Sabtu, Ogos 01, 2009

Anak Kecil Bantah ISA?

Hari ini, ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur lumpuh. Hampir semua jalan masuk ke bandaraya ditutup. Jalan masih dibuka, sesak dengan kenderaan bergerak macam siput.

Stesyen Transit Aliran Ringan, LRT Masjid Jamek ditutup berikutan demonstrasi anti-Akta Keselamatan Dalam Negeri, ISA. Berikutan itu ramai penumpang tersekat, tidak mampu pulang ke rumah sehingga jam 7 malam tadi. Mereka termasuk warga emas, wanita dan bayi.

Manakala peniaga pasar malam di Jalan Tunku Abdul Rahman marah, banyak barang mereka rosak akibat peserta demonstrasi haram membantah ISA bertempiaran lari ke lokasi mereka berniaga sewaktu dikejar polis. Bimbangkan keselamatan tergugat, majoriti peniaga kedai di jalan sama menutup perniagaan mereka.

Semasa tiba berhampiran di hadapan Stesyen LRT, saya llihat kebanyakan peserta berhimpun di dalam dan hadapan Masjid Jamek. Mereka duduk berkumpulan, bersembang dan memerhati pergerakan polis trafik, Light Strike Force dan Pasukan Simpanan Persekutuan,FRU, bertugas di kawasan sama.

Saya sempat merakamkan gambar anak kecil berkopiah putih memakai t-shirt dengan logo ‘anti-ISA’ ini. Sedangkan lelaki dewasa bersamanya, mungkin bapa anak itu, tidak memakai t-shirt sama. Mungkin gentar menampilkan ‘perjuangannya’ melalui logo t-shirt sama. Persoalannya, mengapa mengheret anak kecil ini menyertai demonstrasi tanpa permit anjuran Gabungan Mansuhkan ISA, GMI? Sedangkan saya percaya dia sendiri tidak memahami erti ISA.

Jika ingin mendesak ISA dimansuh sekalipun, membawa anak kecil kelokasi itu dilihat sebagai eksploitasi kanak-kanak sekaligus bukan satu langkah bijak. Dia terpaksa berdepan semburan air atau gas pemedih mata FRU.

“Dia bawa anak kecil, kalau polis nak tangkap tak boleh. Tangkap bapa, siapa nak jaga anak tu?,” bisik anggota polis berdiri di sebelah saya.

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohd Sabtu Osman, sehingga jam 6 petang 1 Ogos 2009, 438 ditahan termasuk 37 perempuan dan 38 remaja.

* Lain kali jika ingin berdemonstrasi, buat di Stadium Melawati, Shah Alam, Selangor. Jangan susahkan orang lain. Menyusahkan orang lain itu sebenarnya perbuatan KEJAM dan tidak ADIL.

65 ulasan:

  1. Inilah jawapan kenapa ISA masih relevan.
    Sbb nak kurung manusia-manusia badigol yg menyusahkan orang lain.
    Sbb diorang, habis org lain yg tak terlibat (atau lansung taknak amik tau pasal apa diorg buat) dapat susah.
    Traffic jam sana sini, sbb polis buat road block.
    Of course la polis kena buat camtu, utk halang manusia-manusia bangang camni.
    Menyusahkan orang betol!
    Duk diam-diam kat umah je udah la.
    Diorang duk sibuk bising pasal ISA, diorang tu bagus sgt ke?
    Pigidah!

    BalasPadam
  2. Saudara Maz,

    Saya ingin sekali membaca pendapat atau komen saudara berkenaan isu pokok yg menjadi punca bantahan para demonstran anti-ISA itu.

    1. Hapuskan ISA.
    2. Bebaskan tahanan atau dakwa mereka dimahkamah terbuka.
    3. Tutup Kem Tahanan ISA Kamunting.

    Kalau ketiga-tiga perkara ini ditangani oleh kerajaan dengan cara yang betul berlandaskan hukum syara' dan berlandaskan hak asasi manusia, tiada perlunya perarakan bantahan ini dilakukan.

    BalasPadam
  3. Saya lebih suka ambil sikap berkecuali daripada menyokong mana2 pihak...

    Saya geram la dengan diorang yang buat demonstrasi hari ni...perancangan saya ke PC Fair di KLCC terbantut gara-gara diorang ni...mana taknya jalan dah jem teruk disebabkan beberapa jalan utama ditutup...try naik LRT pun bersesak panjang beraturnya...last2 tak jadi pergi...

    Tak elok la mempergunakan budak-budak dalam demonstrasi ni..

    p/s suka tengok suasana aman dan damai...

    BalasPadam
  4. Knowlee,

    Alangkah bagusnya kalau jawapan ada bersandarkan fakta dan bersifat ilmiah - bukannya kata-kata beremosi macam tu...

    BalasPadam
  5. nie bising2 nie nak kene isa?? hahaha..kerana ayat tu la org2 nie nak mansuhkan isa tu..pasal senang sangat nak masuk sana..nak masuk ipta ngan ipts pun susah..yg anti isa tu rasanya memang org pembangkang..tapi yg pro isa tu org umno yek??

    BalasPadam
  6. jgn mimpi la ISA akn dimansuhkan pon kalo korg dok sibuk wat demo bagai...

    bongok orang2 mcm ni...

    rq emo tul kalo mnde2 gni nk kecoh sampai nk wat reformasi..

    pd hal rata2 mreka tu tak tau pon apa bnde sbnrnye mreka nk perjuangkan..

    just ikut mak bapak..n mak bapak pon tah2 tak pham pon ISA tu ape..

    tgk lah..

    last2..sape yg jd mngsa kalo kna tgkp...

    nk salahkn sape ms tu???

    BalasPadam
  7. "“Dia bawa anak kecil, kalau polis nak tangkap tak boleh. Tangkap bapa, siapa nak jaga anak tu?,” bisik anggota polis berdiri di sebelah saya."

    orang lain sibuk memikirkan kebajikan mereka... tapi mereka tidak pernah terpikir tindakan ini menyusahkan semua pihak...

    BalasPadam
  8. nmpk aman tp kecoh sbnrnya dr segi dalaman..

    BalasPadam
  9. Abuamin, saya menyatakan apa saya lihat dengan mata kepala. Saya tidak menyalahkan mereka mengadakan demonstrasi, mereka fikir itu hak mereka. Pada masa sama mereka harus berdepan tindakan pihak berkuasa, itu fakta.

    Cuma saya hairan melihat orang dewasa berfikiran dangkal, membawa kanak-kanak menyertai demo tanpa permit terbabit.

    Biarpun isu saya bangkitkan 'kecil', saudara ada jawabannya?

    BalasPadam
  10. kenali ISA dulu b4 mereformasi kn dri korg2 di jlnn nu ok

    BalasPadam
  11. saudara Abuamin sprti nye terlalu prejudis dgn prkara ni..

    jgn fikir satu pihak saja..tp sblm brkata2..kite hrus mnimbg pro dan kontra sesuatu perkara..

    jgn cuma fikirkan kebaikn pihak yg satu lg..

    apapun..
    Allah bg akal tuk kite fkir..

    tp relevankah mngaitkn anak2 kcil dgn prkara yg bukn perlu mnjd dunie mreka lg...

    hmmmmmm...tak phm rq

    BalasPadam
  12. pandai buat demo sgt..pastu pesal lari bile kna kjar polis..???

    kalo takut kna tgkp tak payah ar tnjuk brani g konon2 berdemonstrasi..

    bukankah ia memalukan???

    baik dok umah berdoa mintak keluarga korg selamat dr kna tahan ISA dah ckup bgus apa...

    hauhauhauhauha..

    sengal g cari nahas..

    muhkahkahakahak

    BalasPadam
  13. Salam. Buat mereka yang sgt2 mempertahankan ISA. Semua kita tahu bahawa selepas kematian, kita akan dibangkitkan oleh Allah SWT di Padang Mahsyar. Apa tujuannya? Di Padang Mahsyar ini Mahkamah Paling Agung akan bersidang. Berhakimkan Allah yang Maha AdiL.

    Tak terfikirkah kita mengapa perlunya Allah menghimpunkan sekalian manusia untuk diadili dan diperdengarkan amalan2 mereka semasa di dunia sedangkan Allah Maha Mengetahui siapakah yang layak menghuni syurga dan neraka tanpa perlu diadili sekalipun. Semuanya di bawah Kuasa Pengetahuan Allah SWT.

    Di sini Allah hendak mendidik manusia agar sentiasa bersikap adil dan saksama. Menghukum dengan adil dan bukan main tangkap dan sumbat ke penjara tanpa memberi peluang kepada individu untuk membela diri sebagaimana ISA! Adakah kita lebih hebat dan lebih adil daripada ALLAH? Tepuk dada tanyalah IMAN...

    BalasPadam
  14. Lepas peristiwa demonstrasi ni, sure negara-negara luar dok bantai gelak kat negara kita...nak lagi forumer2 dari negara jiran kita...

    BalasPadam
  15. Naziehas, mungkin saudara tidak berada di lokasi berlakunya demonstrasi.

    Jika berada di sana, saudara pasti dapat melihat, majoriti daripada mereka terbabit merusuh, MELAYU.
    Lebih 3 jam berada berhampiran Maskid Jamek, Kuala Lumpur, saya tidak terlihat seorangpun bangsa selain daripada Melayu. Jika ada pasti saya sudah merakamkan gambar mereka.

    Sedangkan ISA bukan untuk menahan Melayu sahaja, bangsa lain juga turut terbabit.

    Ada jawaban?

    BalasPadam
  16. Salam. Alhamdulillah. Setinggi2 kesyukuran ke hadrat Allah kerana menyedarkan bangsaku yang seagama denganku akan kezaliman ISA.

    Memang patut bangsa Melayu bangun menentang kerana bangsa inilah yang banyak menjadi mangsa ISA berbanding bangsa2 lain. Saya tidak berkompromi dengan mana-mana individu yang nyata melakukan kesalahan. Cuma ISA banyak diperuntukkan kuotanya untuk para penentang dasar kerajaan yang nyata menzalimi rakyatnya sendiri.

    Saya tak kesah dengan nama ISA. Tapi pelaksanaan ISA perlu ditentang oleh semua manusia yang bertamadun.

    BalasPadam
  17. Azrul, saya naik LRT dari Taman Bahagia, Kelana Jaya bercadang ke Masjid Jamek. Jam 12 diumunkan Stesyen Masjid Jamek ditutup, hentaian terdekat, Stesyen LRT Pasar Seni.

    Saya menapak dari Pasar Seni, mujur dalam perjalanan ada pemandu bas Metro mempelawa saya menumpang bas dipandunya dan dia sudi menghantar saya ke Masjid Jamek, free.

    Rupanya pemandu bas itu, orang tinggal berhampiran kampung saya di Tg. Malim.

    Saya hairan, demi memenuhi impian berdemonstrasi, mereka tidak sedar ribuan orang disusahkan.

    Naziehas dalam komennya sebelum ini membangkitkan persoalan berhubung 'keadilan' di dunia dan di akhirat. Terlintas di fikiran saya. ADILkah tindakan mereka terbabit dalam demo tanpa permit itu jika menyusahkan manusia lain di dunia ini?

    Sewaktu di lokasi, saya didatangi lelaki berusia 77 tahun. Dia datang ke Kuala Lumpur untuk membeli belah barang persiapan anak lelakinya, hakim, 30tahun bakal melangsungkan perkahwinan di Alor Star, Kedah.

    "Jauh pak cik kena jalan ni, dari sini (LRT Masjid Jamek) ke Stesyen LRT Pasar Seni," katanya.

    "Kesian ayah saya, dia bukan berapa sihat," kata anaknya, hakim muda itu.

    Adilkah kita 'menyiksa' orang tua demi merealisasikan demo?

    BalasPadam
  18. Kata Naziehas, "Memang patut bangsa Melayu bangun menentang kerana bangsa inilah yang banyak menjadi mangsa ISA berbanding bangsa2 lain" - Sumber fakta?

    "Saya tak kesah dengan nama ISA. Tapi pelaksanaan ISA perlu ditentang oleh semua manusia yang bertamadun" - Melihatkan orang Melayu majoriti peserta demo terbabit, adakah saudara mengatakan bangsa lain TIDAK bertamadun?

    JIKA saudara tidak berada di lokasi sama, adakah saudara juga mengatakan diri sendiri tidak bertamadun kerana tidak menyertai demo itu? Atau saudara berjuang cara lain untuk menghapuskan ISA untuk melambangkan diri bertamadun?

    Saya kurang arif, minta fahamkan saya :)

    BalasPadam
  19. Berlakunya susah apabila perkara itu tidak dipermudahkan.

    Jika pihak berkuasa mengambil pendekatan berhemah dengan memberi permit untuk berhimpun saya yakin demonstrasi rakyat itu akan berjalan dengan baik sebagaimana demo-demo yang pernah dilakukan oleh kumpulan tertentu yang diberi permit oleh pihak polis. Polis bertindak mengawal keadaan dan lalulintas dan bukan sekat laluan sana sini. Itu yang menyusahkan rakyat. Salahkah rakyat ingin menyatakan perasaan mereka selepas segala daya usaha dilakukan sebelum ini dipandang sepi?

    Musykil jugak ye... Mengapa jalan sesak akibat penganjuran konsert ataupun apa-apa pesta tidak menjadi rungutan?

    BalasPadam
  20. Menentang ISA tidak hanya dengan satu cara. Berdemo. Bagi yang berkesempatan pergilah kerana itu hak kebebasan mereka untuk berhimpun.

    Bagi yang tidak berpeluang.. seperti atas urusan kerja atau tak sempat sampai ke lokasi disebabkan road block, kaedah lain boleh digunakan sebagai tanda benci kepada pelaksanaan ISA.

    Apa yang penting mesti ada dalam hati rasa benci terhadap kezaliman. Hanya orang yang tidak bertamadun sahaja yang redho dengan kezaliman.

    Harap jangan salah anggap dengan penyataan 'tamadun' saya itu.

    BalasPadam
  21. Naziehas, "Salahkah rakyat ingin menyatakan perasaan mereka selepas segala daya usaha dilakukan sebelum ini dipandang sepi?"-TIDAK salah. Tetapi pada masa sama, USAH menyusahkan rakyat lain.

    Kita ada pilihanraya 5 tahun sekali. Itu cara paling berkesan menyatakan pendirian semua rakyat. Jika Pakatan Rakyat berjaya memenangi pilihanraya, saya percaya pelbagai perkara boleh diubah mengikut acuan kepemimpinan mereka.

    Tunggulah.

    Lagipun Perdana Menteri secara jelas menyatakan ISA sedang disemak.

    Bagaimanapun ada beberapa soalan saya kemukakan belum saudara jawab:

    1. Mengapa mengheret kanak-kanak hingusan dan remaja dalam demo?

    2. Adilkah demo terbabit, pada masa sama menbebankan wanita, orang tua dan kanak-kanak?

    Saya bukan orang politik dan tidak berminat menyandang jawatan politik dalam kerajaan atau parti lain. Itu pasti.

    BalasPadam
  22. maka bangsa lain seperti cina dan india bertepuk tangan dengan ngahnya kerana melayu sama melayu bikin huru hara..
    fikir-fikirkan lah..
    melayu tolong melayu dalam diam melayu hancurkan melayu..

    *bersyukurlah ye dengan keamanan sekarang..

    BalasPadam
  23. Coretan, saya setuju. Polis ramai Melayu, peserta demo majoriti Melayu. Bangsa lain duduk rumah tengok berita sambil ketawa.

    Dalam senarai pemberi ucapan sebelum demo, hanya Lim Kit Siang sahaja bangsa lain, selebihnya Melayu.

    Peliknya tiada penyampai ucapan berarak menyertai demo. Perjuangan separuh jalan? Pengikut teruskan ...

    BalasPadam
  24. walau nak berdemokrasi sekali pun carilah tempat yang lapang sikit macam stadium bukit jalil ke.. jangan susahkan rakyat lain boleh tak? tak semua rakyat mahukan suasana mengarut macam ni.. tolonglah.. lainkali sebelum buat sesuatu berfikirlah pakai otak jangan pakai nafsu..

    BalasPadam
  25. Diperingkat awal saya tidak berminat nak komen pasal demo. Saya hanya memberi pendapat berkenaan ISA. Secara umum. Walau bagaimanapun bila dah ditanya, sedaya upaya dijawablah..

    1) Secara peribadi saya sendiri tidak bersetuju mengheret kanak-kanak ke medan demo ini. Sedangkan Rasulullah sendiri pernah menolak permintaan seorang kanak-kanak yang ingin berjuang bersama-sama Baginda di medan perang.

    2) Apa yang saya lihat, demo ini bukan satu paksaan. Sesiapa yang pergi adalah atas kehendak dan kerelaan sendiri. Kerana mereka faham risiko yang akan diterima. Saya yakin mereka tahu dan faham. Jadi tidak ada persoalan membebankan atau tidak. Mereka berhak untuk tidak pergi sekiranya mereka merasa terbeban. Tidak pernah kedengaran seseorang dibuang jawatan kerana tidak pergi demo. Tp yang dipecat kerana pergi demo ada!

    Bagi saya ini bukan soal parti politik tetapi ini persoalan kemanusiaan yang membatasi semua bangsa mahupun kepartian.

    BalasPadam
  26. naziehas berkata...
    Menentang ISA tidak hanya dengan satu cara. Berdemo. Bagi yang berkesempatan pergilah kerana itu hak kebebasan mereka untuk berhimpun.

    Bagi yang tidak berpeluang.. seperti atas urusan kerja atau tak sempat sampai ke lokasi disebabkan road block, kaedah lain boleh digunakan sebagai tanda benci kepada pelaksanaan ISA.

    Apa yang penting mesti ada dalam hati rasa benci terhadap kezaliman. Hanya orang yang tidak bertamadun sahaja yang redho dengan kezaliman.

    Harap jangan salah anggap dengan penyataan 'tamadun' saya itu.

    *kerana tamadunlah banyak belakunya kebebasan penjenayah,rempit,ragut,dan bunuh membunuh,gay dan pelbagai yang anda lihat sekarang..

    BalasPadam
  27. Naziehas, terima kasih kerana menjawab secara ikhlas. Memang benar, tiada paksaan menyertai demo. Persoalan saya bangkitkan, apabila demo dilaksanakan, menyusahlah kehidupan orang lain. Penumpang kenderaan awam, peniaga dan orang ramai.

    Komen Coretan mungkin boleh dipertimbangkan. Lain kali, demo dibuat di lokasi jauh dari pusat bandaraya. Tetapi jika di Stadium Bukit Jalil, terlalu mudah mereka semua ditahan, 'ikan masuk jala', itu analoginya. Biar mereka berdemo di kawasan terbukan dan berhak untuk memboloskan diri.

    Biar mereka memperjuangkan kepercayaan dan pendirian TANPA mengganggu perjalanan kehidupan orang lain. Biar mereka berurusan HANYA dengan pihak berkuasa sahaja.

    BalasPadam
  28. oklah encik naz dan encik mazidul,,
    ana mohon ampun jika terkasar bahasa anggap saja itu hanya perbincangan untuk kebaikan sesama..
    anak tidur dulu ye
    Assalamualaikum?
    Salam Ukhwah

    BalasPadam
  29. berdemo tu alasan/cara terakhir..

    wajar bebaskan dulu tahanan ISA yang lama-lama,

    lepas tu tahan semula..sesuai dgn pemimpin baru..lebih telus..
    yang dulu tu kira refresh...

    ... ISA perlu di ubahsuai/rombak bukan ditiadakan..

    BalasPadam
  30. Tak kesahlah di manapun, kalau tak diberikan permit pun masalah jugak. Sebagaimana yang saya persoalkan, mengapa mudahnya permit diberikan kepada penganjuran konsert? (sebagai contoh)

    Kepada Coretan, "*kerana tamadunlah banyak belakunya kebebasan penjenayah, rempit, ragut,dan bunuh membunuh,gay dan pelbagai yang anda lihat sekarang." Tamadun apa yang anda maksudkan itu!

    Doa saya agar Sdr Mazidul terus diberikan kekuatan fizikal dan ilham untuk terus berkarya dalam membantu mentamadunkan manusia. So bagus sgtlah kalau tak minat nak menjadi ahli politik.. Gurau je. Semoga berjaya.

    BalasPadam
  31. itu baju percuma yang ambil tepi jalan kot..ha3

    BalasPadam
  32. setuju dengan naziehas,
    klu konsert atau perhimpunan melibatkan kerajaan, dengan senang dan teramat mudahnya lulus lagi² perhimpunan kerajaan..

    konsert tu...
    ermm...
    kita kan 'negara islam'...

    BalasPadam
  33. bila berDEMO

    kesian para peniaga

    pecah kaca pecah gelas..rosak barangan terkena.

    macammana nak elak kerosakan harta awam dan peniaga??

    kes ni nak salahkan siapa yer??

    bolehkah para pakar jenayah pengubal undang2, mencari formula menghalang sebelum terjadinya DEMO?..sebab berdemo..

    BalasPadam
  34. Bro,

    Saya tergelak bila baca sms dari bro semalam mengenai demo ini, sebab saya dah jangka demo ini adalah satu nuisance kepada semua orang. Semua orang menjadi mangsa.

    First, saya setuju demo ini terdiri daripada mereka yang dangkal. Kenapa? Kerana niat tidak menghalalkan cara. Kenapa? Kerana mereka adalah minoriti sahaja dan tidak menggambarkan majoriti. 20,000 sekalipun tidak menggambarkan keseluruhan rakyat Malaysia yang mahukan keamanan.

    Sebelum demo Keadilan dulu, jarang kita dengar demo seperti ini. Jadik siapa yang bawak budaya ini? Siapa yang mencetuskan berarak ramai ramai? Adakah jumlah seumpama ini dapat dilihat apabila berarak ketika sambutan Maulidur Rasul setiap tahun?

    Yang mencetuskan lagi kejahilan ilmu mereka yang menyertai demo ini ialah: negara demokrasi seperti Malaysia memiliki sistem pilihanraya di mana setiap individu yang layak boleh mengundi kerajaan yang ingin dipilih dan memerintah. Pilihanraya baru berlalu. Dan tentangan terhadap ISA ini bukan baru. Kenapa BN masih dipilih jika betullah mereka menentang ISA walhal tika pilihanraya keputusannya tidak menggambarkan sedemikian bagi kerajaan persekutuan?

    Maka, sekaligus demo ini sekadar mempergunakan mereka yang menyertainya.

    Pak Najib sudahpun memberi jaminan untuk mengkaji semula ISA, maka apa tujuan demo ini apatah lagi membawa kanak kanak sehingga terdedah kepada tear gas dan kecederaan. Polis patut ambik tindakan terhadap ibu bapa kerana mendedahkan kanak kanak kepada environment sedemikian rupa. Kementerian Pembangunan Wanita perlu bercakap.

    Being analytical perlu dalam hidup. Setiap undang undang itu ada baik dan buruknya. Kenapa buruk? Jika ia disalahgunakan. Tetapi adakah demo satu cara mendesak kerajaan? Yang hendak didesak adalah kerajaan. Jadik, kenapa hendak menghukum rakyat lain, termasuk peniaga dan penghuni warga kota lain?

    Sekali lagi, kalau tidak mahukan kerajaan sekarang ini memerintah, gunakan cara yang PALING BERAKAL, iaitu mengundi. Jangan terkejut jika saya katakan ada kalangan yang berdemo itu sendiri belum layak mengundi (sebab bawah umur) untuk memilih kerajaan dan ada juga yang tidak pernah berdaftar sebagai pengundi.

    Sekali lagi, demo bukan budaya kita. Berarak cara itu bukan ajaran Islam. Menyusahkan orang lain kerana nak tunjukkan kekuatan kita berkumpul.

    Pada pandangan saya, kalau dah tau ada kekuatan seumpama itu, tubuhkan parti politik dan berpolitik, itu landasan yang baik, tak payah menjahanamkan kehidupan orang lain.

    BalasPadam
  35. Salaam,

    Saya memang tak setuju dengan apa jua yang menjuruskan ke arah kezaliman, tapi dalam isu tertentu kita perlu adil menilai fakta dan ada maklumat yang lengkap.

    Contohnya sekiranya satu akta itu dikatakan/dianggap zalim, adakah ianya kena dihapuskan terus?

    Adakah ISA itu diperkenankan oleh parlimen dengan tujuan untuk menzalimi manusia? Kalau ianya begitu, perlulah dihapuskan sebab nama akta itu Akta Kezaliman Ke Atas Manusia. Tapi halnya tak begitu, S pada ISA itu bermaksud security.Keselamatan dalaman negara.

    Kalau begitu akta itu bertujuan untuk keselamatan negara. Adakah dengan tiba2nya mansuh akta itu, isu2 keselamatan yg selama ini ditangani oleh Akta tersebut dapat ditangani oleh akta2 lain atau mekanism yg lain? How sure are you. Adakah keselamatan negara ini boleh didiuruskan dgn pendapat2 sesuka hati atau simple conclusion macam tu.

    Adakah tahanan2 itu boleh dibebaskan begitu saja sebab ada segelintir rakyat nak mereka bebas begitu saja. Saya percaya kalaulah mereka ni dibebaskan, selepas itu Petronas twin tower itu roboh kena bom, kalau kita nak panggil balik siapa yg sesuka hati suruh bebaskan tu, sure mereka tak mengaku punya. Pada waktu tu mereka akan spin pulak kenapa kerajaan bebaskan teroris yg sangat merbahaya.

    Setahu saya pemerintahan Taliban dulu pun ada tahanan tanpa bicara. Tahanan tanpa bicara ni bukanlah tahan orang sesuka hati, tapi ianya disebabkan maslahah tertentu untuk menangani kes2 yg memerlukan tindakan pantas. Tak semua kes keselamatan boleh ditangani oleh mahkamah.

    BalasPadam
  36. whoaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...

    mmg susah kalo orang tu dah jumud sgt dgn parti die..

    selalunye org2 taksub bni tak fkir the other side dah..

    mreka just fkir utk kpntingn masing2..

    sedarkah merekA INI NEGARA LAIN MNTERTAWAKAN NEGARA KITE??

    yg pasti..cina dan India betapa mereka sronok mmrhatikan prjuangn org melayu yg majoriti mnyertai demo..

    dan mreka brgelak bertampar kerana rapuhnya perpaduan org melayu krana brgaduh sesama sndiri..

    brapa peratus sgt org melayu yg ada kat mlysia ni???
    lebih dr 50 % sikit je pon..

    cina dah 40% lebih..

    korg bygkan lah kalo org melayu ni brpecah dua..

    confirm..bangsa cina akn naik merampas negara kita..

    kite plak masih sibuk wat demo bagai, tak sedar n masih jd org bodoh pergi wat demo..

    dlm ms tu..merasalah kalo bangsa lain sdg amik ksmptn pd perkara ni..

    BalasPadam
  37. kelakar plak ek..

    mana hasil nya dr apa yg korg demo kan itu???

    xoxooxooxooxoox

    muhahhahahhah..

    mmg cari nahas..

    tggu lah bile org melayu dah terpecah dua..

    merasaLah..

    peluang sdg di intai dan baakal di curi oleh bgsa lain apabile mreka tgk kebodohan parti melayu bergaduh dgn parti melayu yg satu lg..

    bile lah malaysia nak aman???

    polis sibuk jg keamanan org wat demo..tapi korg fikirlah..kalo beribu2 polis g jaga org wat demo..

    sape nk g tgkap pnjenayah yg tgh g merompak dan merogol waktu demo di buat..????

    salah siapa kalo prkara ni jadi???

    polis nak tgkp pnjnyh pon tak boleh tau kalo korg sibuk wat kacau dlm negara sndri...

    n sbb tu lah..

    aku kata korg yg wat demo ni bongok!

    tak fikir pasal keselamatan negara langsung...
    tau fkir nk merusuh je pon yg korg sndri tak tahu apa bnda..

    sengalLLLLLLLL

    BalasPadam
  38. Kenapa kita mesti tentang ISA???
    sedangkan ISA satu-satunya undang-undang yang menjamin keselamatan kita dinegara ini..

    Jgn hanya pandai mengkritik undang2ini jika kita semua tidak tahu isi kandungan dan tidak pernah melihat, memegang dan menyelak sehelai demi sehelai Akta 82 tersebut yang keseluruhannya mengandungi 85 Seksyen, 4 Bahagian, 12 Bab dan 3 Jadual..

    Hanya orang-orang berfikiran cetek dan tidak mahukan keamanan saja yang menolak ISA...

    BalasPadam
  39. Encik abuamin,
    AWak nak ckp secara ilmiah, awak ckp la sindri. Tak perlu suruh saya buat pulak.
    Saya mmg emo sbb saya dpt susah. Dari pagi sampai ke petang.
    Disebabkan malaun-malaun semua ni.
    Semua org yg saya jumpa luahkan perasaan dgn penuh emo.
    Awak je yg nak ilmiah, sila tulis sindri.
    Jgn nak suruh org lain pulak.
    HAiyaaaa...

    BalasPadam
  40. bro mazidul,

    seronok saya baca komen2 untuk entry saudara kali ni. izinkan saya ulas komen2 yang ada di atas... boleh ye?

    saudara naziehas menunjukkan sifat peribadi kebanyakan penyokong PR. 'taksub', 'tidak menerima pendapat orang lain', 'sebab orang lain salah, dia je yang betul', 'kalau dia dari PAS, pendapat dia saja yang bersesuaian dengan Islam, teguran orang lain semua salah, tidak Islam, walaupun mufti yang menegur'.

    jika saudara naziehas masih mengikuti komen2 di sini, mengapa saudara tidak memberi respon pada cadangan yang bijak dari coretan untuk berdemo di stadium? tiada ulasan, apalagi pengakuan bahawa ini tempat yang terbaik. stadium shah alam, bawah pengurusan kjaan negeri selangor, lagi sesuai kat situ. terbalik, terlungkup biar kjaan negeri sngor yang tanggung. berdemolah sesuka hati anda di situ tanpa menyusahkan orang lain!

    saya setuju dgn pendapat bro mazidul, mudah tertangkap jika di kawasan terbuka.

    BalasPadam
  41. ana sokong ente knowlee..
    cukup menyusahkan dan memalukan..

    BalasPadam
  42. unwanted
    setuju dengan naziehas,
    klu konsert atau perhimpunan melibatkan kerajaan, dengan senang dan teramat mudahnya lulus lagi² perhimpunan kerajaan..

    konsert tu...
    ermm...
    kita kan 'negara islam'...

    *ana sudah saksikan sendiri kempen antara BN dan Pembangkang pada pilihan raya yang lalu..
    ana tidak menyokong mana-mana parti tapi ana dapat bezakan ceramah yang disampaikan oleh pemimpin parti masing-masing

    ternyata pihak pembangkang lebih menghalalkan fitnah,carut mencarut dan perkataan kesat yang ana sendiri tidak sanggup dengar..

    mungkin itu disebabkan kenapa tidak mendapat kelulusan perhimpunan..
    anda sendiri boleh fikirkan..

    tentang konsert tu
    ente boleh tolong jawab tak?
    adakah negara kita ini orang islam sepenuhnya?
    dan pernahkan mereka yang menonton konsert diakhiri dengan dendam dihati yang meluap-luap tanpa sebarang fakta?

    BalasPadam
  43. semua negara ade ISA cuma nama jer berlainan fungsi tetap sama.

    kalo teda ISA makin ramai pemberontak 'mengong' mcm org yg buat demo tu.

    ngape ler gi buat bende tak berfaedah tu.lawak betul.kalo takmoh masuk ISA jgn ler buat bende BODOH.

    tak pernah bersyukur nikmat tuhan tu yg asik nak buat demo jek.

    patutler anak tak menghormati mak bapak kecik2 dah ajak berdemo jalanan.

    sabo jer aku!

    BalasPadam
  44. ini adalah perlembagaan perseketuan

    5(3) apabila seseorang itu ditangkap dia hendaklah diberitahu seberapa seberapa segera kenapa dia ditangkap.
    Dan hendaklah membenarkan dia yang ditangkap ini dibenarkan untuk mengambil pengamal undang-undang untuk membelanya.

    ISA tidak membenarkan pesalah mengambil pengamal undang-undang. ini ZALIM.

    4(1) the supreme law of this country is THE federal constitution.
    Mengapa FC membenarkan pesalah mengambil peguam, tetapi tidak di kes ISA. ini adalah alasan utama mengapa ia ditentang.

    ISA masih dibawah supreme law

    10.1A Setiap warganegara adalah berhak bebas bercakap dan mengeluarkan fikiran.
    Demo tak salah, tapi susah sgt nk dpt permit, cuba bg konsert, lepas jer. tempat pengamal maksiat.

    apa itu hikmah, karang ada yang kata mesti berhikmah. Hikmah bkn lemah lembut. surah an-nahl ayat 16; serulah manusia kejalan allah dgn hikmah. tafsiran mengikut tafsir pimpinan ar-rahman, cetakan rumi m/s 668. hikmah ialah penjelasan yang tepat dan betul berdasarkan dalil dan bukti berdasarkan yang menerangkan kebenaran dan menghapuskan kekeliruan.

    salam.

    BalasPadam
  45. Senario 1 :

    Selepas Pilihanraya Umum ke-13, parti ABC berjaya membentuk kerajaan. Semasa kempen, seorang wartawan bernama Nasirul Kamal didapati menulis artikel yg mengecam parti ABC. Presiden parti ABC sakit hati, lalu arahkan Menteri Dalam Negeri sumbatkan Nasirul Kamal ke Kamunting. Sorokkan 60 hari dulu tanpa diketahui di mana, kemudian baru hantar ke Kamunting. Tak payah bicara, tak perlu bukti, jangan bagi can dia jumpa peguam. Biarkanlah anak-anak, isteri, dan keluarganya menangis..

    Senario 2 :

    Kerana desakan negara2 barat, kerajaan perlu buat sesuatu supaya dilihat tidak melindungi pengganas. So, tangkaplah sesiapa saja yg ada janggut tebal, pakai serban dan isterinya pakai purdah.Katakan saja mereka adalah pengikut JI atau Al-Qaeda. Sumbat dalam tahanan 60 hari, lepas tu campak ke Kamunting 2 tahun, dan renew lesen penahanan lagi setiap 2 tahun. Entah bila nak lepaskan, Tuhan saja yg tahu...Sapa nak bagi anak isterinya makan? pandai-pandai dia lah...

    Adilkah begitu?

    Ajaran agama manakah yg begitu?

    Hak asasi negara manakah yg begitu?

    BalasPadam
  46. " Ucapan Pak Lah ketika menerima anugerah kedoktoran dari UUM tempoh hari berkaitan ISA menjelaskan lagi keperluan untuk menghapuskan akta tersebut. Jika sebelum ini mangsa dan keluarga serta parti pembangkang yang mendesak. Kini desakan itu datang daripada seorang bekas penguasa dalam ISA.

    Abdullah pernah menjadi menteri Dalam Negeri yang secara langsung beberapa kali menandatangani perintah tahanan ISA. Dia juga sentiasa menerima laporan daripada Lembaga Penyiasat Tahanan ISA setiap beberapa bulan. Oleh itu segala maklumat berkaitan ISA dalam kepalanya. hari ini setelah tidak berkuasa, secara terang-terangan beliau menyeru supaya akta ini dihapuskan demi memelihara hak-hak asasi manusia.

    Abdullah juga mengakui bahawa akta ini telah disalahgunakan sehingga ianya menyekat hak-hak asasi manusia. Walaupun secara pribadi beliau inginkan sebuah undang-undang pencegahan terhadap aktiviti keganasan, namun beliau tetap mengakui bahawa ISA banyak disalahgunakan. Oleh itu tidak ada jalan lain untuk kembalikan demokrasi dan hak asasi melainkan dengan menghapuskan terus akta ini.

    Desakan Abdullah ini dibuat ketika Gerakan Mansuhkan ISA sedang bersiap untuk mengadakan himpunan besar di Kuala Lumpur bagi memansuhkan ISA. Oleh itu kenyataan Abdullah itu dilihat seperti menyokong niat penganjur perhimpunan ini ataupun secara tidak langsung sebenarnya beliau menyokong perhimpunan 1 Ogos ini. Jika benar, ianya tidaklah pelik kerana ketika perhimpunan Anti PPSMI awal tahun lalu, Abdullah memberi respon positif supaya segera diambil tindakan terhadap isu ini walaupun tidak diselesaikan dizaman pemerintahannya."

    Abuamin kata :

    Thanx Pak Lah - tapi sayang, Pak Lah dah takde kuasa sekarang. Pak Najib dah dah tak mau dengar nasihat Pak Lah.

    BalasPadam
  47. Kawan2 ku penyokong ISA :

    Satu soalan je, cuba jawab dengan ikhlas :

    Apa kesalahan mereka ?

    1. Dr Abdullah Daud
    2. Shamsuddin Sulaiman
    3. Mat Shah Mohd Satray
    4. Mahfudi Saifuddin
    5. Zulfikli Abu Bakar
    6. Mohd Nasir Ismail
    7. Ahmad Kamil Hanafiah
    8. Muh Amir Hanafiah
    9. Abdul Sathar Mohammad Sarjoon
    10. Mahamad Nakhrakhel
    11. Muhammad Zahid Haji Zahir Shah
    12. Johar Hassan
    13. Abdul Matin Anol Rahmat

    Mereka semua orang Melayu, dan arahan penahanan mereka di bawah ISA ditandatangani oleh seorang menteri berbangsa Melayu...

    Sedih...

    BalasPadam
  48. Coopp...ada satu lagi.

    Kenapa demo kat KL dan bukan kat stadium? ( Ceramah kat stadium sebenarnya mmg dah selalu dibuat...)

    Sebab :

    1. Nak menarik perhatian masyarakat supaya alert dgn kezaliman yg dah terlalu lama ni..49 tahun.

    2. Untuk beri desakan serius kpd pemerintah bahawa akta ni zalim dan wajib dimansuhkan.

    3. Supaya suara bantahan rakyat ni didengari di seluruh dunia.

    BalasPadam
  49. Bro Hazrey kata :

    "Sekali lagi, demo bukan budaya kita.

    Saya kata :

    Bro ada baca sejarah ttg Malayan Union? Ada tengok filem "Hati Malaya" arahan Datuk Paduka Schumi Baba yg kosnya dibiayai oleh Kerajaan Malaysia? Apa yg UMNO buat untuk menentang Malayan Union? Kan demo tu namanya...
    ish 3x...Budaya mana yg UMNO buat tu bro?

    Bro Hazrey kata :

    " Berarak cara itu bukan ajaran Islam. Menyusahkan orang lain kerana nak tunjukkan kekuatan kita berkumpul"

    Saya kata :

    Bro, kalau gitu, bro patut saman semua Jabatan Agama termasuk JAKIM kerana menganjurkan perarakan Maulidur Rasul dan Maal Hijrah setiap tahun. Itu bukan "ajaran Islam" bro...

    BalasPadam
  50. ini bukan masalah permit tak permit.. usah menuding jari pd pihak berkuasa yg tidak meluluskan permit.. perbuatan berdemonstrasi itu sendiri sebenarnya tidak elok dan tiada satu yg positif langsung yg boleh di ambil.. kita bincangkan ttg isu demonstrasi yg tiada faedah dan isu budak2 dilibatkan didalam perbuatan tidak bermoral ini.. kenapa harus menempelak isu permit tidak diluluskan.. sebarang bentuk perhimpunan yg boleh menimbulkan kekecohan sebaiknya tidak diluluskan permit.. stupid! mmg stupid mereka2 yg suka berdemonstrasi haram dan menunjuk perasaan seperti ini... menimbulkan byk keburukan dan kesusahan kpd org awam....

    BalasPadam
  51. kerana hipokrit mereka2 yg kononnya berjuang utk bangsa.. ttp sebenarnya menyusahkan bangsa sendiri.. kesian para peniaga yg tidak dpt berniaga.. org awam yg bertempiaran lari hanya kerana sikap mereka2 yg tidak bertanggungjawab...

    BalasPadam
  52. Statistik tangkapan peserta demonstrasi anti-ISA:

    Melayu 538
    India 3
    Cina 2
    Lain-lain 1

    BalasPadam
  53. Saudara abuamin:

    Saya yakin saudara adalah seorang yang bijaksana dan pandai namun saya tersenyum dengan komen saudara.

    Apa bezanya perjuangan terhadap Malayan Union dan 'perjuangan' demo semalam? Adakah saudara menganggap keamanan yang kita nikmati hari ini oleh pejuang pejuang termasuk darah daging saya sendiri yang sudah ke alam barzakh satu usaha dan budaya bodoh, dangkal dan jahil seperti yang disokong oleh mereka yang kononnya glorify ajaran Islam, di mana ketenangan dan keamanan itu adalah salah satu ajaran Islam?

    Saya tidak mahu membuat andaian, tetapi cukuplah saya menasihatkan saudara abuamin agar tidak menyamakan perjuangan terhadap British dengan apa yang berlaku semalam. Buruk benar dan hina benar perjuangan arwah datuk saya hingga saudara abuamin, saudara mara abuamin dan semua anak anak abuamin mampu berinternet tanpa perlu takut, dan keluar siang dan malam tanpa khuatir. Percayalah, saudara abuamin tidak tahu sekelumit pun akan kepayahan arwah datuk saya berjuang bersama Datuk Onn Jaafar, tetapi hanya bersandarkan filem Suhaimi Baba.

    Ya, saya akan saman semua jabatan agama sebab itu bukan ajaran Islam. Tetapi kejap, adakah mereka yang berkumpul dan mengagungkan Rasulullah SAW itu merosakkan harta benda? Mencaci? Mempergunakan kanak kanak? Memaki hamun? Nanti saya bincang dengan peguam.

    Saya tidak berada di sana, tetapi saya ada melihat visual dan gambar, yang berkopiah berhijab. Adakah ini yang mahu disampaikan kepada generasi muda, inikah Islam? Islam ganas? Islam ajar maki hamun? Islam ajar jahanamkan harta benda orang lain? Di Malaysia siapakah yang menganut agama Islam kalau bukan Melayu? Inikah Melayu? Bukan. Ini bakal bakal pengganas. Bak kata pepatah, siakap senohong gelama ikan duri, duhai saudara abuamin. Itulah yang ingin diajarkan kepada generasi akan datang.

    Yang terganggu adalah mereka yang berniaga, nanti, bukankah berniaga itu sunnah (sekadar mengingatkan saudara yang mungkin terkhilaf dan alpa dengan fakta itu).

    BalasPadam
  54. Memang tidak berapa sesuai si bapa bawa anak turut sam menyertai demonstrasi. Bukan apa, jika berlaku keadaan yang kacau bilau yang teruk, semua lari , budak kecil akan jadi mangsa di tengah-tengah. mungkin ada yang kena pijak.

    BalasPadam
  55. Bukan nak sokong mansuhkan ISA, cuma nak bagi pendapat sikit. Kalau kesalahan yang di lakukan oleh seseorang itu tidak besar, janganlah di letakkan di dalam tahanan ISA lama. Inin kerana mereka mempunyai keluarga. ( just Pendapat sahaja)

    BalasPadam
  56. hahhahhahah..itu dia badigol2 malang yg kena tgkap...

    ksian..

    yg plng memaLukan..org melayu yg beragama Islam

    kasihan mereka disepak punggung oleh org2 yg mmntingkn dri sndri

    BalasPadam
  57. alahai..banyaknya nak bagi makan nasi 538 orang tu..itu termasuk belanja juga..

    kalo alihkan belanja tu kepada rakyat termiskin di HULU2,kan elok..

    BalasPadam
  58. sokong BAZrul..

    alang nak tangkap lelama ajak sekali semua anakpinak masuk ISA

    jika ayah kena tangkap, ajak sekeluarga masuk ISA

    lagipun nama jer ISA tahanan tanpa bicara tanpa sebab(peguam)..

    BalasPadam
  59. bukan tak nak
    tapi tak dapat permit kot
    heran jugak kenapa pro isa boleh berarak and hantar memorandum tanpa gangguan.

    BalasPadam
  60. Manusia jenis apa sanggup mengekspoitasi anak sendiri bila buat kerja-kerja mengarut macam ni, tahu pulak tu ada kemungkinan kena tangkap.

    Sepatutnya polis tangkap aje orang-orang macam ni, anak-anak tu hantar balik ke rumah, kalau takde sapa nak jaga kat rumah, hantar ke rumah anak yatim dulu buat sementara..

    P/S: Sangat-sangat mengarut!!!

    BalasPadam
  61. encik mazidul. bangsa "lain-lain" tu apa agaknya ye?? teringin nak tau.

    saya tidak menyokong mana-mana pihak disini. cuma rasa kagum dengan cara penulisan saudara abu yamin. setiap point disokong fakta (tapi saya tak tau la betul ke tak. jangan marah ye)

    kan bagus kalau budak kecik dalam gambar tu, bila exam nanti boleh buat karangan bagus camtu. mesti dapat A.
    saya selalu dengar kawan saya yang mengajar bahasa melayu cakap, pelajar sekarang tak pandai mengarang. isi tak disokong oleh fakta yang sesuai. kurang menarik dan lain2.

    ops sori...lari tajuk sket.

    BalasPadam
  62. Sdr Mazidul

    Ingat-ingatkan sikit kepada yang empunya diri nulis ayat yang menuduh sesama kita ini seperti ini..

    "Saya setuju demo ini terdiri daripada mereka yang dangkal."

    Sebab saya pun suka berdemo tapi bukanlah diperhimpunan halal atau haram.

    Demo barangan amali pelajarlah!.

    Bahasa itu sebenarnya melambang bangsa. Bila saya baca bahasa orang berhujah tentang politik ini rasa naik pula tekanan darah tinggi saya ini.

    Sebab itu orang macam kita tak boleh masuk politik .. betul tak Sdr Mazidul.

    BalasPadam
  63. bengang gile bila dengar bf aku cite yg dia almost nk kne tembak sbb polis igt dia buat demostrasi...budus!

    BalasPadam
  64. salam..


    setuju dgn abuamin,spe kte demo bkn tradsi melayu,watch HATI MALAYA first..depa dok bwt demo nk tuntut merdeka,knpe depa tak serah je memo pd british suh bbskn tnah melayu?


    2nd thing,don't be judgemental..don't u ever think knp bdak2 pon ikot demo,do u know the meaning of PENANTIAN YG X PASTI,menunggu sorg ayh yg dikurung tnpa sbb yg kukuh,7 thun hdup tanpa insan yg b'gelar ABAH,b'bual dgn ayh dsebalik cermin kaca..n bile die mengajak rakyat utk m'bka mata ttg kekejaman ISA,dia dikecam olh rmi pihak t'msuk org yg m'gelar dirinya BIJAKSANA...

    pndpt sye,ISA msih relevan jika x dslhgunakn utk kpntingn politik,cuma kajian dan pindaan prlu dbuat utk pastikn ia bbas dri sbrng cmpurtngn politik..

    this is not about politics,it's about humanity~~

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.