Berikut jawaban klise.
“Tunggu besar sikit nanti kamu akan tahu”
Bukan apa, bimbang jika anak kecil mencari jawaban sendiri sebelum mereka ‘besar’. Tambahan pula pendidikan seks tidak diajar di sekolah negara kita.
Antara soalan sukar dijelaskan ibu bapa atau golongan dewasa seandainya diajukan anak kecil.
“Kenapa emak pakai pampers?”
“Macam mana adik boleh ada di dalam perut emak?”
“Sebab apa emak tak ada ‘bird’?”
“Malam tadi adik nampak ayah ada atas emak, kenapa? Main wrestling eh?”
Kongsikan cara terbaik menjawab soalan terbabit.
“Tunggu besar sikit nanti kamu akan tahu”
Bukan apa, bimbang jika anak kecil mencari jawaban sendiri sebelum mereka ‘besar’. Tambahan pula pendidikan seks tidak diajar di sekolah negara kita.
Antara soalan sukar dijelaskan ibu bapa atau golongan dewasa seandainya diajukan anak kecil.
“Kenapa emak pakai pampers?”
“Macam mana adik boleh ada di dalam perut emak?”
“Sebab apa emak tak ada ‘bird’?”
“Malam tadi adik nampak ayah ada atas emak, kenapa? Main wrestling eh?”
Kongsikan cara terbaik menjawab soalan terbabit.
tapi, bukankah mereka akan diajar tentang reproductive system semasa tingkatan 3 dan seterusnya?
BalasPadam... bab wrestling ini memang pernah terjadi kepada rakan saya (bukan saya) sedang asyik wrestling anaknya baling botol susu, terlepok! kat belakang ayahnya.
BalasPadam... si anak ingatkan ayahnya dera emaknya, itulah kenalah anak betul-betul tidur atau kuncilah pintu itu!..!!
Sampai sekarang saya tak boleh tenguk muka kawan saya ini.
Adik tunggulah emak tumbuh misai macam ayah baru emak akan ada birdnya..!
BalasPadamSoalan yang lebih susah nak jawab dari exam SPM.. haha.. Sama-sama kita fikirkan.
BalasPadamsalam semua..
BalasPadamspeechless ngan soalan abang mazidul..huhuhuhuhu
dulu masa kecik2 penah tanya mak...
BalasPadam- nape mama xsmayang?
- mama cuti..
- mcm mana mama le cuti?
- mama dapat surat..
- mama nape lepas kawin mesti muntah2? (ni kes tgk drama melayu)
- pening pale byk sgt masalah..
- mama mcm mana bole ada baby?
- bangun2 pagi je tau2 ada baby..
2 la jawapan mak saya yang saya masih igt sampai skrg...bila dh masuk sekolah menengah baru la tau skit2..tu pun sbb masa form 3 blajar 'pembiakkan'...2 je la..
skrg...adikku form 1 pun dah tau macam2...lesbian la..gay la..hal2 dara la..terkejut bila dengar dia cita hal kawan2 dia...masa adik darjah 6 siap le cita kawan dia mengandung...hmmmm...
blo anak melayu yg menetap di Australia membela anjing sbg pet kesayangan, dlm blog beliau x putus2 beliau menyatakan ttg keseronokan memandikan anjing serta bermain dgn anjing, tapi yg rasa terhina, penulis kerap meletakkan perkataan Allahamduliah...
BalasPadamlupa nak sertakan alamat blognya http://nafham.blogspot.com
BalasPadambuat Fina
BalasPadamtue tingkatan 3.. tetapi kanak2 yang selalu bertanya dalam lingkungan umur 3-5tahun di zaman ini...terdapat kajian mengenainya
dan kanak2 di bwah umur 12tahun pun dah expert (so cam mne nk kata)
www.broframestone.com
salam bro mazidul,
BalasPadamsoalan2 yg susah nak di jawab. tp sy suka jawapan syaz tu..walaupun tak jujur sbnrnya jawapan tu tp setidak-tidaknya cukup sampai diorang leh dpt pelajaran sendiri di sekolah..hehe..boleh ker? ntah la...
Fina, yup! Saya setuju, topik berhubung sistem pembiakan manusia memang diajar di sekolah menengah.
BalasPadamTetapi persoalannya, mampukah kita menjawab soalan sama kepada anak pelajar sekolah rendah? Ya? Tidak?
Jelas, setakat ini saya melihat tidak ada pembaca berkongsi kaedah atau cara menjawab soalan dikemukan?
Anak perempuan kawan saya berusia 8tahun bertanya kepada ayahnya, "Persetubuhan itu apa?" sejurus terbaca terjemahan cerita Inggeris di televisyen. Rakan itu ternganga buat seketika namun tidak berani menjelaskan erti 'persetubuhan'.
Saya akur, ramai antara kita terpaksa lari daripada memberikan penjelasan. Bagaimana jika anak itu mendapat penerangan salah daripada rakan?
Idan, bagaimana jika anak bertanya kembali, "Atau adik kena tunggu sampai tumbuh misai, baharu mama nak bagi tahu?"
BalasPadamSyaz, 'white lies' kekadang boleh diterima dek anak kecil, kekadang akan menimbulakan masalah lain.
Nanti anak tanya, "Mama bangun tidur ada baby, adik tidur dan bangun, tak ada baby pun. Haaaaa! Mama tipu adik yer? Mama jahat! Macam itu, lain kali bila Mama tdur, jangan bangun! Adik jealous kalau ramai sangat babies"
Idan, tergelak saya membaca coretan awak. Ceritalah lagi .. lagi dan lagi.
BalasPadamsalam..
BalasPadamsaudara mazidul..
sy pun ada mengalami situasi yg lebih kurang sama..bila anak saudara (anak kakak)yang berusia 4 tahun bertanya pd sy.. "maksu nih mengandung ke?" memang terkedu bila dgr soalan tu.. sy tanya balik "mengandung tu apa?" dia jawab.."yg selalu pegi klinik cek kat doktor tu.." terkejut bila kanak2 usia 4 tahun dah bleh menyebut hal mengandung.. seingat sy, sy cuma tau hal2 mcm nih bila dah capai akil baligh..
satu lagi..sy ditugaskan mengajar mata pelajaran pend.kesihatan utk murid tahun 2 (which is bukan opsyen sy)..memang menjadi masalah pada sy bila tajuk perbezaan lelaki dan perempuan.. murid sy pernah bertanya "knp org laki2 mesti kawen dgn org pompuan bukan dgn laki?" sampai skrg sy gagal berikan jawapan yang betul..
..dari kawan kepada kawan..
BalasPadamsedang ayah wrestling..anak kecil merangkak naik ke atas belakang ayah..
...baby ada, bila sakit perut, lepas tu belah 'perut'.
'lepas belah perut adik tak nampak parut pun'..
Itu soalan bg kanak2 yg masih kecilkan.. Klo yg umur 9-13thn tak tanye.. naseb baik ada rasa nak bertanye dgn kita2. Klo tak tak tau apa yg diaorg fikir. Klo zaman kita2 kecik dulu.. klo mak kata uish awk jgn tanye bnyk2 nanti awk belajar agama & sains awk tau lah... Klo mmg mak dah kata cam tuh.. mmg tak berani nak tanye lg punya.. tak cam anak2 skrg.
BalasPadamDisini saya pun nak berkongsi sikit ttg cite dr anak saudara sy ketika itu dia berumur 9thn.
BalasPadamDisekolah, berkumpul & bercerita sesama sendiri..Becerita ttg aksi ibubapa dia tadi malam. Ni lah satu sbb kenapa islam menasihat agar kita memisahkan anak kita dari tidur dgn kita. Budak itu bercerita lg, aku buat2 tido jer...aku nampak mak & bapak aku bukak baju. Pastu ihh.. sy takut & tak sanggup dgr ceritanya lagi... Untuk pengetahuan semua.. yg bercerita itu adalah murid perempuan.
Jiran saya bercerita..dia mempunyai anak lelaki berumur 13 thn & 9 thn. Dia melarang anak dia bergaul dgn anak jiran sebelah taman kerana risaukan cara pemikiran dia. Anak jiran tu seumur dgn anaknya yg 13 thn.
BalasPadamSatu hari tuh, anak jiran sebelah taman bersembang & menceritakan ttg bahan lucah yg ditontonnya dirumah. Mereka bercerita sesama mereka bertiga.
Anak yg umur 9 thn tu bertanye, mak ko tau tak? Nanti mampus ko kena marah.... Dia jawab mak aku nampak aku bukak, dia cuma ckp "wahh.. kecik2 dah pandai eh" lagi satu yg sebaya dgnnye menjawab Hah?? Camtu jer? Dia jawab balik "Kenapa??" Mak ko marah ker??
Gila, klo mak kitaorg mampusssss lah jawabnye...
Then dia jawab teruk ekk mak ko.. Adek yg umur 9 thn tu jawab.. Teruk ker..aku rasa tak lahh... sebabnye mak kitaorg sayang kitaorg....
Saya jd teringat pd perkataan "SIVIK BERMULA DIRUMAH". Sedar atau tidak, tidak tanduk anak itu adalah ikutan & kelalaian ibubapa mereka. Saya tak paham jalan pikiran orgtua budak tuh...
Selain itu juga anak2 jiran itu td sempat bercerita kalau dia pun segan bila terserempak dgn kakak budak tu yg suka berkemban pakai tuala mandi mudar mandir depan diaorg. Pernah dgn pakaian dalam sebelah atas seluar pendek jer pun bleh pergi jemur baju..
Ihh apa nak jd...
Sdr Mazidul!
BalasPadamIyer! lah pula.. sian adik tu nak tunggu sampai bermisai!!!
Empat2 anak saya lelaki jadi tak payah sangat nak berbual tentang pendidikan seks. Mereka pun macam kawan bagi saya. Tenguk wayang pun kami kerap bersama. Di rumah pun ada akses internet 24 jam yang saya sambungkan lebih dari empat kabel. Nampaknya mereka okey... bila kita berterus terang bahaya porno di internet semua itu. Mereka lebih banyak muat turun lagu & filem animasi.
Bagusnya bila mereka rapat dengan internet Bahasa Inggeris mereka memang okey belaka. Bayangkan yang nombor dua di Angah tu, UPSRnya 4A1B... yang Bnya Bahasa Malaysia. Sebab banyak amat baca komik, SMS & Cit cat kot!. Bahasa Inggeris dapat A sebab asyik bermain permainan komputer. Bila saja wirawannya jumpa jalan mati. Rupanya banyak permainan komputer klunya ada di internet. Kejap-kejap buka kamus. Kita yang tua ni memang dungu bila ditanya bab ini.
Saya ada tanya pada anak saya yang bungsu soalan Cepu Emas kita ini.
"Azim.. kalau Azim ada adik dia tanya soalan kenapa ayah ada bird ibu tak ada.. apa Azim nak jawab?"
"Ala! cakap ajer!.. nanti adik sudah besar adik akan tahu sendiri.. tunggulah adik dah besar"
Rasanya boleh pakai ayat Azim jika nak matikan soalan tu.
Jika anak lelaki,
"Mungkin juga belum bermisai adik akan tahu, Nanti adik akan dapat Mimpi Basah...(Ceritalah sikit intro tentang mimpi basah tu)... masa itu barulah adik akan faham sendiri. Ayah tak pandai nak terangkan nanti cikgu akan ajar semuanya di sekolah..." Selitkan cara Sdr Fina.
Cikgu kena jawab ni..!.
Kalau perempuan,
"Tunggu sampai adik pakai pampers macam ibu, pasti adik akan tahu sendiri!..."
Ibunya pula pening nak jawab! Isk!!!
Eja, kekadang golongan dewasa berada dalam keadaan serba salah untuk menjelaskan banyak soalan 'cepu emas' dilontarkan anak kecil. Kita cuma bimbang jika mereka melakukan eksperimen sendiri demi mencari jawaban kepada soalan terbabit.
BalasPadamKalau dibarat, analogi seringkali digunakan. Kisah 'bees and flowers' contohnya mengibaratkan proses pendebungaan seperti proses persetubuhan di antara lelaki dan perempuan.
Pendidik harus kreatif memberikan penjelasan, saya fikir.
Nist02, saya setuju. Soal seks di kampung di anggap 'taboo'. Remaja memilih berbincang berhubung tajuk itu sesama mereka. Lelaki, macam itulah, perempuan?
Hebat anak jiran awak :)Jiran itu pun mesti 'hebat' juga.
Idan, 'mimpi basah', kejadian turut sukar diperjelaskan. Akhirnya, ibu bapa terpaksa 'membenarkan' anak lelaki mereka melalui pengalaman itu terlebih dahulu sebelum memahami sebab musabab mendorong kearah kejadiannya. Untung lelaki, pada awal usia, sedap.
Agak lewat saya nak jawab, (btw, tercari-cari juga jawapan yang paling sesuai utk saya gunakan) hehehe.. sbb semua jawapan boleh guna..
BalasPadamSdra Mazidul.. saya tumpang baca komen orang jer lah ekk...
masa dulu2 bila tanya mak macamana adik keluar dari perut..mak jawap sama mcm zeqzeq iaitu belah perut pastu jahit semula hehe.. :p
BalasPadamanak kwn combi umo 5 tahun tanya 'mama yah mama nak baby tapi papa tak nak ler.ngape pulak mama nak minta baby dgn papa bukan ke baby dok dlm perut mama?? 'adehhh en mazidul terkedu combi tau :D
dulu bila anak sulung combi tanya..'macamana adik bole ade dlm perut mama?? combi jawap ALLAH yg kasi dia letak dlm perut,bila dah 9 bulan baru baby tu keluar sbb dia nak tengok kakak dia..heheh :)
pastu dia tanya lagi baby kat dlm tu mkn ape,kalau berak tahi dia pegi mane,tak lemas ke dok dlm perut.yg klakar sekali dia ckp combi tak bole mkn pedas kesian baby hahaha..bijak bijak !
a'alah bro.. aku belum fikir lagi nak bg jawapan pada anak aku nanti macam mana buat masa ini sebab belum ada anak..
BalasPadamkadang2 tak perlu ajar...tp kalau perlu, jwb je lah..hehe....jwb dgn cara pegolahan jwpn berbentuk pendidikan. erk?! ;)
BalasPadampendidikan anak2 zaman sekarang lebih mencabar sbb mereka lebih dewasa dari usia.. anak2 pernah tanya kenapa mama pakai pampers... tp saya menjawab dgn sebetulnya.. terangkan ttg proses kedatangan haid dan sbgnya.. alhamdulilah anak2 boleh memahami.. cuma yg bonsu lelaki baru lima tahun kurang faham.. masuk supermarket kalau nampak pad terus dijerit.. ini pampers mama.. aduii terkebil2 mama jadinya..
BalasPadamAnak yg belum baligh pun dah kenal pampers maknya.
BalasPadamMungkin ini bala yg tuhan turunkan atas kegagalan si ibu menunjukkan contoh yg baik.
Perhatikan ibu2 zaman dulu, terutama di kampung. Waktu beli pampers (sanita popular waktu tu), penjual akan membalut pampers tu ngan paper. Si anak langsung tak tahu apa dalam balutan paper tu and kat mana pampers tu disimpan di rumah. Pampers yg digunakan ditanam secara rahsia tanpa pengetahuan anak.
Tapi ibu2 sekarang?? Fikir-fikirkan wahai kaum ibu..begitu juga bapa2..
anony.. abih dah beli pampers kat giant.. bukan dia balut ngan suratkhabar cam kedai kat kg.. camner nak sorok lagik.. tak kan anak kenal pampers dikira bala kepada siibu.. saya kurang setuju pulak pendapat nih..
BalasPadam1. Kenapa emak pakai pampers?
BalasPadam- sebab malas nak pergi bilik air.
2. Macam mana adik boleh ada dlm perut mak?
- sbb hr tu kan kakak mintak adik, jadi mak & ayah berdoa pd Tuhan, jadi, bila kakak tengah tido, Tuhan masukkan adik dlm perut mak melalui pil vitamin :)
3. Sebab apa mak tak ada bird?
- sebab mak girl. girl tak ada bird. (kenapa?) sebab Tuhan terlupa letak.
4. Mlm tadi adik nampak ayah atas emak, kenapa?
- tak ada apa2 tu... ayah terjatuh slps mandi. kesian ayah...
hahaha!! itu pendapat saya laa...
Wahai 'nyonyacyber'..
BalasPadamBala bukan sekadar bencana alam menghancurkan fizikal kita..
Perhatikan betul2..kita dikurniakan akal yang boleh berfikir..
maka apa tindakan kita untuk melindungi pek itu? tak bolehkah kita membawa beg kertas untuk memasukkannya?
Di pihak penjual pulak, secara terang2 menonjolkannya..
Begitu juga di tv-tv, model2 tanpa segan silu melakonkan/mempromosikannya..
Maka salah siapa?
Kita dikurniakan akal, tetapi hanya dengan izinNYA baru kita dapat berfikir..
Sekarang, bukankah bala namanya bila kita ada akal tetapi TUAN PEMILIK akal membataskan pemikiran kita..
Nauzubillah..
dulu saya penah tnya makcik saya.. nape leher dia bintat-bintat merah.. banyak bagai.. *oh naif nye saya masa tu*
BalasPadamselamber jawapan dr makcik saya.." gigitan cinta"
tatkala tu.. saya terpinga-pinga.. tah paham ke tak.. da lame lame baru paham.. *siyes lampi*