Sabtu, Julai 04, 2009

Norman Dan Memey

Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor diberitahu Pegawai Penguatkuasa Agama, Jabatan Agama Islam Selangor, JAIS juga saksi pertama perbicaraan, Abdul Rahman Lai Abdullah, pertuduhan khalwat pelakon, Norman Hakim dan Suhaiza Suhaimi, Memey SALAH, tidak seperti dicatatkan di kertas pertuduhan. Mereka berdua ditahan di dua premis berlainan mempunyai alamat berbeza.

Norman, 33 dan Memey, 20 tahun di tahan JAIS di Ukay Perdana, Ampang, Kuala Lumpur pada jam 3 pagi, 30 Oktober, 2008.

Berikut antara petikan perbicaraan di mahkamah.

“Bagaimana awak tahu kedua tertuduh berada di premis itu?,” tanya peguam Norman, Fakhrul Azman Abu Hassan.

“Melalui maklumat diterima daripada pengadu,” jawab Abdul Rahman.

“Adakah awak setuju, pemeriksaan ke atas premis berlandaskan ‘hearsay’ pengadu?,” soal Fakhrul.

“Benar,” jawab saksi.

Soalan saya, apa sudah jadi? Ikuti sesi perbicaraan seterusnya pada 31 Julai akan datang, kes ini menarik. Saya percaya, setiap suspek tidak bersalah selagi mahkamah tidak menjatuhkan hukuman dia bersalah, ‘someone is innocent until proven guilty’.

Biarpun maruahnya separuh tergadai.

Kata pepatah Melayu, kalau tiada angin masakan pokok bergoyang. Tetapi kekadang kena teliti juga, siapa menghembuskan angin itu.

Saya yakin mahkamah akan menggugurkan pertuduhan terhadap Norman dan Memey, tunggu.

18 ulasan:

  1. Bro..
    Mahkamah yang paling adil dan saksama adalah di Mahkamah Agung Allah di Padang Mahsyar kelak. Di situ tiada seorang pun boleh menyembunyikan sesuatu. Tiada lagi tipu muslihat, bukti palsu, alibi tercipta, peguam putar-belit, saksi palsu, juri-juri terpileh dan hakim korup. Yang ada adalah bukti nyata dari catitan 2 malaikat Rakib dan Atib, saksi yang sah iaitu anggota badan yang tertuduh yang cuma bernyata benar sebenar-benarnya lengkap dengan cctv yang Maha Canggih, ...dan Hakim Yang Maha Bijaksana lagi Adil, iaitu Allah Azzawajalla sendiri. So apa nak kita kecohkan. Sendiri buat, sendiri tanggung la.
    Soal Memey-Norman vs Jais tu adalah mainan manusia semata-mata. Pandai putar belit fakta, terlepaslah dari hukuman dunia, akhirat belum tentu lagi babes n bros. Kita tunggu dan lihat,percuma je..tak perlu bayar apa-apa.

    BalasPadam
  2. jika menang apakah nilai peguam itu tinggi ratingnya.

    susah juga jika dahan bergoyang kerana burung helang,

    ''bila dahan/daun bergoyang masakan tiada angin''

    zaman ini daun menari pun boleh menjadi isue.

    BalasPadam
  3. Bila la nak selesai kes ni??? Artis keluar masuk mahkamah...kadang2 masyarakat pun dah meluat nak dengar...

    BalasPadam
  4. sebuah rumahtangga telah hancur akibatnya.Kita ghairah untuk mencari-cari salah orang tanpa memikirkan kerosakan dari tindakan kita itu.

    Sekalipun kita dapat menangkap pasangan berzina, apakah kita dapat menghapuskan dosa mereka setelah menangkap mereka? Yang kita dapat setakat mengaibkan mereka, tetapi untuk apa.

    BalasPadam
  5. heheh..yeke akn digugurkan???

    welll..we'll wait n see..

    namun, rq stuju ngn astroroy..

    mls ulas lnjut sbb kte kna ckp sesuatu tu based on facts truly proven beyond reasonanble doubt...

    skrg..ggu dn liha sj..

    BalasPadam
  6. sudut AGAMA;

    agaknya kena tanya FATWA, makan gaji atau membela orang bersalah masuk kes apa?, boleh pergi naik haji tak??

    sudut kemanusiaan;

    wajar lepaskan saja, sudah besar hukuman/ KEMALUAN kedua n ketiga pihak.Jika mereka masih belum sedar boleh ulangi lagi,surakhabar yang untung panazzzz...idea pemasaran, bisnes.

    BalasPadam
  7. silap2 akhirnya mereka berdua tidak bersalah di atas sedikit kecuaian pendakwaan... dan inilah yang dikatakan Mahkamah Dunia.. Tapi tidak di Padang Mahsyar nanti..

    BalasPadam
  8. bukan tujuan utk memalukan tp memberi ikhtibar kpd org lain..insyaALLAH :)

    walaupun dorang didapati tidak bersalah setelah dihakimi namun sekurangnyer memberi sedikit keinsafan tentang perbuatan berduaan bole membawa fitnah dan kemungkinan bole berlaku zina sbb org ketiga ialah SETAN.

    BalasPadam
  9. yelah Bro.. Cuba kita fikirkan semula. Kalau betul Norman & memey tak bersalah, kan dah jadi kes aniaya tu.. Tak pasal-pasal je Norman & Abby berpisah.. Am i right?

    BalasPadam
  10. Nak tau jgk ape kesudahan kisah artis ni. Sama-sama kita nantikan. to be continued....

    BalasPadam
  11. Bro Maz

    Macam macam mahal dunia...




    Nota: Mulai hari ini dan seterusnya, saya akan bekerja sedikit sedikit sebab mengambil kata kata hikmat Bro Mazidul, Gaji kecik tak yah kerja banyak banyak... he he he

    BalasPadam
  12. First dengar pasal berita ni, saya gelak besar.
    Dua artis tak sedar diri ni mungkin bangga sebab kononnya diorang tak bersalah la.
    Ok, fine.
    Mungkin orang JAIS tersilap tapi Allah SWT tak pernah silap.
    Menyampah la ngan diorang ni.

    BalasPadam
  13. berani buat berani tanggung..berani kerana benar takut kerana salah..

    BalasPadam
  14. tuhan itu maha kuasa.. kalau betul bersalah.. akhirat nanti ada jawapannya..

    BalasPadam
  15. mahkamah dunia memang boleh jadi..tapi mahkamah akhirat, penentu segalanya

    BalasPadam
  16. kalau tak sama2x melayan, tak menjadi.
    Hilang terus Norman Hakim sebagai pelakon yang saya kagum.
    Abby abadi?
    entahlah..
    harap2x ada kesudahan yang baik.

    BalasPadam
  17. sungguh kelakar hidup artis ini..
    kalau aku malu hendak mengaku kaum kerabat adalah artis..
    mintak dijauhkan kaum kerabat aku dari jadi artis..

    BalasPadam
  18. Rumah tangga telah runtuh disebabkan tindakan rakus / gahirah JAIS. Banyak kes-kes tangkapan khalwat JAIS yang dituduh mengaku salah tanpa perlu mempertahankan tindakan benar mereka. Mereka khuair bila kes berbicara mungkin ada lagi rumah tangga akan runtuh. Demi kesucian Islam JAIS perlulah juga menjaga maruah orang Islam agar kejadian diinianya tidak berlaku.Selain kes ini ramai juga orang berkatakan JAIS. JAIS dengan mudah dengan menggunakan kuasanya yang tak ramai orang hendak bersuara,takut rumah tangga runtuh lagi. Kes berkhalwat begini bermula dari pergaulan bebas remaja kita. Kita kurang perhati JAIS pergi ke Shopping Compleks dan memberi penerangan dan nasihat remaja yang berleliaran berdua-dua disitu. Inilah yang perlu JAIS utamakan. Kalau hasrat JAIS iklas menjalankan tugas tanpa riak dan angkuh, saya di belakang JAIS, tetapu fikir jangan meinanyai dan memalukan kaum Islam

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.