermula 1 kes di Sungai Buloh, Selangor pada 13 Meil lalu, hari ini Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengumumkan statistik mangsa selsema babi mencecah 434 kes di seluruh negara, 75 mangsa dikesan dalam tempoh 24 jam, 41 kes impot manakala 34 jangkitan tempatan.

Saya lihat masyarakat masih bertenang. Mereka bekerja, beriadah, membeli-belah, bebas bergerak ke mana sahaja. Ringkasnya, mereka tidak panik. Barangkali kerana media sepakat tidak ‘memperbesarkan’ isu keseriusan wabak mengorbankan ratusan nyawa di luar negara.

Fakta sukar ditolak, majoriti 75 mangsa dikesan dalam tempoh sehari itu pasti bercampur-gaul dengan orang lain sebelum mereka dikuarantin. Siapa mangsa 41 kes impot terbabit? Bagaimana mereka tiba di negara ini? Siapa bersama mereka sebelum dikenalpasti sebagai pesakit? Jika mereka masuk ke Malaysia melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, KLIA atau Lapangan Terbang Tambang Murah, pasti mereka berkongsi pesawat bersama penumpang lain. Apa berlaku kepada ‘penumpang lain’ itu? Apakah jaminan mereka tidak dijangkiti dan berkebarangkalian menjangkitkan selsema babi kepada orang lain pada ketika ini? Melalui pemerhatian saya, pengimbas suhu, heat scanner, di terminal antarabangsa KLIA hanya mampu mengesan jika suhu badan penumpang melebihi 37C semasa melaui kawasan saringan sahaja. Jika penumpang demam selepas itu, mereka gagal dikenalpasti lalu bebas memilih, enggan mendapatkan rawatan di hospital atau sebaliknya.

Virus selsema babi, bawaan angin dan boleh berjangkit secara mudah jika pesakit batuk atau bersin. Ingat, kita tidak mengenali mangsa jika mereka masih bebas bergerak dan bercampur bersama kita.

Maka mengapa majoriti kita masih tidak menggunakan penutup mulut dan hidung, mask? Adakah kita terlalu yakin berada dalam keadaan selamat?

15 ulasan:

  1. Bro Maz

    YANGON–Myanmar on Saturday confirmed its first case of swine flu, with state media reporting that a 13-year-old girl had tested positive for the virus on her return from Singapore.

    “It is confirmed that A(H1N1) was found. The patient is being kept at Yangon General Hospital in a special room and given regular treatment,” state television reported.

    The television report said the girl, a Myanmar national, had flown home on flight SK585 on Friday afternoon showing no symptoms of illness.

    But she then went to class with friends and after being spotted coughing by a teacher she was sent to Yangon General Hospital at 9:00 pm.

    All her family and schoolfriends were also being kept under surveillance, the report said, while 91 passengers from her flight were being monitored along with staff from Yangon international airport’s arrivals hall.

    BalasPadam
  2. Maybe betul apa yang Bro cakap tu. Pihak media tak memperbesarkan sangat jumlah mangsa yang telah di jangkiti. Kalau tidak, mesti nak kaluar rumah sikit pun masyarakat dah panik & takut.

    BalasPadam
  3. Bro..
    Buat masa ni, apa Vaksin untuk selsema babi ni?

    BalasPadam
  4. Masing - masing stail berserah n bertawakal je gamaknya?

    BalasPadam
  5. saya tetap PANIK..

    berapakah agensi kerajaan yang terlibat??mengharapkan K.kesihatan ??

    ..warga luar Lembah kelang selain Johor, PP ..mula takut nak berkunjung ke Lembah Kelang, itu yang saya dengar dan tanya...walaupun urusan bisnes..terpaksa kurangkan atau tangguhkan.

    jika ada warga Malaysia belum panik,,,tak tau laa..

    BalasPadam
  6. mmmmm...pernahkah kite terfikir knapa bala ini berlaku??

    renung2kan...

    BalasPadam
  7. En Mazidul,

    Saya orang malaysia masih tidak nampak kehebatan virus ini. Saya pelik, media Malaysia seolah tidak membesarkan sangat isu ini seolah ianya flu biasa.

    Kita macam kurang didedahkan pada tahun 1918, dlam 2 tahun virus ini membunuh 20-100 juta.

    Petikan dari satu sumber:
    "Some news reports indicated that the swine flu was spreading more widely than official figures indicate, with outbreaks in Europe and Asia following those of North and South America. According to the CDC, about one in 20 cases was being officially reported in the U.S.[160] In the U.K., according to virologist professor John Oxford, the virus may be 300 times more widespread than health authorities have said, with total infections estimated at 30,000 as of 24 May 2009."

    Paling saya kesal, ketika ini masih lagi berlanjutan pakej-pakej tambang murah oleh syarikat penerbangan.

    Dan seperti tidak ambil kisah pandemik kronik ini makin bertambah di negara kita?

    BalasPadam
  8. Rakyat Malaysia seharusnya lebih berwaspada untuk menghindari penyakit ni..Jangan terlalu amik mudah kerana tak mustahil ia akan boleh menjangkiti diri anda sendiri.

    BalasPadam
  9. Setiap hari berlaku peningkatan dalam penyebaran virus H1N1 ni..WHO pun dah maklumkan yang virus ni tak leh lagi nak control. So kite sepatutnya amik langkah berjaga2. Jgn pandang remeh

    BalasPadam
  10. Tuan,
    Bangunkan rakan-rakan media agar letupkan isu ini. Ini bukan mainan tapi faktor keselamatan. Menarik pelancong itu boleh...Tapi kena kira sama keselamatan rakyat yang ada...Wabak yang serius ini kita masih mampu senyum...apabila diwawancara oleh media, depa kata dalam keadaan terkawal...tidak kritikal...kita bersedia... dan macam-macam retorik lagi... Tak kena kat depa boleh cakap la... Tolonglah...Wahai para pemimpin yang berapi berbicara, tengok sama rakyatmu...bukan sekadar tengok pelancongmu...

    BalasPadam
  11. kerajaan pun masih kata dalam kawalan dan selamat, maka kita pun fikiran begitu jugak, persepsi kita lebih suka mengikut daripad membuat keputusan sendiri

    BalasPadam
  12. dieworg nih rase antibody dieworg kuat kowt..huhu...
    skunk nih kat plaza tol tu pown dieworg dah pakai mask tu...
    kes nih serius la...
    risau jugak...

    BalasPadam
  13. risau takat dok cakap risau jer mmg tak kan kemana kalau tak der tindakan di ambil... masalahnya kita pun tak tau apa lagi yg perlu dibuat selain dari mengelak dari berjumpa dgn mereka2 yang terkena jangkitan ini.

    BalasPadam
  14. untuk menghasilkan vaksin yg sempurna mengambil masa sehingga 15 tahun . Pelbagai ujikaji percuma dibuat sehinga ramai orang akan mati untuk diuji .

    BalasPadam
  15. apa yang aku baca, selsema babi ni ciptaan amerika.
    klu x silap baca dari blog dajjal, the king of conspiracy..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.