Dahulu sewaktu membuat liputan kes pendatang tanpa izin di Wilayah Persekutaun Labuan saya secara kebetulan bertemu anggota polis berasal dari Semenanjung Malaysia.
“Bahaya di sini kalau jatuh cinta dengan perempuan Filipina. Dia orang terror mengikis. Tersilap langkah tinggal seluar dalam kita ditinggalkannya. Ramai terjebak,” ujar rakan itu.
Majoriti pekerja wanita Filipina di Labuan berkhidmat sebagai pelayan di pub dan pusat karaoke. Sebilangan turut menawarkan khidmat seks, kerjaya sambilan meraih pendapatan sampingan.
Itu senario di Labuan.
Di Semenanjung Malaysia, banyak rumahtangga bergolak akibat kehadiran orang ketiga, gadis seberang atau digelar ‘neng’. Majoriti neng pekerja kilang, rutin harian mereka sama cuma shif berbeza. Jika bekerja di waktu siang, malam neng sunyi sepi.
Sebuah kilang elektronik terkenal di Petaling Jaya, Selangor dilapor hanya mengambil pekerja gadis ala model, berkulit sawo matang, tinggi, muda dan berpelajaran dari Indonesia.
“Neng memang senang di bawa keluar. Kerja kilang hidup bosan, jadi ramai suka berhibur. Malam, bawa pergi karaoke, makan. Lepas itu kita ‘makan’ neng pula,” gurau kenalan.
Iklan sebentar.
Ada orang bertanya kepada saya. Apa cara termudah untuk tahu sesebuah negara itu miskin melalui program TV di negara terbabit?
Jawabannya, program TV di negara itu terlalu banyak iklan ubat dan penonton sentiasa dihidangkan majoriti program hiburan. Kenapa? Logiknya negara miskin selalunya dihubungkaitkan dengan keciciran kemudahan perubatan. Justeru rakyat kurang sihat, banyak penyakit maka mereka perlukan ubat. Lihat sahaja Indonesia. Pada masa sama, rakyat bekerja keras membanting tulang empat kerat siang dan malam, waktu terluang mereka gemar menonton hiburan di TV. Hiburan berbentuk tarian, nyanyian dan drama berplot gembira, contoh terbaik, India.
Saya sambung kembali kisah sebelumnya.
Berbekalkan wajah manis, bahasa lembut dan tubuh montok terjaga dipanaskan jamu tidak mustahil ‘neng’ mampu menarik perhatian lelaki tempatan. Majoriti neng dikatakan kurang mengada, tidak terlalu meminta apatah mengikis harta dibandingkan dengan sebilangan gadis tempatan. Neng hanya taksub memburu hiburan, lelaki tempatan ‘dihiburkan’, win win situation.
“Asalkan bila keluar di public, dia orang tak bercakap. Kalau bercakap, ‘potong’! Orang mesti tahu kita usung neng,” komen terpancul dari mulut rakan.
Bagaimanapun saya percaya ramai lelaki Melayu, bujang atau suami orang, kini rebah ‘ditakluki’ neng sehingga mengabaikan kekasih, tunang, anak dan isteri. Ringkasnya, neng tidak perlu hebat bergelek, cukup sekadar memberikan layan ekstra mesra berbanding layanan kekasih atau isteri lelaki tempatan. Justeru tidak hairan sebilangan neng kini bangga berstatus penduduk tetap kerana berjaya menjadi isteri pertama atau kedua.
Tercongok isteri dimadukan, baharu tersedar kehebatan neng. Mulalah mereka terkulat-kulat perlahan membelek perut, pinggang dan punggung penuh lemak, semakin 'mengembang'.
* Gambar hanya hiasan, model Indonesia, Dian Sastrowardoyo
* Terima kasih wakil TV3 di Johor, wartawan, Hazrey sudi mengirimkan kemeja '999' tempoh hari. I like it! Ingat juga rupanya :)
* Gambar hanya hiasan, model Indonesia, Dian Sastrowardoyo
* Terima kasih wakil TV3 di Johor, wartawan, Hazrey sudi mengirimkan kemeja '999' tempoh hari. I like it! Ingat juga rupanya :)
* Terbaca maklumat di Utusan Online, syarikat insuran TIDAK melindungi pesakit mangsa Selesema Babi. Benar?
Bro Maz
BalasPadamSekarang baru faham kenapa di televisyen Myanmar (MWD,MRTV3, MRTV4 dan MRTV5) mereka banyak menyiarkan iklan ubat-ubatan serta banyak rancangan hiburan
di kedai yang menyewakan CD dan DVD yang paling laris ialah CD hiburan berpa rakaman konsert, video clip serta karaoke
(Menurut sumber tidak rasmi...)
(Stesyen di tempat kita pun banyak rancangan hiburan juga kan???)
Eh!
BalasPadamStesen TV di US pun terdapat banyak iklan ubat-ubatan.
Miskinkah mereka??
Hmmm,....
Di Labuan.. filipinos mmg ramai dan cantik2 sekali... masuk ajer ke mana2 pub pasti bersua muka dgn mereka.. petah bercakap melayu menjadi satu kelebihan...manis bah... mana mungkin hati tidak terpaut.. :p
BalasPadamAdam, saya lama tinggal di US, to be spesific di St. Louis, Missouri dan Miami, Florida dan pernah membuat attachment dengan TV Indosiar di Indonesia.
BalasPadamAwak duduk sana berapa lama?
Oh!
BalasPadamNo wonderlah,...
Duduk tak lama. Pergi sekejap-sekejap tapi agak kerap.
Adam, waktu umur awak 13 tahun, saya sudah mula menuntut 4 tahun berada di US.
BalasPadamkepada para lelaki dan suami2..berhiburlah sebelum anda dicabut nyawa kerana disana nnt semua akan dikira walaupun sebesar molekul zarah..
BalasPadamtazkirah bulan ramadhan ni ekeke :p
salam ramadhan en mazidul,adam,alid.areQue,zeqzeq,hazrey,nyonyacyber dan semua pengunjung kat sini.jom kita rebut pahala posa ^_~
Di US sekarang banyak iklan tentang senaman, atau cara-cara termudah untuk menguruskan badan, sebab apa? Sebab kat sana ramai yang gemuk atau mengalami obesiti.
BalasPadamMemang di Indonesia banyak sangat iklan ubat-ubatan.. macam-macam jenis!
Saya percaya ramai wanita di luar sana diceraikan atau meminta cerai apabila mengetahui suami curang dengan neng, tak kira neng itu "minah karan" atau menjadi pembantu rumah! Dan selalunya alasan suami curang itu sememangnya sebab layanan atas katil lebih bagus! Pada saya, suami macam ni patut digantung anunya saja di pokok yang penuh kerengga!
Sambil tersipu sipu malu, sampai sini ckp tima kasih. Rezeki untuk dikongsi, baru dpt keberkatan.
BalasPadamAda keja kosong tak kat kilang elektronik tu.
Tuan,
BalasPadamGood for you,..
4 tahun disana sudah cukup untuk Tuan membuka mata dan minda :)
Masa saya umur 13 tahun tu, saya baru nak mengenali erti cinta.
Aura Sazreena,
Gantung anu di pokok?
Are u suggesting??
Hehheheh...
Hehe...tersenyum sorang2 bila baca artikel kali ni...lepas ni para isteri kena la jaga badan dan ubah sikap dalam hal melayan suami...takde la si suami pergi 'makan luar' pulak nanti... (^_^)
BalasPadamKenapa mesti mengusung Neng!
BalasPadamAntara delima rumahtangga kita bergolak adalah lantaran hilangnya sikap mesra, hambar, tiada lagi prihatin terhadap pasangan, payah berkomunikasi pun timbul rasa ego sebab berkemampuan.
Bagi seorang lelaki Melayu telah terbukti tidak pandai menunjukkan kasih sayang disebaliknya kaum lelaki ini amat perlukan belaian seorang perempuan.
Lagi lama usia pernikahan seharusnya lagi rapat & mesranya ikatan cinta suami isteri. Namun sering berlaku sebaliknya. Isteri sering sibuk melayan anak-anak atau pun mengejar mercu kerjayanya sampaikan suami terasa terbiar & sepi sendirian.
Lelaki memang sering dikatakan ego namun sebenarnya kaum Adam ini bagaikan kanak-kanak kecil juga, lagi tua lagilah perlu dimanjakan. Maka itu ramai berkata amat cerewet menjaga warga emas bukan sebab dementia atau nyanyuknya tetapi perangai kembali seperti kebudak-budakan.
Neng selalu merantau sendirian, jika telah berkahwin anak-anak mereka selalu ditinggalkan nun jauh di kampung seberang sana. Suami mereka pula sering berjauhan. Apatah lagi Neng bertaraf cewek perawan. Neng ini sentiasa akan mencuri waktu sepi lelaki yang ini (ada juga lelaki yang memang mencari kesempatan) tanpa rasa bersalah & memang mereka ini amat berani.
Saya kerap mendekati Neng ini dari peringkat berpelajaran tinggi hinggalah ke pekerja biasa. Ramai banget mereka tidak kisah bercerai-berai atau mencari perlindungan dengan sebarang lelaki. Mungkin hakikat jiwa seorang perantau.
Malahan pernah terjadi setelah bernikah dengan warganegara di Malaysia bila telah bertahun di sini si Neng memohon izin dengan suaminya ingin pulang ke seberang, rindu banget dengan keluarga katanya. Bila tiba di lapangan terbang sana, anak & suami menunggu di terminal. Isteri bersuami dua. Pening menyelesaikan masalah begini.
Seperkara yang perlu kita ingat, sejarah pernikahan dengan warga asing ini telah berzaman berlaku. Kita pun keturunannya entah-entah di kaki gunung berapi sana.
Ramai juga kalangan rakanku aman bahagia punyai isteri muda orang seberang. Pokok pangkalnya hati & penerimaan isteri tuanya.
Yang penting suami isteri kena sentiasalah menyemarakkan kasih sayang & cinta. Jangan rasakan ikatan pernikahan ini "cincai" belaka. Baru tidak akan porak-peranda.
Aura Sazreena,
BalasPadamOrang lelaki ini sering ingat mereka ada kuota 4 itu. (Hakikatnya yang satu pun payah nak jaga) Seyogia semua isteri bertindak macam Aura Sazreena, Adoi! bagaimana umat manusia nak berkembang biak... hihihi (^_^) gurau saja!
memang sikap manusia..kalu x ada,dipuja,dirayu..dah dapat wat bodoh je.kalu ada tak jaga..dah xde baru la nak jaga..nak sayang..
BalasPadamtengok artis2 perempuan sudah la..bila dah jadi janda baru la pakat pasang badan..baru la nampak cantik molek balik..
hmm memang sifat kita dah terantuk baru nak mengadah...
kat penang pon ramai je jantan2 usung awek indon ke karaoke2..bini kat umah jaga anak lipat kain..
kakitangan kerajaan pon ada jer kalu kursus ke KL..buat appointment awal..ada plak kawan2 tolong adjust 'stock'...hmmm dunia2..
menjwb soalan mengenai syarikat insurans tidak melindungi pesakit mangsa selsema babi. Ya benar.
BalasPadamsaya baru sahaja menghubungi ejen insurans saya dan dia mengesahkannya.
akan update lagi utk tanya sbb tak cover
Ada orang bagitau yang 'neng' ni memang pandai jaga badan. sebab tu tubuh badan diaorang ni 'kemas' je.. Tak tau lah pula kebenarannya. Jadi, kepada wanita tempatan jagalah badan sama macam 'neng'.. hehe
BalasPadamSetuju dengan komen Bro. Kebanyakkan 'neng' yang bekerja di negara kita ni memang suka di layan oleh masyarakat tempatan. Silap-silap boleh dapat status penduduk tetap.
BalasPadamHehehe... ramai juga yang tergerak nak bagi respon pada komen saya tadi pasal gantung anu kat pokok.. hahaha... saya tak cadang buat macam tu pada semua suami yang nak berpoligami.. sesetengah suami tu bila nak berpoligami, mereka dah pun memenuhi syarat nak berpoligami.. Kalau tak cukup syarat, kena la berusaha cukupkan syarat.. gerenti isteri tak meradang atau mengamuk ;) dan tidak akan timbul pelbagai masalah sosial!
BalasPadamCadangan saya tu untuk suami-suami yang memperlakukan isteri mereka macam penulis-penulis blog ibu tunggal yang diceraikan atau minta cerai setelah mengetahui kecurangan suami macam yang saya nyatakan tadi.
Saya mahu saudara Adam dan iDan bayangkan apa perasaan seorang isteri itu apabila mendapati suaminya tidur dengan "Neng" yang bekerja sebagai pembantu rumah mereka. Tidur atas katil sendiri yang dikongsi dengan suami sekian lama pulak tu!
Bayangkan apa perasaan seorang isteri itu apabila setelah sekian lama dibelai manja dan mesra oleh suami, sering dipuji atas layanan zahir dan batin oleh suami sehingga melahirkan zuriat yang ramai, akhirnya dicerca dimaki dihina (dikata kayu balak, sejuk, ais beku, mayat hidup, kata makian/hinaan lain dsb) semata-mata kerana suami mengatakan Neng melayan dia di atas katil lebih baik, lebih hangat, lebih liar dsb?
Sebab itu saya cadangkan suami yang buat begini pada isterinya digantung anu suami tu atas pokok yang dipenuhi kerengga!!!
Dan pada semua suami, anda semua perlu juga jaga badan jika mahu isteri anda jaga badan, jaga diri.. jangan kutuk isteri rupa selekeh, pinggang dah tak ramping dsb sedangkan diri sendiri pun lebih kurang juga!
P/S: Maaf jika ada yang tersinggung tapi kebenaran itu sememangnya pahit!
BalasPadamquote;
Audra menulis;
Saya mahu saudara Adam dan iDan bayangkan apa perasaan seorang isteri itu apabila mendapati suaminya tidur dengan "Neng" yang bekerja sebagai pembantu rumah mereka. Tidur atas katil sendiri yang dikongsi dengan suami sekian lama pulak tu!
----------------------------------
Eh! Saya sama sekali bersetuju dengan anda. Neng bersalah dan si suami lagi patut dipersalahkan.
Sebab itu saya sentiasa berpesan kepada rakan-rakan wanita agar pandai-pandailah memilih suami.
Kenali betul-betul hati budi dan siapa dia sebenarnya sebelum bernikah.
Saya harap Audra dan suami berbahagia selalu.
Adam,
BalasPadamAjal dan jodoh ketentuan Allah. Kadang-kadang kita rasa kita dah cukup kenal pasangan kita sebelum berkahwin. Tapi bila dah berkahwin, baru kita nampak 'the other side' of our spouses. Bila kita nampak tu tengok keadaan. Kadang-kadang lepas sehari dah nampak, lepas seminggu dah nampak, ada tu lepas 20 30 tahun baru nampak!
Terima kasih kerana doakan kebahagiaan rumahtangga saya. Insya-Allah. Dan saya harap Adam pun macam tu jugak (kalau sudah berumahtanggalah)! ;)
P/S: Jadi, Adam setujulah suami macam tu patut dihukum macam yang saya sarankan? ;)
wanita philiphine comel kot.. mmg comel. pagako sayo bipasa mo.>~
BalasPadamneng datang pakai susuk ..sekali bersalam..
BalasPadampeningnya ...sampai bila-bila
ADam Dryx
BalasPadam...suaminya tidur dengan "Neng" yang bekerja sebagai pembantu rumah mereka. Tidur atas katil sendiri yang dikongsi dengan suami sekian lama pulak tu! ...
Pastinya remuk redam hati isteri. Tapi memanglah ADam saya punyai pengalaman punyai pembantu rumah yang berumur 18 tahun, tinggal pula serumah yang sempit ini. Memang malam-malam saya rasa mengingau macam-macam, pula tu Pembantu rumah saya tu asyik bunyikan jam locengnya jam 1:00... 2:00 pagi, takkah itu menggoda namanya.
Ada pensyarah tempat saya berkerja dulu bernikah dengan pembantu rumah yang berkerja dengan abangnya. Neng... cewek perawan orang seberang. Mereka bahagia hingga kini.
Isterinya yang pertama orang tempatan berkedudukan, punyai status & berpendidikan tinggi. Bercerai lantaran ego perempuan berpangkat faham-faham sahajalah tak mahu bermadu dengan Neng seberang.
betul ke tu zz..
BalasPadamhe he he, mcm ada pengalaman pulak.
tak kira dari indon ke dari mana.
bila berbicara soal sosial pekerja.
tak kira executive ke atau pekerja kilang samaada warga asing atau tempatan. sama saja.
mungkin jarang kita dengar sbb berita itu tidak selalu keluar di akhbar2. akan tetapi.. jika anda seorang pekerja kilang seperti saya. mungkin ini perkara biasa.
anak2 gadis, Is3 org warga tempatan berkesedudukan dgn warga asing, bila kita tegur, ada yg mengherdik kita semula dgn kata2 kesat.
mereka anggap seolah2 kita cemburu kerana tidak dapat lakukan sebagai mana mereka lakukan. masalahnya...
dimana silapnya?
adakah kerana PBT tidak buat kuat kuasa atau.......
Puan Audra,
BalasPadamKalau ikut saya, lelaki yang tidak menjaga isterinya dengan baik harus di tembak mati sahaja.
Saranan anda ada relevannya,tapi dari segi moral pula,bukankah hukuman sebegitu kurang elok?
Kalau lah anunya di ikat di pokok berkerengga, dia pastinya dibogelkan. Bukankah itu mendatangkan keaiban dan ditentang Islam sama sekali?
Apa pula kata anak-anak belum baligh(matang) yang menonton? Bukankah merekaini suka meniru perlakuan orang dewasa?
Andainya mereka meniru perbuatan ini dengan alasan "main-main" atau"bergurau", bolehkah kita terima? Siapa pula yang akan dipersalahkan nanti?
Pi mai pi mai tang tu juga.
Hukuman yang dilaksanakan, kalau tak salah fahaman saya, adalah untuk dijadikan ikhtibar dan ingatan kepada orang lain supaya tidakmelakukan kesalahan yang serupa.
Apabila hukuman dijalankan, yang dihukum sama sekali tidak boleh dizalimi.Orang yang dizalimi adalah golongan teraniaya dan doa-doa mereka sentiasa dekat di sisi Allah.
Wallahualam.
iDAN,
BalasPadamTerlalu banyak isu pergolakkan rumahtangga di Malaysia nie. Macam-macam kes. ADam percaya petugas-petugas di Mahkamah Syariah yang menguruskan kes-kes penceraian pasti pening kepala.
Berbalik kepada masalah perkahwinan yang iDAN kemukakan, izinkan saya bertanya, apakah jalan penyelesaian yang iDAN rasakan patut dilakukan sang isteri?
Kalau saya ditanya soalan yang sama, saya cadangkan kita rapatkan kembali institusi kekeluargaan.
Adik beradik duduk dekat-dekat. Jangan berpecah sorang di selatan, sorang di utara, timur dan barat.
Saling kunjung mengunjung antara satu sama lain. Itu tandanya mengambil berat.
Bila dah tinggal dekat-dekat, tidak timbul masalah pembantu rumah. Ain anak Kak Long boleh suruh menjaga rizal anak Pak Ngah.
Johan yang tak bekerja boleh diupah membersihkan kawasan rumah.
Acik boleh tengok-tengokkan anak-anak Alang kalau tak bekerja.
Ini sekadar contoh yang boleh ADam bagi. Lain daripada itu marilah kita sama-sama fikirkan.
Wallahualam.
Abg Mazidul,
BalasPadam(Kes kahwin neng)
Ini dah lama jadi. Saya rasa sejak 2,3 tahun kebelakangan ini yang semakin berleluasa. Sukar untuk dipersalahkan, masing-masing mainkan peranan, diguna dan dipergunakan.
Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang. Kalau tak cinta, tak mau. Tetapi ada juga kes 'termakan nasi tangas' tapi saya rasa itu kes terpencil.
Yang pasti, suka sama suka, kalau tak suka, tak mungkin terjadi :-)
Adam,
BalasPadamPerlu berbogel? Hahahahah.. yang saya fikirkan tidak perlu berbogel pun.. macam mana yer? Fikir la sendiri.
Menzalimi si lelaki? Habis, menzalimi isteri dengan meniduri Neng di katil kelamin mereka, macam mana pulak? Can you imagine how does a wife feel, catching the husband with his pants down and Neng in her birthday suit and they were busy having sex on their bed, in their room which they have shared for a long long time? Bukankah itu zalim namanya? Try to be empathic and you can see what I meant.
Mungkin saranan saya tidak tertakluk di bawah hudud, tapi itu cuma saranan atau peringatan. Suami-suami yang buat perangai macam ni boleh bayangkan sakit ke tak, perit ke tak, apabila anunya digigit kerengga.
Ya, ada sesetengah orang bahagia beristerikan Neng, kalau betul caranya. Siapa yang mahu bermadu dengan Neng kalau caranya tidak betul?
Saya ada membaca sebuah blog yang ditulis oleh seorang ibu tunggal (dahulunya semasa berkahwin, dia adalah surirumah, dan sekali sekala membantu suaminya yang berniaga) yang digantung tidak bertali sekian lama, dan akhirnya diceraikan setelah turun naik mahkamah berkali-kali, selama bertahun-tahun.. bekas suaminya curang dan menjalin hubungan sulit dengan pembantu kedai runcit mereka. Pada saya, bukan soal ego kerana kedudukan, status dan pangkat, tapi sebab rasa tertipu, dikhianati.
Betrayal is very painful.
betrayal is very painful - so very-very true..
BalasPadamAudra,
BalasPadamKalau tak dibogelkan, camna lah nak diikat anunya tu??
Hahhahah!!
(*Kamu nie kan!~ ADam cubit manja nanti baru tahu.)
Disclaimer - This is just a simple joke between Audra and me. Pls dont take this as unrulely behaviour. Thank you!
Audra,
Sebab tu ADam kata tembak jer si suami tu.
Habis edah, si isteri bebas memilih lelaki lain yang LEBIH BAIK sebagai suami.
*wink!~
saya tak taula apa yang saya nak cerita ni masuk tajuk ke tak. tapi nak cerita juga.
BalasPadamsaya berjiran dengan seorang wanita seberang yang menjadi isteri kedua kepada seorang bisnesman disini. sekarang dia mempunyai seorang anak lelaki.mereka berkahwin di indonesia.
wanita ni pernah berkahwin dan ada dua anak di negara asal.masa dah kawin, baru si suami tahu yang dia adalah janda.tapi oleh kerana dia lawa, suami tak kisahlah kot.
tapi pada pandangan saya, suaminya berlaaku adil. giliran bermalam mengikut jadual,keperluan cukup.
walaupun wanita tu cuma suri rumah dengan seorang anak, bila dia mintak orang gaji, suaminya sediakan. mintak motor, dibelikan. dah dapat motor, nak amik lesen kereta lak. dah aada lesen, mintak kereta lak.bila ada kereta, makin panjang la kaki.
tapi baru2 ni, gempaar cerita yang wanita ni lari sehelai sepinggang dengan anaknya mengikut lelaki lain. seminggu jugak dia menghilang. sampai suami dia cakap, dia takkan cari isterinya itu. kalau balik, dia rasa nak langgar je.
tapi, bila dia balik, dua2 elok je macam takde apa2. pelik semua jiran2.
agak2nya..kenapa ek??
Sebuah Balai Polis di Pulau Pinang pernah diarah disiasat oleh KPN hanya kerana telah menerima surat daripada isteri-isteri anggota-anggotanya memberitahu KPN yang suami-suami mereka ada menyimpan 'Neng'...
BalasPadamini nasihat...
BalasPadamjgn laa berani coba-coba untuk having sex dgn neng...sebab selepas itu anda tak akan lupa...
Asilah, saya terbaca komen awak di blog lain. Nasihat saya, jika berasa terlalu bosan membaca blog ini, berehatlah. Setiap entry saya tulis mengikut kehendak saya dan saya tidak bertanggungjawab menulis mengikut kehendak orang lain.
BalasPadamLagipun, saya tidak pernah memaksa dan mewajibkan sesiapa melayari blog ini. Mereka bertandang kerana kesudian bukan atas dasar paksaan.
Terima kasih.
uiks????????ada apakah ini?
BalasPadam