Ahad, Julai 19, 2009

Siasat Jangan Tidak Siasat

Pasukan Polis Diraja Malaysia, PDRM kini mempunyai 93,348 anggota dan pegawai.

Klik [ PDRM ] untuk membaca butiran terperinci.

Moto PDRM, tegas, adil dan berkhemah. Saya sempat melayari laman web PDRM, satu daripada visi Piagam Pelanggan dicatat, menjalankan penyiasatan dan pendakwaan secara profesional dan berwibawa.

Khamis lalu, mayat Teoh Beng Hock, 30 tahun, setiausaha politik Exco Kerajaan Negeri Selangor ditemui di koridor tingkat 5, Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor pada jam 1.30 tengahari. Sehari sebelumnya, Teoh dikatakan memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung dakwaan penyalahgunaan dana rakyat di Selangor.

Berikutan kes kematian itu, pelbagai spekulasi timbul. Apapun, sebelum siasatan selesai, tiada pihak boleh membuat kesimpulan samada mendiang ditolak, terjatuh atau membunuh diri.

Semalam, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar menjelaskan, polis mengklasifikasikan kes Teoh, mati mengejut tetapi beliau tidak menolak kebarangkalian pembabitan perlakuan jenayah.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein menggesa PDRM menjalankan siasatan secara telus dan beliau memantau siasatan kes sama. Manakala Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berjanji kes kematian Teoh akan disiasat secara terperinci dan tiada fakta disembunyikan.

Kini, pelbagai pihak mendesak penubuhan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat kes kematian Teoh.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kabinet akan membuat keputusan berhubung penubuhan suruhanjaya terbabit rabu akan datang.

Jika ditubuhkan, maksudnya, visi Piagam Pelanggan PDRM, ‘menjalankan penyiasatan dan pendakwaan secara profesional dan berwibawa’ serta moto ‘tegas, adil dan berkhemah’, TIDAK boleh dipakai?

Atau kita harus melihat tindakan terbabit dari aspek berbeza?

* Terima kasih kepada semua mendaftar followers blog ini

28 ulasan:

  1. Utusan Malaysia - 18 Julai 2009

    IPOH 18 Julai - Hanya siasatan menyeluruh dan berkecuali sahaja dapat menyakinkan rakyat berhubung insiden kematian setiausaha politik kepada seorang Exco kerajaan negeri Selangor, Teoh Beng Hock.

    Ketua Penyelaras BN Dr. Chua Soi Lek berkata, beliau melihat usaha tersebut akan dapat diselesaikan menerusi penubuhan suruhanjaya diraja.

    "Penubuhan suruhanjaya diraja penting kerana ia berkuasa untuk memanggil sesiapa sahaja ketika proses siasatan diadakan," katanya.

    Menurut Soi Lek, apa yang rakyat mahu tahu sekarang ialah jawapan yang jelas tentang bagaimana Beng Hock menemui ajalnya.

    Abuamin kata : Kebenaran itu bukan sahaja perlu telus, tetapi mesti dilihat telus...

    BalasPadam
  2. kita hendak menuduh pun tiada bukti.
    so bila kematiannya sehari selepas disoal siasat, mestilah menimbulkan pelbagai spekulasi.
    andai kata mendiang mati dan sebelumnya tiada apa², tentu lain pula ceritanya.
    papepun, tuggu siasatan polis.
    hope jujur dan telus.

    BalasPadam
  3. Sebelum membuat atau membentuk sesuatu organisasi yang baru, eloklah difikirkan dengan mendalam agar tidak timbul kemusykilan kemudian hari.

    BalasPadam
  4. piagam dan moto tu memang tak leh pakai selagi 'org atasan' masih makan rasuah..macam cite keling kat tv tu..
    kalo tak dedah mereka nie..memang kes nie senyap jer la nanti..dibawa arus masa..

    BalasPadam
  5. bnyak org bnyak la mata
    bile banyak mata
    bnyak la sudut yg dipandang

    BalasPadam
  6. Bro Maz

    Ada sebab agaknya penubuhan tu di war warkan.

    Negara kita ni kan ramai kaum dan bangsa dan orang kita ni kan suka menjaga hati orang lain walaupun kita sendiri dipijak dan diperlekehkan.

    Kita buat kerja kita...

    BalasPadam
  7. tunggu dan lihat..jika buka Kertas siasatan DiRaja pun ok,,

    cuma jika didapati bersalah ke mana anggota itu nak dihukum??

    watak yang memburukkan anggota PDRM perlu dibuang jauh2 supaya virus tidak menular kepada yang jujur untuk bertugas.

    BalasPadam
  8. 2 kebarangkalian, bunuh diri atau di bunuh.kalau bunuh diri mungkin kes ini akan tertutup sendiri dan jika di bunuh, kes ini menjadi kontroversi

    BalasPadam
  9. Nak tubuhkan RC semata-mata nak siasat kematian dia ni? Abih tu sapa yang tanggung kos? Cukai yang saya bayar bukan untuk ini tau!

    Cukup la ada PDRM - bagi dorang buat keje dorang. Saya percaya KPN sangat faham dan tau betapa kes ini berprofail tinggi.

    P/S: Saya baru membaca berita terkini pasal tunang mendiang mahu daftarkan anaknya yang belum pun dilahirkan atas nama mendiang! Aduhai... terimalah kenyataan mendiang sudah tak ada dan tak sempat berkahwin! Walaupun amat pahit, tapi itulah kenyataannya. Bayangkan kalau perkara ini dibolehkan, lepas ni gerenti berduyun-duyun orang pegi kat JPN mintak benda yang sama!!!

    BalasPadam
  10. bangsa Cina & India memnag tak leh terima kematian, kalau org Islam kita anggap dah ajal, nak tuduh polis...knp?? saja nak cari pasal

    BalasPadam
  11. sbnrnya ada rahsia dlm rahsia yg dikisahkan dlm kisah ini..

    BalasPadam
  12. AreQue, huh! AreQue, macam pegawai penyiasat pula :)

    Apapun, rabu ini kita akan membaca keputusan kabinet berhubung penubuhan Suruhanjaya Diraja. Pelawat boleh membaca post terkini blog Big Dog, ada persoalan ditimbulkan. Semalam saya bercakap dengan penganalisis jenayah, Kamal, beliau juga membangkitkan persoalans sama, mengapa orang terakhir dilihat bersama mangsa pada jam 6 pagi hari kejadian masih TIDAK diambil keterangan setakat komen ini ditulis.

    BalasPadam
  13. banyak persoalan yang timbul.. setakat hari ini belum ada apa-apa tangkapan di buat..
    secara logiknya.. seseorang yang sedang bahagia untuk berkahwin lebih2lebih lagi bakal menimang cahayamata tidak akan tergamak untuk memilih jalan singkat sebegitu...

    Hanya Allah yang tahu jawapannya..

    BalasPadam
  14. areque.. fuhh statement...ala2 penyiasat bertauliah.. heheh..

    apa2 pun kita harap PDRM dapat buat siasatan dgn telus.. supaya SPRM tidak dipandang sebg sebuah badan yang tak boleh dipercayai..

    BalasPadam
  15. pandangan peribadi saya..
    kat malaysia ni kalau ada kes2 yang agak kontroversi, mesti akan tiba2 tubuhkan suruhanjaya khas.

    bila ada kes2 baru kuar kat paper, saya boleh agak esoknya atau lusanya mesti akan ada tubuhkan suruhanjaya. macam trend lak.

    saya tertanya2 apa fungsi staff yang sekarang ni naik persona silver, yg di bodynye tertulis PEGAWAI PENYIASAT JSJ? Diorg ni siasat kes camne lak ye??

    BalasPadam
  16. huikss...???

    ala2 ke mmg rq ni mmg pgawai pnyiasat..???

    huahauhauha..

    mnde ni trlalu sulit utk dicritakan tp kes ni sdg dlm pmerhatiian kami.. n unit kmi kna deaL ngn isu nie..

    oppss..stop!

    tk le komen dah..

    BalasPadam
  17. ok kak nyonyacyber..beres..!
    hueahaahhha..

    BalasPadam
  18. Perlu telus...jangan menipu rakyat. Biar semua tahu apa yang sebenarnya berlaku. Yang pastinya, Allah yang Maha Mengetahui

    BalasPadam
  19. megaconsuLt...ya..chaiyok2x..

    ngeh3x..

    BalasPadam
  20. Salam..Bro

    Cute setuju dengan keputusan kabinet semalam untuk wujudkan suruhanjaya diraja. itu keputusan tepat untuk elakkan sebarang spekulasi.

    Tapi adakah semua hasil siasatan berkenaan kematian Beng Hock akan diumumkan untuk pengetahuan rakyat?

    BalasPadam
  21. alamak.. salah login la semlm areque.. tak perasan plak tgh buka gmail company.. terus keluar megaconsult la pulak.. hehehe sorry...

    BalasPadam
  22. Pada saya, kes ini berkaitan more to SPRM. Tugas PDRM adalah menyiasat punca sebenar kes kematian. Jangan asyik nak menuding jari kepada PDRM sahaja sedangkan tugas mereka adalah menyiasat. Jika tiada kerjasama daripada semua pihak, bagaimana mereka hendak membuat siasatan. Oleh itu, kepada semua pihak yang terlibat, sila lah tampil memberi kerjasama kepada PDRM. Jangan nak harap mereka je settlekan semua ni. Kalau macam tu, kes lain tak perlulah PDRM nak settlekan???

    BalasPadam
  23. laaaaaaa.

    megaconsuLt tu kak nyonya ke??

    hauhuahauhauah...

    rq ingt rq ada supporters bru..

    muhakakkakkkakka...

    pepun..luv u kak nyonya...!
    ngeh3x...

    BalasPadam
  24. hehehe arque.. yer la.. akak la jugak tuh... boleh tak perasan plak komen pakai id lain.. hehehhe

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.