Ahad, Julai 19, 2009

Perlukan Penjelasan PONDAN

Setiap kali isu berhubung ‘pondan’ disentuh, ramai sensitif. Justeru, mari kita bersama membincangkan isu ini secara profesional. Apapun, saya memerlukan kerjasama penuh daripada semua pelayar blog ini, samada pelawat tetap mahupun baharu.

Peringatan saya, JANGAN melontarkan sebarang komen berbentuk cercaan, hinaan, kejian atau perkataan bermaksud sama kerana saya TIDAK akan memuatkan komen itu di post ini.

Saya merujuk kepada blog ini, klik [ Koleksi soal jawab ugama ]

Berikut definisi 'khunsa'

‘orang mempunyai dua alat kelamin lelaki dan perempuan atau orang yang tiada langsung mempunyai kedua-duanya dan hanya mempunyai lubang untuk membuang air kecil’

Ringkasnya, 'khunsa', manusia (1) mempunyai alat kelamin lelaki DAN perempuan ATAU (2) tidak mempunyai alat kelamin, hanya mempunyai lubang membuang air kecil.

Manakala, 'pondan' mempunyai takrifan berbeza, lelaki mempunyai alat kelamin lelaki dan berperwatakan seperti perempuan. Ramai tidak memahami keinginan dan keperluan sebenar mereka. Apatah lagi fakta berhubung naluri dan perasaan kelompok sama kerana tidak ramai antara mereka tampil berkongsi maklumat bersama kita.

Jadi, kepada mereka mendakwa 'pondan', sila jelaskan agar orang lain lebih memahami bukan sekadar mengeji.

Kepada pembaca menganggap diri mereka LELAKI atau PEREMPUAN tulen, tunggu komen pertama PONDAN dan kemudian lontarkan soalan, agar mereka boleh menjawab secara profesional.

Berani?

Kepada semua pelawat, kalau berani berhujah secara profesional, tulis ‘saya berani’ di ruangan komen dan catatkan jantina sebenar anda, ‘L’ atau ‘P’, cukup.

Jika tidak berani berbincang, biar kita bersama mencatat rekod, membiarkan komen di post ini sifar.


50 ulasan:

  1. ohh a.maziduL...ni yg rq tau serba sdikit dr pngalaman rq..dan dr apa yg areque tau dan observe...

    khunsa : ciptaan azali dari Ilahi..dan die/mreka ini tidak minta untuk jd begitu..mereka dijadikan Allah dgn 2 alat keLamin..satu yg llelaki punye dan satu yg prmpuan punya..

    kirenya dorg ada 2 alat sulit..

    isu pasaL kunsa ni prnh timbul dan dibicarakan dlm al-kuliyyah..2 tahun yg lalu dan rq mnontonnya masa tue..

    masa tu byk persoklan tntg mereka 'khunsa' ini dikupas terutama mcmne nak solat..perlu tutup aurat mcm lelaki kah atau perempuan kah..

    bgitu juga dlm urusan seharian sampai la ketika mereka mati nnt, bagaimanakah akan dimandikan, dikapankan , disembahyangkan, dan dikebumikan kerna wujudnya 2 identiti dlm individu terbabit..

    tapi secara kesimpulannya, mereka ini diberi pilihan utk mmilih jantina manakah yg mereka ingin pilih..
    dan yg paling jelas, mereka ini digalakkan utk memilih ke arah gender manakah mereka lbh cnderung..gender yg mereka pilih tu lah akan mnntukan mcmne dorg nk deal dgn amalan harian mereka..

    malah, mereka dbenarkan utk mlakukan pmbdahan mmbuang salah satu alat sulit yg mereka tidak ingini itu..
    sume dikupas dlm slot al-kuliyyah itu..carilah slot tu kalo nak tau..

    PONDAN : mereka ini lazimnya lelaki tetapi lemah gemalainya mengalahkan pompuan sejati...

    in short, mereka ini bukan dari azalinya begitu..malah alat sulit mereka hanya satu iaitu 'zakar'...

    betul tak aku sebut tu?

    muahhahahhaha...

    pondan ini lazimnya dikenali sbg 'softlan' di UIA di tempat rq bljr dulu dan antara gelaran lain org bagi pd pondan adalah 'sotong' kerana tulang mereka lembut..

    mereka ini sgt2 jelasnya adalah lelaki dan lazimnya keadaan persekitaran adalah salah satu faktor terbesar knapa mereka mnjadi pondan...

    BalasPadam
  2. lupe nak cakap..

    saya "P"

    dan 'saya berani'..

    ekekkekekke.

    peace..:)

    BalasPadam
  3. komen pertama di atas... kata-kata anda seperti cili padi buat saya, kalau dah tahu kami ni lebut bagai, janganlah panggil sotong atau softlan, lepas tu boleh letak ha ha ha lagi. kalau org lain panggil anda nama yg anda x suka pas tu ltak ha ha ha, suka ker? kami ada nama yg mak ayah kami bagi, panggil kami dgn nama tersebut. boleh ker? Satu soalan - andai kata tuhan yg MAHA ADIL memberi anak anda semua jadi pondan, ada pandangan anda pada mereka, dan apa pandangan mereka kepada anda yg selama ini selalu memperkecilkan golongan tersebut? dah byk kali saya tgk org yg mengata ini kena blk ke btgidung sendiri... pas tu senyap, x mampu nak kata apa2 lagi bila anak mereka menunjuk sifat ke arah itu.

    BalasPadam
  4. Leelah, kiranya nama mak nyah?

    Hemat saya, komen pertama AreQue, bukan berbentuk kutukan.

    Awak bukan khunsa, kan?

    BalasPadam
  5. Leelah..knapa anda msti terasa??saya tak mengata sesiapa pun..

    saya hanya mnerangkan kedudukan sebenar isu ini..iaitu beza khunsa dan pondan...

    dan saya bukan lah org yg gemar nak mngutuk org lain..

    lagipun, apa yg rq bgtau di atas adalah senario sebenar yg berlaku di kampus tmpt rq bljr..

    dan rq lah org paling kasihan dgn golongan2 sprti ini di uia krana mereka disissihkan drpd student2 leLaki ... sbb majoriti student lelaki mengeLak dr brkawan dgn golongan pondan ini..

    sudahnya..kami lah yg prmpuan brkawan dgn mereka ini smbiL cbe mnasihati mreka secara perLahan2..

    so, knapa anda yg nak trasa pedasnya???makan ciLi byk sgt ke???

    Hanya Allah maha mengetahui apa yg saya terangkan pd komen pertama di atas..

    susah nak brcakap kalo org tgh mkn lada byk sgt...

    BalasPadam
  6. tertarik dengan ayat "kami ada nama yg mak ayah kami bagi"

    kadangkala nama yang diberi secara rasmi tidak diguna oleh sesetengah individu itu sendiri seperti nama saya "daydeck" mmg nama samaran saya sejak kecil.
    saya bagi contoh ya bagai mana pula nama yang diberi MISALNYA

    1. nama yang diberi Mohd Ali tapi dah besar panjang nama yang digunakan ALIah

    atau

    2. nama yang diberi Sharifah tapi dah besar panjang nama yang digunakan Sharif.

    BalasPadam
  7. Bro Maz

    Saya Berani - L

    1. Marah - sebab ada antara mereka yang buat macam macam hal, ada juga yang okay, macam wartawan yang terkenal tu dan pereka fesyen, tukang masak, dan lain lain kerja professional.

    2. Kesihan - sebab merek terjebak dengan nafsu sendiri dan tidak ada atau tidak mahu bimbingan.

    Sebenarnya tak pandai nak komen, tapi saja nak tunjuk berani... he he he

    BalasPadam
  8. Semua, kita tunggu pondan lain pula berkongsi kisah kehidupan mereka di sini.

    Tujuannya, biar kita semua lebih memahami, itu sahaja.

    BalasPadam
  9. terima kasih Leelah,, teruskan dengan luahan anda,

    memang betul setiap sindiran terhadap orang lain, biasanya akan percik ke muka sendiri, (tapi bukan semua),,

    soklan apakah nama sesuai untuk saya panggil kepada INSAN itu, cuba beri cadangan ..samada dari sudut peribadi U sendiri atau bagi pihak kawan-kawan.
    ,OK kita bincang secara normal tanpa Emosi..
    apakah nama yang u tak suka dan apakah nama yang u suka, sedaya upaya saya akan gunakan nama yang u sarankan selepas ini...nama yang tak akan memberikan rasa rendah diri..

    tidak salah untuk u terasa kerana melibatkan fizikal anugerah Illahi.

    terima kasih sekali lagi.Leelah

    BalasPadam
  10. SAYA BERANI-L

    *Harap Hapuskan Pondan/Maknyah d Jalanan*

    BalasPadam
  11. Zeq, jika menyedari diri semakin terpanggil menjadi pondan, ramai merestui naluri itu, mengambil langkah menukar nama. Contoh Daydeck, Ali menjadi Aliah, bagus.

    Cuba, kalau pondan mengekalkan nama asal mereka, apa salahnya? Mungkin baharu terasa diri itu lelaki.

    "Aku pun nyah juga, nama Ali"

    Mesti tidak ramai pondan sanggup menggunakan ayat di atas untuk memperkenalkan diri.

    BalasPadam
  12. nampaknya belum ada golongan 'itu' memberi komen di sini..

    BalasPadam
  13. Salam
    saya BERANi-L

    huh..panas!!!

    pengalaman sndiri, spupu saya Shidi (bukan nama sbenar) sndiri dari kalangan warga lembut,diakibatkan tersisih dari rakan2 masa kat tmpat blajar(sama mcm aReQ) jadi wujudkan komuniti sendiri,dan ada aktiviti sendiri ...tapi tak da depa tak da la kelab zapin...kat U tu...
    kini sepupu tuh dah jadi cikgu...
    banyak dah berubah....
    knapa ya??
    mungkin persekitaran...banyak mendorong beliau...Smuga SHIDI berjaya dengan kerjaya baru...

    BalasPadam
  14. aku sebenarnnya menunggu komen dari mereka yang bergelar pondan.
    tapi sukar pula.
    Mungkin mereka masih lagi rasa tersisih walaupun membaca entri MAS ini, ataupun memang tersangat kurang pondan yang melayari blog ini, yang ada lelai dan perempuan biasa.
    Kalau ada yang berasa dirinya pondan yang membaca ini, silalah muncul dan keluar ayat² anda. kerana jika anda tidak keluar maka bertambahlah prejudis kami kepada anda...:)

    BalasPadam
  15. Saya punya ramai kenalan dari kalangan lelaki lembut. Rata-rata mereka adalah golongan professional - akauntan, jurutera, pensyarah dsb. Ada sesetengahnya memang dari kecik dah macam tu. Yang lain pulak, terikut-ikut.

    Yang mana terikut-ikut tu, dengan mudah kembali menjadi lelaki yang tak lembut, bernikah dan beranak-pinak dan bahagia. Yang mana dari kecik dah macam tu, sampai sekarang masih bujang, ada yang teruk, hanyut ke lembah gay, selainnya kekal bujang, dan membela anak-anak kecik dijadikan anak angkat.

    Bila diselami mereka yang dari kecik dah lembut ni, mereka kata, memang jiwa mereka sensitif, mereka tak suka buat apa yang lelaki jati suka buat, macam main bola, ragbi dsb, masa kecik-kecik, mereka suka main masak-masak, mereka suka berangan menjadi perempuan, tapi mereka sedar mereka takkan menjadi perempuan. Mereka kata mereka bukan khunsa kerana mereka tahu jantina sendiri. Dari segi kelakian, mereka kata takde masalah, tapi jiwa mereka lembut, sensitif dan lebih kepada keperempuanan.

    Saya suka berkawan dengan mereka ni sebab mereka sebenarnya lebih dekat dalam memahami jiwa perempuan. Lebih senang berbicara mengenai masalah sosial, masalah perhubungan dengan mereka ni sebab mereka empatik.

    Yang sedih, masyarakat kita prejudis dan "judgmental". Bila mereka ni pergi sembahyang Jumaat, siap dipandang atas bawah, digelakkan dan bila masuk saf, ramai lari takmo berdiri sebelah.. macam la mereka ni ada penyakit kusta. Ini yang mereka ceritakan pada saya. Bila beratur nak ambik wudhuk, siap diperli suruh pergi ke bahagian wanita.. Saya mendengar cerita mereka ni, rasa macam nak tumbuk aje lelaki-lelaki yang buat mereka macam tu. Geram sungguh!

    Masyarakat tak pernah melihat mereka seperti manusia yang lainnya hanya kerana perlakuan mereka yang lembut macam wanita, malah ada yang lebih lemah lembut dari wanita. Sangat menyedihkan.

    Kenapa mereka kekal bujang? Sebab rata-ratanya mereka kata, ramai tak mahu bermenantukan mereka. Takut anak cacat la, khunsa la apa la..

    Saya perempuan, saya berani mengutarakan pendapat saya.

    BalasPadam
  16. i agree with u audra!

    mana dacing??
    mana keadilan??
    dan mana konsep IsLam pd saat ini jika mereka terus2an disisih oleh msyrakat..???

    BalasPadam
  17. bukan saya bukan khusna tapi saya PONDAN, saya berani... saya tak pernah minta utk jadi mcm ni, dari kecil sy dah mmg x suka bergaul/berkwn dgn budak lelaki, sy lbh selesa berkwn dgn budak perempuan, main masak2, main patung... dlm tadika sy juga duduk disudut budak2 perempuan... sy pelik kenapa begitu, cikgu waktu itu pun x pernah plak paksa sy main bola dgn budak lelaki lain. Mak ayah saya pun x pernah paksa saya keluar rumah bercampur dgn budak lelaki main bola kat padang. sy xde kwn pondan, x jugak kwn dgn pondan lain... rmi kwn terdiri dari kaum hawa, senang depa ni x pernah kompangkan sy ni pondan mcm lelaki2 sejati kat luar sana...Jadi siapa sebenarnya mempengaruh saya jadi PONDAN? alam sekitar ker? sy terbaca mengenai satu artikel PONDAN ni salah satu penyakit genetik, yer ler kot, sebab pakcik sebelah ayah pun ada PONDAN... sepupu saya ada sorang pengkid... mcm mana yer?

    BalasPadam
  18. "mereka ni pergi sembahyang Jumaat, siap dipandang atas bawah"

    pengalaman sendiri ya tapi bukan semuanya sebegitu rupa.
    waktu kat dlam masjid jalan dada melentik nak kata ada buah dada xda plak boleh dikatakan gedik la tapi bila kat luar jlan macam biasa xda lentik2 nya macm mana orang tak pandang atas bawah.

    BalasPadam
  19. AKu berani dan dengan gigihnya menyatakan yang aku seorang P. Walau ada rakan blogger cakap L! :(

    tapi satu kekeliruan yang timbul.. kalau pondan ni masuk tandas mana? Lelaki atau perempuan?

    Kalau saat aku ke tandas awam dan bertemu pondan di tandas perempuan, aku kan menjerit.
    Penceroboh!! Penceroboh!!
    Tak salah kan?

    BalasPadam
  20. Nak tanya, pondan nanti masuk toilet lelaki ke toilet perempuan?
    Sbb aritu saya singgah kat R&R Ulu Bernam, ada pondan ni masuk toilet perempuan.
    Saya tau dia pondan sbb dgr suara dia dan gaya dia terlebih lembut drpd perempuan.
    Haaa...saya P dan saya berani tanya nih. =p

    BalasPadam
  21. saya selalu bermasalah nak terangkan pada anak2 bila dia org bertanya.. "mama.. org tu lelaki ker perempuan?" situasi nih berlaku bila terserempak dgn mereka2 yang sering disebut sbg mak nyah dan pondan...

    BalasPadam
  22. Leelah..

    anda sedang berada di kedudukan kewangan atau kerjaya yang selesa, oleh itu tiada timbul buat kerja tak senonoh sebanding dgn wanita lain..

    saranan saya, unutk berubah, terletak pada diri anda, berjumpa ustaz yang anda kenal secara individu.(anda malau kah untuk bercerita??)..bertanya soal fatwa dan minat..apakah nafsu mengatasi minat? ..
    Saya L..

    selama mana mendengar apa org kata??..mereka bukan boleh menolong buat perubahan..

    hanya dgn saranan doktor dan ulamak yg mana satu sifat anda.

    Faktor kerjaya juga boleh membawa kepada negatif.,untuk berubah..

    BalasPadam
  23. Leelah
    ..usah kenang cerita lama..
    soal genetik boleh dikira 25%,25 % usaha, 50% doa,

    dek kerana masa lalu ,ramai yang malu nak berubah, kenangan semasa remaja kena 'Buatan orang' malu bila besar, dendam dari berubah.

    selamat berubah..
    ,dgn pengorbanan..

    BalasPadam
  24. salam.

    saya berani -P

    kalau ada sesiapa pernah baca novel ahadiat akashah bertajuk dilema salina, mungkin ada jawapan kat situ tentang permasalahan ni.

    buku tu saya baca semasa form 3.

    BalasPadam
  25. kalau masuk tandas pompuan.. sah2 kena halau ngan nyonya nih.. sbb nyonya pun berani.. hehehe

    BalasPadam
  26. untuk tatapan daydeck86 ko pegi baca blog nih - http://meriahuoll.blogspot.com/ kat sana akan ketemu jawapan untuk soalan ko tu!

    BalasPadam
  27. terima kasih pd semua sb bagi sy ruang utk berkomunikasi kt sini.

    soalan msuk toilet tu ye... sy msuk toilet lelaki kalau xde bersama kwn perempuan, tapi kalau ada dgn kwn perempuan sy msuk toilet bersama mereka.

    saya ada dengar golongan pondan berdrag (maknyah) akan masuk ke toilet perempuan sb kalau msuk ke tandas lelaki susah nak buang air sb rmi lelaki akan jenguk kepala mrk dari atas/bwh toilet 2, kurang ajar kan!

    jadi kalau pondan yg x berdrag 2 selalunya msuk toilet lelaki je selagi x diganggu.

    BalasPadam
  28. for zeqzeq, thanks...

    actually, sy dah pun jumpa ustaz mengenai perkara ini, rasanya hati sy yg benak utk berubah. sy dh cuba dan rasa bosan lalu berhenti... ustaz 2 baik hati mmg nak tlg sy, tapi sy yg x nak... biarlah...

    sy x ada boyfriend atau teman lelaki dan x teringin pun nak ada mcm pondan yg lain kt luar sana.

    rasanya biarlah sy mcm ni, hidup membujang smpi mati, sy tinggal seorg je, xnak berkongsi dgn kwn perempuan lain, sb sikit sbyk mungkin akan menimbulkan masalah bersekedudukan dsbgnya

    dok dgn housemate lelaki lbh parah, sy hampir dijadikan "hidangan" housemate lelaki dan kwn2nya.

    sy rasa x rmi pondan nak bg komen/luahan kat sini sb apa yg sy dgr tempat ni "lubuk cerca" bagi smua hetrosexual untuk homosexual... itu apa yg sy dengarlah. so mrk x berani tampil kt sini

    BalasPadam
  29. Leelah, gentlelah. Setakat ini tiada lagi sebarang bentuk cercaan saya muatkan di post ini.

    Kalau hujah benar, apa ingin ditakutkan?

    BalasPadam
  30. ye abg marzidul itu sy tau sb tu sy BERANI bagi komen kt sini,terima kasih sy ucapkan.

    BalasPadam
  31. saya ade kawan yg cam nih...
    saya tanye diew..kenape jadi cam nih...
    dia cakap dia slalu kene tipu ngan pompuan....dan dia cakap dia rasa diew bulih jaga lelaki dgn baek...
    hurm...saya pown tak brape nak paham naluri dieworg nih..

    BalasPadam
  32. Assalamualaikum,

    Saye perempuan, n nak kate berani, takdela berani sangat pun, topik ni interesting sangat cuz kat office saye, staff2 ramai sangat golongan pondan ni. saye keje bahagian HR, so kenala berdepan dengan diorg ni.

    mula2 masuk keje sini 2 tahun lepas, memang sedar ramai pondan kat office, tapi sume masih berpakaian macam lelaki, ala2 metrosexual la sume, tapi sejak tahun lepas, diorang dah mula la berani pakai baju perempuan, pki skirt, hari jumaat pakai baju kurung, kebaya, pakai high heels n pegi annual dinner pki dress, siap blh menang best dress, tapi sebenarnya, diorang ni lelaki.

    nak kate sedih, memang sedih, sebab diorang ni sebenarnya pandai2, belajar tinggi2, tapi sayang nye, lebih cenderung ke arah keperempuanan. dari segi perfomance sume keje tip top, kalau buat keje, diorg takde problem, tapi sayang jugak cuz lame2 makin terpesong.

    diorang ni pun, ader boyfriend. and boyfriend diorang lelaki jugak macam biase tau! and bf2 diorg ni mmg sayang sgt kat diorang ni sume, tapi diorang ni tak sedar ke, yang dia bercinta tu rupa je perempuan, tapi hakikat nye, diorg satu spesies.

    kalau dekat office, diorang mintak tolong ape2, saye tolong la macam biasa, tapi jauh dalam hati saya, alangkah elok nye diorang ni LELAKI SEJATI. saye ade sebab kukuh kenape saya cakap macam ni, sebab, kalau betul, diorang ni faham perasaan perempuan, kan lebih elok diorang jadi lelaki sejati yang boleh menyayangi perempuan? takde la wanita2 di m'sia ni asyik patah hati je.

    Ape2 pun, saye berdoa sangat semoga Tuhan bukakan pintu hati mereka ni ke jalan yang benar.

    BalasPadam
  33. semoga lelaki2 tiruan akan insaf dan menjadi lelaki tulin yang dapat menjaga kebajikan anak isteri masing2 nanti.. insyaallah

    BalasPadam
  34. kalo nak jadi perempuan,jadilah perempuan yang baik..

    jadi perempuan nih ade hak dan tanggungjawabnya..

    bukan setakat berhias..bercinta..berkasih sayang..saya tak kesah lelaki lembut asalkan dier sedar dier lelaki dan kukuh dgn identiti sbg lelaki..a women does not need a man to be a woman..kalo dah memang perempuan.perempuan la..lelaki ada atau tidak, tak perlu ambil pusing..vice versa..

    apa pun jadik lah perempuan/lelaki yang baik-baik..yang tidak menjejaskan manusia lain..

    saya sarankan..nak jadik pondan..pondan lah..tetapi jaga adab sopan,tatasusila,batas-batas seperti mana seorang perempuan yang baik memelihara diri..

    hal dalaman tuh urusan antara anda dengan tuhan..

    Saya perempuan dan saya berani

    BalasPadam
  35. mungkin en mazidul boleh jenguk blog azwan ali yang pengacara tu. add : silaserazwanali.blogspot.com

    pastu boleh ler en mazidul tanya pendapat die plak

    BalasPadam
  36. Saya P, saya berani.

    Leelah,

    Mengubah kejadian lelaki kepada wanita atau sebaliknya adalah HARAM di sisi syariat. Justeru Enakmen janayah Syariah negeri-negeri memperuntukkan bahawa lelaki yang menyerupai wanita adalah satu kesalahan di bawah enakmen jenayah syariah dan boleh dikenakan hukuman tiga tahun penjara, denda lima ribu ringgit atau 6 kali sebatan.Bertaubatlah semasa sempat. Semuanya kerana nafsu mengatasi aqal. Sekadar mengingatkan, kerana jika ditanya oleh Allah, kenapa aku tidak menegur kesilapanmu, aku sudah ada jawapan.

    BalasPadam
  37. Salam untuk semua.
    Saya dilahirkan lelaki. Memang saya lembut. Tp tak la pakai baju pompuan. Tak kesah pun org nak kutuk pondan2 yg berpeleseran tu. Coz memang patut pun. sbb mrk buat benda terkutuk. saya akui ada nafsu pada lelaki. saya terima qadak & qadar Allah. saya tahu ini semua ujian Allah. Memang sukar bergaul dgn lelaki, lagi2 yg handsome. Saya cuba berlagak biasa agar tak nampak pelik. sbb tu Allah turunkan agama islam, sbb nak sekat nafsu jahat ni la. Saya ingatkan diri saya, saya perlu berjuang, sepanjang hayat. Moga Allah beri kekuatan & jalan bagi yg cari. Alhamdulillah saya dah kahwin hampir 2 tahun. & blm pernah curang, walaupun nafsu sentiasa meronta. ye la lelaki handsome ada d mana2. saya kena kawal nafsu, bukan nafsu yg kawal saya. bila saya tengok blog terjah, eewww memang menjijikkan. saya pun pernah tengok gay porn. saya bukan alim @ naif sgt pasal benda ni. tp yg ni memang nak muntah. mulanya bila baca ulasan, argh... org str8 memang la nak muntah... bila saya tengok sendiri, baru tau. Iman kita ni selalu naik & turun. kita bukan malaikat @ nabi, yg terpelihara iman mrk. memang betul la ustaz selalu kata, "Allah tak akan ubah nasib 1 kaum, kalau mrk tak mau ubah" so saya nak ubah. Saya jaga solat & ibadah wajib yg lain. ada org kata, org solat tak tinggal pun buat dosa gak. iya... selagi kita manusia. yg penting kita usaha. tp kalu solat & semua ibadat sempurna tak mungkin tergelincir ke lembah hina. tentu ada silap dlm ibadah, jika kita masih buat dosa. contohnya, pakaian kita blm suci dari najis. kita kencing, kaki seluar kita terpercik air kencing sbb kita kencing berdiri. setitik pun najis. tak sah solat. kita basuh, masuk dlm mesen basuh. blm suci dr najis lagi. berjangkit pulak dgn pakaian lain. so semua pakainan kita ada najis. sbbnya mesen basuh tu airnya takla sampai 2 kolah. basuh dgn cara terendam sama2. bilas? cuma air keluar ikut bawah. so kalu nak suci, kena jirus air mengalir setiap 1 nya. kesimpulannya kita terlalu pandang remeh air kencing yg setitik ni. air kencing yg setitik ni la yg mnybabkan iman kita bbocor. ustaz saya pernah andaikan iman kita ibarat air dlm bekas. bila kita buat dosa, bekas tu akan berlubang. air pun keluar. bila kita cepat mintak ampun, Allah seal lubang tu. kalu kita selalu buat dosa, banyak la lubang tu. bila kita tangguh taubat, dikhuatiri habis keringla iman kita. bila camni, dosa sgt lazat. agama dijauhi. nauzubillah. bagi saya, kejian org tentang gay & etc... menguatkan diri saya untuk menjauhkan diri dari melakukan benda terkutuk. kalu takde org keji, lagi la seronok nak buat dosa. cam kat negeri mat saleh, org tak kesah. kesimpulan saya, buat apa yg Allah suruh, tinggal apa yg Allah larang. Baru kita dpt lawan nafsu kita. saya berani berdebat demi kebenaran. syabas saudara Mazidul, moga Allah beri anda kekuatan demi pertahankan kebenaran. sorry kalu panjang sgt.

    BalasPadam
  38. ada lagi nak tambah ni... masa sekolah menengah dulu duk hostel. senior lelaki sesetengah tu cam jakun bila saya & 2 kawan masuk hostel. layan saya & 2 lagi kawan (lembut) cam pompuan. ngorat la. masa ni la hati kami berbunga2. ada yg ajak buat sex. kami tak tau apa2 masa tu. cuma seronok. rasa cam pompuan. tak pernah rasa cam ni masa sek rendah. tp bila tengok hakikat kami ni laki. kami rasa cam terperangkap dlm badan pompuan. kami tak la pakai baju pompuan. cuma wajah keanakan kami lebih feminin kot. rasanya kalu diorang tak layan kami camni takde la nak rasa cam pompuan.
    Saya & sorang kawan ni ada sejarah pernah kena sexual abuse masa kecik dgn sedara lelaki terdekat. yg sorang lagi tak pernah citer lak. rasanya ni pun faktor penyumbang gak. sila beri perhatian pada anak2 kalian. jika berlaku perubahan, selidik. kami tak berani nak cerita.
    bagi saya layanan org sekitar penyumbang besar. saya harap semua org yg str8 tak kira lelaki ke pompuan ke, kana layan kami cam layan lelaki biasa. jgn layan cam pompuan. kami cepat perasan. tolong nasihat kami dgn berhemah, coz hati kami sensitif. ajak kami solat jemaah, coz kami mudah dipujuk. berkawanlah dgn kami, jgn asingkan kami. bila terasing kami mula berkawan dgn yg sama species & kepondanan kami terus berkembang biak. tolonglah kami agar mudah utk terus bejuang. jadilah rakyat perihatin, bukan pengkritik.

    BalasPadam
  39. Salam,
    Tahniah kepada sdr Mazidul, berjaya jadikan entri kali ini benar2 berkembang tanpa perkataan2 yang memualkan dan banyak info yang kita dapat.
    Saya sedar isu ini sensitif yang amat sangat. Saya juga kagum dgn sdr Mazidul yang berjaya kawal nilai sensitif itu.
    Sebagai sebahagian daripada isi masyarakat, setiap dari kita perlu ada rasa untuk membantu golongan ini terutama mereka yang ada keinginan dan cita2 untuk hidup dalam masyarakat seperti orang lain. masyarakat banyak memberi impak terhadap kehidupan mereka.
    Jalan terbaik perlu dicari untuk atasi masalah ini. Mereka tidak patut dipulau atau dipandang sinis, tetapi perlu diterima seadanya. Tidak bermakna kita patut terima kehendak mereka berterusan sebegini, tetapi menerima mereka secara perlahan2 untuk menjadi lelaki sejati.
    Lelaki yang lemah lembut, memahami jiwa wanita dan penuh pengertian sebegini sebenarnya sangat2 didambakan ramai wanita kerana nilai "pengertian" itu. Mereka juga sangat cermat, pembersih (adakala lebih bersih dari wanita sendiri) dan sangat sabar. Namun, pada masa yang sama, mereka perlu disedarkan bahawa mereka ini diciptakan sebagai lelaki. Jadi, mereka perlu menjadi pemimpin. Jadilah pemimpin yang lembut jiwanya, memahami dan penuh pengertian. Tidakkah itu satu kelebihan?

    BalasPadam
  40. saya berani
    L
    Salam satu malaysia buat semua pembaca blog.
    Tertarik dengan blog ini saya telah habiskan kesemua komentar.
    Izinkan saya memperkanalkan diri sebagai seorang pelajar di jurusan bakal profesion yang amat diperlukan.
    Tentang kehidupan pondan, atau homoseksual, ingin saya nyatakan agar kita mendalami sedikit sebanyak fisiologinya (asal usul) jelas jika kita memahami bahawa pondan, khunsa serta homoseksual 'terang lagi bersuluh' amat berbeza jadi pendekatan untuk menyelesaikan hal ini juga berbeza.
    1. Khunsa, kebiasaanya sudah dinilai dan perawatannya adalah ditentukan jantina anak itu setelah kedewasaan anak itu ataupun pemerhatian fizikal,anatomi dan emosi anak itu baru dijalankan pembedahan dan sbgnya untuk menentukan anak itu.
    2. Homoseksual, jelas ia adalah ternyata mempunyai masalah lebih kepada seksual. Hal ini sedikit sebanyak akan melibatkan genetik, hormon, perasaan, dan juga nafsu. Jadi jika genetik diketahui rawatan perlu dilakukan, walaupun kecanggihan tiada untuk mengubah tetapi masih ada cara lain, terapeutik yang dibahagikan pelbagai kategori(penjelasan perlu dibuat jika berpeluang berjumpa dengan penulis blog, sdr abg mazidul).
    3. Pondan, pengkid, lebih kearah gaya pemakaian, gaya hidup dan aktiviti. Jadi adalah peranan serta tanggungjawab kita sebagai masyarakat yang besar amnya, dan komuniti yang kukuh khususnya perlu memainkan peranan yang jitu dalam mengatasi hal, masalah ini.

    Banyak ingin diperkatakan tetapi kebanyakan individu, termasuk pengajar saya sendiri masih berfikiran bahawa 'budak kecil' tidak layak bersuara. Ulasan ini pun dibuat atas rasa keprihatinan saya yg lama terpendam.

    p/s: maaf saya seorang individu yg tidak begitu mampu memberi ataupun meluangkan sedikit masa untuk komitmen terhadap IT. saya tinggalkan e-mail saya (untuk post benda ni harap abg mazidul tidak masukkan e-mail sy tq) budakprihatin@yahoo.com

    BalasPadam
  41. saya lelaki dan saya berani..

    saya dilahirkan dengan keinginan pelik..percaya tak kalau saya cakap dari umur lima tahun perasaan saya nak melihat kemaluan lelaki sangat kuat..sebab nya bila saya terlihat cerita blue yang di buka oleh sepupu saya masa itu terus mencetuskan perasaan ingin tahu tentang lelaki..yang peliknya saya langsung tiada perasaan untuk mengetahui tentang kemaluan perempuan..

    dari kecil saya seperti terdorong oleh satu perasaan untuk menyukai lelaki..saya tak tahu kenapa..emak kata dulu masa mengandung mak ingat saya anak perempuan..dan memang mak ngan ayah suka sangat bila mengetahui dari bidan kampung yang mak saya mengandungkan anak perempuan..tetapi bagi saya itu bukanlah alasan kukuh kenapa saya jadi begini..

    saya ada pakcik yang juga seorang pondan dan tidak berkawin sampai sekarang..saya tinggal di kawasan kampung jauh di perdalaman..jadi persekitaran saya tiada pondan .. saya berkawan dengan lelaki dan perempuan..saya sedikit lembut dan lembik malah adik-adik perempuan saya masa kecik pun boleh buli saya..mak ayah selalu marah suruh saya jadi kasar dan ganas tapi saya tak tahu kenapa saya tak reti jadi begitu..seakan saya tidak di lahirkan seperti sifat budak-budak lelaki lain..tetapi dari kecil saya dah biasa di gelar lembik..gembeng..lembut..saya jadi terbiasa..

    saya mula melakukan hubungan terkutuk sewaktu saya berusia 10 tahun..oleh kerana sikap ingin tahu mengenai perasaan saya sendiri dan juga pengaruh blue saya dan jiran saya sering melakukan perkaa itu..perkara itu seakan membuat saya lebih seronok..dan keinginan dalam diri untuk menjadi perempuan membara..saya mula merasakan saya adalah seorang wanita kerana saya langsung tiada perasaan seperti lelaki..saya minat mengemas rumah..memasak..gubah bunga..malah saya yang paling di harapkan dalam adik beradik saya berbanding yang perempuan..

    masa remaja saya sering inginkan di cintai dan di sayangi..tetapi saya takde perasaan untuk terima wanita dalam diri saya..saya menganggap wanita dan saya adalah sama bezanya saya dilahirkan di dalam jasad seorang lelaki..tetapi dalaman saya,saya merasakan hanyalah jiwa seorang perempuan yang sangat tinggi..masa remaja saya tahu apa yang saya buat salah di sisi agama..tetapi nafsu remaja sangat sukar hendak di bendung..latar belakang agama yang tidak kuat juga menyebabkan saya tidak kisah soal halal haram..

    BalasPadam
  42. zaman remaja saya terus menjadi mangsa kepada nafsu saya sendiri..teman sekolah..jiran..kawan..bapa kawan..cikgu..semuanya pernah memuaskan nafsu bersama saya..hakikatnya samaada anda bermain dgn sama jenis atau berlainan jenis..ia adalah semata-mata soal melepaskan nafsu memasing..ialah..hukum sexs luar tabiee pun seperti berzina juga kan..(wallahualam kalau tak silap saya..)tetapi saya tak pernah mengatakan apa yang saya buat adalah betul dan saya masih waras sebagai seorang islam...cuma masa dan ketentuaan untuk saya berubah ketika itu belum tiba..

    apabila tamat universiti saya semakin berani memakai pakaian seperti wanita..saya memikirkan igin memenuhi kinginan jiwa dan nafsu saya..menjadi wanita..walaupun tidak sempurna..saya banggan dengan kehidupan saya menjadi wanita..berpakain wanita..kerana itu apa yang jiwa saya rasa..saya tidak peduli apa org ingin berkata..anda mengutuk atau anda membenci..itu harga yang saya pasti terima jika memilih untuk menjadi wanita..saya lebih pentingkan tuntutan nafsu dan jiwa saya daripada hal remeh masyarakat yang tidak boleh terima..apapun kewujudan saya masih ada segelintir yang boleh terima dan itu sudah cukup membahagiakan saya..

    orang kata selagi kita tak berada dalam kasut seseorang..kita tidak akan tahu bagaimana mereka berfikir..saya menjalani pelbagai warna kehidupan bergelar pondan/maknyah/bapok..apa sahaja gelaran yang diberi sekaran ini..saya berkawan dari adik-adik yang baru nak naik..samapai lak mak ayam yang dah tua kertu..saya melihat kehidupan dan keindahan hidup seorang pondan ini tersangatlah sementara..indahnya di rasa sangat sedikit..tapi sengsara dan penderitaan yang di lalui oleh pondan amatlah banyak..

    saya mula sangsi dengan kehendak dan tuntutan jiwa saya..saya mula mengenang dan berfikir adakah jiwa ini sangat membahagiakan saya?saya mula bosan dengan kehidupan yang tiada penghujung..hanya menjadi tua dan akhirnya mengharap kawan-kawan pondan menjaga..tiada keluarga kalau sudah di buang keluarga kerana memilih menjadi pondan..atapun jika masih ada keluarga,keluarga tak mampu lagi menjaga pondan yang sudah tua kerana keluarga ada tanggunjawab sendiri..

    kehidupan di waktu tua sangatlah menakutkan saya..tiada pondan yang hidup bahagia..malah pondan yang pernah menjadi ratu cantik singapore dan berkahwin dengan lelaki jerman yag kaya setelah menjalankan operate menukar kemaluan juga kembali ke malaysia seorang diri tanpa ada apa untuknya kerana tidak boleh menuntut harta suami sebab tiada anak...semua ini menguatkan lagi hati saya ingin berubah..tapi apa yang membuat saya sukar saya tewas dengan nafsu saya yang membara..

    BalasPadam
  43. tapi berkat doa ibu saya..yang tak henti2 siang dan malam mendoakan saya..saya di beri sinar..dari berpakaian seperti perempaun setiap masa..saya berpakaian seperti lelaki..saya tinggalkan dunia pondan saya..kalau dulu saya mengharap ada tangan-tangan untuk membawa saya berubah..tetapi sebenarnya saya silap..sebab hanya diri dan hati saya yang boleh melawan nafsu saya..dan juga tanpa doa ibu saya dan keluarga saya yang tidak henti-henti bersabar dengan perangai saya yang membawa malu kepada mereka..akhirnya Allah bagi saya sinar..

    syukur alhamdulillah sekarang sda hampir 5 tahun saya meninggalkan dunia pondan sedikit sebanyak saya dapat berubah walaupun hitam di hati itu masih ada..walaupun bukan seratus peratus perubahan saya tapi saya masih terus mendaki mengharapkan saya akan menjadi muslim yang sejati..pesanan saya..jangan berputus asa..beri sokongan dan dorongan..timbulkan kesedaran yang tinggi..doakan yang terbaik..Insya Allah mereka akan berubah..seperti saya..kami hanyalah golongan yang tewas dengan dugaan yang Allah beri..iaitu nafsu kami..saya percaya anda juga sukar mengawal nafsu anda walau apapun jenis nafsu anda..tolonglah golongan ini dengan ikhlas..nasihat lah mereka dengan bijaksana..sama juga golongan remaja lain yang banyak terpesong..mereka cuma sesat dek budaya kita yang semakin jauh dari landasan agama yang sebenar..dugaan sangat tinggi zaman sekarang..hanya memiliki masyarakat yang lebih baik..kawan dan persekitaran yang lebih baik..dapat mengubah semuanya menjadi lebih baik..wallahualam..maafkan saya kalau tersalah..

    p/s: sy tertarik isu toilet tu..msa sya jd pondan sy masuk toilet perempuan..sb saya masuk toilet llaki sy malu dan takut d anggap cba mngorat lelaki kat dlm toilet..sy masuk toilet pempuan paling kuat pun kena jeling je la..tapi nk wat cmne dah saya lg cantik dr pempuan yg kena jeling tu..ahahah...maafkan saya sekadar gurauan..

    p/s:kpd pondan di luar sana..jangan pernah berputus asa untuk mengharapkan kehidupan sebagai manusia normal lain..Allah kan ada…

    BalasPadam
  44. congratz AnakIbu! May Allah bless u always!

    "tapi nk wat cmne dah saya lg cantik dr pempuan yg kena jeling tu..ahahah"

    baik punya statement!

    BalasPadam
  45. assalamualaikum...
    maaf sekiranya komen sya agak terlambat sekarang...cuma saya kira xsalah jika sy berkongsi pengalaman sy dgn pembaca semua.
    saya ialah seorang lelaki...yang bersifat seperti wanita..serba serbi.sbnarnye pada pemantauan saya masyarakat byk melihat golongan seperti saya menyumbang kpd gejala sosial yang negatif..tp mereka xtahu bkn semuanya begitu.Pada saya. baik buruk seseorang makhluk Allah S.W.T itu bkn pd jantina atau luaran sifatnya..tetapi pd hati. saya mengikut jalan ini, bkn kehendak sesiapa tetapi diri sendiri..saya terima ini sbg ujian dr Allah, Tuhan Pentadbir Langit dan Bumi.wallahu`alam.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.