Majoriti kita tidak dilahirkan di negara barat. Maka kita tidak memanggil ayah dan ibu menggunakan nama mereka. Berikutan perasaan hormat, kita gunakan ganti nama bersesuaian, antaranya, ‘ayah’, ‘abah’, ‘emak’ dan ‘ibu’. Manakala ahli keluarga dilahirkan dahulu berbanding kita dipanggil ‘abang’ atau ‘kakak’. Itu antara cara panggilan mengikut adat resam Melayu. Jika di barat, mungkin ayah hanya dipanggil ‘John’, emak dipanggil ‘Mary’ sahaja.
“Mak cili mulut tu baru tahu, hormat sikit, dia tu pangkat abang, bukan adik awak!,” ibu menegur anak kecilnya.
Segelintir kita barangkali dibesarkan dalam keadaan berbeza. Ganti nama sesuai tidak wujud dalam perbendaharaan kata.
Justeru, kita seringkali menggunakan perkataan, ‘engko’, ‘ko’ dan ‘lu’.
Andai kita berusia 5 tahun, wajarkah kita berkata, “Engko ambil teddy bear tu, boleh?”, kepada orang berusia 12 tahun lebih tua berbanding umur kita.
Andai kita berusia 30 tahun, wajarkah kita berkata, ‘Ko ambil gelas tu, boleh?, kepada orang berusia 12 tahun lebih tua berbanding umur kita.
Mungkin tidak berdosa menggunakan ganti nama terbabit tetapi tidak molek diapplikasikan kepada mereka berusia lebih tua.
Gunakan ganti nama, ‘encik’, ‘abang’, ‘tuan’, ‘brother’, 'saudara' dan banyak lagi. Kalau perempuan, 'kakak', 'puan', ''saudari', sis' pun boleh diterima.
“Mak cili mulut tu baru tahu, hormat sikit, dia tu pangkat abang, bukan adik awak!,” ibu menegur anak kecilnya.
Segelintir kita barangkali dibesarkan dalam keadaan berbeza. Ganti nama sesuai tidak wujud dalam perbendaharaan kata.
Justeru, kita seringkali menggunakan perkataan, ‘engko’, ‘ko’ dan ‘lu’.
Andai kita berusia 5 tahun, wajarkah kita berkata, “Engko ambil teddy bear tu, boleh?”, kepada orang berusia 12 tahun lebih tua berbanding umur kita.
Andai kita berusia 30 tahun, wajarkah kita berkata, ‘Ko ambil gelas tu, boleh?, kepada orang berusia 12 tahun lebih tua berbanding umur kita.
Mungkin tidak berdosa menggunakan ganti nama terbabit tetapi tidak molek diapplikasikan kepada mereka berusia lebih tua.
Gunakan ganti nama, ‘encik’, ‘abang’, ‘tuan’, ‘brother’, 'saudara' dan banyak lagi. Kalau perempuan, 'kakak', 'puan', ''saudari', sis' pun boleh diterima.
http://pkrpasdap.blogspot.com
BalasPadamcicak-man orang tak panggil encik cicak man pun.
Abe Mie, tidak apa jika di kalangan cicak :)
BalasPadamSALAM...IBU BAPAK DAH TAK MENGAJAR TATASUSILA KEPADA ANAK2. DULU SEMASA MAKAN MALAM BERSAMA, BOLEH BAPA MEMBERI NASIAT.
BalasPadamZAMAN SEKARANG SUDAH TIADA MASA UNTUK BERSAMA.WALAUPUN MEREKA ITU TINGGAL DI KAMPUNG. MURID SEKOLAH ATAU ANAK ANAK KECIL SUDAH TAK TAHU NAK MENGHORMATI ORG YANG LEBIH TUA..
ADAKAH ITU SALAH SATU BUDAYA UNTUK MENJADI NEGARA MAJU???KALAU BOLEH SAUDARA MAZIDUL KUPAS DALAM RANCANGAN SAUDARA
setiap yang muda perlu menghormati orang yang lebih tua...kurang manis kalau yang muda memanggil seseorang yang lebih tua dengan panggilan nama sahaja...betul tak abang Maz? :)
BalasPadamBro Maz
BalasPadamSokong penuh
Sebab kita orang Melayu, Orang Timur, Orang Asia dan Orang Islam
Hormat menghormati amalan kita
Budi Bahasa Budaya kita....
wan norizan : waktu makan mana boleh bercakap..
BalasPadammasa tgh lepak2 tgjk tv sesuai sket...
betullah.. tak kira tua atau muda.. saling hormat menghormati. :)
hidup melayu..tapi skang kita dah terpengaruh ngan budaya barat..
BalasPadamhello bro..buat apa tu beb..skalu kita dengar..
En. Mazidul..
BalasPadamSaya tinggal dikawasan yang penduduknya terdiri daripada masyarakat jawa. Kebanyakan mereka ni memang menggunakan panggilan "engkau" @ "ko" dan aku sesama adik beradik, malah saya pernah terdengar anak sendiri menggunakan bahasa sedemikian terhadap ibu bapa. Yang peliknya, ibu bapa sendiri tak kisah dengan panggilan sebegitu.
Pernah juga saya bertanya, mengapa panggil "ko - aku"? Tak kasar ke bunyinye?. Dia jawab, "Takdelah, dah biasa..."
Alhamdulillah.. saya sekeluarga tidak mengamalkan panggilan sebegitu, untuk adik beradik yang lebih tua, saya gunakan panggilan kak *nama* dan abang *nama*.
sekarang ni anak2 jarang dapat berjumpa dgn mak ayah mereka di rumah & vice versa.
BalasPadammak ayah kerja pagi balik malam.
anak, pagi sekolah. petang sekolah atau tusyen. malam, tusyen lagi (atau keluar dgn kawan2).
by the time they arrive home, finally, salah satu pihak pastinya dah tidor.
jadik, bila mahu berjumpa?
suruh amik report card di sekolah pun, mak suruh ayah...ayah suruh mak. So how?
Pada saya, ini terpulang pada individu. Kalau yang lebih tua tak kisah beraku-engkau atau dipanggil nama sahaja, pada saya, tidak menjadi satu masalah asalkan tahu batas-batas dan rasa hormat tu tetap ada.
BalasPadamSaya bekerja di sebuah GLC. Di pejabat, boss saya tidak kisah dipanggil nama sahaja walaupun dia lebih tua dari saya atau rakan-rakan sepejabat yang lain. Itu tidak bermakna saya kurang ajar atau tidak hormat pada dia, tapi dia lebih selesa begitu.
Dalam keluarga saya pun macam tu. Ibu bapa saya panggil mak dan bapak. Adik beradik saya panggil nama saya, sebab dari kecik memang dah macam tu. Tapi batas-batas yang perlu tetap kami jaga.
Namun begitu, saya tahu bila masa saya patut menggunakan nama panggilan macam yang saudara tulis tu kerana saya faham bukan semua orang boleh terima cara saya.
Maaf saudara Mazidul, saya tak dapat menahan dari "menyampuk" ulasan Mard.
BalasPadamAllah beri kita satu hari bersamaan 24 jam. Kalau dikira satu hari memang pendek. Tapi kalau dikira 24 jam, terasa banyak sikit. Kalau dikira dalam minit?
Masa itu sentiasa ada, cuma kita yang tak tahu atau tak pandai manfaatkannya.
itu menunjukkan kita ada rasa rendah diri dengan orang yang lebih tua..
BalasPadamkita pun begitu..
rasa ok bila ada orang memanggil kita dengan panggilan yg baik..:)
owh..
BalasPadamberkaitan masa..
bagi sesetengah orang memang cukup..
dan lagi bagus jika mereka pandai menguruskan masa dengan baik.
tetapi bagi mereka yang tersepit dengan keadaan.?
seperti kata Mard.?
Lagi² jika mereka yang berada di bandar..
kuar awal, balik lewat..
belum tambah trafik jam lagi dan lain² hal.
tidak perlu hendak tukar masa ke dalam minit atau saat..
Sebab adalah normal ada orang yang tidak cukup masa.
dan normal ada orang yang cukup masa.
ada orang belajar dari keluarga..
BalasPadam..sekali panggil nama itu, setengah keluarga bagi amaran, kali kedua terus lempangbedal dengan tiub basikal atau tarik/pulas telinga baru masuk OTAK sampai dewasa.(pengalaman)
ada juga keluarganya tak pernah tegur tapi merea belajar dari buku dan kawan-kawan secara positif.
* jika BAHASA lisan sudah teruk apatah lagi bahasa ORAL..(sekali tersembur mcam M19)
best lah baca tulisan ni..tulisan en mazidul ya?
BalasPadamni angah saje2 kongsi cite skit..
1 family angah ade panggilan masing2..along & angah(saya), adik, pastu d kalangan family sebelah ibu, paklong,pakngah,paklang,paksu,pak anjang..
best tau panggilan2 mcm ni...
mengeratkan hubungan silaturrahim..
yg tua dihormati...yg muda di ...erm??hormati jugak..erk
:)
salam.
salam...
BalasPadamits all bout perception jer... cam word 'aku'.. kalu kat semenanjung.. cakap aku kat mak ayah.. sure kena tampar.. tp kat sarawak... takde hal... so.. maybe bagi kita kasar.. bagi org lain tak.. so.. kena berhati2 la.. takut ada yg tersinggung... nway.. u wont able to pleased everyone..
Kalau tidak menghormati orang yang lebih tua, memanggil mereka dengan nama tanpa gelaran yang khusus sudah dikira kurang adab. Masyarakat kita(kaum melayu terutamanya)di besarkan dengan adab lemah lembut dan sopan.
BalasPadamkalau mazidul ada kenalan melayu keturunan banjar,mereka mengamalkan panggilan 'aku-kawo(maksudnya awak atau kau)'.memang budaya orang banjar menggunakan panggilan sebegitu.begitu juga dengan orang jawa kalu xsilap saya.tapi budaya ni telah berubah kerana ada ibu bapa yang mengajar anak mereka bahasa panggilan yang lebih mesra.jangan kita merasakan panggilan 'kau-aku' tu sebagai kurang ajar tetapi bertanyalah kepada mereka mengapa,atas sebab budaya sesuatu bangsa.saya sendiri dengan ibu bapa saya akan gunakan 'aku',adik beradik saya juga sama apabila bercakap dengan ibu bapa kami.ibu bapa saya tidak pernah menganggap sebagai kurang hajar.tetapi apabila abang-abang saya ada yang berkahwin dan mempunyai anak,mereka mengajar anak mereka dengan bahasa panggilan yang lebih mesra.dan jangan pula menganggap orang banjar ni kurang ajar dan kasar tapi itulah budaya kami.sekian.
BalasPadambila guna panggilan nama atau yg mesra-mesra.. mmg rasa hubungan adik-beradik, ibubapa dan anak, sedara-mara jadi rapat..
BalasPadam'Aku'...'Kamu', mungkin persepsi berbeza, terpulang. Yang jelas ini adalah bahasa al-Qur'an yg digunakan oleh Allah bagi pihakNYA, iaitu 'AKU' dan menggunakan 'kamu' atau 'engkau' kepada umat manusia dan makhlukNYA. Jadi, fikir2kan.
BalasPadam..* andainya boleh, terjemahkan Al-Quran/Alhadis saya tidak akan guna bahasa AKU semasa minta DOA,, itu terjemahan ARAB ke rumi,
BalasPadamAKU>>>KU
kau/kamu >>dikau/mu
berbeza ILLAHI kepada HAMBANYA, Illahi guna perkatan AKU dan kamu Kepada hambanya.
soalnya dari level hamba kepada level PENCIPTA.
perlu dibezakan dgn
level hamba kepada level PENCIPTA
... lagi satu membawa sekandang katabahasa lembut ke dalam kandang kata bahasa kasar tidak menimbulkan suasana TEMPANG,
BalasPadamtetapi jika kita membawa sekandang katabahasa kasar ke dalam kandang kata bahasa lembut ia mewujudkan suasana tempang.
soalnya kita tau ker katabahasa yang kita amalkan itu kasar??
..jarang yang nak ngaku bahasa dia gunapakai itu kasar atau boleh diterima semua kandang??
secara telus dan jujur???
caranya sila suruh kawan -kawan pegang cermin TILIK WAJAH sendiri hansome atau tak..
atau suruh INSAN yang kita sayang kritik katabahasa diri kita...
negara timur terkneal dengan budi bahasa dan adat budaya yg baik
BalasPadamsaya tak pasti dah ada ke belum komen pasal kata panggilan orang jawa di atas. kalau dah ada, maafkan saye.terlepas pandang.
BalasPadamsebagai org jawa, kata panggilan memang kau-aku. tapi kena tengok ayat dan orangnye gak.
contohnye kalau abang kita, " abg man, ko boleh tak tolong aku?"
tapi kalau mak kita, " mak, boleh tak mak tolong aku?"
ada perbezaan kat situ. kita tak guna perkataan kau@ko bila cakap dengan mak kita. kalau dgn yg lebih tua lak, kita akan address nama dia dulu sblm cakap yg seterusnya.
tapi saya tengok anak2 buah saya dari perkahwinan campur (melayu jawa / melayu banjar), semuanya guna kata panggilan yg betul. budak kecik memang akan tanya macam2. tanggungjawab kitalah mendidik mereka.
btol tu bro...
BalasPadambahasa tu mau ada...
(terase jugak kengkadang)...huhu...
panggilan kata gantinama perlu sesuai utk setiap org... kerana itu cara kita menunjukkan rasa hormat sesama kita.
BalasPadambetul tak bro?
sy hairan juga knp sekarang ni ramai betul anak muda yg menggunakan kata ganti nama yg salah...lagi2 bangsa melayu sendiri yg memangggil org yg lebih tua dengan 'kau', 'aku'....
BalasPadamtp kita tidak boleh melihat dari sudut itu shj...cuba kita kaji klu di pejabat...kebanyakan lelaki yg sudah berumur lebih suka diapnggil dengan gelaran abg(oleh pekerja wanita) walaupun beza umur mereka 20-30 thn....
hehe....hormat or ada pape ngn panggilan mcm tu??