Ahad, Julai 26, 2009

P. Ramlee Nombor Dua

Dia menoleh ke belakang.

“Kau tibi tigo ko?,” jeritnya kepada saya.

“Bukan, saya kerja di TV3,” gurau saya.

Dia menunggu saya berjalan menghampirinya. Ketika itu matahari di bandar Kuala Pilah, Negeri Sembilan mula berlabuh di ufuk barat.

“Yolah, kojo drebar ko apo?,” soalnya dengan wajah serius.

“Kenapa?,” tanya saya membalas soalannya.

“Pak cik nak bercakap dengan wartawan, bukan drebar,” jelasnya selamba.

Saya perhatikan kopiah putih di kepala dan seluar pendek berpetak melepasi lutut dipakainya.

“Oh! Wartawan saya tengah ada kerja, ada apa?,” soal saya.

“Memang dah agak kau ni drebar tadi. Pak cik bukan apo, nak kongsi cito pasa penyelidikan pak cik buek dengan wartawan. Dengan kau buang maso ajo”

Ujarnya sambil mata menjeling ke arah wartawan 360, Harris dan jurukamera, Fadil sedang merakamkan visual Stesyen Teksi Kuala Pilah.

“Penyelidikan?,” tanya saya lagi.

“Kau tau ko, P. Ramlee tu keturunan ‘Syed’?

“Tak,” jawab saya.

“Tapi macam mano pun, dia syed nombor duo”

“Kenapa nombor dua?,” saya keliru.

“Sebab pak cik nombor satu!,” jawabnya yakin.

“Ooooo … Harris sini kejap!,” jerit saya.

Harris dan Fadil kemudian berdiri di sebelah lelaki dimamah usia, Mohd Zain.

“Pak cik dulu di Mokah, betapo di Guo Hirak, ini ha gambarnyo”

Sambil tangannya memegang gambar sewaktu muda ditampal di belakang boarding pass Malaysia Airlines System.

“Pak cik ado pingat,” katanya.

“Pingat apa?,” soal Harris.

“Pingat kojo lamo, ponah bagi ceramah pado budak universiti, tajuknyo, ‘kito bopijak di bumi yang nyato’,” balasnya sambil mengeluarkan pingat dan poskad, potrait dia bertanjak dari beg hitam disandang.

Perlahan, saya kemudian melangkah pergi meninggalkan mereka bertiga. Terlintas di hati, siapa Mohd Zain sebenarnya? :)

* Takziah kepada keluarga Allahyarham Yasmin Ahmad.

14 ulasan:

  1. siap ada poskad potrait muka lagi. HEBAT.

    Takziah jua diucapkan kepada keluarga Allahyarham.

    BalasPadam
  2. Haha...kelakar plak bila pakcik tu bagitau bro Maz tu jadi drebar...

    BalasPadam
  3. Bro cubalah kaji siapa pakcik tu sebenarnya. Mana tau, dia ada cerita yang orang lain tak atau. Bonus tu.. Hehe..

    BalasPadam
  4. Takziah kepada keluarga ALLAHYARHAMMAH Yasmin Ahmad.

    BalasPadam
  5. moral off story..pakaian lambang tafsiran

    BalasPadam
  6. Takziah juga..buat keluarga yang berdekatan

    BalasPadam
  7. takziah......smg Allah mengampuni beliau dan tempatkan rohnya di kalangan org2 yg soleh....amin!!!!!

    BalasPadam
  8. ekekkekeke.. comel lah pakcik tu bila bertanya.. ha h aha

    Al-Fatihah untuk Allahyarham Yasmin AHmad!

    BalasPadam
  9. macam tak habis jer? En mazidul, tulis ler cite follow-up

    BalasPadam
  10. Rosnanie, saya sudah kembali ke Kuala Lumpur. Mohd Zain di Kuala Pilah. Maaf ya :)

    BalasPadam
  11. bayangkan..hampir setiap minggu abg maz bersiaran..masih ado yang tak konal.. mungkin atuk tu antaro golongan otai yang dah tak mahu lagi menyosakkan otak dengan macam-macam masalah dunio.. tapi dio totap konal lambang TV3..

    BalasPadam
  12. kesian pak cik tu.

    tapi yang best nye sbb dia kenal tv3 tapi tak cam encik mazidul.

    hehehe.

    BalasPadam
  13. Dah makan ke belom.. hohiihhi.. comil bahasa tu. saya rasa pakcik ni bukan orang sebarangan kot

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.