Khamis, Julai 23, 2009

Blog Gay Terbuka

Jam 1.30 pagi, 19 Julai lalu, pasukan narkotik Ibu Pejabat Polis Kontingen Kuala Lumpur diketui ASP Mohd Ashril Md. Johar menyerbu pub dan restoran di Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur. Dilaporkan ketika serbuan majoriti 500 pengunjung lelaki asyik menari, bercumbu dan mempamerkan aksi ghairah bersama pasangan sejenis.

Bagaimanapun tiada laporan mengatakan mereka berbogel tanpa seurat benang di premis terbabit, lalu TIDAK begitu mengejutkan.

Pembaca menghantar alamat blog gay lebih hebat kepada saya. Katanya blog ini lebih dahsyat berbanding blog Sherita Aziz terdahulu. Kini Sherita mengambil pendekatan baharu dalam penulisan blognya.

Blog di bawah mengandungi aksi lucah, lelaki berpelukan dan bercium sesama jenis, JANGAN buka blog berikut jika tidak bersesuaian.

Klik [ lelakikita ] kemudian klik 'read full'.

Apapun hemat saya, jika blog terbabit bebas dibaca sesiapa sahaja, kita berhak mencatatkan komen di blog sama menggesa agar 'blog gay terbuka' itu dipadamkan dengan kadar segara.

Mungkin ramai memerah otak cuba memahami mengapa perlakuan songsang itu berlaku. Saya sendiri TIDAK faham mengapa kelompok terbabit begitu gah memaparkan gambar mereka dalam keadaan memalukan?

* Jam 4.30 petang semalam, pasukan Kementerian Dalam Negeri cawangan Ipoh, Perak, menyerbu premis menjual cakera digital cetak rompak di Tg. Malim, sebelum ini premis itu dianggap 'kebal'. Lebih 5,000 DVD dirampas bersama 2 burner dan pencetak kulit DVD.

52 ulasan:

  1. saya pun tidak begitu terkejut dengan semua ini...
    selagi undang2 islam tidak dipraktikkan, so beginilah jadinya.
    lepas ni makin teruk pun rasa dah biasa..
    bukan nk tunjuk alim.
    tetapi hakikatnya begitu.
    tapi ramai yang meraguinya.
    cintakan dunia la katakan..

    BalasPadam
  2. Berkenaan tempat yang diserbu itu, kenapa DBKL tidak mengambil tindakan di atas premises itu. Mana KPI Datuk Bandar KL

    BalasPadam
  3. Nazib.

    Assalamualaikum sdr Mazidul.
    Saya ingin mengucapkan tahniah kpd saudara yang tidak pernah jemu menyelongkar pelbagai bentuk kebejatan masyarakat kita hari ini. Usaha ini patut diteruskan.
    Cuma apa yang kurang sesuai bagi saya ialah apabila sdr meletakkan 'link' web-web tertentu yg sgt2 menjijikkan malah tidak patut dipertontonkan kepada umum.
    BUkan apa, blog saudara semakin mendapat perhatian pengguna internet. Bila dah dibuat link tersebut maka secara tidak langsung turut mempromosi blog-blog haram itu. Harap diambil perhatian. Terima kasih.

    BalasPadam
  4. semoga penulis blog lelakikita mengikut jejak langkah sherita hendak-Nya
    amin

    BalasPadam
  5. alahai niat bisnes ..

    kepada wanita/perempuan bawah 18SX,,sila klik URL tanpa klik 'readfull'mana tau terkena wajah saudara mara..lepas tu tanya betul kerr pic dia..itu positifnya..

    sekadar buka BLOG sahaja..

    BalasPadam
  6. En. Mazidul, sesiapa yang berminat, ada fon no disertakan sekali! yg boroi pun ada LOL

    BalasPadam
  7. Manusia jenis macam ni pun ada. Memang di dunia ni ada pelbagai ragam manusia.

    BalasPadam
  8. bro mazidul,

    apa nak jadik dengan dunia sekarang. kadang2 rasa kasihan pada mereka, tapi kadang2 marah pon ada.

    yang tak sedap, ada jugak bapak2 orang. kalao anak2 tengok macam manala agaknya. semoga semua ni tak menimpa anak2 keluarga kita, amin

    BalasPadam
  9. Isy..tak tertekan rasanya nak pi blog orang sakit mental ni. Harap2 lepas en mazidul war2kan...dia delete blog tu..mcm sherita.

    Ntah2 klon sherita koT??

    Mana tau.

    Doakan mereka jumpa jalan taubat nasuha...amin.

    BalasPadam
  10. Geli ana tengok adanya insan sebegini. Namun tidaklah pelik mana di alam dunia ini. Sementara menunggu dijemput pulang, manusia sentiasa mencari alternatif untuk mengisi ruang-ruang kosong dalam hidupnya. Sama ada ruang itu diisi dengan sempurna atau dengan sia-sia.

    BalasPadam
  11. Isk2....betul la bro, lebih dasyat dari blog Sherita...isk2..malu2... yang terlibatnya orang kita...MELAYU...

    BalasPadam
  12. uishh blog tu dah ruper cam blog marketing mamat gay jer bro mazidul..

    BalasPadam
  13. Naziehas, barangkali kali pertama awak mencatatkan komen di blog ini, terima kasih.

    Sebelum ini menggunakan langkah sama, saya dan pembaca blog ini berjaya mengubah kandungan blog seperti itu.

    Jelas saya nyatakan, amaran di dalam post sama.

    Pembaca berhak memilih, kan?

    BalasPadam
  14. bro.. yg tak leh nak tahan tuh.. bapa anak lima pun ada buat jugak.. apa agaknya tanggapan anak2 kalau terserempak di web lucah sebegitu..

    BalasPadam
  15. selalunya org yg berminat mengambil perkembangan cerita gay ni, dia pun gay juga sbenarnya. cuma nak sorok keburukan sendiri memaparkan blog org lain. tuan blog tepuk dada tanya selera lah yer. dan lain pun rasanya dapat menilai menggunakan otak jgn gunakan populariti :) dari semua cerita gay semua tuan blog ni tahu. sekali lagi jgn berasa bangga sgt.

    BalasPadam
  16. harapnya lepas nih mereka semua tu sempat la bertaubat...

    BalasPadam
  17. Bro, orang tua2 dahulu kata, nasi dah jadi bubur.... ni lah contoh terbaik... apa yang boleh kita buat dengan bubur ni? Tambahkan sayur, kacang, daging, udang kering, rempah... kacau rata-rata... jadi bubur lambuk... dengan kata mudahnya... dia orang ni dah sesat jauh... jadi, kita kene menyelami hari mereka, bergaul dengan mereka... akhir sekali... jika Allah izinkan.. mereka akan berubah kepada yang lebih baik... jika pondan pun, pondan yang beragama, jika tak minat perempuan pun... mereka tak le tergila-gila kan lelaki sejenis... aku rasa lu faham BRO... Keep up dengan membongkar kemungkaran demi amanah kita kepada pencipta... wasallam

    BalasPadam
  18. Misyon, saya melihat awak melontarkan komen TANPA profile, maksudnya awak gentar untuk memaparkan identiti sebenar. Mungkin awak lelaki normal tetapi menimbulkan banyak tandatanya.

    Mengetahui fakta berhubung gay, TIDAK bermaksud seseorang itu gay UNLESS jika awak bersetuju dengan kenyataan di bawah.

    Awak tahu mengenai lembu, adakah awak lembu?

    Saya cuma berasa hairan, jika golongan gay ditegur, ramai melatah, kenapa? Cuba jelaskan kepada pembaca blog ini mengapa seks luar tabii menjadi pilihan tanpa menolak larangan agama? Mengapa berasa amat bangga mempamerkan kemaluan lelaki dan aksi lucah sesama lelaki?

    Ramai menegur wanita jika tidak menutup aurat, tetapi mengapa lelaki sendiri bertindak keterlaluan? Kemana hilang rasa malu?

    Jika baling batu, sembunyi tangan, sesiapa juga mampu melakukannya. Blog terbabit bukan diperuntukkan untuk ahli sahaja atau 'by invitation only', justeru pastinya boleh dibaca dan dilihat pelayar maya? Justeru, apa motif sebenar diwujudkan blog sebegitu??

    Saya tidak faham, fahamkan saya dan orang lain.

    BalasPadam
  19. Misyon, ntah2 kamu ni gay..yg nk sorok ke-gay-an kamu..

    BalasPadam
  20. Karyabator, saya juga ingin mengajukan soalan sama kepada awak. Apakah ini?

    BPR, dari kecil kita diceritakan kisah kaum Nabi Luth. Saya percaya kebanyakan gay berkongsi kisah sama. Justeru, mengapa kegiatan sama masih terus berlaku?

    Minta tolong saudara Naziehas menjelaskan perkara ini semoga dapat dijadikan renungan bersama, boleh?

    BalasPadam
  21. Hawari, :)

    Saya pernah melihat pasangan berkhalwat ditangkap pegawai penguatkuasa Jabatan Agama. Mereka diheret kemahkamah dan kemudian didenda RM3000,00 atau kurang. Sebilangan pasangan menyedari kesilapan, kemudian mengambil keputusan menghalalkan hubungan, bernikah.

    Tetapi saya tidak pernah melihat penguatkuasa jabatan sama memantau dan membanteras kegiatan gay. Mengapa?

    BalasPadam
  22. bro mazidul

    sebenarnya saya agak terkejut dengan paparan link blog lelaki kita tersebut
    saya bukan judgemental - cuma saya sokong teguran dari naziehas
    saya harap bro mazidul dapat padamkan link kepada blog tersebut.
    gambar2 di dalam itu, saya agak ,ada antara mereka merupakan seorang bapa, dan seorang suami,
    mungkin apa yang mereka lakukan agak di luar batasan
    tetapi,
    itu tidak menghalalkan kita untuk turut sama memalukan mereka dengan menyebarkan gambar gambar mereka.
    mungkin pemilik blog itu berniat jahat, mahu memalukan mereka yang berada di dalam gambar tersebut.

    ketika belajar di tingkatan lima dahulu
    ustaz selalu nasihatkan, jangan sesekali kita membuka keaiban orang lain, nanti Allah akan buka keaiban kita.
    mungkin ada di antara lelaki lelaki di dalam gambar itu sudah insaf. tetapi, paparan dalam blog sebegini pasti akan kembali menjatuhkan maruah mereka.
    harap bro mazidul dapat pertimbangkan.

    kalau saudara mahu menghukum pemilik blog terbabit, dipersilakan. tapi jangan mereka yang dipaparkan didalam blog itu terhukum sama. mungkin ada antara mereka yang sudah insaf. siapa tahu.

    BalasPadam
  23. saya tak faham kenapa org-org ni sanggup memalukan diri sendiri? Sebelum buat sesuatu fikirkan lah tentang mak dan ayah.. bila kita jahat org tak tanya siapa kita.. org tanya sapa mak ayah kita.. Allah..bertaubatlah.. Bila manusia mula hilang rasa malu.. standard dia jatuh sama mcm binatang.. kencing berak merata-rata..

    BalasPadam
  24. saya setuju dgn naziehas..

    bukan saya tak suke abg maziduL mngeluarkan posting begini, cume rasa ia tak perLu didedahkan kpada umum pasal nama blog tu..

    orang ramai yg tidak tahu mngenai kewujudan blog ini, skrg sudahramai yg mgetahuinya kerana pngunjung yg mngunjung ke blog abg maziduL smakin ramai..

    lebih2 lg, jika malihatkan bloggers2 di sini, tdak ramai yg memaparkan identiti sebenar mereka...

    malah kite juga tdak tahu, adakah sesiapa di antara mereka ini yg gay, lesbian, atau pengkid atau apa2 sj geLaran lah..

    mana tahu, slps blog ini diberitahu kpd umum..golongan2 seperti sherita dan seperti di posting ini mula menjadikan blog itu sbg tontonan harian..

    saya percaya, tidak diberitahu secara umum mngenai blog2 ini pun..orang ramai akan meLontarkan komen mereka di sini..

    lagipun, abg maziduL punye posting pun ngetop2 gitu..kan?

    tp pasal bgtau nama blog yg tu, rq rasakan ia makin mngundang keburukan krana sume org yg brkunjung ke cni akan tgk..dan click trus ke blog itu..

    ye, saya tahu mgkin abg maziduL nk mnyedarkan si blogger terbabbit akan aktiviti nye yg tak bermoraL itu tp dgn cara mnghebahkan blog itu kpd umum..org ramai sprti golongn2 gay ini akan tahu dan mgkin mreka akn trus mncari2 dan trus mncari utk mlampiaskan nafsu mreka dgn cara berbeza pula..

    sekadar pndgn rq..

    BalasPadam
  25. benda tu mungkin taboo dalam masyarakat kita lagi bro mazidul. ramai tak berani nak sentuh, mungkin melibatkan anak2 vip, menteri, ahli perniagaan dan sebagainya. for all we know, entah2 mereka pon terlibat sama. tak mustahil bukan??

    Di IPTA aja dah banyak. tak usah disebut mana, bersepah2. dahla lelaki sekarang makin pupus, ditambah dengan golongan sebegini. macam mana nak jadi pemimpin keluarga, khalifah di bumi?

    BalasPadam
  26. masyaallahhhhhh...lagi hebatttt dr blog sherita..ngeri...mintak janganla allah swt dtgkan bala sebab kaum yg pendek akal..niiii..
    betul bro majidul..jais patut pantau
    lelaki duk berdua2an kat tpt sunyi..
    sebb laki2 skrg ade yg xle caye..
    actually taniah pd bro..sebab blog2 pondan yg lain dah kemain takut nak letak gbr songsang depe..sebab bro dah terjah blog otai depe(sherita ni otai depe bro)..syabas

    BalasPadam
  27. bro mazidul.. dedahkan lagi semua kemungkaran ini.. biar yang bertanggungjawab mengambil tindakan...

    BalasPadam
  28. Andy dan Areque, mereka di dalam blog terbabit sebenarnya setuju gambar mereka dipaparkan. Sila baca komen pemilik blog secara terperinci. Jika mereka berasa malu, semestinya gambar lucah mereka tidak diabadikan di situ dengan kebenaran mereka.

    Setakat ini komen dilontarkan pelbagai. Tiga daripada pembaca meminta saya memadamkan link manakala selebhnya bersetuju link terbabit dipaparkan. Kita ikut pandangan majoriti, ok :)

    BalasPadam
  29. salam..
    saya rasa ada baiknya link ke blog tersebut tidak dipaparkan.

    saya sendiri tidak klik link tersebut walaupun link tersebut ada sbb saya percaya kepada apa yg dinyatakan oleh encik mazidul.

    bila en. mazidul memberitahu kandungan blog tersebut agak keterlaluan, saya mmg tak berminat nak klik. sbb tak nak buat dosa mata (kononnya). hehehe.

    cukupla sekadar tahu ada kesongsangan yang wujud di luar sana dan menginsafinya.

    BalasPadam
  30. Sdr Mazidul, internet ini macam pisau itu pesan mantan PM kita dedulu. Nak kita guna untuk membunuh org ke atau nak membedah pesakit; terpulang!. Padam x padam link di situs kita sama saja; taip sahaja "gay" di google atau yahoo bersepahlah situs begitu; tambahlah ujung gay itu nama negara kita tapi pastikan di ruang "Preferences" google atau yahoo itu anda klik "Do not filter my search results".

    Bukan nak mengajar, tapi perkara kebejatan ini sejak Zaman Nabi Lut a.s lagi telah berlaku. Kita yang tak ambil iktibar. Takutnya nanti bala akan menimpa kita semua. Perkara ini bagi sy semua pihak kena celikkan mata, kenapa mesti sorok-sorokkan.

    Celik bermakna bukan syok lagi terpengaruh tetapi menyedarkan diri yang ianya jijik & terlarang. Kita perlu membenterasnya sekeras-kerasnya.

    Emmm! rakan sy golongan elite pun ada perangai begini. Sy kenal & pasti dia memang golongan ini. Agar dia mendapat pertunjuk Ilahi.

    BalasPadam
  31. Bro.. kenapa tak laporkan saja pada pihak polis? dah tentu polis akan siasat. ini pun kategori mengganggu ketenteraman masyarakat..

    BalasPadam
  32. hu hu ..kedai dvd kena raid tu mesti sebab tak bayar 'wang perlindungan'..pd kongsi gelap kot ...hu hu ....

    BalasPadam
  33. Asilah, bak kata Idan, jika digoogle 'gay' pasti blog terbabit akan menjadi satu daripada pilihan. Terpulang kepada pembaca untuk masuk ke blog terbabit atau sebaliknya.

    BalasPadam
  34. Salam Bro Mazidul,

    pendapat saya, tidak salah memasukkan link ke web berkenaan, pihak berwajib pun tak tapis, inikan public. Buka mata sket, benda2 mcm ni lah yang jadi punca sesuatu benda songsang berlaku. Ape pun, benda sebegini bebas di'google', cuma saya turut tidak paham apa yg cuba dipertahankan oleh golongan songsang ni. Niat disini cuma agar majoriti menolak web-web ini dan memaksa mereka menutup @ menghadkan akses ke laman web berkenaan dengan komen2 yang dilontarkan. X nampak sgt hasil saya rasa, tp jadilah, ada juga sebilangan kita ada kesedaran. Sape tau lambat laun perkara ini diberi perhatian pihak berwajib, hasil komen2 yg diberikan? Insya allah.

    BalasPadam
  35. saya sependapat ngan bro mazidul.. tak salah letak link tu.. yg penting nawaitu kita.. lagi pun mmg tuan punya blog sendiri yg mendedahkan pd umum.. sekurang2nya kita memberi tekanan kpd pemilik blog supaya berubah.. seperti kes sherita... sapa tahukan,..

    BalasPadam
  36. bro mazidul

    terpulang pada saudara ingin delete atau tidak
    cuma sebagai informasi, kadang kadang gambar sebegitu terlepas ke tangan orang tanpa kebenaran si tuan punya
    sama seperti kes ahli politik PKR yang gambar seksinya terlepas ke tangan orang yang tak diingini, dan kemudian, orang itu palsukan, kata dapat kebenaran.

    cuba bayangkan kalau kita di tempat mereka, sudahlah gambar kita dicuri, kemudian di publish tanpa kebenaran, dan disebarkan dalam blog saudara mazidul, dan semua orang ada access untuk save.

    saya tak sanggup.

    apa pun, semua bergantung pada saudara. itu hak saudara. saya cuma memberi pandangan. tapi kalau saudara mahu bawak pemilik blog itu ke muka pengadilan, saya sokong aja.

    BalasPadam
  37. Si Nakal Andy, jangan marah jika saya katakan awak 'pening'.

    Gambar apa awak maksudkan? SEMUA gambar ada di blog dibicarakan bukan di blog ini.

    Blog lelakikita boleh diakses sesiapa sahaja. Kenyataan awak harus ditujukan kepada pemilik blog itu.

    Faham ke?

    BalasPadam
  38. saya setuju ngn saudara mazidul, buat aper kita nak sorokkan blog sebegitu. kasi jer link. kita kasi bedal lah. kalau blog tersebut tidak dipaparkan, tiada tekanan kita berikan kepada blog tersebut. maka mereka akan lebih berleluasa.

    BalasPadam
  39. Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan segera dalam membasmi blog-blog seperti itu dan juga blog lucah yang mungkin ada..

    BalasPadam
  40. teruk btol la diorang ni...harap mereka sedar ape yang mereka buat tu salah...tuhan dah laknat kaum nabi luth...xkan mereka nak ke laknat gak

    BalasPadam
  41. Perbuatan manusia spesis ini adalah ulang tayang kepada zaman jahiliah terdahulu. Mungkin menunggu azab yang bakal Allah turunkan sepertimana di zaman Nabi Lut. Jika tangan-tangan yang berkuasa tidak mencegah dan bertindak lanjut, sesungguhnya, azab Allah tidak mengira siapa yang berdosa atau siapa yang sebaliknya. Kita semua pasti terkena jua. Tetapi, di akhirat, balasannya tidak kan sama di antara orang baik dan orang jahat. Itu jelas dan pasti.

    BalasPadam
  42. Hawari, :)

    Saya pernah melihat pasangan berkhalwat ditangkap pegawai penguatkuasa Jabatan Agama. Mereka diheret kemahkamah dan kemudian didenda RM3000,00 atau kurang. Sebilangan pasangan menyedari kesilapan, kemudian mengambil keputusan menghalalkan hubungan, bernikah.

    Tetapi saya tidak pernah melihat penguatkuasa jabatan sama memantau dan membanteras kegiatan gay. Mengapa?


    abg mazidul akmal
    rgkasnya sy pgil abg mal je la..=P

    kgiatan gay ni susah nk di trace
    mklumlah bnda mcam ni bukan snang nk nmpak..mcm lesbian jugak..
    jadi tiada laporan pada pncegah mksiat,coz kite sume mmg xmenyangka rakyat malysia (khususnya UMAT ISLAM) ade yg berfitrah melbihi binatang mhupun setan;yakni suka kaum sejnis.

    n sy heran ngn misyon,yg berpkiran mcam budak xde otak..
    misyon,jgn meludah ke langit,nnti kamu yg dipalitkan ludahan kamu tu sndri..

    BalasPadam
  43. Saya tak dapat bayangkan bro Mazidul suka pondan.. hahahahha.. tak boleh bro.. diaorang buta ker? hahahahaha..

    Dah kuar link kat sini, tak lama lagilah tu..

    BalasPadam
  44. saya setuju dipaparkan..
    buat ulasan saudara mara yang kenal ..wajah2 dalam blog itu, (tak perlu KLIK FULL).

    saya lelaki..mata saya ada FILTER spek ribbon..
    tada kesan apa2 apa..
    samada pic wanita atau lelaki..'bogel'
    ..Arque tak setuju tak perlu klik..tapi mana tau kenal wajah yang terpapar?

    BalasPadam
  45. soklan cepumas..

    bila 5k cd dirampas.
    ..bilamasa dibakar,,cd burner dirampas..
    bila masa dibakar lebur??

    setau saya mercun dirampas..tetiba anak kat rumah membakar mercun FREE..
    (pernah TV3 menerima aduan pendengar dari kuantan)

    BalasPadam
  46. Saya rasa pemilik blog atau pengamal hubungan sejenis tak kira homoseksual atau lesbian tak malu memaparkan kegiatan mereka kerana mereka percaya dengan apa yang mereka buat itu adalah betul dan menepati citarasa dan nafsu mereka.

    Cuma pada kita yang berada pada landasan yang betul berasa amat malu dengan pendedahan tersebut kerana kita tahu itu adalah salah sama sekali malah berdosa besar.

    Seseorang yang boleh dipertanggungjawabkan harus membawa mereka ini kembali ke pangkal jalan.

    P/S: Menjawab kenapa pegawai2 tu asyik tangkap pasangan khalwat.. sebab itu yang orang ramai selalu report. Cuba ramai orang report pasal pasangan sejenis ni.......

    BalasPadam
  47. Jika gambar-gambar lelaki dalam blog itu betuk-betul homoseksual GAY..
    Maka, blog itu memang JIJIK..uwekk..!
    Saya nak muntah..! Menyimpang dari lumrah kejadian manusia.

    Bila tengok lelaki-lelaki dalam blog GAY itu, tak nampak mereka 'lelaki lembut' pun ?? Semuanya nampak stylo, macho, dan keras-keras. Kalau di luar, pasti kita akan fikir mereka lelaki normal bukan GAY kan ? Ini salah satu bukti yang membuktikan bahawa mereka yang GAY tidak semestinya 'lelaki lembut' dan 'lelaki lembut' pula jangan disangka mereka GAY, kadangkala mereka sekadar berperwatakan lembut tidak tidak GAY.

    Saya rasa, hendak buat serbuan mengesan maksiat 'lelaki perempuan' lebih senang. Senang kita syaki dan boleh periksa kad nikah mereka. Tetapi, kalau dalam satu bilik tu ada 2..3..lelaki, macam mana kita nak tahu yang mereka GAY dan baru habis buat homoseksual ?? Mungkin mereka lelaki biasa duduk sebilik. Lebih susah dari yang kita sangka. Lainlah kalau buat serbuan pesta GAY di pusat hiburan, itu terang-terangan..



    http://manis18.blogspot.com

    BalasPadam
  48. bro MAs aku tidak sanggup menekan klik link itu...

    Aku sendiri tidak faham tentang perasaan mereka. katanya ada yang terdiri daripda golong2 ilmuan. berkerjaya... profesional.. tetapi .. silap langkah dlm memilih pasangan!

    BalasPadam
  49. kenapa tidak di laporkan sahaja kepada pihak yg patut bertanggung jawab ? harap bro mazidul dapat jelaskan. kenapa tidak ada yang berani bertanggung jawab untuk menangkap sesiapa penulis blog yg ada unsur lucah terutama GAY ??

    BalasPadam
  50. Inilah jadinya kalau teknologi dikuasai bangsa asing. Lihat polisi Google disini.

    Berikut petikannya:
    "As outlined in the Blogger Content Policy, adult content is permitted on Blogger; however, when adult content is flagged by users, we may show users a content warning page before they view flagged material to prevent people who don't want to see this material from stumbling on it accidentally. We feel that this is the best solution in order to maintain a safe online experience for users of all ages and to be a platform for the personal expression and creativity that has come to characterize Blogger and its users.

    To report adult material not currently placed behind a content warning page, please flag the blog as objectionable using the flag button on the blog's Navbar. We will review the blog and take action as necessary. If you are unable to flag the blog, please click here to fill out an abuse report.

    As outlined in the Blogger Content Policy, adult material used for the primary purpose of commercial gain is not allowed on Blogger."

    Terang2 menjadi medium untuk merosakkan akidah umat Islam.
    Apapun jika ingin mencuba nasib melaporkan blog songsang sila klik disini.

    BalasPadam
  51. blog seperti ini perlu didelete... terpesong akidah umat islam...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.