Sabtu, Ogos 01, 2009

Makan Sup Pakai Garpu

“Apa fasal kau makan sup pakai garpu?,” tanya Gayah kepada kawan lelakinya, bertubuh 'six-pack', Boon Tut.

“Kau tak faham Gayah, itu pilihan aku, manusia tak sama. Aku memang tak suka makan sup pakai sudu, aku tak sama macam kau. Lagipun itu hak individu, so aku pilih garpu,” jawab Boon Tut.

Sejak kecil, Boon Tut diajar ibu menghirup sup menggunakan sudu, mudah, selamat, tidak bercanggah dengan perlakuan normal dan adat makan. Bagaimanapun, pilihannya berubah.

“Actually bukan kau sahaja pernah tegur aku, ramai lagi. Tetapi dia orang siapa? Apa hak dia orang? Aku suka garpu dan tak suka sudu. Kau tak faham perasaan aku. Aku ‘stim’ jilat garpu bila makan sup. Bila sup tu menitis di celah garpu, jilat, jilat dan jilat. Pergh! Nikmat gila, terangakat punggung tahu?,” hujah Boon Tut.

Berkerut dahi Gayah, keliru.

“Kalau masa jilat, garpu tercucuk lidah, padan muka kau! Berdarah lidah, silap-silap nanti berulat, lepas tu lidah kau tanggal. Masa tu baru kau nak guna sudu?,” ujar Gayah.

“Gayah, kau boleh tegur aku tetapi jangan kutuk ok! Apapun, aku tahu, sesuatu tidak kena bila aku makan sup pakai garpu. InsyaAllah, satu hari nanti aku akan berubah tetapi perubahan memerlukan masa,” jawab Boon Tut.

“Nak berubah macam mana? Langsung tak ada usaha. Seingat aku, dulu masa awal kenal kau, aku nampak kau makan sup pakai garpu, sekarang ‘anak garpu’, garpu kecil punya banyak kau simpan dalam handbag. Pelik sungguh, stim terlampau kau ni Boon Tut,” sambung Gayah.

Boon Tut, spontan membuka zip beg tangan dan membelek kandungannya.

“Betullah, aku sedar tu. Habis, kau nak suruh aku jumpa dan minta nasihat Tok Guru Nik Aziz ke?,” Boon Tut tercabar.

“Ish! Kesitu pula kisahnya, bila orang tegur nak melatah, Boon Tut, kau kawan aku sebab itu aku nasihat. Lagipun sekarang ni dah ramai sangat spesis makan sup pakai garpu di negara kita, di seluruh dunia. Perbuatan tu ‘songsang’, aku rasa kalau kau jumpa Tok Guru, for sure dia pun tak makan sup pakai garpu tahu,” Gayah tersenyum.

Berulangkali ditegur Gayah, Boon Tut masih makan sup menggunakan garpu, biarpun perbuatan itu sia-sia tetapi kerana hak memilih dan didorong nafsu songsang, dia masih tidak berubah.

“Kalau dah nama Boon Tut, sampai bila pun akan terus suka Boon Tut,” kata Gayah.

“Eh! Kesitu pula kisahnya, kau marah ‘mak’ ke?,” soal Boon Tut pantas.

“Tak. Cuma aku rasa terkilan, bercakap dengan kau ni, tak ubah macam mencurah air ke daun keladi. Apa pun lain kali, aku akan nasihat lagi dan sebagai kawan aku tidak akan berhenti memperingatkan kau, makan sup guna sudu, bukan garpu,” tegas Gayah menamatkan perbualan.

27 ulasan:

  1. ahaha, nice one!

    kepunyaan siapakah karya ini? encik mazidul kah yang mengarangnya?

    BalasPadam
  2. Bagaikan ada sesuatu tersirat yang tak baik kita suratkan ceritera ini...

    fikir-fikirkan!

    BalasPadam
  3. Siti, saya tidak gemar menciplak. Semua entry di blog ini tulisan Mazidul Akmal Sidik.

    Teruskan membaca.

    BalasPadam
  4. erkk,..

    mcm ada mkna yg mendalam je nihh??
    ekekeke,.. haaaa,...

    BalasPadam
  5. sangat berbakat besar menulis cerpen. saya sangat kagum.

    BalasPadam
  6. abg mazidul..ada sesetengah entry abg sy prnah baca kat lain jugak...

    contoh...yg bertajuk 'hitam dan besar' tu saya pernah baca kat lain..

    yg entry lain sy tak ingt posting pasal apa...

    adakah itu mmg tulisan abg mazidul atau di ambil dari source lain dan di tambah perisa???

    just asking because saya confius sebab saya baca kat lain juga dan ayat nye sejibik mcm entry abg maziduL tu...cme di edit ckit..

    BalasPadam
  7. AreQue, saya dah tangkap ramai menceduk entry saya, cut and paste dan dimuatkan dalam blog orang lain.

    At least, kreditlah blog ini. Tapi manusia, dia rasa ada hak untuk buat apa sahaja. Pelik. Sebelum ini ada blog budak 16 tahun, copied article from this blog, saya tegur dia, dia kata lupa nak minta kebenaran. Saya senyumlah. Lagipun dia masih budak-budak, kalau orang tua buat, kira tak cukup akal. TIDAK cukup ide untuk menulis, cetak saja orang lain punya etry, mudah.

    Apapun, kalau Areque terjumpa entry sama dengan tulisan saya, cuba tanya dengan pemilik blog, dia tulis ke?

    At least pembaca blog Sherita Aziz pun pandai kredit blog ini biarpun dia menyentuh isu berhubung komen dimuatkan di sini:)

    BalasPadam
  8. hahhahhahah..merasaLah ...

    dunia blog penuh penipuan manusia yg mana msing2 gemar mnyorokkan identiti..

    isu kopi pasTa blog ni kalao tak mintak izin tu buat kite 'hangin tahap mangkuk 'jugak...

    puLak tu' mangkuk2 blogger ni bersepah2 dan adakalanya gemar mngutuk blog2 yg die kunjungi..

    kalo si pengopi tu tunjuk diri die sebenar takpe lah jugak kan..

    tapi kutuk blog orang, n nama tak tunjuk..

    what the hell???

    jeles tahap mngkuk jugak ke??

    kdg2 rasa anti dgn org yg syok sndri bgus...tak suke org komen itu ini, tapi at Last, die yg mnjilat sendiri ludah yg die ludahkan..

    muhkakakkkakkak

    ksian dgn mreka yg "penakut" nie...

    kalo brani mngopi pasata dan mngutUk org no 1, tunjuk muka la beb..

    then see the leg la kalo nak mnghukum org..

    BalasPadam
  9. yang positif teguran kena salin,.salin dalam BAJU hhee.(macam salin nota).

    juga jika kita was-was teguran itu menyindir ke atau kutukan, wajar kita bertanya kepada yang arif,,bab makan dengan garpu kena tanya mereka yang ada kaitan makanan,lagipun logiknya takkan nak tanya kawan kita, memang kawan sokong membawa rebah.

    bertanya kepada lebih dari satu orang, ulamak ramai, ustaz ramai, antara nak atau malas jer, lagi satu bila TOK guru/ustaz kata tak boleh kita salahkan tok guru, tok guru tukang sampai., kecuali kita mengaku pandai serta degil.

    bila kita rasa pelek rujuk ramai org.
    juga tidak angkuh dengan perbuatan..
    contoh istiharkan dan pamerkan ayat ' saya songsang, saya songsang siapa berani tegur saya'' angkuh bunyinya,

    contoh buat jahat dalam gelap, dengan buat jahat dalam terang, ada beza..walaupn sesama jahat, seolah olah mengajak org buat jahat sama-sama ikut songsang..

    buat songsang orang tak tau lebih senang menjurus kembali taubat, sebab orang tak tau, bila ramai orang tau songsang, TAHAP MALU nak berubah tu susah. perspsi atau nanti orang kata,itu ini, kecuali tahan.

    buat jahat depan ramai seolah2 mencabar perli permainkan mengejek2 AGAMA dan undang2..

    ''siapa berani lawan saya?.''
    ' siapa berani tangkap saya''??.

    Bongkaknya INSAN itu...

    BalasPadam
  10. gambar dan idea anugerahNYA

    dari saya
    HALALkan

    IZIN tidak perlu minta.

    tanpa Trademark..

    semua dariNYA pinjaman semata..

    BalasPadam
  11. Huhu...mendalam betul cerpen ni...ada makna tersirat tu... :)

    BalasPadam
  12. penuh tersirat... good idea..dalam maknanya..

    BalasPadam
  13. Dua tiga kali membaca kisah 'makan sudu pakai garpu' ni. Masih kurang jelas apa isi tersirat yang terdapat di dalamnya. Boleh tahan juga Bro ni mengarang. haha..

    BalasPadam
  14. Assalamualaikum,..

    Mohon tumpang lalu,..

    Nasihat diberi HANYA apabila dipinta, sama seperti bantuan dihulurkan HANYA apabila diperlukan...

    Andainya nasihat itu tidak dipinta; bantuan tidak diperlukan namun diberi juga, janganlah pula "berpanas hati" jika tiada siapa yang peduli...

    Hak masing-masing adalah hak peribadi. Hak individu. Sama seperti kita yang kadang kala bertentangan pendapat dengan orang lain, kita juga tidak boleh juga menyuruh orang lain berfikiran sama seperti kita.

    Kepada yang tak faham posting nie, perkataan Boon Tut(bontot) tu sahaja sudah menjelaskan.. Bukalah minda dan bacalah dari konteks pemikiran di luar kotak (thinking out of the box),...

    Kalau dah Boon Tut nak makan sup guna garfu, rasanya, tidaklah pula dia menyusahkan orang lain... Hairan mengapa Gayah begitu "busy body"?
    Menyusahkan Cik Gayah kah?

    Andainya lidah dia luka dan berdarah tercucuk garfu, itu lidah dia. Yang sakit, dia tanggung.

    Lainlah pula andainya dia menyuapkan anaknya (kalaulah ada)makan sup menggunakan garfu. terang-terangan mendidik/mengajar sesuatu yang tidak betul. Kasihan si anak kalau lidahnya cedera.

    Perlulah ditegur sekiranya ini berlaku.

    Salam dan mohon permisi.

    Terima kasih.

    BalasPadam
  15. kesongsangan gaya hidup..itu simboliknya.....apa yg saya nampak dan fahami...

    BalasPadam
  16. assalam Adam,,
    agaknya ADAM minat hidup sendiri.

    tanpa AWAM tanpa masyarakat, tanpa hospital tanpa tnb,

    cadagan Adam memang bagus, bina masyarakat sendiri..Polis sendiri ..

    restoren hanya untuk masyrakatnya sendiri.

    BalasPadam
  17. Kita boleh memaksa kuda pergi ke tempat minumnya dengan menariknya hampir ke tempat tersebut, tapi kita takkan boleh memaksa kuda tersebut minum!

    P/S: Nak berdakwah kan ada tiga cara.. kalau tiga-tiga cara tak jalan, tawakal ajelah!

    BalasPadam
  18. hahhaha..ni pasal tok guru nik aziz lagi....saye tau.saya tau...isi tersirat dlm cerpen ni...mukekekeke...sungguh mendalam..

    BalasPadam
  19. Bro Maz

    Ramai yang tak faham dengan cerpen ni kan?

    Aqal mendahului segalanya...

    Perbuatan adalah terjemahan dari hati dan perasaan...

    Hati dan perasaan di kawal oleh Aqal

    Bro MAz ni nak cerita pasal orang orang yang hidup 'songsang'..

    Aku yakin 300%

    BalasPadam
  20. tengok pada nama yang diguna pun dah boleh agak.

    pastu, sebab dah selalu baca entry di blog ni, so dah boleh agak apa kisahnya.

    tak sangka encik mazidul berbakat menulis cerita dengan bahas tersirat yang tinggi camni.

    lepas ni boleh la buat buku lagi.
    pastu kuarkan kat MHI. satu hari, satu buku!

    BalasPadam
  21. zeqzeq....

    Mungkin juga, pendapat anda ada benarnya...

    Saya lebih suka bersendirian sekiranya hidup saya hanya dikelilingi oleh mat rempit, penagih dadah, penjenayah, dan penyebar fitnah walaupun mereka hidup bersama antara satu sama lain membentuk MASYARAKAT.

    Jika diminta membuat pilihan, saya lebih rela berjiran ngan Boon Tut kerana saya pasti dia memiliki garfu lebih (yang mungkin boleh/akan dipinjamkan kepada saya andainya saya memerlukan) berbanding tinggal dengan Cik Gayah yang pasti kecoh andainya melihat saya "mencuci baju dihadapan pintu rumah".

    Pokoknya, saya menilai orang dari budi pekerti dan tulus keikhlasannya mereka terhadap/sesama manusia lain dan bukannya pada sifat buruk yg dimilikinya.

    "Anjing itu najis tapi tetap dibela oleh orang Islam demi keselamatan dan digunakan di lapangan terbang bagi mengesan dadah."

    p/s : Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Yasmin Ahmad dan ditempatkan bersama golongan oang-orag yang beriman.
    Al-Fatihah,..

    Amin.

    BalasPadam
  22. benar??tak semesti benar..

    cuma pendapat..

    rujuk ulamak dan ustaz dulu..rujuk lebih dari seorang ustaz..
    terutama bab bela anjing samada pilihan terakhir.(tiada bangsa lain).

    tidak semua perumpamaan/hukum boleh dipakai semua tempat.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.