Semalam saya berbuka puasa di Selat Melaka di atas kapal milik Agensi Penguatkusaan Maritim Malaysia, APMM, KM Manjung. Turut serta, wartawan 360, Harris Farok Alex, wakil TV3 di Johor dan blogger, Hazrey Abu Bakar (gambar: tengah) dan dua jurukamera.
Ikan sembilang masak asam pedas, kembong dan udang bakar antara juadah disajikan. Terima kasih kepada Laksamana Pertama Maritim Wilayah Selatan, Che Hassan Jusuh (gambar: dua dari kiri) kerana sudi mengundang 360 berbuka puasa di lautan luas.
Paparan itu akan disiarkan 360, episod ‘Cabaran Ramadhan’ rabu ini.
Sebelum Hazrey menjemput saya, Harris dan jurukamera di Hotel The Zon pada jam 4.30 petang, berulang kali saya hentakkan kasut Crocs dipakai ke lantai lobi hotel untuk memastikan pasir Pulau Rawa terlekat, tanggal. Bimbang lantai kereta 2.4 cc, Toyota Ipsum baharu dibeli Hazrey kotor.
Sewaktu Hazrey memberhentikan kereta 7-seater itu di tepi jalan untuk mengeluarkan wang di bank berhampiran Ibu Pejabat Polis Johor Bahru Selatan, saya ‘menggodek’ sistem audio keretanya diperhatikan Harris dan jurukamera duduk di belakang. Paparan LCD dipenuhi tulisan Jepun, sukar difahami. Berulangkali paparan sentuh ditekan, lagu tidak kedengaran. Terfikir, mungkin Hazrey sendiri pada awalnya berhadapan masalah sama.
Kereta baharu tidak ubah seperti kerjaya baharu, banyak perkara perlu dipelajari dan diteliti.
Harris, graduan Sains Sukan Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, Selangor memulakan kerjaya sebagai wartawan penyiaran 360 lebih 2 tahun lalu. Sebagai Penerbit Eksekutifnya, saya tahu dia bekerja keras, belajar dan meneliti keperluan kerjaya begitu asing berbanding bidang dipelajarinya di universiti.
"Paling mencabar masa saya kena berpura-pura pengsan di stesyen LRT, nak tengok ada orang tolong ke tidak. Malam sebelum itu, saya dah berdebar. Kedua, masa checked in dengan lelaki gay di hotel. Bila dia raba saya, rasa macam nak menangis bang,” ujarnya.
Liputan di Pulau Rawa dan berbuka puasa bersama APMM, tugasan terakhir saya bersamanya. 31 Ogos 2009, Harris akan menamatkan perkhidmatannya bersama 360. Wartawan kelahiran Terengganu itu akan menyertai syarikat pembekal program disiarkan stesyen televisyen swasta berbayar.
Saya yakin dengan masa, komitmen dan keinginan tinggi, Harris mampu memenuhi tuntutan kerjayanya. Dia telah membukti kejayaannya di 360 sebelum ini. Di kesempatan ini saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Harris kerana sudi bekerja bersama saya dan rakan lain.

* Dengar kata Hazrey beli kereta banyak diskaun, jadi gambar dimuatkan sebelah sahaja :)
* Selamat menyambut hari ulangtahun kemerdekaan negara ke-52!
byk diskaun..?? waaaa..bole minta tolong ni :D
BalasPadam...Ikan sembilang masak lemak, kembong dan udang bakar antara juadah disajikan... emmm! menyelerakan. Berbuka di desahan angin laut bersama lambungan ombak & samudera pastinya menitikkan kenangan yang payah sukar dilupakan.
BalasPadamSaya tumbang seronok melihat kembara Sdr Mazidul.
Saya pernah sendirian berpuasa di Tokyo ketika musim panas, siangnya begitu panjang, panas mentarinya amat kering. Sekitar 4:00 pagi menteri telah terbit. Berbuka pula cuma ikan bakar, buah & sayur mentah. Payah nak cari makan di Tokyo itu. Duduk di Hotel Korakuen mana boleh memasak.
Beraya di Sagamihara tanpa lemang rendang atau ketupat. Aduh! sedihnya!. Nasiblah Obasan rajin buatkan Sashimi yang memang aku suka sangat. Beraya dengan juadah Sashimi & Tempura. Raya Jepun.
Buat Harris selamat maju jaya lantaran ada tugasan terbarunya di stesyen televisyen swasta yang tentunya lebih mencabar. Harris tu machoo jejakanya; mana mungkin si Gay tu tak tertawan. Memang kita perasan jejaka pantai timur memang selalunya machoo-machoo sebab itu ramai kalangan mereka menjadi Pramugara.
Saudara Hazrey tentunya beraya sakan dengan kereta barunya. Bila teringat kereta baru dibeli memang kita rasa tak puas melaram bersama keanggunannya. Rasanya mereka yang memang sentiasa kerja di luar; kereta yang anggun adalah keperluan paling utama, Seyogia waktu & ketika memang sentiasa banyak dihabiskan di dalam kenderaan. Pengangkutan awam memang tidak boleh diharap.
Saya selalu terfikir kenapa mesti duti/cukai kenderaan import terlalu tinggi di negara kita; membuatkan sepanjang hayat kita dibelenggu hutang kenderaan yang tidak pernah selesainya. Kenderaan tempatan jua teramatlah mahal. Mungkin 360 boleh kupas sikit masalah ini. Bandingkan gaji atau ganjaran mereka di negara maju & harga kereta mereka di sana... berbanding kita.
Memang saya tahu polisi kerajaan kita maju menjaga perusahaan otomobil di negara ini maka itu duti/cukai kenderaan import teramat tinggi. Sementelah polisi tegar ini berlarutan, apakah keadaan sekarang tidak sampai membelenggu rakyat marhaen.
Bro,
BalasPadamPatutlah jantung berdebar debar. Hahaha.. nasib baik bro letak separuh jek. Tahniahlah, sebab bro menjadi orang pertama menceritakan keta baru saya ni.
(Ehem, itu kereta I tau.. wifey nyampuk. Ok your car. Hehe)
Patutlah macam lari sikit stesen stesen tu semua. Ada orang menggodek. Haha.
We gonna miss Harris. Teringat antara assignment pertamanya, pergi interview orang gila di Hospital Permai, Johor.
echah: boleh ajek. :)
kelopak: Memang menyelerakan abis. Saya siap tapau udang bakar bawak balik untuk sahur. :)
Memang best kereta baru ni. Tapi wifey punya. Kita pinjam jek untuk melaram. hehe. Dan tak boleh bawak untuk assignment tu, jahanam nanti.
True enough, duti kita masih tinggi sebab kita terlalu protective untuk Proton. Terlalu.
p/s: Apalah maksud tersirat Harris bukak tangan camtu. 10? Heheh.. Harris, aku tau!! All the best to Harris, and jangan gatal tukar nombor telefon yek.
menghayati mereka yang bertugas di..lautan..(itu amanah juga)
BalasPadamombak laut..cina selatan,
selat melaka..
menjaga dari pencerobohan LANUN2...
Salam encik Mazidul!
BalasPadamtolong sampaikan salam pada Harris... dia kenalan kami (saya dan room mate dia Husaif masa di UiTM)
bangga bila nampak kawan sendiri jadi wartawan dalam rancangan 360!
hazrey: wahh bergaya dgn kereta baru dihari raya.. merasainya juga pd raya tahun lepas.. tp raya tahun nih muka sket monyok sbb dekat raya nak kena renew roadtax.. huhuu lari budget baju raya.. heheh
BalasPadambtw all the to harris..
Salam Ramadhan dan Salam Kemerdekaan.
BalasPadamBila nak sambut raya, apa yang orang kita selalu ingat ialah shopping complex untuk bershopping, kereta baru untuk jalan-jalan (dan menunjuk) dan tidak lupa duit raya (bagi kanak-kanak). Ops tak lupa juga ada yang bergaya dengan ister/suami baru yang first time nak kenalkan dengan sanak saudara.
Tetapi tak ramai yang teringatkan askar/tentera dan polis serta pegawai-pegawai kerajaan lain yang bertugas di sepadan negera, dilautan dan hutan (hutan dah kurang kut sekarang)
Tahniah Mzidul kerana mengingatkan sedikit pembaca kepada pengorbanan tentera laut yang siang malam berkorban untuk memastikan kita semua boleh terus tidur lena, boleh beribadat dan beraya dengan aman dan damai.
Emm tapi apa kena mengena topik ini dengan "dia raba saya"? :)
www.anak2merdeka.blogspot.com
Hai, Salam Merdeka Mr. Mazidul ;)
BalasPadamAwal pagi tadi i tgk MHI.
haishhh...ade caller yg tny psl 360 (which is sounds 'sensitive' at some point), pelik bebenor.
I respect the way you handled the caller and answered him.
All the best for 360! :)
All the best to HARRIS.... macam pernah jumpa jerrr....hmmm..
BalasPadamBro Maz
BalasPadamWaaa.....
Hazrey - syok aaa kereta raya
Harris - Selamat Maju jaya
Bro Maz - Jangan lupa balik KD
Semoga 360 terus sukses walaupun Harris 'berhijrah' ke tempat lain. Bro dan geng-geng yang lain pun hebat-hebat belaka. huhu..
BalasPadamKemas dan cantik juga Toyota Ipsum ni ye.. hehe. :)
BalasPadamYEEyyyyyyyyy...
BalasPadamRQ PUN BERAYA TAHUN NI NGN KETE PERTAMA YG RQ BELI NGN GAJI SENDRI...HEHHEHEHHEHE
yg best, blh sambut konvo bln 1o ni ngn kete baru jugaaaa..
jmput2 dtg tgk rq konvo...hahhaahhaha..
rq sengal
sy tgk episod haris dgn gay tu..mak aiii...meremang denn...eiii!syabas n good luck!
BalasPadam