Jumaat, Julai 31, 2009

See You In Court!

“Aku sewakan rumah, RM800 sebulan kepada satu keluarga sejak 3 tahun lalu. Now, penyewa dah tak bayar 4 bulan, suruh keluar, tak mahu keluar. Aku sakit kepala, apa nak buat?,” tanya rakan.

Saya menghubungi peguam sivil, Hani, untuk mendapatkan jawaban kepada soalan terbabit.

Kata Hani, cara terbaik, penyewa harus ke mahkamah membawa bersama ‘tenancy agreement’ dan bukti penyewa tidak melangsaikan bayaran sewa seperti dicatatkan dalam perjanjian.

Dengan persetujuan mahkamah, perintah mahkamah, ‘court order’, dikeluarkan. Penguatkuasa mahkamah, ‘bailiff’, berbekalkan court order akan menyita rumah sewa terbabit tanpa notis kepada penyewa. Bailiff berhak memecahkan kunci pagar, kunci rumah dan mengumpil pintu rumah bagi tujuan sitaan.

“Macam mana kalau pemilik pergi ke rumah sewa, pecah pintu dan keluarkan semua barang penyewa dan suruh dia berambus, since rumah milik dia?,” soal saya kepada Hani.

“Tak boleh Mazidul, nanti penyewa buat laporan polis dan kata pemilik pecah rumah dan mencuri barang dia, jadi kes jenayah dan pemilik boleh didakwa di mahkamah,” jelas Hani.

Justeru, sekiranya pembaca memiliki rumah untuk disewakan, berwaspada sebelum ‘menghadiahkan’ harta itu. Tersilap langkah, terpaksa turun naik mahkamah untuk mendapatkan kembali rumah sendiri.

Penyewa rumah milik bersama isteri dan saya di Shah Alam, Selangor sebelum ini gagal menjelaskan tertunggak sewa hampir setahun.

“Saya nak tanya satu soalan, bulan depan kakak nak duduk di rumah saya lagi ke tidak? Kalau nak duduk free, sewa tak bayar, esok saya pergi rumah, tolong keluarkan semua barang kakak. Biasa, 3 bulan tak bayar sewa, pemilik dah halau. Saya kira berhati perut, setahun tak bayar sewa, masih pejam mata,” soal saya kepadanya.

Sejak 2 tahun lalu, isteri saya berurusan dengan penyewa terbabit, saya tidak pernah campur tangan.

“Ok, kakak akan bayar,” jawabnya ringkas.

Beberapa hari kemudian, bayaran tertunggak dilunaskan. Suami penyewa mendakwa isterinya tidak mendepositkan wang sewa diberikannya ke akuan isteri saya. Kes macam itu pun ada.

Tetapi mujur mereka tidak arif berhubung perundangan sivil. Jika tidak mungkin berikut jawaban penyewa.

“Berani datanglah, keluarkan barang kakak dari rumah, I will see you in court!”

26 ulasan:

  1. saya pun ade terbace dlm akhbar hari ini..
    memalukan....!!

    BalasPadam
  2. orang ni ada macam2 ragam... kene pulak yang banyak songeh mcm penyewa tu. sbb tu sebelum rumah disewakan kene gak selidik serba sedikit latar belakang penyewa ni... Alhamdullilah saya belum lagi terkena dgn penyewa mcm nie. yang penting agreement kena dipersetujui antara tuan rumah dan penyewa...

    BalasPadam
  3. hmm..sepatutnya penyewa ada rasa bertanggungjawab untuk melunaskan bayaran sewa kepada tuan rumah... kalau nak duduk 'free' baik pasang khemah kat mana2...

    BalasPadam
  4. lain kali masukkan dalam perjanjian sewa rumah yang pemilik boleh memecah masuk rumah jika penyewa tidak membayar sewa! :)

    BalasPadam
  5. http://pkrpasdap.blogspot.com

    ini kes ratu dangdut ke atau cerita lain sebab kes ratu dangdut lain sikit.

    ramai ibu tunggal kena halau sebab tak bayar rumah sewa oleh MBPJ tak ada orang perasan pun.

    diaorang sewa tak mahal seratus lebih jer. anak ramai, dok umah sarang burung.

    kes ratu dangdut bukan isu sebab kalau boleh pakai kereta wish dengan gelang kaki yang banyak, apa salah gadai dulu kemudian ada duit baru ambil barang tu. bayar sewa.

    nota
    tuan rumah pun kena bayar sewa kat bank. mana ada free woooiii

    BalasPadam
  6. Kes Amelina tu ke? Heheh.. tu saya rasa kes kecoh terlebih.. mentang-mentang sebab dia bekas artis.. kalau dia bukannya pernah terkenal, saya rasa takkan dapat liputan meluas macam tu.

    Saya rasa, dua-dua pihak ada betul ada salah.. cuma mereka tidak duduk berbincang betul-betul sebelum mengambil tindakan mahkamah. Apa perintah mahkamah yang dikeluarkan adalah mengikut undang-undang jadi dua-dua pihak kena akur.

    Bukan boleh senang-senang sesiapa kata "I see you in court!" .. ada prosedur dan undang-undang..

    Kepada yang menyewa, sebelum pindah masuk, pastikan anda faham tenancy agreement. Kepada pemilik rumah, siasat dulu latar belakang bakal penyewa (kerja di mana, berapa lama kerja, alamat rumah di kampung, no telefon dsb) sebelum menyerahkan kunci dan pastikan tenancy agreement itu bukannya berat sebelah tapi akhirnya akan menguntungkan kedua-dua belah pihak.

    P/S: Saya cuma berharap agar Amelina dapat belajar dari kes ini dan membuka lembaran baru dalam hidupnya...

    BalasPadam
  7. Pernah juga terdengar 1 kes lagi teruk. Penyewa dah tak bayar sewa hampir 5 bulan, bila tuan rumah datang,minta sewa pada bulan ke 6, penyewa boleh memaki hamun tuan rumah. Dalam kes ni, siapa tuan rumah yang sebenarnya??

    BalasPadam
  8. salam ...

    mcm mana klu penyewa tak bayar, tuan rumah pasang solek besar kat pagar..

    nak masuk, bayar dulu ... sebab barang dalam rumah, penyewa punya, tapi rumah, tuan rumah punya...

    BalasPadam
  9. err kejap yer...
    kes kat atas nih kalo die beduit tapi xmo baya memang patut dihukum gntung la penyewe tuh...tapi kalo die x mampu..ko agak2 la skit...
    macam kes amelina...
    x baya due bulan jer... nape smpai camtuh skali pemilik malukan amelina?
    kesian tul...tolong paham kesusahan orang yang kadang2 miss baya sewe rumah....unless die memang sengaje xnak baya!

    BalasPadam
  10. agak2nya kalu pakai ilmu hitam ada untung tak
    halau penyewa,
    .naik mahkamah berapa KOS??.
    .

    BalasPadam
  11. en mazidul..combi bayar sewa rumah rm600 tak pernah lewat dari 7 hari bulan tiap2 bulan.rumah sewa pun kami jaga mcm rumah sendiri.owner sgt berpuashati dan alhamdulilah bila komplen ape2 yg rosak dia suruh repair pastu claim dgn dia.

    kalo balik kg minta dia tolong hidupkan enjin kereta dan tengokkan rumah.semua berjln dgn lancar dah masuk 5 tahun.owner kami seorg cikgu pencen berbangsa cina.

    jgn buat aniya dgn owner sbb nnt akan berbalik kpd kita semula.combi percaya rezeki dikongsi sama-sama.

    BalasPadam
  12. lor.. Bro.. nape x cakap awal2 dengan penyewa. kenapa perlu tunggu sampai setahun.. tgk.. cakap sekal dia terus lunaskan tunggakan setahun.. ha ha ha

    suami bg duit pergi joli lah tu :P

    BalasPadam
  13. Salam Abg Mazidul,

    Kebetulan jer nama saya Hani, dan juga peguam sivil, cuma tak praktis jer sekarang. Di Malaysia, kita ada Distress Act, yang memperuntukkan mengenai penyitaan barang2 disebabkan hutang termasuk sewa yang tak dibayar. Since we have the law, we have to follow.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam pn hunny...mmandamgkan pn seorg lawyer. Sy nk tanye mcm mn klu penyewa ingkar pjanjian xbyar tp sruh ptong deposit sdangkan contact 6 bln blom tamat. N dia tduh sy tindas dia krn sewa mhal sdangkn pkr tu dpersetujui bersama. N ape tndakan yg ptut sy buat? Blh ke sy report polis n halau dia kluar n deposit burn sbb blom ckop tempoh?

      Padam
  14. bro mazidul.. meh kasi nyonya sewakan jer la umah awak tu.. heheh baik punya penyewa nih.. :p

    BalasPadam
  15. mmg kes sebegini byk berlaku terutamanya kat bandar besar, pernah ada sekali saya dan housemate kena terajang keluar gara2 housemate yg diamanahkan membuat byran dah larikan duit sewa... walaupun kita dah rayu habis pun msh kena kick-out, padahal tunggakkan baru 2 bln aje...

    oh yea, I terbaca, blog sherita... kebetulan lalu kat topik lama abg mazidul... entry baru dia... dia mrh kaum hawa sb terlalu pendek akal katanya...

    BalasPadam
  16. bro mazidul.. meh kasi nyonya sewakan jer la umah awak tu.. heheh baik punya penyewa nih.. :p
    >>> gosip
    bila Nyonya sewa, Sdr Mazidul kutip sewa..

    ada juga alasan..sambil jengok2 rumah sewa... huhuu

    lepas ni Nyonya pun senyap..mengomen

    BalasPadam
  17. Sekarang kes seperti ini bukan je kat bandar besar. Kat kampung pun dah ada belajar dari bandarlah semua ni.

    BalasPadam
  18. apasal la lambat amik tindakan????????

    sengal jerk..hauhauahuahua

    BalasPadam
  19. ayat last tu kalo org tak tau pasal undg2 pon org akan bwk kes ke court..

    tp tk de mknenye nak bw kes ke court kalo duit tak de nk byr kos guaman yg beribu2 rnggit..

    alangkah sewa rumah liat nk bayar..kan..

    ni plak nk byr upah loyer...

    hauhauhauahha...
    sengaLLLL

    BalasPadam
  20. pengalaman saya..penah ada kes sama mcm nie.Penyewa yon tk bayar 2 bulan..mcm2 alasan..keta rosak la, mak sakit kt kg la, gaji sangkut kt tmpt keje la..last2 dia kata 'kami org susah..nanti bila ada duit kami bayar..kami pun mmg nk tinggal lama dn nk beli umah nie'..sewa tak bayar..nk beli pulak??..bila dah msuk 3 ke 4 bulan trtunggak yon trpaksa hantar notis suruh kuar dr situ..last2 family penyewa tu cabut mcm tue aje..pagi2 umah dah kosong (dia cabut mlm2 buta)..mcm nie pun ada..Bayangkan sewa 4 bulan tk bayar (rm450 sebulan)..check2 bil api trtunggak sampai rm500!!(start msuk tak penah bayar bil)..Air tertunggak rm150!..masuk2 jer umah tue bau busuk..rupa2nya tandas trsumbat..gaya mcm dah lama sebab dah berulat..boleh family tue dok dlm keadaan mcm nie..apa yg Yon perasan ada 4 gugus kunci rumah lain2 jenis..Rasanya family nie dah lama buat kerja..sewa dan lari..mcm mana dia boleh hidup mcmtu..bg makan anak2 lagi??..masa tue tak tau nk buat apa..nk bgtau sapa..polis??..mahkamah??..murah ker??..Tapi skang yon dah serik ada umah sewa nk bg kt org..serik..

    BalasPadam
  21. zeqzeq.. heheh yer ker.. tak per.. yg membayar sewa tu suami saya bukannya saya.. hehehe

    BalasPadam
  22. Saya rasa kisah kesinambungan daripada cerita ni ada masuk paper semalam (SABTU) kalau tak silap, baru baca semlm. Nama penyewa tu pon dinyatakan, seorang artis...kalau tak silap saya la....

    Anyway, gempak betulla website en Mazidul ni, salute la...

    Kalau rajin, lawatilah blog saya yer...saya bincangkan berkenaan kisah suka duka pahit manis saya dalam pelaburan bank spt Bank Rakyat, Bank Persatuan, Unit Trust, ASB, forex, hartanah, saham, emas, home renovation, cara buat loan, etc...

    My blog is:
    http://kakilabur.blogspot.com/

    Thank you!

    Salaam

    BalasPadam
  23. Dalam perkara ini, pohon jasa baik anda , kebolehan dan tempat rujuk anda, apa kata kalau saudara catitkan check list perkara-perkara yang mesti ada dalam perjanjian. Ruang macam ini hanya melayu sahaja membacanya.

    BalasPadam
  24. susah jadinya bila ada orang yang tak tau istilah jujur.

    saya pun tinggal di rumah sewa. tuan rumah saya duduk tu sangat baik. masa saya nak dok umah tu, saya tanya, takde agreement apa2 ke?? dia kata tak yah la. saya bayar deposit 3 bulan pun, dia pulang 2bulan. dia amik sebulan je.

    masa saya masuk umah tu, simen depan pecah, pagar depan takde ( mungkin sebab dah lama orang tak duduk), tuan rumah tu siap simenkan yang baru dan pasang pagar.

    saya tunggu gak kot2 dia nak naikkan sewa ke. tapi takde pun.
    rileks betul tuan rumah saya ni.

    mungkin Allah bagi dia kesenangan sebab dia menyenangkan orang lain..

    BalasPadam
  25. Saya mempunyai masalah yang sama.Dahlah penyewa tu tak byr sewa, curi bekalan elektrik (sebb bil letrik dia kena potong).Paling teruk tu dia hantar sms ugutan dan cuba mencederakan suami saya ketika kami dtg untuk berbincang dgnnya. Saya dah baut laporan polis tapi jawapannya benar2 mengecewakan saya. Mereka kata mereka tak boleh campur urusan penyewa ni. Tapi takkan ugutan dan cubaan dia mencederakan tu tak boleh menjadi kes polis? Ada sesiapa tak boleh bantu saya?

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.